[C] α΄Šα΄‡α΄Šα΄€α΄‹α΄€ ʟΙͺᴍΙͺᴛᴇᴅ ᴇᴅΙͺα΄›Ιͺᴏɴ [οΏ½...

By ParkKpopperz

99.3K 8.6K 1.7K

[❌Before ; HCD] [ βœ“Now; JLE ] " The reality is painful , right? " " Sekejam mana takdir yang telah ditetapkan... More

Jejaka Limited Edition
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021 (edited)
022
023 [little edit]
024
025 [15+]
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051 (open Q&A)
052
053
054
055
056
057
058
059 [Rindu tak?]
060 [Ending]
Announcement🌼
Just Read This

036

1.6K 115 4
By ParkKpopperz




Aku dah update enjoy okay jangan lupa vote and comment🌹

++++

JLE : 036💜
CHAPTER : Hidden Card + Luahan EunKook💜

++++


🌹Café Dalcomanie🌹

     Kim Mingyu masuk ke dalam kafe yang hangat itu. Matanya meliar mencari Jeon Jungkook, jejaka terkenal itu. Puas mencari, dia melihat Jungkook dengan pakaian hitamnya seperti selalu duduk ditepi tingkap sambil minum secawan coklat panas.

“Jeonggukie!”

Jungkook mengangkat sedikit tangan nya.
Topi hitam diangkat sedikit. Kim Mingyu mula mendekati Jungkook. Tempat duduk dihadapan Jungkook diambil selepas mereka berlaga bahu.

“Aku dah pesankan teh citrus untuk kau. Minumlah.” Tunjuk Jungkook. Teh citrus yang masih panas itu dipandang Mingyu. Teh citrus tersebut disisip sedikit.

Cukup melegakan tekak dan badan waktu musim sejuk.

“Kenapa ajak jumpa ni?” Soal Mingyu.

Jungkook bersandar pada kerusi. Dia keluarkan surat dari poket jaketnya dan diletakkan di antara mereka. Mingyu naikkan kening, nak bagi surat cinta dekat dia ke?

“Gyu kau pakar kan hacker , cari maklumat seseorang dan banyak lagi.” Jungkook menunding kearah surat yang terlipat dua tu.

Keureom mestilah aku pandai. Tapi kenapa kau tanya. Dah lama kau tak tanya aku benda macam ni Gguk.” Pelik juga dia lihat Jungkook yang tiba-tiba menanya hal sebegini.

“Buka dan baca.” Arah Jungkook.
Kim Mingyu mula membuka surat tersebut.

“Boleh kau cari maklumat tentang SYC .
Nama depan dia mungkin C atau S. Dia pelajar University Seoul. Aku rasa dia junior dan fakulti dia sama dengan kita.”

Terang Jungkook, dia boleh sahaja cari tapi mesti dia akan sibuk kesana kemari. Eunbyul pula bukan macam dulu tidak kisah jika Jungkook keluar tapi sejak dia mengandung ni haa janganlah.

Mata Mingyu terbeliak saat membaca isi surat itu. Wah...

“Dia minat Eunbyul? Wah berani nya dia.
Siap kata kau jahat lagi. Lawak ni, weh kau ketua mafia ke sampai dia cakap kau jahat.”  Mingyu senyum lebar sehingga gigi taring seksinya terpapar.

“Mengarut Gyu. Entah dia tu, mental.” Jungkook garu kepala.

“Satu lagi, CCTV ni. Aku baru jumpa tadi dalam bilik Eunbyul. Aku rasa dia ada pecah masuk rumah Eunbyul.”

CCTV tersebut diletakkan di hadapan Mingyu. Mingyu mula membelek benda itu.

“Aku periksa semua nanti. Lusa aku bagi maklumat dekat kau okay. ”

“Cepat kau nak buat kerja.”Jungkook meneguk air sehingga habis. “Kawan aku mestilah aku tolong janji kau belanja aku minum🥂 nanti.” Mingyu meletakkan bayaran iaitu Jungkook mesti belanja dia minum bir atau soju nanti.

Jungkook mengiyakan sahaja.

“Aku nak pergi university ni nak berlatih dekat sana sambil tu menyiasat sekali.” Mingyu mula berura-ura mahu beredar. Teh citrus yang berbaki sedikit dihabiskan. Sedap minuman kalau orang belanja.

