SAPTA ADHYASTA

By mynameismas

14.7K 2.1K 1.2K

Tatkala kemurnian jiwa manusia hilang dek dendam dan serakah maka perjanjian dengan Sang Terkutuk pasti akan... More

-1-
-2-
-3-
-4-
-5-
-6-
-7-
-8-
-9-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
- 29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
- 35-
-36-
- 37-
-38-
-39-
-40-
- 41-
- 42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-EPILOG-
-SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG-
-WALANG KESUMA-

-19-

314 43 14
By mynameismas

Ingin mati sahaja rasanya Naufal dalam keadaan dia tidak lagi mampu untuk berteriak.Kerongkongnya perit sekali dan jika Aduka tidak mengasihaninya yang sudah lembik itu,maka Naufal juga tidak berasa kasihan sedikitpun apabila menyedari gegendang telinga Aduka mungkin boleh meledak mendengarnya terjerit-jerit ketakutan di belakang.

Tunggangan Aduka yang diberi nama Merah Jingga bersesuaian dengan warna bulu pada seluruh tubuh Cenderawasih itu yang berwarna jingga sementara warna surai belakangnya yang panjang menjulai merah darah itu terbang laju.

Sesekali mengepakkan sayap dalam keadaan menaik namun ada ketikanya burung tersebut menukik turun dengan kelajuan yang menyeramkan dan ketika itulah tanpa berfikir dua kali Naufal akan memaut hujung baju yang dipakai Aduka.

Jari-jemari kaki Naufal yang hanya bercapal itu terasa dingin dan capalnya yang tidak tetanggal dalam keadaan begitu sudah cukup mujur.Gumpalan awan tipis sesekali menghalang penglihatan Naufal tetapi tidak bagi si cenderawasih itu.

Dengan kelajuan yang tidak berkurangan sedikitpun,haiwan tersebut mengepak-ngepakkan sayapnya dan sesekali meluruskan sayapnya ke belakang jika sedang terbang menurun.Seluruh tubuh Naufal seperti kehabisan tenaga dan menghairankan juga bagaimana dia tidak terjatuh dalam keadaan seperti itu.

Hendak mendakap kejap batang tubuh Aduka yang tenang mengemudikan cenderawasih itu,pasti aneh jadinya.Ia akan mirip sekali seperti adegan drama purba Korea yang menjadi kegilaan teman-teman siswinya di fakulti sana.

Hero yang tampan tinggi lampai mengenakan Hanbok sutera sementara sang heroin pula cantik dengan wajah halus bak telur dikupas.Menunggang kuda dalam suasana berangin dan ada pula kelopak bunga sakura yang berguguran entah dari mana.

Naufal bergidik antara dingin dan ngeri.Geleman tepatnya.Geli .

Mati la nakk !

Dan demi memikirkan hal itu,Naufal tidak perduli jika cengkamannya pada helaian bulu cenderawasih itu terlalu kejap dan tidak mustahil boleh menyebabkan pelepah si Merah Jingga tercabut. Togel sekalipun Naufal tidak kisah ! Mujur juga si Merah Jingga tidak menggelupur kesakitan dengan cengkaman kejap Naufal pada pelepahnya.Jika tidak,dapat-dapat kejadian jadi lain.

Merah Jingga yang mengencangkan kepakan sayapnya membuatkan Aduka dan Naufal memintas cenderawasih tungganggan Tun Fatimah dan seketika Naufal menoleh.Sekali imbas begitu,Indah tampak persis sekali dengan susuk pesilat wanita yang pernah dilihatnya di dalam televisyen yang menyiarkan rancangan sukan.

Kerudung putih gadis itu dimasukkan ke dalam leher baju berleher cekak musang sama seperti apa yang dipakai Naufal dalam versi warna yang sama. Putih gading bertekat benang perak.Sementara baju luarnya berwarna hijau pucuk pisang dengan kepala pending yang lebih kecil dan bermotif sekuntum bunga.Tanjak yang membalut kepala bertudung Indah juga berwarna hijau dengan letak puncaknya jatuh ke sebelah kanan.

Berbeza daripada Naufal yang diberikan sebilah keris hitam tidak berpamur dengan nama Pengawak Raja itu,Indah pula dibekalkan dengan sebuah busur dan beberapa batang anak panah yang tersimpan di dalam sebuah bekas daripada kulit. Sang Sahmura.Begitu nama panah tersebut yang sempat membuatkan Naufal mengernyit aneh.Namun,perduli apalah dia tentang itu semua.Apa yang penting,dia mahu hidupnya menjadi normal lagi seperti sebelum ini.

Memikirkan semula kejadian awal pagi tadi di anjung rumah limas bertiang tinggi Penghulu Paduka Haji,ia tidak ubah bagaikan upacara penyerahan selempang kepada anak murid yang telah berjaya menamatkan pembelajaran mereka.

Naufal pernah menyaksikan peristiwa itu sekali dua ketika kunjungannya ke rumah datuknya lama dulu.Sekumpulan pemuda yang lengkap dengan pakaian silat berwarna hitam menerima pentauliahan daripada sang guru berupa bengkung ataupun selempang yang berlainan warna menggambarkan tingkat pencapaian yang berbeza.

