(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED

By Yeollie_Girl

32K 2.6K 1.2K

Park Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada v... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
The End

Part 37

565 47 12
By Yeollie_Girl

Wendy dirawat di hospital di Paris yang berada di bawah tajaan keluarga Choi. Adik-beradik vampire setia menunggu diluar wad sementara Wendy dirawat. Miyoung pula sedang menangisi atas apa yang berlaku pada Wendy.

Dia yang bersetuju dengan kontrak pet kerana takut Wendy diapa-apakan oleh Lee Sooman. Sehun awalnya menolak tapi bila melihatkan Miyoung yang jelas ketakutan kerana takut kehilangan satu-satunya anak mereka mulai bersetuju. Dia sendiri tak tahu orang yang mewujudkan kontrak tersebut adalah Eunwoo. Selama ini dia percayakan puak wolf itu untuk menjaga Wendy daripada puak werewolf lain. Ternyata, werewolf lain itu tidak wujud pun. Lee Sooman dan Eunwoo memperdayakan mereka.

Miyoung akui ini salahnya kerana memaksa. Dia juga yang menyebabkan Chanyeol dipaksa menerima pet kerana ingin menjauhkan Wendy daripada Chanyeol. Ini kerana Chanyeol adalah satu-satunya lelaki yang boleh mengawal Wendy. Menjauhkan Chanyeol daripada Wendy adalah salah satu syarat kontrak tersebut. Kenapa lah mereka tidak perasan akan perkara janggal ini sebelumnya.

Miyoung tahu dia egois. Dia tak fikirkan tentang perasaan Chanyeol. Dia jahat. Tapi dia tak tahu lagi bagaimana caranya untuk menyelamatkan Wendy.

Sebagai ganti pengakhiran kontrak pet, mereka terpaksa menandatangani kontrak hak pemilikan Wendy. Sepatutnya mereka curiga kenapa Wendy menjadi pertukarannya.

Chanyeol menyandarkan tubuhnya pada dinding. Memerhati jam. Sudah enam jam berlalu sejak pembedahan Wendy berlangsung.

Matanya semakin kuyu. Tapi dia tak boleh tidur sebelum Wendy tersedar.

Sooyoung dan Siwon memerhati Chanyeol yang tersengguk-sengguk sejak tadi. Jaehyung pula ada di sebelah, turut sama menunggu Wendy. Pergaduhan tadi tidak menghalang keduanya untuk berdamai buat seketika. Siwon dan Sooyoung berpandangan antara satu sama lain. Sooyoung mengalirkan air matanya dan berlindung di sebalik badan tegap Siwon. Lelaki itu memeluknya.

"Saya rasa bersalah pada dia," bisik Sooyoung. Siwon mengangguk.

Mereka tahu mereka salah. Dan mereka kesalinya. Selamanya mereka akan berhutang pada Chanyeol dan juga Jaehyung.

Pada waktu itu, Sehun kembali dengan baju yang dipenuhi darah. Dia duduk di sebelah Miyoung seperti tiada apa-apa yang berlaku. Bauan darah itu menarik perhatian keluarga vampire itu.

Bau darah Jiyeon.

Nampaknya Sehun memang betul-betul dah membunuh Jiyeon. Lelaki itu mengambil tisu dan mengelap mulutnya. Dia menghadap Miyoung dan menariknya ke dalam dakapannya. Miyoung pula sepertinya tak peduli dengan bau yang menyengat itu.

"Everything will be okey.."

...

"Cik Everlyn mengalami kecederaan parah pada seluruh badannya. Pinggul, pergelangan tangan dan tulang pipi dan tulang lehernya patah. Dan kami tak pasti berapa lama lagi Cik Everlyn akan tersedar dari komanya," ujar Doktor Yuta, doktor vampire mereka.

Side note : Kok diagnos ni buat aku teringat accident Wendy tahun 2019 dulu? 😭

"Cik Everlyn mungkin vampire pada luarannya tapi dalamannya masih mengandungi 50% dalaman manusia. Dia tak boleh cedera lagi selepas ini. Jadi saya harap Tuan dan Puan Oh boleh bersabar sementara menunggu Cik Everlyn sembuh. Kami minta maaf. Setakat ini sahaja kami boleh menolong. Saya minta diri dulu," ujar Doktor Yuta lagi.

Mereka memerhati Wendy dari luar wad. Begitu banyak wayar yang disambungkan pada badan gadis itu. Dan juga simen untuk mencegah pergerakan Wendy.

Chanyeol bergenang air mata memandang gadis yang dicintainya terbaring lemah di sana. Penumbuknya digenggam. Dia tak akan pernah memaafkan Jiyeon. Meskipun manusia itu sudah pun mati di tangan Sehun.