“Tapi kau datang sini jalan kaki ke? Aku tak nampak kereta kau. Kau ni Jeon buang tabiat ke jalan kaki sejuk-sejuk ni.” Mingyu mengerutkan kening. Pelik-pelik sahabat dia ni.

Jungkook mengangguk. “Ingat nak naik motor Eunbyul tadi tapi tak hidup pula. Lagipun dekat je dari rumah Eunbyul aku malas bazir minyak kereta.”

“Orang kaya macam kau fikir pasal minyak?” Mingyu seakan tidak percaya. Jeon Jungkook menjeling Mingyu.

“Nak kena ke Mingyu?” Jungkook mula bangun. Mingyu hanya mampu tersengih.

“Aku hantar kau. Sejuk gila dekat luar.” Bahu sasa Jungkook dipeluk dan mereka beriringan keluar. 

Seusai mereka masuk ke dalam kereta.
Mingyu menyoal Jungkook yang disebelah nya.

“Ni nak aku hantar dekat mana? Condominium Hoseok?”

“Anniyo.. hantar dekat rumah Eunbyul.” Ujar Jungkook selamba. Mingyu menoleh memandang Jungkook. Seakan tidak percaya. Tak akan Jungkook duduk serumah dengan Eunbyul. Sedangkan dia duduk dengan kawan-kawan nya.

“Yah kau duduk serumah dengan Eunbyul?!” Jerit Mingyu terkejut. Suara Mingyu yang kuat cukup membuatkan telinga Jungkook bingit.k

“YA GYU, SEKARANG JANGAN JERIT DEKAT TELINGA AKU. PANDU SEKARANG.”

🌼🌼🌼

    Bibir bawah di juihkan sedikit apabila bosan. Ahjumma Lee macam biasa di dapur. Mak buyung itu mengidam nak makan kek beras ataupun mochi. Tubuh genit itu sudah baring atas sofa menghadap television. Menekan-nekan remote control mencari saluran tv mana yang mencuit hatinya. Tetapi tiada satu pun yang mencuit hatinya untuk siang hari ini. Rancangan orang tua penuh lah.

Akhirnya, gadis itu membuat keputusan untuk tidur. Tidak lagi dia mengomel tentang tiub IV drip yang panjang itu. Dia mengambil posisi yang selesa dan mula memejamkan mata.

Tidak sampai sepuluh minit gadis itu tidur. Loceng rumah berbunyi menandakan ada orang datang.

Pembantu rumah mula membuka pintu apabila melihat Eunbyul sudah tidur. Tersembul dua figura dihadapan pintu. Seorang  perempuan. Menjinjing sebakul penuh buah-buahan segar.

Manusia itu masuk ke dalam rumah.
Ahjumma Lee datang dari dapur ingin menyambut tetamu.

“Eh Puan Jeon. Ni mesti Jungkook suruh datang?” Ahjumma Lee mengambil sebakul buah tersebut.

Dae, katanya Eunbyul tak sihat. Risau saya.”

“Selamat datang. Saya pergi dapur dulu ya? ” Ahjumma Lee meminta diri.

Puan Jeon selaku eomma Jungkook menuju kearah sofa. Sampai sahaja dia lihat Eunbyul sudah tidur dengan lenanya.

“Eunbyul..? Kamu tidur?” Bahu Eunbyul disentuh namun Eunbyul hanya menggeliat dan tidur balik.

“Urm..”

Rambut Eunbyul diusap dengan penuh kasih sayang. Puan Jeon mula berlalu ke arah dapur. Pekerja di dapur terus menunduk hormat. Mengalu-alukan kedatangan wanita rupawan itu.

“Yoonhee biar saya buat untuk Eunbyul.” Puan Jeon mempelawa. Nampak  seperti Ahjumma Lee sibuk dengan kek beras. Puan Jeon mencapai pisau dan bekas yang sesuai.

Keureom. Bagus juga. Saya tengah buat adunan kek beras untuk Eunbyul tu.” Ahjumma Lee menyambung kerjanya. Matanya melihat sahaja buah apa si wanita itu ambil.

Epal. Okay lagi.

Strawberry pun okay.

Anggur hitam juga tidak mengapa.

Nenas—

“Eo, jangan kupas nenas.” Ahjumma Lee menegur. “Kenapa Yeonhee? Setahu saya Eunbyul suka buah yang masam manis.” Puan Jeon mula pelik. Yoonhee ataupun Ahjumma Lee sudah mengemam bibirnya.

