KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

204K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 5

5.1K 494 55
By KhaiShif

Sebuah portal terhasil di hadapan rumah Kirito. Di hadapan portal itu pula kelihatan susuk Kirito berdiri tegak. Matanya seakan bersinar garang melihat portal itu.

"Jaga rumah . Aku nak melawat kawan lama," Pesan dia sebelum melangkah ke dalam portal.

Beberapa orang yang menghuni rumah itu menyahut perlahan. Mereka menghantar pemergian tuan mereka pada malam itu.

"Lucas dah pulang!" Jerit Muy. Dia memapah tubuh tegap seorang lelaki berambut putih dan bermata biru laut.

Tubuh Lucas berdarah. Tetapi tidaklah terlalu teruk. Masih boleh berjalan walaupun perlahan.

Beberapa orang yang menghantar pemergian tuan mereka tadi terus mengerumuni Lucas. Tubuh Lucas di angkat.

"Bawa dia masuk ke dalam," Arah Rei.

Tubuh gagah Lucas di angkat dan dibawa masuk ke dalam bilik lelaki itu. Lalu terkocoh seorang gadis berambut merah saga menghampiri Lucas yang memejamkan matanya. Darah pekat yang mengalir ditatap. Segera kedua tangan gadis itu di angkat dan sejurus selepas itu sinaran hijau muda kelihatan.

Tubuh Lucas yang dicakar tadi segera membentuk seperti sebelumnya. Tiada sebarang luka dan darah. Kesan cakaran tadi juga tertutup dan langsung tidak meninggalkan parut.

"Terima kasih," Ujar Lucas perlahan.

Gadis itu tersenyum.

"Rehat cukup-cukup," Dia bangkit untuk menguruskan sedikit perkara yang tertinggal tadi ketika sebelum Lucas datang.

"No... Stay with me. Jangan pergi mana-mana," Tangan gadis berambut merah diraih dan ditarik perlahan. Terus secara automatik gadis berambut merah itu berada dalam dakapan Lucas.

"Lucas!"

"Shh... Aku tak nak dengar suara kau Halena,"

Gadis berambut merah tadi berhenti bersuara. Dada bidang Lucas yang dekat dengannya ditatap. Pelukan hangat si suami dibalas lebih erat.

Lucas tersenyum, sempat sebuah kucupan hinggap pada dahi gadis kesayangannya itu.

Di sebuah kampung yang hampir punah kawasannya. Sebuah portal muncul di tengah-tengah runtuhan kebakaran sebuah rumah yang saiznya lebih besar dari rumah penduduk lainnya.

"Raz..." Gumam susuk seekor musang berekor sembilan.

Kirito menoleh ke belakang. Sekaligus menukar riak wajahnya. Tanpa berfikir panjang, dia segera melangkah mendekati susuk musang berekor sembilan yang terletak berdekatan runtuhan rumah tadi.

"Oga. Siapa yang musnahkan kampung ni?" Soal Kirito sambil memangku kepala Oga, susuk musang berekor sembilan.

"Hahaha... Kau masih ingat nama aku, ya? Berapa ribu tahun agaknya kita tak berjumpa?" Termengah-mengah Oga bersuara. Darah merah membanjiri di sekeliling tubuhnya.

Kirito mengetap bibir.

"Jawab soalan aku, Oga!" Tekan dia. Geram!

"Uhuk! Uhuk! Kau patut tahu di era baru sekarang, puak kami begitu berharga. Dapat membantu manusia menyembuhkan luka dengan cepat dan memanjangkan umur seseorang itu," Sejumlah darah dimuntahkan ketika hendak menjawab pertanyaan sahabat dari masa lalunya itu.

"Banyak manusia yang gilakan kuasa kami, kalah puak syaitan." Sambung Oga.

Kirito terdiam.

"Jadi kau tahu pasal rancangan Edgar?" Soal dia lagi.

Oga mengangguk perlahan. Lubang besar yang terbentuk pada perutnya banyak mengeluarkan darah segar. Malah pada malam itu suasananya amat dingin sekali.

"Aku ada sekali masa nak hantar kau ke masa kini," Ujarnya cukup perlahan.

Tangan Kirito yang bernyala warna hijau menekup luka yang berada di perut Oga.

"Jangan," Tangan Kirito ditepis.

"Aku kena rawat luka kau, gila!" Ujar Kirito.

"Masa aku dah tiba."

"Macam mana dengan anak kau?" Kirito ketap bibir. Bengang dengan sikap keras kepala kawan lamanya itu.

"Kau ada kan? Tolong jagakan anak aku, Miyako," Terukir senyuman nipis di bibir tua Oga.

"Dia takkan nak, kalau aku jaga dia. Ish! Jangan degil boleh tak?"

Oga tertawa perlahan.