Malahan,pernah pula Naufal melihat upacara Mandi Minyak yang sehingga kini tidak difahami Naufal maksudnya.

Semakin lama Naufal merasakan kepakan cenderawasih yang ditunggangi mereka berdua semakin merendah dan sayup-sayup Naufal melihat hamparan hijau diantara juraian awan putih di bawah sana.Sementara itu seperti seekor ular yang menyusur,ada jaluran sungai yang bengkang-bengkok membelah hamparan hijau di bawah itu.

Sementara itu bagi Indah,bukan dia tidak terkejut dengan apa yang berlaku kepada mereka sejak seminggu dua ini hanya sahaja ia bukan lagi hal yang asing kepadanya.Tun Indera dan adiknya Tun Fatimah yang pernah diberikan nama sebagai Sari oleh Indah sendiri bukan susuk yang asing baginya.

Malahan lebih daripada itu,dia mengenali mereka.Tun Indera yang pernah dilihatnya beberapa kali seperti memerhatikannya dari kejauhan dan lebih-lebih lagi Tun Fatimah.Tetapi walau begitu sekalipun,kedatangan mereka ke permukiman tersebut dan kini berada di atas belakang seekor burung cenderawasih memang tidak pernah melintas di fikiran Indah sebelum ini.

Hanya sahaja dia tampak lebih tenang kerana dia menyerahkan segalanya kepada ketentuan Yang Maha Tinggi dengan kepercayaan bahawa tidak ada yang akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya.

Jika difikirkan dengan akal waras,sememangnya tidak boleh diterima sama sekali tetapi tidak ada apa yang mustahil dengan kekuasaan dari-Nya juga.

Dan bukan juga keahlian Indah untuk membahas tentang kewujudan alam sebelah yang didiami oleh Tun Indera dan Tun Fatimah.Mereka mempunyai kehidupan masing-masing sesuai dengan syariat serta ketetapan daripada Yang Maha Menciptakan.

Sedang masing-masing hanyut dengan fikiran sendiri,cenderawasih tunggangan Tun Fatimah tiba-tiba sahaja membelok laju membuatkan Indah terperanjat dan pantas mencengkam bahu Tun Fatimah.

Jika dia tidak pantas,tidak mustahil dia sudah tercampak jatuh.Dari sudut matanya,Indah dapat melihat sekurang-kurangnya ada tujuh ekor helang yang menukik laju seperti sedang mengepung mereka berlima.Berkuak-kuak heboh .

Tunggangan Tun Fatimah itu mengepak laju tetapi kemunculan dua ekor helang tersebut membuatkan cenderawasih tersebut terpaksa terbang turun naik bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa serangan helang-helang tersebut yang pada Indah bukan suatu kejadian yang tidak disengajakan.

Jelas!

Buat beberapa detik pandangannya bertembung dengan mata salah seekor daripada helang itu.Ia bukan berwarna kuning seperti kelazimannya helang yang biasa melainkan berwarna hitam dengan anak mata merah menyala yang menyorot ganas.

" Fatimah !"

"Pasukan pengintip dari kaum bawah."

Suara Tun Fatimah melengking sambil kedua-dua tangannya mencengkam kejap tali yang bersambung terus daripada kekang yang terpasang pada leher cenderawasih tersebut yang sepertinya berfungsi untuk mengawal arah pergerakan cenderawasih tersebut sama halnya seperti kekang pada kuda.

Menepuk leher si Penjejak Badai,Tun Indera mengisyaratkan agar tungganggannya itu terbang dengan kelajuan yang lebih pantas daripada biasa sambil sesekali lehernya tertoleh kepada si Merah Jingga lalu kepada si Bintang Timur dan dua susuk tubuh pada belakangnya yang diam-diam menumbuhkan rasa gusar di dalam hati Tun Indera.

Pertama sekali kerana Tun Fatimah ialah adik satu-satunya yang dia ada sementara Indah pula adalah sangat berbeza daripada mereka bertiga.Kerelaan dan kesanggupan Indah sendiri ditambah dengan persetujuan daripada datuknya sebagai wali mujbir selain daripada ayahnya beberapa hari sudah bermakna Indah kini berada di bawah tanggungjawabnya termasuklah hal paling penting daripada segalanya yakni keselamatan gadis tersebut .

Bagi Naufal pula, bukan dia tidak bimbang tetapi tahap kebimbangannya tidaklah sebesar dia membimbangi Indah.Sekecoh-kecoh Naufal,dia masih seorang pemuda dan dengan adanya Aduka – dia yakin sang sahabat mampu menjaga Naufal.

Sebenarnya,sebelum masa keberangkatan mereka untuk menjejak Mumbala hal Indah sudah diperkatakan Tun Indera dengan nada yang tidak begitu bersetuju.Sudah tentu kerana Indah itu seorang gadis dan disebabkan hal tersebut ada banyak perkara yang perlu diperhalusi.

