Muzika Melodia

By Merci_Misha

498K 41.3K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!
Berita menarik!

💎32💎

5.3K 446 8
By Merci_Misha

Malam itu, aku melepak di dalam dormku. Bersandar pada kerusi dengan selimut atas kepala sambil main komputer riba memang seronok. Lelah yang aku rasai akibat kelas petang tadi aku cuba hilangkan dengan bermain permainan video.

"Aduh, kena terror shock dengan hunter pulak!" Jeritku hampa. Aku bersungguh-sungguh cuba untuk menyelamatkan rakan seperjuanganku namun nyawa aku pula tergadai. Frust! 

Ketika aku sedang menjerit-jerit kecewa di meja belajarku, aku sempat melihat wajah Darya yang kelihatan sugul. Jarang sekali dia bersifat begini. Tiada pula Mayu untuk menyerikan suasana pada ketika ini.

"Darya." Panggilku. "Are you okay?"

"I'm fine, thank you." Balasnya sambil mengukirkan senyuman. Tangannya bagaikan sedang menyorokkan sesuatu di bawah bantal. Aku kan jenis yang malas ambil kisah jadi aku terus sahaja bermain permainan video aku semula.

Aku boleh mengaku yang aku bukanlah sahabat yang baik. Aku kurang caring, aku suka bersendiri dan kadang-kadang aku juga malas untuk membuat kawan. Tanpa aku sangka, di sekolah ini rakan-rakan menerima aku seadanya tanpa mendengar nama keluarga aku itu.

Sewaktu aku di sekolah rendah dahulu, namaku sering disebut-sebut oleh guru-guru mahupun murid-murid. Pada ketika itu, aku seorang yang sangat glamour kerana wujudnya nama Chanson di belakang namaku. Aku ramai kawan dan juga peminat. Tetapi, aku tidaklah bersifat sombong seperti Audrey dan aku tiada pengikut seperti Ainsley. Aku berkawan dengan semua orang secara sama rata.

Tetapi, ada satu peristiwa yang membuatkan nama keluargaku itu menjadi satu ketakutan kepadaku. Sekumpulan ahli Lilac menyerang sekolah kami semata-mata untuk mencari aku. Aku yang tidak tahu apa-apa mengenai organisasi itu telah diserahkan kepada mereka oleh para guru demi menyelamatkan murid-murid yang lain.

Sehinggalah datuk tiba dan membawa aku lari dari mereka. Aku hanya mengikut datuk dalam keadaan yang terpinga-pinga. Aku langsung tidak faham situasi itu!

Sejak itu, aku diarahkan untuk belajar dari rumah. Apabila aku mendesak untuk memasuki Muzika Melodia buat sekian lama, akhirnya ibu bapaku mengalah juga. Entah bagaimana mereka berunding dengan pihak atasan, namun nama keluargaku masih tidak diketahui oleh mana-mana pelajar mahupun guru-guru.

Kecuali mereka yang sudah tahulah.

"Saya sudah pulang!" Laung Mayu sebaik sahaja pintu dibuka. Dia mencampakkan beg ke sudut dinding dan merebahkan diri ke atas katil.

"Aik, ada apa-apa jadi ke? Gembira nampak. Tahulah Reuben hantarkan awak balik tadi." Usikku yang memandang Mayu tergolek-golek di atas katil.

Mayu terus sahaja duduk lalu memandangku laju. "Banyaklah awak ni. Mana ada apa-apa."

"Yalah Mayu... Tapi kan, awak tengah baring atas katil saya tu." Tegurku.

Mayu memuncungkan bibirnya. "Alah, saya bosanlah. Katil saya terpisah satu dari awak berdua. Kenapalah tiada katil tiga tingkat..." Rungutnya.

"Uish, nak katil tiga tingkat? Dorm ini pun syilingnya rendah." Balasku lalu ketawa besar. Tawaku disambuti Mayu tetapi tidak oleh Darya.

"Darya, are you okay?" Tanya Mayu pula sebelum menjenguk Darya yang berada di tingkat atas katil. 

Darya menganggukkan kepalanya berkali-kali. Senyuman kecil Mayu paparkan tanda dia faham.

Sejak Lydia kata nak datang bilik aku pagi tadi, Darya jadi begini. Apa yang sudah jadi?


♪♪♪♪♪


"Cik Chanson." Panggil Lydia pada keesokan harinya sebelum jalan beriringan denganku yang baru sahaja ingin ke kafe.

"Amboi, kalau depan kawan-kawan saya, boleh pula panggil saya Hailey. Ini kalau kita-kita, panggil saya Cik Chanson pula." Ujarku padanya dalam nada jengkel. Buku yang aku peluk diperkemaskan.

Lydia memuncungkan bibirnya. "Saya saja panggil cik sebab nak hormat sikit. Maklumlah, saya sekarang kan pembantu awak." Balasnya sedih. Aku pula hanya ketawa kecil.

10 meter dari kafe, aku sudah dapat melihat tiga orang jejaka yang aku kenali sedang duduk di meja berasingan. Boleh teka siapa? Jejaka-jejaka itu ialah Ethan, Min Hyuk dan Faron.

Baik tak payah datang dekat. 

"Lydia, jom lepak dekat tempat lain?" Ajakku dengan senyuman yang cuba dimaniskan.

Lydia menjeling ke arah kafe sekilas lalu menganggguk laju. "Boleh! Jom lepak dekat taman yang awak selalu pergi dengan Mayu dulu-dulu. Jarang dah saya nampak awak ke situ sejak diganggu mamat berambut jingga." Katanya dan berindak dengan menarik tanganku pergi.

