[SU] BadBoyfriend |Seonghwa A...

By borasaekbyeol

18.4K 2K 775

Park Seonghwa, di siang hari dia gentleman, di malam hari dia bad boy. Itulah Park Seonghwa, bekerja sebagai... More

Cast
Episode 1
Episode 2
Episode 3
Episode 4
Episode 5
Episode 6
📍Segmen bersama Hanna👏!
Episode 7
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11 - Tagada Ride
Episode 12
Episode 13
Episode 14
Episode 15
Episode 16
Episode 17 - Dilemma
Episode 18
Episode 19
Episode 20 - The same turning point
Episode 21 - Ups and Downs
INTERLUDE : Blank Space In Mind
Episode 22
Help us

Park Seonghwa🌝🌚

464 59 33
By borasaekbyeol

Kelihatan Seonghwa sedang tidur di bilik tidurnya dekat apartment A to the Z. Amacam, suweg tak nama apartment🌚.

Seonghwa : *tidur nenyak tak berdengkur*

Kamera : *zoom in muka Seonghwa*

Staff penggambaran : *membuka langsir dan menghalakan flashlight ke arah muka Seonghwa*

Seonghwa yang ada six sense itu mengahalang mukanya daripada sinar cahaya dengan tangannya lalu membuka matanya separuh-separuh sehingga dia terkejut apabila nampak kru penggambaran Bad Boyfriend di rumahnya.

Seonghwa : *melompat sambil menutup seluruh tubuhnya dengan selimut, muka terkejut meme face.jpg* APA KORANG BUAT KAT SINI???

Staff penggambaran #1: *melihat skrip*  So, pengarah dan penulis kita, Seonghwadah- eh tak dia dah tukar nama jadi Borasaekbyeol, bagitahu kami yang... *membaca surat daripada Seonghwadah*

Surat daripada Borasaekbyeol :  Aku tahu banyak scene dekat dalam episode ni kebanyakannya AngleHwa daripada Bad Boy Hwa (huish boleh tukar title cer sudah ni) . Tapi I dun promise lah yang Bad Boy tu akan datang dalam masa terdekat so, kite nak bina story dulu, buat event berlaku. Tapi macam semua arut sahaja jalan cerita nak seja aku tanam kepala nak buatkan biji benih otak bercambah kepada idea yang bersinambungan. So in conclusion, korang ekori Seonghwa siang and malam. ...... Yelah, kalini gaji korang naik.

Seonghwa :

Staff penggambaran :

Kamera : *zoom out untuk tunjukkan kesenyapan Seonghwa dan staff penggambaran apabila mereka merenung sesama sendiri*

Seonghwa :

Seonghwa : asalkan gaji aku naik.



🌞🌞🌞

Staff penggambaran mengekori Seonghwa daripada belakang.

Seonghwa tengah berjalan melintasi beberapa buah kedai dalam satu barisan bangunan yang sama untuk menuju ke bangunan tempat kerja barunya. C H A Media & Publisher Company.

Seonghwa berjalan kaki iya, tak de kereta huhu sian.

Seonghwa : Good morning..

Seonghwa duduk mencangkung untuk mengusap kepala kucing oren di tepi jalan.

Seonghwa mengucapkan good morning kepada kucing jalanan.

Kucing itu pun meow kembali.

Seonghwa teruskan berjalan ke arah bangunan tempat kerja. Biasalah, takda kereta be like. Ada je motor berjenama tapi taknak lah Seonghwa guna untuk pergi kerja tup tup kena curi, haish, berdasarkan pengalaman ni.

Setelah sampai ke bangunan C H A Media Publishing, Seonghwa seperti biasa singgah ke kafe di lobi company, antara sebab Seonghwa apply kerja kat sini sebab nak dapat diskaun pekerja kat cafe ni, dia pernah datang sini suatu masa dahulu dan ingat yang air dan makanan kat sini sedap sangat.

Seonghwa: Latte dan Kapucino, dua-dua full sugar dan sejuk. Terima kasih.

Seonghwa gemarkan air latte ni, rasa air tu adalah seimbang di antara pahit dan manis.

Seonghwa mengorder dua jenis air, kenapa dua? Dia teringatkan Jiwoo  rakan semejanya, saja Seonghwa nak ambil hati Jiwoo yang nampak kesusahan sebab dare dia dengan Somi. Seonghwa nak ceriakan Jiwoo walaupun dia tahu Jiwoo akan beri pandangan dingin.