Jaehyung merenung Chanyeol dalam diam. Giliran dia pula cemburu melihat betapa teruknya keadaan Chanyeol sekarang.

Seperti Chanyeol ingin menunjukkan betapa sayangnya dia pada Wendy sampai kelihatan begitu serabut sekarang. Jaehyung sakit hati. Tapi tidaklah seperti Eunwoo.

Dia jadi tertanya-tanya, apa hubungan Chanyeol dan Wendy dahulu. Dapatkah dia bersaing dengan Chanyeol?

Jaehyung bersandar pada dinding. Dia ingin sekali meminta maaf dengan Wendy kerana benda terakhir yang mereka lakukan adalah bergaduh. Sepatutnya dia lebih tangkas untuk mencegah hal-hal ini daripada berlaku.
Jaehyung tidak akan pernah memaafkan dirinya.

...

Miyoung duduk di samping Wendy, menunggu gadis itu untuk bangun. Dia memegang erat tangan Wendy sejak dibenarkan masuk untuk melawat. Bahkan Miyoung tidak berganjak walau sedikit pun.

Dia sibuk berbual dengan Wendy meskipun dia tidak pasti samaada Wendy mendengar atau tidak. Kadang dia tertawa, kadang dia menangis. Emosinya tidak menentu.

Masih meratapi kesalahannya. Kesalahan paling besar yang dia buat. Sangkanya, kalau Wendy berada bersama Eunwoo, lelaki itu tidak akan mencederakannya. Rupanya, Wendy lebih teruk dikerjakan. Dia tak sangka Jiyeon juga akan bertindak sejauh ini sedangkan mereka ada perjanjian.

Lee Sooman, bapa kepada Jiyeon juga sudah menghilang. Mungkin takut sekiranya dirinya dicari oleh Sehun. Eunwoo juga telah kembali kepada puaknya selepas mendapat berita tentang Wendy. Mereka tak sempat menangkapnya.

Tapi mereka tetap perlu berhati-hati. Peperangan antara vampire and werewolf mungkin akan terjadi lagi. Vampire seluruh dunia telah pun dimaklumkan dengan keadaan Wendy dan mereka agak marah dengan kecuaian keluarga Choi dan puak werewolf.

Siwon dan Sooyoung dihantar untuk menenangkan keadaan. Disebabkan Wendy sosok penting, mereka perlu memaklumkan hal yang berlaku bagi mengelakkan kekecohan.

"Miyoung, rehat jom? Awak tak makan lagi sejak tadi," ajak Sehun.

Dia kesian melihat keadaan Miyoung sekarang. Nampak sungguh tidak bermaya. Macam mayat hidup.

Miyoung menggeleng perlahan.

"Tak nak. Kesian Wendy sorang-sorang dalam ni," tolak Miyoung. Sehun terus mengambil kerusi dan duduk di sebelah Miyoung.

Pipi isterinya itu disentuh dan dibawa menoleh kearahnya.

"Wendy perlukan rehat juga, sayang. Dia mungkin tidur sekarang, tapi dia boleh dengar apa yang kita bualkan. Kalau dia tahu yang awak lemah macam ni, macam mana dia nak bangun?" ujar Sehun.

Miyoung menunduk.

"Awak tak boleh lemah macam ni. Mana Miyoung yang saya kenal dulu? Miyoung yang suka memberontak walaupun penat. Anak kita perlukan semangat awak untuk bangun. Jangan tunjuk yang kita penuh dengan kelemahan," nasihat Sehun.

Betul juga apa katanya.

Kalau dia lemah macam ni, Wendy pun mesti akan lemah.

"Okey," jawab Miyoung sepatah.

Sehun mengelus pipi Miyoung sambil tersenyum.

"Kita pergi makan?" ajaknya. Miyoung mengangguk.

Mereka berdua bergandingan keluar dari bilik rawatan ke kafe hospital.

Miyoung memerhati Sehun dalam diam.

Sehun, walaupun nampak kuat di luar, tapi dia sebenarnya rapuh juga. Dia tak pernah menangis di hadapan orang. Dan kalau pernah pun, itu berlaku bila dia sudah melebihi had untuk menahannya.

Sehun seorang yang tabah. Nampak menyebalkan tapi dia seorang yang baik.

Miyoung tak tahu siapa yang bertuah dalam hidupnya. Dia atau Sehun? Mereka berdua sama-sama melengkapi satu sama lain. Dia bertuah kerana mendapat suami yang faham akan kelemahannya, dan Sehun bertuah kerana.. kerana dia Oh Sehun?

Miyoung tahu dia banyak kurangnya. Anak sendiri pun tak pandai jaga. Kalau Sehun tak kutip dia dulu, mungkin hidupnya sudah huru-hara. Merempat di mana-mana.

"Sehun mana?" sapa Seulgi dan Irene bersama Jongin dan Junmyeon.