Yelah, sebelum mereka nampak aku, baik kami lari dahulu.

Tap, tap, tap, tap, tap.

Setibanya di taman yang biasa aku dan Mayu luangkan masa itu, kami berdua mengambil tempat di bawah sebuah pohon yang rendang. Buku-buku yang banyak kubawa, aku sepahkannya di atas rumput hijau.

"Banyaknya buku tentang muzik. Awak ni, memang gila muzik nampaknya." Tutur Lydia bersahaja seraya mengangkat buku aku satu persatu lalu meniliknya dengan penuh minat.

Aku meletakkan kedua-dua belah tanganku ke belakang agar dapat menampung tubuhku yang hanya bersandar pada angin. Wajahku pula dipalingkan ke atas supaya udara segar dapat aku hirup dengan penuh nikmat.

"Biasalah, saya memang suka muzik. Saya pernah cuba main semua alat muzik, awak tahu?" Ujarku tenang.

"Wah! Kalau macam tu, mesti awak boleh main gitar macam saya kan?" Tanya Lydia seperti memprovok aku.

Aku segera menoleh ke arahnya. "Mestilah. Lebih baik dari awak saya rasa."

"Eh~ I wanna see you try." Lydia berkata mengejek lalu mengeluarkan satu gitar ilusi dari tanda lahirnya yang berada di tapak tangannya.

"Saya tak nak lawanlah Lydia."

"Kalau awak yang nyanyi boleh?"

Aku meletakkan jari telunjukku di dagu sebagai tanda berfikir. Buat seketika, aku melihat keadaan taman yang sedikit sunyi. Hmm, boleh dipertimbangkan cadangan itu. Macam tiada orang sahaja di sini.

"Yelah-yelah. Tapi nanti kalau ada orang terdengar atau bertanya, awak yang tanggung ya." Jawabku yang sudah malas melayan Lydia yang sibuk menayangkan wajah comel kepadaku. Apa dia fikir aku akan bersetuju hanya kerana wajahnya itu? Aku ni ada pendirianlah.

Lydia tersenyum sebelum dia bersorak gembira. Dia segera meletakkan buku-buku aku ke tepi dan mendekatkan dirinya ke dahan pokok lalu bersandar tenang. Aku pula mengambil nafas dalam dahulu dan kemudian berdehem perlahan bagi membetulkan suara yang sudah jarang digunakan. 

Tanda lahir aku bertukar kepada bentuk satu melodi yang mengitari sebuah mikrofon. Petikan gitar sudah dimulai sebelum aku mula memahami bait-bait muzik serta memikirkan lirik apakah yang harus aku nyanyikan. Buat seketika, aku memejamkan mata bagi menikmati suasana sunyi itu sementara.

People oftenly say,
Love is not to compare,
As long as I can see,
Love can be free.

Life is a journey,
Love is to flee,
Adventure will not be,
Fun as we see.

How beautiful can it be,
World is lovely,
But never have I thought,
That pain make me fought.

The journey I walk, easy can't be cast,
Things can't be change, to bring the past.

The sea of tears, I can see the full, 
But no fire to burn, the feeling of sorrowful.

Lirik yang aku cipta secara spontan aku nyanyi dengan penuh bersemangat. Tanpa aku sedar, Lydia yang sedang bermain gitar terpana mendengarkan suaraku itu.

"Lydia, okey tak ni?" Soalku setelah menghentikan nyanyian. Matanya yang buntang memandangku membuatkan aku ketawa besar.

"Betullah apa yang atuk saya kata, suara keluarga Chanson memang lain." Ujar Lydia, terkejut. "Kalau boleh saya nak rakam saja nyanyian awak." 

Aku menguntum senyuman ikhlas. "Too bad. There's no songs that were sung by the Chanson's family." Tuturku sedih.

"Tiada? Biar betul?"

"Betul. Kami merupakan keturunan terakhir Chanson. Tiada harta peninggalan, sebarang warisan dan sejarah yang ditinggalkan untuk kami. Saya rasa, semua perkara tentang keluarga kami seperti telah dilupuskan. Sedih juga kerana tidak mengetahui tentang kelebihan kami pada tahap maksimum."  Ulasku sendu seraya memandang ke arah rumput. Entah mengapa, kewujudan keluarga kami terlalu janggal.

Terkedip-kerdip mata Lydia memandang aku. Tidak lama kemudian, dia bersuara. "Jadi, macam mana awak boleh masuk sekolah ini?"

"Saya buat research tentang sekolah muzik terbaik di Ochestra World. Sekolah ini antara yang terbaik so, saya buat usul pada ibu bapa saya. Mereka terima dan berbincang dengan pihak atasan." Balasku sebelum mula bercerita tentang sedikit kisah silamku yang membuatkan aku diterima di sekolah ini.

Lydia mengangguk faham. "Nampaknya, pihak atasan sahajalah yang tahu siapa awak." Gumamnya tetapi dapat didengariku. Aku hanya mengangguk faham.

"Tak apalah Hailey. Saya yakin satu hari nanti segalanya akan terbongkar."

Continue Reading

You'll Also Like

96.1K 8.2K 28
"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja...
41K 2.7K 51
Apabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia...
268K 1.7K 6
Kisah kehidupan pasangan muda yg berjiran
136K 8.3K 32
"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama...