Muzika Melodia

By Merci_Misha

491K 41.1K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!

💎30💎

5.5K 487 29
By Merci_Misha

Pecutan laju aku berikan apabila kelas tamat. Swifty Sound tidak aku gunakan kerana hari ini, kelasku berada di dalam blok Teknolia yang mana bangunannya adalah terbesar di Muzika Melodia. Tidak sempat untuk ke kafe biasa kupergi, aku melangkah ke kafe Teknolia.

Dengan harapan tiada sesiapa yang aku kenal hadir ke sini, aku mengambil tempat di hujung sekali. Aku mengeluarkan komputer riba dan Melody Caller bertemankan secawan kopi dan biskut.

Musim panas bakal habis maka musim bunga akan muncul pula pada bulan depan. Andai The Blue Silhoutte akan ke Jepun untuk melawat rumah Mayu pada ketika itu, pasti aku dapat melihat bunga sakura.

Cakap pasal The Blue Silhoutte, aku harap sangat yang cadangan aku diterima agar rumahku menjadi pilihan terakhir untuk dilawat. Sekiranya ditanya mengapa, aku telah mempunyai jawapan yang sesuai.

Sementara aku sedang melayari internet sambil menghirup teh, aku memerhati setiap pelajar yang ada di situ.

Secara tiba-tiba, aku terlihat Talha sedang berbual rancak bersama dua orang sahabatnya dengan gembira sekali sambil berjalan ke arah kafe. Apabila dia tenampak aku, dia mara ke tempat dudukku.

Eh?

"Hai Mayu." Tegurnya.

Aku berdehem seketika sebelum menuding ke arah diriku. "Saya Hailey."

"Ah, okey Hailey." Balasnya semula malu-malu.

Seorang sahabatnya tersengih sebelum meletakkan tangannya ke bahu Talha. "Talha ni pelupa sikit, maaflah ya."

Aku mengangguk faham. Melihatkan keberadaan mereka dan tanda lahir mereka yang jelas di pipi, aku menebak sesuatu.

"Kalian semua pemain kompang ya?"

Talha mengangguk tanda mengiyakan. Di Ochestra World, sudah jelas seseorang pemain kompang pasti mempunyai tanda lahir di tempat yang sama walau bentuknya berbeza-beza.

"Aku Asraf! Dari Indonesia. Senang bertemu denganmu!" Ujar sahabatnya yang masih meletakkan tangannya di atas bahu Talha.

Sejurus itu, aku melihat ke arah seorang lagi sahabatnya itu pula. Dari apa yang aku lihat, dia seorang yang sangat pemalu.

"Sa- Saya... Saya Emran dari Brunei." Katanya perlahan. Aku tertawa lalu memperkenalkan diriku pula.

Di hadapan aku ini, budak-budak Asia yang tinggal di garisan Khatulistiwa. Kasihan pula aku lihat kerana mereka tidak pernah merasakan suasana empat musim. Mujur Muzika Melodia, terletak di suatu pulau asing yang berkongsi tempat dengan negara-negara empat musim.

Maka, bolehlah mereka merasai salji nanti. Eh kejap, mereka ini pelajar tahun dua kan? Pastilah pernah main salji di sini. Aduh, aku ni pun.

"Kawan-kawan saya ni..." Suara Talha menghentikan lamunanku. "...Akan berlawan dengan kita dalam Le Musique Concurrence. Umm, kecuali Asraf." Sambungnya lagi.

"Aku tahulah aku tidak layak! Diam kamu!" Marah Asraf kepada Talha. Berkepul-kepul asap keluar dari telinganya.

Talha dan Emran ketawa bersama sebelum meminta diri untuk membawa Asraf yang sudah mula mengamuk dan ingin mencampak bangku kafe. Aku hanya membalas dengan anggukan kecil sebelum mereka melangkah pergi.

Haih, bosannya. Otakku tidak dapat diproses dengan baik sejak perjumpaanku dengan mama.

Aku hanya ingin berfikir bahawa segalanya adalah satu khayalan. Perjumpaan aku dengan mama bukanlah nyata!

Tetapi melihatkan air mata yang jatuh melalui matanya meyakinkan aku yang pertemuan kami itu adalah satu kebenaran. Sudah lama aku tidak bertemu dengan mama, tidak keruan aku dibuatnya.