Baru sekarang mereka nampak Miyoung keluar dari bilik rawatan. Nampaknya cuma Sehun yang mampu memujuk Miyoung.

"Beli makanan," jawab Miyoung, menunjuk kearah Sehun yang sedang membeli makanan tak jauh dari mereka. Irene duduk di sebelah Miyoung sambil mengelus belakang wanita itu. Dia masih melayannya persis seorang puteri.

Walau apa pun, Miyoung masih muda. Dia adalah puteri dalam hidup Sehun. Puteri yang berjaya menyelamatkan tuan putera daripada tersesat jalan. Dan juga puteri kepada keluarga Choi.

"Nanti kita gilir-gilir jaga Wendy. Jangan susahkan diri. Kami pun keluarga dia jugak," ujar Seulgi.

Dia cuba untuk meringankan beban Miyoung. Miyoung adalah sahabatnya jadi wajar kalau dia juga sayang akan anak Miyoung.

"Tak perlu. Aku perlu tebus kesalahan ni. Korang mesti ada kerja kan? Jangan susahkan diri korang. Aku boleh buat," bantah Miyoung.

"Kyaa Kim Miyoung. Wendy tu anak kami juga eh? Bukan anak kau je. Apa-apa berlaku pada Wendy, itu masalah kami jugak. Salah kau la buat kami terlebih sayang pada Wendy," kata Jongin dalam nada jenaka.

"Lagipun, kerja apa je yang kitorang ada sekarang ni? Aku pun dah berhenti jadi model. Kan kita dah janji tak nak muncul depan manusia," sambung Jongin lagi. Kerja yang mereka ada sekarang ini hanyalah melibatkan antara vampire sahaja. Itupun tidak banyak.

Miyoung tersenyum pendek.

"Aku tak sangka boleh jadi macam ni," sahutnya.

"Kalau kau tak paksa kami jaga Wendy dulu pun, kami tetap akan sayang dia. Jangan salahkan diri sendiri je Miyoung. Kami pun salah sebab tak halang dan tak fikirkan jalan untuk halang. Sekarang, tuhan nak bagi kita peluang kedua. Kita kena gunakannya dengan baik," kata Junmyeon pula.

Seulgi, Irene dan Jongin mengangguk setuju.

Mereka nampak sendiri bagaimana kisah hidup Miyoung dan Sehun berlaku. Disebabkan itulah mereka sayang dengan Miyoung. Gadis ini terlalu lemah tapi berjaya melalui cabaran yang terlampau berat ini. Miyoung akan selama-lamanya menjadi gadis polos yang pernah mereka kenal dahulu.

Mereka tak akan biarkan Wendy melalui hal yang sama. Dan kalau berulang pun, mereka akan cuba untuk membantu.

Sehun kembali dengan daging separuh masak bersama darah rusa segar. Dia menuangkan darah tersebut di hadapan Miyoung dan cuba untuk menyuapnya.

"Sehun-ah.." panggil Miyoung, mengerutkan hidung saat terbau sesuatu.

Dia merenung makanan tersebut dengan pandangan jijik. Tiba-tiba, tekaknya terasa loya. Bagaikan ada sesuatu yang ingin keluar dari rongga mulutnya. Miyoung menekup hidung.

"Tak nak ni!" ujarnya. Dia menolak makanan tersebut jauh darinya.

"Tak sedap ke? Nak yang lain? Minum ni dulu," arah Sehun. Dia cuba menghulur darah segar kepada Miyoung namun sebaliknya pula yang berlaku.

Miyoung berlari kearah sinki dan memuntahkan isi perutnya. Sehun berlari mendapatkan isterinya. Dia menolong Miyoung.

Wanita ini kepenatan. Badannya panas.

Akhirnya, Miyoung tumpas. Dia pengsan.

to be continued

Continue Reading

You'll Also Like

49.9K 3.3K 53
✅BOOK 1: LIBRARY ✅BOOK 2: BE MINE "Kepercayaan tu penting kan sayang dalam hubungan?" Soal Mingyu. Lama Young Hee berdiam sebelum dia mengangguk laju...
2.4K 100 12
"Dia tinggi, kacak, berpenampilan kemas dan agak comel sikit tapi aku tak nampak langsung semua itu sebab... Dia sombong! Super dumb! Silly! Kenapa o...
5.8K 1K 40
Son Wendy, vampire dungu dan Park Chanyeol, si pencuri kacak. Takdir menemukan mereka dalam suatu situasi aneh sehingga menyebabkan mereka terpaksa t...
90.1K 7.9K 23
byun baekhyun adalah seorang mafia terbesar di seoul.. Dia adalah lelaki yang ganas dan kejam.bayangkan berkhawin dengan seorang perempuan yang dungu...
Wattpad App - Unlock exclusive features