"Amy dah tunggu aku dekat sana. Lagipun puak aku dah punah."

"Pengawal anak kau tu bukan puak kau juga ke?" Soal Kirito bengang.

Oga tersenyum dalam kesakitan.

"Bukan. Mereka lahir dari dunia luar."

Kirito ketap bibir apabila kelopak Oga semakin kuyu seakan hendak terkatup.

"Biar aku rawat kau!" Ujar Kirito masih berkeras tetapi kini langsung tiada balasan dari Oga.

"Oga? Oga! OGA!" Tubuh tua Oga di goncang kuat. Masih tiada reaksi yang diberi sehinggalah hampir setengah jam.

Kirito menumbuk tanah kuat serentak dengan bunyi dentuman guruh di langit. Hatinya bagaikan dirobek. Sahabat yang telah di anggap seperti saudara sendiri telah pergi dalam pangkuannya.

Hujan turun renyai-renyai sebelum berubah rentak. Laju dan lebat. Shiki yang berada di dalam tubuh Kirito keluar dalam bentuk wujud seorang lelaki. Matanya sempat melingas keseluruhan kawasan bumi Ellis. Tiada apa yang tinggal. Hanya runtuhan dan mayat yang bergelimpangan. Bau hanyir darah dibersihkan dengan kehadiran hujan.

Shiki menggeleng kepala perlahan. Kerakusan manusia di era itu melebihi syaitan di era dia suatu ketika dahulu. Ketamakan manusia di era itu juga semakin menjadi-jadi.

"Kita kuburkan mereka semua," Ujar Kirito perlahan.

Si naga itu hanya akur saja. Sedikit pun tidak membantah.

Satu persatu kubur digali dan ditandakan dengan sisa kayu dari runtuhan rumah penduduk.

Miyako tersedar dari lenanya. Tubuh diraba perlahan. Kesakitan dan kecederaannya telah hilang. Semua sekali! Tanpa berfikir panjang lantas gadis itu berlari keluar dari bilik. Kehadiran Kamachi dan Kyoji tiada di dalam biliknya.

"Kamachi! Kyoji!" Panggil Miyako.

"Ya, cik muda?" Sahut Kyoji.

"Kita kena balik sekarang. Ayah dah tunggu. Jom!" Desak Miyako.

"Tapi cik, kita belum berterima kasih dekat mereka. Mereka dah selamatkan kita dari bahaya," Ujar Kyoji lembut. Rambut panjang berwarna ungu gelap miliknya beralun mengikuti angin pagi itu. Kamachi yang berdiri di sebelah hanya diam.

"Tak perlu! Kita tak tahu sejauh mana kebaikan mereka. Cepat!" Tanpa berlengah lagi tangan Kyoji dan Kamachi ditarik.

"Ehhh!"

Mereka melalui jalan belakang tanpa sesiapa sedari. Langkah larian juga begitu besar agak mudah sampai ke kampung halaman mereka.

Sampai saja di gerbang Kampung Ellis, Miyako terduduk. Matanya terbeliak. Sedikit bergenang tubir matanya kerana terkejut dan sedih. Suasana yang tergambar  di hadapannya ialah kemusnahan kampung yang suatu ketika dahulu hidup aman dan damai.

"Tak mungkin...," Gumam Kamachi. Bulat matanya menatap perubahan kampung yang baru semalam ditinggalkan.

"Ayah!" Jerit Miyako. Lantas dia berlari lagi. Air mata disekat perlahan. Langkah lariannya diatur menuju ke rumahnya. Mencari susuk yang dirindui.

"Ayah...," Gumam gadis musang itu.

Kirito yang duduk bersandarkan sebatang kayu yang sedikit berbeza di tatap lama. Mata merah yang selalunya memancarkan sinaran dingin disorokkan dibalik rambut hitam dan sedikit kemerahan miliknya.

"Ayah?" Kirito mendongak. Lutut kanan dinaikkan untuk menampung lengan kanannya.

"Maaf...," Gumam Kirito.

Miyako mendekati kayu tempat Kirito bersandar tadi. Seakan dapat merasakan bahawa batang kayu itulah penanda kubur ayahnya.

"Ap... Apa yang... Jadi?" Soal Miyako tersekat-sekat.

"Kampung kau di serang dan bapa kau dibunuh, " Ujar Shiki setelah selesai mengebumikan beberapa orang penduduk Kampung Ellis.

Kamachi dan Kyoji tersentak.

"Macam mana kitaorang boleh percaya cakap kau?" Soal Kamachi, kurang mempercayai kenyataan lelaki naga itu.

"Terpulang," Shiki angkat bahu saja.