Nak bagitahu ke tidak?
Tapi Jungkook kata dia nak bagitahu sendiri.

“Kenapa? Ada yang tak kena?” Risau pula Puan Jeon.

“Sebenarnya Eunbyul..”

Puan Jeon menanti ayat seterusnya. Ahjumma Lee mengambil nafas.

“Mengandung.”

“Apa?!”

🌼🌼🌼

   Eunbyul mula menggaru leher bila terasa kakinya seperti diurut-urut. Eunbyul angkat sedikit kepalanya. Terbeliak matanya melihat eomma Jungkook yang memicit kakinya.

“Eomma Jeon?”

Puan Jeon tersenyum.
Eunbyul mula bangun dari pembaringan. Rambut yang serabai diperbetulkan.

“Jungkook kata kamu sakit. Kamu okay tak?” Soal Puan Jeon.

“Eunbyul baik sahaja cuma pening sikit mungkin aktif sangat dengan latihan.” Eunbyul senyum nipis. “Eomma ada kupaskan buah. Makanlah.” Pelawa Puan Jeon.

Eunbyul mencapai garfu kecil yang tersedia ditepi piring itu. Mula mencucuk potongan epal dan masuk ke dalam mulut.

Mmmm, sedap!

Puan Jeon hanya melihat tingkah laku Eunbyul.

“Kamu bukan tak suka epal ke Byul? Eomma ingat kamu nak simpan untuk Jungkook.” Ujar Puan Jeon.

Ya, dia sengaja letak buah epal sebab bila mengandung makanan yang kita tak suka itulah yang jadi kegemaran nanti.

“Eunbyul rasa nak makan hehe jadi Byul ngap aummm sedapp.” Sepotong buah epal masuk ke dalam mulutnya lagi. Eunbyul senyum manis.

Puan Jeon turut geli hati melihat gelagat Eunbyul.

“Jungkook baru keluar?” Soal Puan Jeon.

“Adalah dalam 15 minit. Kook pergi jumpa Mingyu masalah laki-laki katanya.” Eunbyul mencebik bila 15 minit Tu lama baginya.

“Rindunya eomma dengan kamu. Jungkook tu tak bawa kamu pergi kedai eomma langsung.”Rambut Eunbyul diusap. Eunbyul senyum, dia dapat rasakan aura seorang ibu walaupun ada Ahjumma Lee tetapi mungkin Puan Jeon dia jumpa sejak kecil.

“Jungkook tu mengada je.”

Selepas 5 minit mereka berborak terdengar pintu rumah dibuka seseorang dan suara yang mengatakan dia sudah pulang.

“Balik dah anak bertuah eomma tu.” Ujar Puan Jeon. Eunbyul mengangguk dan menunggu Jungkook sampai ke ruang tamu.

“Eomma~” Panggil Jungkook sedikit manja. Tubuh ibunya dipeluk dan dikucup sedikit pipi ibunya.

Jeon Jungkook beralih pula pada Eunbyul
yang memandang nya. Tanpa menunggu dahi Eunbyul dikucup dan diusap lembut kepala Eunbyul.

Jungkook mula duduk di sofa satu dibahagian Eunbyul. Matanya bersinar saat melihat buah epal yang siap dikupas dalam piring. Baru sahaja ingin ambil, tangannya ditepuk separa kuat oleh Eunbyul.

“Saya punya. Siapa suruh awak ambil.” Renungan tajam diberikan.

“Tak akan satu pun tak boleh? Kedekutnya awak.” Jeling Jungkook balik. Eunbyul dah mula diam. Mula melepaskan garfu kecil itu.

Jungkook dah gelabah bila lihat tanda-tanda Eunbyul dah mula nak buat drama sedih tu.

Arraseo.. okay. Awak makan. Janganlah nak menangis. Eomma ada kan?” Jungkook memujuk Eunbyul. Tangan Eunbyul diambil supaya mencapai balik garfu kecil itu.

Puan Jeon hanya melihat.

“Kalau awak nak sekejap lagi lah saya kupas untuk awak. Janganlah ambil yang ni.” Ujar Eunbyul. Jungkook hanya setuju.

Jungkook memandang ibunya.

“Perangai dia ni memang pelik sikit kebelakangan ni. Jungkook pening nak layan.”