Namun,memandangkan Mumbala pasti berkaitan dengan kejadian kehilangan seorang pemuda bernama Nik Aizuddin tempoh hari dan menandakan hal paling tidak ingin diperkatakan oleh sesiapa itu telah bermula sekali lagi,mereka tidak mempunyai pilihan lain selain daripada melibatkan Indah kerana dia satu-satunya waris Haji Latif yang paling layak.

Beberapa orang saudara Indah yang juga masih merupakan waris ketujuh Haji Latif yang diperhatikan sendiri oleh Tun Indera atas arahan ayahnya,masing-masing memiliki sikap dan karenah yang tidak menyenangkan.

" Fatimah !! " Tun Indera memacu si Penjejak Badai lebih hampir kepada cenderawasih tunggangan adiknya dan mengeraskan suara " Bawa Indah ke pelabuhan.Tunggu di situ sehingga Kanda tiba.Mengerti?"

Tidak mengangguk ataupun menggeleng,Tun Fatimah menyentak tali pada tangan kanannya membuatkan si Bintang Timur membelokkan tubuh ke kanan dan kembali mengepakkan sayapnya bagaikan memahami keadaan genting ketika itu dengan kemunculan helang –helang bermata hitam yang jelas cuba menghalangi perjalanan mereka ke pelabuhan.

Melihat cenderawasih yang ditunggangi Tun Fatimah semakin menjauh,Tun Indera menarik tali pada tangan kirinya dan si Penjejak Badai segera mengerti isyarat daripada sang tuan.Dengan kelajuan begitu,sayup-sayup dia melihat si Merah Jingga menukik turun naik mengelakkan terkaman kuku helang –helang tersebut dan Naufal yang berpaut ketakutan .

" Aduka !! "

Mendengarnya,Aduka menoleh pantas dan anggukan kepala dari sahabatnya itu segera difahaminya tanpa banyak soal.Tanpa bertangguh dia mnjejalkan tali di tangannya kepada Naufal.

" Hanya pegang dan jangan sesekali menyentaknya.Ingat pesan kita,Naufal.."

Naufal yang berkali-kali hendak termuntah itu menggeletar tidak tertahankan tetapi dia mengangguk juga tetapi tatkala Aduka melompat turun daripada cenderawasih tunggangannya itu,Naufal seperti hendak pengsan.

Sekilas dia melihat susuk tubuh Aduka yang melayang ke bawah tetapi hanya itu sahaja kerana tanpa memberikan sebarang tanda,cenderawasih berbulu merah jingga itu mengepakkan sayapnya sekuat-kuat kudrat lalu turun menjunam menundukkan kepala.

Kekang sudah ke barat dan suara Naufal pula sudah ke utara.Dia tidak lagi perduli kepada pesanan Aduka malahan tanpa bertangguh leher cenderawasih itu dipeluknya kejap dengan mata terpejam.

Dengan kepantasan luar biasa,si Penjejak Badai melayah turun ke bawah membelah deruan angin lalu menyambar tubuh Aduka yang sedang melayang itu dengan kukunya.Melihat sang sahabat tidak apa-apa,Tun Indera menjangkaukan tangannya dan hanya dengan satu rentapan kuat serta kecekapan yang dilatih bertahun-tahun,tubuh Aduka sudah berada di hadapannya.

" Naufal tidak apa-apa?"

" Dia baik-baik sahaja,Indera. "

Aduka menyahut tenang lalu mencapai tali kekang yang diserahkan kepadanya dengan pantas. Dia tahu Tun Indera menyerahkan tanggungjawab mengemudikan si Penjejak Badai kepadanya ketika itu.

Lalu,dengan tatapan yang menajam-Tun Indera mencapai busur panah yang tersandang pada belakangnya sambil berdiri di tengah pecutan si Penjejak Badai yang tidak kunjung perlahan.Menarik sebilah anak panah dan menyasarkan kepada seekor helang yang mengepakkan sayapnya cuba untuk menyambar Naufal yang terpekik-pekik.

" Dengan nama Penguasa Langit Dan
Bumi !"

Ucap Tun Indera senafas lalu melepaskan satu panahan ke arah helang itu.Terdengar tempikan nyaring dan panahan tepat Tun Indera membuatkan helang tersebut menggelupur kesakitan lalu melayang jatuh.

Semoga sahaja mereka tidak apa-apa,getus hati kecil Tun Indera dengan helaan nafas gusar tetapi dalam masa yang sama kembali membidik sebatang lagi anak panah ke arah sasaran di hadapannya.

+             +             +

Continue Reading

You'll Also Like

288K 282 8
"Kanopi apa pulak dekat luar tu?" -Thalia Hadira "Kenduri kahwin" -Fakhrul "amboi, takkan dah berumur pun masih nak kawin lain? Nak berapa orang iste...
138K 4.4K 30
Demi cinta, dia mengorbankan segala kebahagiaan diri dek trauma terhadap kisah pada masa silamnya. Tanpa ragu, tanpa gentar, tanpa diluah apa yang te...
279K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
1.1K 88 14
Highest - #1 protect - #1 lovehaterelationship [Sinopsis] Kehidupan Khaleeda Aufi yang sebatang kara membuatkan dirinya tidak berg...