"Hey, Kirito! Sampai bila kau nak jadi macam tu? Banyak lagi cabaran yang kita kena tempuh nanti, setakat Oga. Ini baru permulaan." Ujar Shiki tidak menatap terus Kirito yang terduduk sedih itu.

"Kau cakap senang cicak. Aku yang kena hadap semua ni!" Bentak Kirito.

Shiki mengerutkan dahinya menahan geram. Sungguh! Dia tidak suka diberi persamaan dengan seekor cicak. Dia adalah seekor naga yang gagah bukan seekor cicak yang lembik.

Kirito bangkit dari duduknya. Punggung ditepuk perlahan, menghilangkan debu yang melekat sepanjang hujan semalaman. Kakinya melangkah longlai ke hadapan dan tak lama kemudian nyaris tumbang di hadapan Miyako.

"Kiri! Aduh! Kau ni tak ada penyakit cari penyakit. Yang pergi berhujan semalaman tu kenapa?" Bebel Shiki. Dia melangkah mendekati si tuan.

Tubuh lemah Kirito di papah. Miyako menggigit hujung bibirnya. Wajah pucat Kirito ditatap. Serba salah pula kerana membiarkan Kirito menguburkan semua ahli puaknya tanpa dirinya.

Tubuh tegap Shiki ditepis. Kirito berjalan perlahan ke arah Miyako yang serba salah itu. Bibir sengaja didekatkan pada telinga gadis itu.

"Tak payah risaulah,"Bisiknya.

Kamachi dan Kyoji yang melihat perbuatan tak sopan Kirito itu maju dengan tekanan kuasa yang luar biasa tanpa mereka sendiri sedari.

"Jangan mara. Kalau tak, Cik Muda korang jadi mangsa." Ujar Kirito bersahaja. Sempat jejaka itu mengukir senyuman sinis dibalik celah leher Miyako.

Kyoji mengetap bibir. Gadis itu kelihatannya memprotes.

Miyako mengetap bibir apabila telinganya ditiup perlahan. Kelakuan Kirito menimbulkan debaran aneh di dalam hatinya.

"Jom balik Shiki," Arah Kirito tanpa menoleh ke belakang.

Si naga yang dipanggil menggelengkan kepala perlahan . Perbuatan Kirito itu tadi sengaja menduga gadis musang berekor sembilan itu.

"Tunggu!" Jerit Miyako.

Senyuman sinis sekali lagi tersungging di bibir Kirito. Tangannya naik bersilang di atas kepala.

"Kenapa?" Soalnya.

"Boleh kami tumpang rumah awak? Untuk beberapa bulan je. Bila kami dah dapat duit nanti kami akan keluar," Miyako ketap gigi serapatnya. Malu hendak meminta namun mereka benar-benar terdesak ketika itu.

"Cik muda!" Serentak Kamachi dan Kyoji.

"Boleh....," Meleret Kirito menjawab. Di belakangnya Shiki sudah mempamerkan riak wajah menyampah.

Kedua pengikut Miyako menoleh ke arah Kirito. Lebih tepatnya belakang tubuh lelaki itu.

"Tapi kena ada bayaran untuk tinggal di rumah aku," Ujar Kirito selamba.

Miyako tersentak. Hatinya mula merasakan sesuatu yang tidak enak.

"Apa dia?" Soalnya, memberanikan diri.

"Badan kau. Hanya kau Miyako," Di hujung ayat Kirito tertawa sinis.

Gadis gumiho itu sekali lagi tersentak. Bagaimana lelaki di hadapannya mengenali dia? Dan bagaimana dia hendak membayar untuk tumpang menginap di rumah Kirito?

"Ini dah melampau!" Kamachi maju. Bilah pedang yang diperbuat dari pecahan kaca sumber kuasanya digenggam erat lalu Kamachi melibas pedang itu.

Tidak sampai lima minit pedang tadi berderai hancur. Malah langsung tidak dapat menyentuh tubuh Kirito.

"Simpan tenaga kau untuk perang nanti," Ayat terakhir diucapkan perlahan oleh Kirito.

Continue Reading

You'll Also Like

76.1K 1.6K 25
" kau bodoh ke ? Kalau aku minat perempuan pon bukan yang macam kau ! " - Tina Ernica " aku cuba nafikan perasaan aku dekat kau tapi hati aku tak izi...
445K 5.1K 40
Dikurniakan badan yang berotot sehingga membuat para wanita kagum dengannya, itu sedikit membuat Zafar bangga akan tubuhnya. Bekerja sebagai kuli dia...
317K 3.2K 31
Kesinambungan dari Kisah Kg. Celah Bedah Siri 2. Pada Pembaca yang baru mengikuti cerita ini, untuk memahami perjalanan cerita ini rujuk bermula dari...
238K 898 7
mengisahkn si isteri yg melayan fantasi suami sehinggah jadi ketagih ke kancah zina