[C] α΄Šα΄‡α΄Šα΄€α΄‹α΄€ ʟΙͺᴍΙͺᴛᴇᴅ ᴇᴅΙͺα΄›Ιͺᴏɴ [οΏ½...

By ParkKpopperz

99.6K 8.6K 1.7K

[❌Before ; HCD] [ βœ“Now; JLE ] " The reality is painful , right? " " Sekejam mana takdir yang telah ditetapkan... More

Jejaka Limited Edition
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021 (edited)
022
023 [little edit]
024
025 [15+]
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
044
045
046
047
048
049
050
051 (open Q&A)
052
053
054
055
056
057
058
059 [Rindu tak?]
060 [Ending]
Announcement🌼
Just Read This

043

1.3K 115 5
By ParkKpopperz

 

Annyeong! Harini aku balik awal sbb first day😂

Double update💜

Chapter ni sumpah bosan hahahah😂
Harap bacalah ya💜

Jangan lupa Komen vote 💜

++++

JLE : 043💜
CHAPTER : Mall + Cha Damhee pulang🌼

++++

     Kini mereka berada di tingkat tiga, tingkat pakaian wanita. Sejak mereka masuk ke dalam pusat membeli belah tersebut mereka asyik di pandang oleh pengunjung kerana mereka berdua daripada keluarga yang ternama lagi-lagi Eunbyul yang menjadi bualan hangat semenjak ini. Jungkook, dia sudah biasa dengan hal sebegini jadi dia hanya buat tak tahu.

Eunbyul memaut lengan sasa Jungkook apabila pusat membeli belah padat dengan orang kerana jualan akhir tahun. Bahu Eunbyul kerap dilanggar. Jungkook yang melihat terus memaut bahu kecil Eunbyul dan menarik rapat ke dada.

“Sayang, rapat sikit.” Dengan mudah tubuh kecil itu dipaut kemas. Jungkook menunduk sedikit untuk melihat keadaan Eunbyul. Gadis itu hanya diam kan diri sambil cuba mengecilkan diri.

“Kau kena kepit dengan aku ni, okay tak? Sikit je lagi nanti kita pergi tempat yang tak ramai macam ni.” Jungkook berjalan pantas untuk keluar daripada bilangan orang yang ramai. Nasib mereka kerana tempat yang mereka lalu ada membuat sale yang kebabomm letopss poww pow!

Mereka melepasi segerombolan manusia. Jungkook mengehela nafas lega. “Okay je, awak wangi.” Balas Eunbyul  sambil mendongak. Jungkook menunduk sedikit kepala, dengan pantas bibir munggil itu dikucup sekilas.

Dengan spontan lingkaran tangannya memaut pinggang Jungkook. Badan jejaka kita sasa!

Mereka membuat keputusan untuk memasuki beberapa kedai pakaian dan membeli pakaian yang diminati oleh Eunbyul dan dipersetujui juga daripada Jungkook. Mereka membeli pakaian kerana mereka banyak mendermakan pakaian mereka kepada orang yang lebih memerlukan.

Hampir 45 minit mereka berlegar di tingkat tiga tersebut dan mereka duduk sebentar di bangku sambil menikmati aiskrim kon perisa vanila.

“Penat?”Soal Jungkook apabila melihat gadisnya itu bersandar penuh sambil memakan aiskrim. “Cheokkum (sedikit).”Eunbyul membuat C kecil dengan ibu jari dan jari telunjuk.

Anak mata hazel itu memandang orang yang lalu lalang kebanyakannya dengan pasangan dan berkumpulan. Terbit senyuman dibibir nya melihat sebuah keluarga berada tidak jauh daripada mereka berhenti membeli aiskrim, lengkap dengan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan, yang kembar lelaki kelihatan berumur 4 tahun dan si kembar perempuan berumur 2 tahun.

Ibu dan bapanya juga kelihatan muda dari sisi tepi seperti umur seakan Jungkook dan Eunbyul. Jungkook juga melihat arah mata Eunbyul kemudian memandang wajah Eunbyul yang kelihatan gembira melihat kanak-kanak tersebut.