“Membawang depan-depan takpe, diterima.”

Puan Jeon tergelak kecil. Tangannya mula menyentuh perut Eunbyul. Jungkook dah JungSHOOK.

“Berapa bulan dah ni?” Soal Puan Jeon. Eunbyul mula mencapai air masak.

“Cepatnya eomma tangkap!” Jungkook mula teruja.

“Tak adalah sampai sebulan lagi. Baru seminggu lebih.” Jawab Eunbyul. Puan Jeon mengangguk faham.

Puan Jeon mula memandang anak
terunanya itu.

“Kamu, habis graduate kahwin dengan Eunbyul.”Puan Jeon memberi arahan.

“Esok pun boleh eomma.” Balas Jungkook dengan tawa.

“Kamu boleh berjenaka lagi.” Puan Jeon baling kusyen kecil kearah Jungkook. “Memang eomma, haritu Jungkook cakap benda yang sama juga. Katanya nak call appa Jeon pastu
buat tertutup okay dah.” Tambah Eunbyul pula.

“Kamu berdua anak bongsu. Semestinya eomma nak lihat yang terbaik.” Puan Jeon mula beremosi. Lagilah dia beremosi bila Eunbyul anak yatim.

Arraseo eomma ni cakap macam Kook taknak kahwin pula.”Jungkook mencebik. “Mestilah eomma beria sebab kamu tu pewaris syarikat appa kamu. Nak ke tengok nenek ambik semua?” Puan Jeon mencekak pinggang.

Berdebat dengan anak teruna ni memang payah.

“Taknak, nenek tu—”

“Menjawab. Mari sini eomma cubit kamu!” Puan Jeon mula menuju kearah Jungkook. Tidak sempat Jungkook nak lari sudah ditangkap tetapi dia sempat langgar tiang untuk IV bottle itu.

“JUNGKOOK AWAK LANGGAR TIANG NI?!” Jerit Eunbyul.

“TOLONG! KENA BELASAH DENGAN MAK MAK!”

🌼🌼🌼

The Day!

    Cha Eunbyul gadis itu membetulkan tali bra miliknya dan mencapai sehelai t-shirts putih besar semestinya milik Jungkook. Eunbyul mula mengikat rambutnya tinggi. Jeon Jungkook jejaka itu keluar daripada wardrobe selepas memakai baju. Kemeja hitam yang tersarung tidak dibutangkan. Black coat disidai di lengan.

“Sayang awak sedia dah baju untuk persembahan?”Soal Jungkook apabila melihat Eunbyul berpakaian biasa. Eunbyul menoleh sedikit kebelakang. “Saya dah sangkut dalam kereta awak semalam. Awak memang nak pakai baju ni jugak ke lepas persembahan?” Soal Eunbyul pula.

Dia melangkah kearah Jungkook yang duduk di kerusi empuk panjang depan katil. Butang kemeja Jungkook yang tidak terbutang habis itu Eunbyul butangkan. Sengaja Eunbyul tidak butangkan dua daripada atas. Biar nampak seksi awum!

“Tak ada lah. Saya dah letak dalam beg galas saya.” Matanya tidak lepas daripada memandang Eunbyul. Depan mata pun tenung macam nak makan.🙄

Eunbyul baru ingin mencapai telefon nya atas katil ditahan oleh Jungkook.

“Eunbyul.. saya nak cakap sedikit dengan awak ni.” Lengan Eunbyul disentuh lembut dibawa ke pehanya.

“Saya nak cakap sesuatu juga. Tapi awak dulu cakap.” Eunbyul merapatkan sedikit kedudukan mereka. Jungkook tu cakap macam berbisik kadang-kadang tu.

Jeon Jungkook mengambil nafas sebentar.

“Awak tak perasan ke apa-apa yang pelik dekat bilik ni?” Soalan Jungkook membuatkan Eunbyul memandang segenap ruang bilik ini. Eunbyul menggeleng.

“Dua hari lepas, bila semua dah siap dan Jin hyung pulang. Saya berdiri dekat pintu tu. ” Jungkook menunding kearah sliding door yang langsir nya memang Jungkook tutup. “Awak nak tahu apa saya nampak?”

Soalan itu membuatkan Eunbyul ingin tahu dan mula mengangguk. Jungkook berhenti sekejap dia tahu Eunbyul mesti risau tetapi kalau dia tidak bagitahu Eunbyul tidak tahu.