Tidak lama kemudian, cuti semester bakal tiba dan ayah akan pulang ke Perancis dari Itali. Haih, kau tunggu sajalah Hailey... Nanti kau akan ada perjumpaan dengan dia.

Bak!

Seseorang meletakkan buku-bukunya di hadapanku dengan kuat sekali. Mendengarkan bunyinya, dia sengaja melakukan itu untuk menarik perhatian aku.

Monolog aku belum habis lagi ni, kacau sajalah!

"Hailey!!" Panggil Ethan dengan mengada-ngada.

Hei, dia tidak ingatkah pertemuan kami buat kali terakhir itu?! Segalanya berakhir dengan tangisan dan kekecewaan tahu?

Aku hanya menjelingnya dengan wajah yang dipalingkan ke arah lain. Dia nak pujuk aku? Dia siapa nak bercakap dengan aku? Semak.

"Ish tengok perempuan tu, sudahlah ambil hati salah seorang duet terbaik sekolah. Sekarang, tidak hiraukan dia pula? Hmph." Seorang pelajar perempuan berbisik dari mejanya.

Tidak lama kemudian, bisikan-bisikan kecil mula terbit dari mejanya seterusnya berjangkit ke meja lain.

Aku sudah panas hati. Eh, aku pula yang menjadi orang jahat di sini? Please-lah, akulah mangsanya.

Aku menjelingnya dengan geram sekali lagi. Dari pandangan aku, Ethan bagaikan sedang tersenyum mengejek apabila diriku mula menjadi umpatan orang. Dia fikir, dia telah menang.

So, keadaan ini bagaikan peluang buatnya untuk membuatkan aku memberi perhatian kepadanya walau terpaksa. Jangan harap!

Ethan sudah ingin mula membuka bicara sehinggalah seorang gadis bermata coklat gelap tiba di mejaku dengan penuh teruja. Gaya dia ni... Dah macam Pinkie Pie daripada animasi My Little Pony aku tengok.

Boleh teka siapa dia?

Ha, pastilah Lydia Robert!

"Hailey! Saya ada sesuatu nak tunjuk dekat awak! Mari ikut saya." Katanya sambil memasukkan tanganku di bawah lengannya. Nak tak nak, aku terpaksa berdiri kerana dia sudah mengunci tanganku.

"Eh, awak siapa?" Soal Lydia apabila dia terlihat Ethan yang tercengang-cengang melihat kami. "Saya pinjam dia sekejap ya!" Tuturnya riang sebelum menarik aku bersamanya.

Aku sempat menoleh ke arah Ethan. Buat beberapa ketika, pantulan cahaya yang mengena subangnya yang bewarna Lilac itu berjaya menakutkan aku.

♪♪♪♪♪

"Awak nak bawa saya ke mana ni, Lydia?" Aku bertanya apabila sudah hampir 10 minit kami meninggalkan kafe Teknolia. Aneh rasanya apabila Lydia membawaku berjalan-jalan di sekitar sekolah tanpa berkata apa-apa.

"Saya... Nak bawa awak jauh daripada lelaki itu." Ujar Lydia dengan serius. Seram sejuk aku dibuatnya.

Adakah dia tahu siapa Ethan itu? Walhal tadi baru sahaja dia bertanya siapakah dia.

"Kenapa?" Soalku setelah melihatkan wajah Lydia yang serius itu. Merah seperti marah.

"Awak tahu tak yang dia tu, ahli Lilac? Bahaya!" Kata Lydia bagaikan ingin marah.

Dia... Tahu. Dia tahu!

Aku terus memeluknya sebelum menangis kecil. Hatiku yang dikeraskan kini dibiarkan cair dipanaskan api amarah. Aku marah dan sedih. Marah terhadap Ethan dan sedih iaitu lebih kepada terharu, bahawa seseorang mengetahui kehadiran kelompok jahat tersebut.

"Akhirnya, ada juga orang yang tahu..." Tuturku seraya memperketatkan pelukan.

Lydia bagaikan terkedu seketika sebelun membalas pelukanku. Tidak disangka, orang yang diminatinya memerlukan dia di saat itu.

"Terima kasih bawa saya lari. Saya sasaran lelaki yang awak panggil Lilac tadi itu." Terangku setelah melepaskan pelukan.