“Comel kan?”Jungkook menyoal sambil mengelap bibir merah jambu Eunbyul yang comot dengan aiskrim vanila. Wajah Eunbyul ditenung pula.

“Ya, comel sangat.”Balas Eunbyul.
Geram dia lihat kembar itu. Jungkook melihat Eunbyul yang gembira melihat kembar tersebut. “Kalau yang ni bukan kembar nanti kita usaha lagi okay?” Sebelah tangan Jungkook menyentuh perut Eunbyul.

Eunbyul senyum kearah Jungkook dan mencubit sedikit pipi jejaka itu.
Arraseo Kook.” Senyum Eunbyul meleret.

Tepi kepala Eunbyul dikucup sedikit. Menarik bahu gadis itu rapat kearahnya. Selesai melahap aiskrim mereka berdua naik ke tingkat empat dimana pakaian lelaki memonopoli.

Mata Jungkook meliar kearah kedai-kedai pakaian , dia mencari yang terpahat di hatinya. Hampir 5 minit berjalan , mereka memasuki sebuah kedai t-shirt yang ternama.

Seorang pekerja perempuan berpakaian formal datang kearah Jungkook dan Eunbyul yang melangkah masuk. Pekerja itu menunduk sedikit badannya.

“Selamat datang, Encik boleh letak beg dekat kerusi ni.” Kerusi yang seakan sofa itu ditunjukkan. Jungkook mula meletakkan tiga beg membeli belah yang berlainan jenama diatas kerusi yang telah tersedia. Eunbyul mengekori langkah jejaka itu.

Mata hazel nya meliar melihat baju-baju t-shirt yang mempunyai semua warna dan design. Langkah Jungkook terhenti pada bahagian baju berwarna hitam, Mata Eunbyul sudah mengecil memandang Jungkook.

Tto? Hitam lagi?

Ketika tangan Jungkook mencapai t-shirt kosong lengan panjang warna hitam terus Eunbyul menahan. Asyik hitam je, bosan Eunbyul tengok warna hitam.

Wae?” Jungkook memandang gadis itu.

“Jung, no black. Warna lain please.” Tangan Jungkook ditarik lembut. Mata Jungkook tetap memandang t-shirt yang ingin diambilnya sebentar tadi, fabriknya lembut dan selesa jadi Jungkook sukakannya.

“7/10 baju warna hitam awak tersusun
je tersangkut dekat almari. Andwaeseo, cari t-shirt warna lain pula.” Ujar Eunbyul lembut seakan memujuk.

Betul juga, kalau dilihat baju Jungkook memang banyak hitam dan berwarna gelap, tidak dapat dinafikan lagi. Jungkook menjuihkan bibir nya.

“Kalau macam tu sayang pilihkan, tahukan aku suka baju macam mana.” Jungkook pandang Eunbyul yang mendongak memandang wajah nya.

Terbit senyuman lebar di bibir Eunbyul. Dia ingatkan Jungkook tidak bersetuju dengannya.

Keureomnyeo, mestilah tahu. Awak jangan bantah okay.” Ujar Eunbyul ceria.

Eunbyul mengenyitkan mata lalu hidung mancung jejaka itu dicuit dan menarik tangan Jungkook ke satu arah. Jungkook hanya mengikut, dia harap Eunbyul tak pilih bukan-bukan untuk nya.

🌼🌼🌼

✈️Gimpo Airport ✈️

   Satu persatu ahli keluarga Cha sampai di lapangan terbang. Uncle Kim turut hadir, dia juga sebahagian daripada keluarga ini tetapi dia sahabat baik mendiang ayah Cha Eunbyul dan Cha Eunwoo.

Eunbyul berdiri sebelah Eunwoo dan disampingnya seperti biasa Jeon Jungkook setelah berbual dengan adik beradik ayahnya. Habis dia disoal siasat dari A hingga Z. Nama Jungkook turut disebut, menyoal bagaimana gadis itu berhubungan dengan keluarga Jeon.