“Ada lelaki mengintai bilik kita dengan teleskop.” 

Omo?! Chinca-yeo? Eotteokhaji..” Eunbyul mula menggigit bibir kerana risau dan takut.

Jungkook mengusap tangan Eunbyul menenangkan gadis itu.

“Paling mengejutkan. Dia pernah masuk bilik ini beberapa hari lepas.” 

Makin terkejut Eunbyul dibuatnya.
Dia cuba menarik nafas supaya bertenang.

“Selepas tu saya periksa semua yang berada dalam bilik ni. Setiap penjuru. Tak tinggal walaupun satu kawasan. Saya jumpa kamera litar tertutup. Jeoogiiiii.. atas almari besar yang awak simpan barang lama awak.”

Museowo.. awak saya betul takut sekarang. Saya tak tipu.” Jungkook menarik Eunbyul kedalam pelukan. “Shh.. awak ada dengan saya. Macam mana sekalipun saya kena berlawan atau apa awak jangan risau. Demi keselamatan bakal isteri saya. Saya cuba selagi saya mampu.”

Eunbyul mula terharu.

“Awak...”

“Aigoo sayang awak menangis lagi?” Jungkook mengelap air mata yang melimpah sedikit. Bibir gadis itu dikucup.

“Awak jangan risau okay saya akan tahu siapa lelaki tu dan semuanya akan tamat.” Ujar Jungkook dengan pujukan.

“Sekarang saya nak tahu apa yang awak nak cakap.” Jungkook melepaskan pelukan. Eunbyul mula senyum nipis.

“Saya tahu.. dah 17 tahun saya kenal awak. Sejak kita tadika?”Tangan besar Jungkook dicapainya. “Urm..Dae.” Balas Jungkook pendek.

Eunbyul menatap lembut anak mata hitam berkilat Jungkook.

“Saya tahu saya manja sejak kebelakangan ni. Kadang-kadang taknak faham awak. Merajuk walaupun awak tak buat salah pun. Saya baru sedar yang saya banyak buat awak susah. Awak sentiasa cuba buat benda yang baru dalam hubungan kita supaya saya rasa lebih baik dan tak terasa.”

Jungkook terdiam mendengar ayat Eunbyul. Jujur apa yang Eunbyul cakap itu benar.
Eunbyul menekup sebelah pipi Jungkook.

“Awak perasan tak? Saya susahkan awak sekarang. Susahkan awak untuk pujuk saya. Susahkan awak untuk cuba tak terasa dengan saya pula. Susahkan keadaan awak untuk biasakan cakap awak saya. ” Ujar Eunbyul lembut. Pipi Jungkook diusap dan dijatuhkan kembali.

“Saya minta maaf saya melampau. Awak dah nak jadi suami saya tapi saya masih dengan pembawakan mengandung saya. Saya minta maaf kalau saya terlebih emosi. Saya harap awak faham dan maafkan saya apa yang terjadi sebelum saya tahu saya mengandung walaupun saya susah kan awak dan buat awak sakit dengan perbuatan saya.” Dada bidang Jungkook disentuh dengan sebelah tangan.

Eunbyul mengawal air matanya daripada keluar. Jungkook mengucup jemari Eunbyul.

“Sayang, you're not doing anything wrong. Walaupun ada masa saya rasa penat. Lepas latihan saya ikut emosi juga. Tapi lepas tahu sebab apa awak jadi macam ni. Awak pregnant! Saya teruja sangat.” Jujur Jungkook. Dia juga berusaha mengawal rasa terharu yang melonjak naik.

“Saya gembira sangat. Apa yang kita nak sangat. Kita dapat dengan rezeki Tuhan. Awak berubah emosi semua itu cabaran saya untuk saya tempuhi. Awak tahu kalau saya tak kenal Cha Eunbyul ni. Saya mungkin tak akan rasa ada anak semuda ni. Saya harap kita memang ditakdirkan bersama sampai nafas kita yang terakhir.” Dahi Eunbyul dikucup lama. Menahan perasaan ingin menangis.

“Jungkook terima kasih sebab tunggu saya walaupun saya hilang ingatan, saya lupa yang awak cintakan saya.. Mesti awak simpan banyak benda dalam hati awak. Saya cintakan awak sangat.” Luah Eunbyul.