Dia tersenyum manis sebelum menghulurkan sesuatu padaku. Kelihatan sebentuk cincin Zamrud berada di atas tapak tangan kanannya. Selain itu, terdapat juga sebentuk cincin Zamrud di jari tangan kirinya.

"Untuk apa ini?" Soalku padanya.

Lydia tersenyum kepadaku sebelum memperkenalkan dirinya sekali lagi dengan lebih mendalam.

"Hai Hailey Chanson, saya Lydia Robert. Seorang perisik dari organisasi bernama Zamrud yang diketuai oleh Maisie Robert. Organisasi Lilac, adalah satu kumpulan yang jahat dan sekiranya saya mendapat tahu mengenai salah seorang daripadanya, saya harus menjauhkan mangsa daripada mereka."

"Saya perisik bawahan maka, saya tidak dibenarkan untuk mencederakan mereka mahupun menangkap mereka. Disebabkan mereka ialah seorang pelajar di sekolah berpestij ini, saya tidak dibenarkan untuk melapor kepada ketua puak saya."

"Jadi, sekali lagi saya ingin mengucapkan, selamat bertemu miss Chanson. Saya bakal jadi pembantu awak! Pakailah cincin ini bagi membantu saya menjalankan perisikan ini."

Ternganga aku dibuatnya. Gadis riang ini, seorang perisik?

Tahu pula aku ini seorang keturunan Chanson? Menakutkan...

"Saya tak boleh pakai mana-mana perhiasan milik sesuatu kumpulan atau puak mahupun organisasi. Awak ada nampak saya pakai apa-apa yang melambangkan saya ni Chanson? Maaf, kami, keluarga Chanson, tidak akan bersifat menunjuk-nunjuk." Aku tekankan beberapa perkataan di situ.

Lydia mencebik manja. "Alah, ini untuk tahu siapa saya je! Janganlah mengejek orang yang pakai lambang. Ish awak ni! Mentang-mentang dah ada satu lambang Melody Student!" Getusnya main-main sambil memukul bahuku perlahan.

Aku hanya tersenyum kecil. Akhirnya, aku sudah ada sekutu. Aku tidak keseorangan lagi.

"Siapa hantar awak? Abang saya? Kakak saya? Tak pun, mama saya?!" Tanyaku bertalu-talu. Aku seorang yang pakar jadi segala rahsia sulitku tidak akan diketahui oleh sesiapa.

Ehem, kecuali Ethan. Entah macam mana dia tahu.

Tawa besar Lydia lepaskan sebelum tertunduk-tunduk memegang bahuku.

"Tiada siapa. Datuk saya pernah bekerja dengan datuk awak. Saya sudah tahu muka-muka keluarga Chanson." Balasnya. "Awak jangan takut Hailey. Saya akan jadi rakan awak! Saya akan jaga rahsia awak! Saya akan selamatkan awak pada bila-bila masa sahaja! Jangan risau ya!" Sambungnya bersemangat.

"Tapi awak jangan takut, saya tak akan melekat 24 jam dengan awak walaupun saya minat awak! Sebab saya tahu, awak ada kawan sendiri." Ujar Lydia dengan senyuman lebar. Gayanya tidak ubah seperti seorang penyelamat (hero) yang berwibawa.

Aku menguntum senyuman nipis. "Terima kasih ya, Lydia!"

Dia menganggukkan kepalanya sebelum menarik tanganku sekali lagi. "Jomlah, kita lepak. Awak ni selalu saya nampak stress. Kita ajak Mayu sekali dan makan-makan di The Green's Cafe! Nak?"

Terus sahaja aku bersetuju dengan memberikannya anggukan laju.

"Nak!"

Continue Reading

You'll Also Like

16.7K 2.1K 24
[ YOON JAEHYUK FANFICTION ] Bila kau seorang yang nakal, tak ikut peraturan sekolah. Lalu crush kat seorang pengawas sekolah. Rasanya seperti anda me...
119K 12.1K 44
Do you suffer from social anxiety? This book is only for people who suffer from social anxiety. Kalau rasa diri tu normal tapi jenis menganjing, sil...
220K 13.6K 82
PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang permaisuri melahirkan sepasang bayi di p...
560K 43.6K 86
White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin dia mahu percaya? jika dia masih kanak-ka...