Grrrr!

Eunbyul menyentuh perut dia yang berbunyi. Lapar lagi... Lengan Jungkook disentuh, Jungkook menoleh kearah Eunbyul. Berhenti perbualan dia dan Uncle Kim.

“Kenapa?”

“Jungkook, roti yang kita beli tadi dekat dalam kereta ke? Saya lapar.” Bibir dimuncungkan.

Jungkook menggeleng tanda tidak. “Anniyo, aku letak dalam beg tangan kau. Aku tahu kau mesti lapar.” Jungkook menunding kearah beg tangan Eunbyul. Tahu sahaja lah dia dengan perangai Eunbyul sekarang, setiap masa mesti ada makanan dengannya.

Eo?” Eunbyul menjatuhkan pandangan pada beg tangan nya.

Jungkook mengangguk. Beg tangan Eunbyul yang tersangkut di bahu dia ambil. Zip beg tangan di buka. Ditunjukkan kepada Eunbyul.

“Ada dalam beg tangan kau. Cuba cari.” Dengan bantuan Jungkook memegang beg tangan Eunbyul manakala gadis itu mula mencari.

Sekali seluk sahaja Eunbyul menarik bungkusan sandwich itu.

Eo, dah jumpa. Hehe.”

Eunbyul mula tersengih apabila melihat bungkusan roti strawberry dan whipping cream. Jungkook mencuri pandang wajah Eunbyul yang ceria melihat makanan. Beg tangan juga Eunbyul sudah ambil dan sangkut pada bahunya semula.

Bungkusan dibuka dengan cermat dan dihulurkan kepada Eunbyul.

“Jangan melahap, air mineral botol kecil ada dalam beg tangan.” Ujar Jungkook sambil sandwich itu bertukar tangan.
Gomawo” Ucap Eunbyul dan terus menggigit sandwich itu. Uncle Kim yang melihat tersenyum sendiri.

Jeon Jungkook kembali berbual bersama Uncle Kim. Menyambung topik yang terhenti. Eunwoo pula melihat adiknya makan. Selera adiknya itu makan. Eunwoo menolong mengalihkan rambut yang berada dihadapan seperti menganggu adiknya itu makan.

Adik beradik Cha mempunyai tiga, sulung ayah Eunbyul, kedua perempuan dan ketiga lelaki. Masing-masing sudah berkahwin cuma yang bongsu sahaja tidak mempunyai anak lagi.

Mata adik beradik Cha tertumpu pada Jeon Jungkook. Mana mungkin dia tidak kenal , nama keluarga Jeon popular di Seoul Korea. Eunbyul sangat bertuah mendapat Jeon Jungkook. Melihat Jungkook membuka bungkusan sandwich tanpa merungut membuatkan mereka berasa terkejut kerana Jeon Jungkook terkenal dengan sikap dingin seperti hatinya kosong.

Mereka tahu tentang mendiang datuk
tiri mereka ialah Jeon Daesung, datuk kandung Jeon Jungkook. Hal ini cuma tiga beradik termasuk mendiang ayah Eunbyul sahaja tahu. Disimpan rapi kerana amanah Puan Cha.

Jeon Jungkook berborak dengan Uncle Kim tentang banyak perkara dimulai dengan topik Eunbyul yang mengandung sehingga ke selok belok syarikat. Kadang-kala perbualan dua lelaki itu disampuk oleh Eunbyul.

Cha Eunwoo menyenggol bahu adik perempuan nya. Dia bosan menunggu hampir 20 minit. Seonhwa tidak dapat ikut kerana mempunyai kerja jadi Eunwoo datang berseorangan.

“Nak apa?” Soal Eunbyul, lari fokusnya pada telefon bimbit nya. Roti tadi sudah habis dilahap. Wajah abang kandungnya dipandang. Ini pun galah, sakit leher Eunbyul nak mendongak lama.

Kenapalah dia hanya 164 cm?