Jungkook mengusap-ngusap pipi gebu Eunbyul. “Saya juga sayang. Sekarang kasih saya dah berpecah dua. Awak dan aegi. Tapi saya cintakan awak lagi. Ingat tu? Jangan cakap mengarut dah tahu?” Pipi gadis itu dikucup lama.

Setelah puas mengucup pipi Eunbyul.
Eunbyul memulakan kembali percakapannya.

“One more thing. Saya tahu awak kekok.
Saya dah sedar dari kesilapan saya. Saya nak awak tukar panggilan awak yang asal. Saya lebih selesa dengan panggilan tu. Walaupun nampak kasar. Di hati saya, itulah panggilan yang sangat bermakna bagi saya. Panggilan tu awak guna untuk pikat saya dengan accent Busan awak. ” Peha Jungkook ditepuk lembut.

Jungkook tercengang.

“Pasti? Tak akan berubah dah? I'm serious.”

“Ya, apa hak saya nak tentukan? Kalau awak selesa dengan panggilan lama saya alu-alukan. Untuk keselesaan awak.”

Mata Jungkook dah berair.

“Eunbyul kau betul-betul buat aku terharu sejak tadi!”

Tubuh genit itu ditarik supaya bangun dan masuk ke dalam pelukannya. Jeon Jungkook menghamburkan segala tangisannya dan mula menangis teresak-esak. Cha Eunbyul terkejut mendengar suara hiba Jungkook. Tanpa menunggu badan kekar Jungkook dipeluk erat. Jungkook menyembamkan wajah pada bahu Eunbyul. Rambut belakang Jungkook diusap.

Dia berjaya buat jejaka ini menangis kalau tidak asyik nak pendam je.

Aegi-yaa dengar tak?  Appa awak menangis sekarang. Susah eomma nak tengok air mata appa kamu ni.”

Jungkook masih menangis. Eunbyul menepuk-nepuk badan belakang Jungkook. Jungkook pula beremosi lebih. Jungkook melepaskan rangkulan erat itu. Mengelap air mata yang berjuraian. Hidung sudah memerah
Padahnya jika Jungkook menghamburkan tangisan.

Nasib sekarang masih awal. Pertandingan bermula lagi dua jam tetapi sebenarnya mereka harus berada di university sekarang.

“Alolololo kesayangan saya janganlah menangis.” Eunbyul mengusap air mata yang masih berbaki. Selesai sahaja pipi Jungkook dikucup lama.

Jungkook menggapai tisu yang berdekatan. Menghembuskan mukus supaya keluar. Setelah merasakan diri sudah okay dan stabil, tangan Eunbyul yang kecil daripada nya itu digenggam.

“Walaupun dah 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun dan dekad yang seterusnya. Aku tetap cintakan kau macam sekarang. Kita dah tua waktu tu dan keadaan bertambah susah. Pegang satu janji ni. Kita susah dan senang bersama-sama. Percaya satu sama lain. Arraseo? ” Rahang Eunbyul dipegang lembut.

“Saya pegang janji tu sampai bila-bila.” Jungkook melagakan dahi mereka. Hidung mancung mereka bergesel. Pinggang Jungkook dipeluknya.

“Baby take hand I want you to be my wife cause you're my lovely girl and I love you three thousand.”

Nyanyi Jungkook dengan suara merdunya.
Lirik yang diubahnya membuatkan Eunbyul
geli hati.

Mereka bergelak tawa kecil sambil mata tertutup.

🌼TO BE CONTINUE 🌼


Continue Reading

You'll Also Like

1.1K 286 36
"Baekhyun... GOMAWO for everything, MIANHAE... saya tau, saya banyak buat salah dengan awak, saya tak dapat jadi isteri yang baik untuk awak tapi say...
666K 55.1K 36
"Apa sentuh-ii ni?" - Nara "Asal? Tak boleh ke" - Taehyung Nara menggeleng. Taehyung tetap berdegil. Dia tersenyum sinis. Tangannya yang nakal itu mu...
22.1K 3.7K 25
"Think again, sayang. If we're together, we'd be the hottest couple in the world!" Ujar Jungkook ceria, membuatkan Souyul menggelengkan kepala laju. ...
380 122 27
Koleksi lawak - lawak BTS yang 80% dari dalam kepala otak author πŸ™‚. Yang lagi 20% tu... Author ciplak orang punya. Sila baca, chapter depan tak brap...