“Byeong, harini aku tidur rumah.
Mesti halmeoni nak bermalam rumah appa. Kalau tak pun aku tetap nak bermalam dekat rumah. Bosan lah duduk kondominium sorang-sorang.” Eunwoo membuat spekulasi sendiri. Lagipun memang dia bosan duduk sorang-sorang macam alone sangat.

Arraseo.. tapi kan Woo duduk je lah dekat rumah appa. Sunyi juga rumah agam tu. Ada saeng, kook, maid dan bodyguard.”Eunbyul memujuk abangnya. Memang, sunyi rumah agam tersebut. Dahulu ramai juga pembantu rumah tetapi sejak kematian ibu bapa mereka terus pekerja yang lama meletakkan jawatan.

Eunwoo berfikir panjang, tetapi jauh dengan syarikat! Alah!

“Nanti aku fikirkan.” Tangan diseluk ke dalam poket seluar. “Memang patut difikirkan.”Bidas Eunbyul. Lengan Eunwoo dipaut dan kepala disandarkan pada sisi bahu Eunwoo. Dia saja mahu bermanja dengan abang sendiri kalau tidak menyakat sesama sendiri je kerja.

Saeng, kau okay tak berdiri lama ni.
Tak penat? Kalau penat mencangkung jelah.” Cha Eunwoo tahu mengenai kandungan adiknya, pada awalnya kena soal siasat jugalah Jungkook dengan dia dan Uncle Kim.

“Byeong okay je lah. Kalau penat nanti Byeong duduklah.” Cebik Eunbyul.

Cha Eunwoo yang mendengar hanya bergumam malas dia nak mengusik adiknya setelah diberitahu oleh Jungkook tentang emosi tak terkawal adiknya ketika mengandung. Tetapi selalunya main bedal je😂.

Eunbyul diamkan diri sekejap, otaknya memikir tentang neneknya. Walaupun dia ingat sepenuhnya masih lagi tidak jelas kerana lama neneknya itu duduk di luar negara.

“Eunwoo.. berapa tahun nenek tak balik Korea?” Soalan diajukan kepada Eunwoo yang kelihatan bosan menunggu lama.

“Dah tiga tahun, last balik waktu hari kebumi appa dengan eomma, itupun seminggu je duduk Korea dan balik Kanada semula.” Terang Eunwoo jelas. Eunbyul hanya oohhh sahaja.

“Aku ingat nenek, tapi kita tak banyak memori dengan nenek kan?” Eunbyul senyum nipis apabila Eunwoo memandang wajahnya. Eunwoo tidak tahu yang adiknya itu sudah mengingati semua.

Dae.. ” Balas Eunwoo pendek.

Cha Eunbyul mula memandang kembali abangnya yang melarikan pandangan.

“Nenek paling rapat dengan siapa antara cucu-cucu nenek?” Soal Eunbyul lagi.

Eunwoo menaikkan kening nya. “Kita berdua dan Rowon.” jarinya menunjuk ke satu arah dimana jejaka tinggi lampai berdiri sebelah adik perempuan nya.

“Mamat galah tu rupanya.” Gumam Eunbyul apabila melihat jejaka tersebut. Kacak tetapi Jeon Jungkook lagi triple kacak!

“Dia tinggi, tinggi juga pembelajaran dia. Sekarang dia jadi doktor.”

Bila adik beradik dah mula membawang.

Cha Damhee mempunyai enam orang cucu. Dua daripada anak sulung dan empat daripada anak kedua. Tiga lelaki dan tiga perempuan.

Tidak lama kemudian kelibat nenek Eunbyul kelihatan bersama pembantu peribadi nya. Kelihatan elegan, rupawan dan seorang yang berkerja.

Eomma!”

Halmeoni!”

Cha Damhee tersenyum saat melihat setiap wajah keluarganya dan matanya terhenti kepada Eunwoo dan Eunbyul. Cucu yang paling dia rindui. Anak matanya beralih pada Jungkook dan Uncle Kim.

Cha Damhee, dia sudah pulang ke tanah air nya Seoul,Korea.

Dia pulang dengan satu perkara yang dia mahu memberitahu kepada Eunbyul dan Eunwoo termasuk Jungkook.

Kisah silam keluarga.

🌼🌼🌼

   Dengkuran halus mula kedengaran, jemari panjang Jungkook mengalihkan anak rambut yang menutupi wajah Eunbyul.  Hujung bibit menarik senyuman. Seharian mereka kehulur-kehilir mesti mak buyung ni penat. Bibir didekatkan pada dahi Eunbyul dan dikucup sedikit.

Jam tangan yang berada di pergelangan tangan di pandang. Sekarang sudah pukul 5 petang. Jungkook mengangkat Eunbyul dan menolak pintu kereta dengan kakinya.  Jungkook membetulkan dukungan dan mula melangkah masuk. Semasa melintasi ruang tamu Jungkook melihat Eunwoo , Puan Cha dan pembantu peribadi Puan Cha. Dia berhenti sebentar.

“Eunwoo hyung.. halmeoni, kami naik atas dulu.” Jungkook menunduk sedikit kepala dan terus naik apabila mendapat anggukan daripada mereka.

Setelah merasakan kelibat Jungkook sudah menjauh Puan Cha menepuk peha cucu lelakinya.

“Eunwoo.. halmeoni nak kamu ceritakan tentang mereka berdua. Halmeoni teruja.” Puan Cha Damhee senyum teruja. Walaupun itu cucu Jeon Hyesun dia tidak kisah asalkan cucunya itu bahagia.

“Halmeoni nak tahu tentang apa?” Eunwoo menghirup sedikit teh yang dibuat oleh Ahjumma Lee.

“Sejak bila Jungkook mula duduk sini?” Soalan yang dia mahu tanya sangat kerana dia terdengar perbualan Jungkook dengan Eunbyul.

Eunwoo mengusap dagu, memikir tentang hal itu. Dia walaupun nampak tak ambil kisah dia tahu tentang adiknya. Mestilah daripada pembantu nya.

“Adalah dalam dua bulan? Hah ya dua bulan.” Eunwoo yakin. Cha Damhee si nenek mengangguk.

“Bila mereka berdua mulakan kembali?” Sengaja Cha Damhee si nenek bertanya sebenarnya dia tahu perihal tentang keluarganya di Korea cuma dia mahu menanya betul atau tidak apa yang dia perolehi oleh pekerjanya.

“Dalam dua bulan lebih. Hah macam tu lah.” Jawab Eunwoo.

“Hah kamu, halmeoni dengar baru-baru ni syarikat ada masalah. Kamu buat apa hah?!” Perut Eunwoo dicubit oleh Puan Cha.

Eunwoo mengerang kesakitan.
Neneknya ini pasang spy ke apa sampai tahu sebab dia rasa hanya orang syarikat Miracle Holdings sahaja tahu tentang ini dan pihak lain tidak mengetahui.

“Aduhh halmeoni!”

Neneknya mencubit badan cucu lelakinya itu. Pembantu peribadi Puan Cha hanya tergelak kecil, suka melihat keluarga ini.

“Ada ralat je tapi tak serius! Aduhhh halmeoni chincha apeo!

Cha Eunwoo terus terusan di cubit oleh neneknya. Walaupun tua cubitan neneknya tetap berbisa.


🌼TO BE CONTINUE 🌼
💜2075 WORDS💜

Continue Reading

You'll Also Like

2.6K 162 40
"Aku janji aku takkan buat lagi, i promise, aku takkan sakiti kau lagi"- jimin "Berapa kali kau ulang? "-jung ha "Aku-"-jimin "Cukup aku dah penat wi...
47.7K 885 16
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?You are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gilak...
5.7K 376 10
πŸππƒ πŠπ€π‘π˜π€ πŠπ„πƒπ”π€ "The lighten of my life slowly becoming the darkness." Seseorang pasti akan berkata, lupakan kisah silam buruk yang meng...
114K 559 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...