Sambil-sambil menunggu itu, Seonghwa membuka kakao talk dan buka group chat pasukannya.

Riuh juga mereka, sepertinya suasana semasa di pejabat lain daripada yang selalu di tunjukkan dalam media,. serius gitu.

Setelah order Seonghwa siap, Seonghwa kebetulan nampak Jiwoo yang masuk dari pintu utama bangunan, dengan segera Seonghwa mengejar Jiwoo.

Seonghwa: Jiwoo-ssi!

Jiwoo yang mendengar seperti ada orang memanggilnya itu menoleh, riak wajahnya mula kosong apabila melihat muka Seonghwa, Jiwoo hanya berdiri tegak melihat Seonghwa yang berlari pergi ke arahnya.

Jiwoo: Apa.

Seonghwa: Ah ni saya terbeli lebih, awak nak latte? *menghulurkan latte*

Jiwoo memandang Seonghwa atas dan bawah, berkali-kali. 

Jiwoo: *akhirnya mengambil latte yang dihulurkan Seonghwa* 

Seonghwa tersenyum rasa gembira, melihat Jiwoo menghirup air latte itu, Seonghwa kemudian turut menghirup air kapucino nya. Dia tak mengharapkan terima kasih, bagi dia, dia tahu Jiwoo jenis yang sukar menyebut perkataan tersebut walaupun tahu yang dia perlu mengucapkan terima kasih.

Jiwoo mula melangkah setelah lebih sepuluh minit mereka berdiri sambil menghirup air, 

Jiwoo dalam mindanya: *telepati kepada Seonghwa mengucapkan terima kasih*

Seonghwa yang ditinggalkan itu mengejar Jiwoo yang menuju ke lif.

Seonghwa; Harap dia baik-baik je hari ni.


******


Lunch.

Seonghwa meregangkan tubuhnya kerana lenguh duduk di atas kerusi, jenuh juga kerja dengan pasukan editor ni.

Sudah tiba untuk masa lunch, ramai pekerja yang dah siap bangun nak pergi makan.

Seonghwa melihat ke meja sebelahnya, Jiwoo tengah bercakap dengan Hanna nak makan apa. Kemudian mata Seonghwa dan Hanna bertentangan.

Hanna: Seonghwa nak ikut kami pergi lunch sekali ke? *senyum*

Jiwoo: *menoleh ke belakangnya dan mengerutkan kening*

Entahlah apa yang Jiwoo fikirkan pada waktu itu, namun Seonghwa sebenarnya ingin makan seorang hari ini.

Seonghwa: Takpelah Hanna, saya nak makan sendiri hari ni. *senyum*

Jiwoo menaikkan keningnya.

Seonghwa berdiri dan mengambil blazernya yang dia sidai kat badan kerusi, Seonghwa membuka langkah dan berjalan keluar dari situ.


*******


nyam

Seonghwa menyuapkan sesudu nasi goreng ayam masuk ke dalam mulutnya. Cita rasa dia hari ni nak makan nasi goreng mamak sebab ada ternampak restoran yang pemiliknya ialah orang Malaysia berdekatan dengan company.

Seonghwa lokal aiseh, Malaysiaku tercintah *pakai spek mata hitam*

Seonghwa memandang ruang restoran ini, dia tak pernah makan kat Malaysia apatah lagi pergi, namun makanannya sedap.

tiba-tiba

Seonghwa ternampak bekas customer dia tengah makan kat meja sebelah hujung lagi satu dengan rakan atau family dia, mana dia tahu dia tak pernah jumpa famili customer dia. Seonghwa membulatkan mata,

dengan segera, Seonghwa:

Seonghwa cepat-cepat makan sehingga dia tersedak, bising satu kedai, semua orang memandang dia.

Seonghwa dalam hati : Shii alamak!!! Jangan kenal aku jangan kenal aku.

Pada masa ini Seonghwa cepat-cepat memakai spek matanya, ex customer Seonghwa tak pernah nampak Seonghwa dengan spek mata dan rambut coconut bowl.

Seonghwa melihat kiri dan kanan sambil minum airnya dengan kepala menghadap ke bawah. Baru sekarang Seonghwa faham perasaan Jiwoo masa dia mabuk tu.

Mujurlah, semua orang melihat, menoleh kepala mereka semula dan menyambung makan atau apa sahaja prkara mereka tengah lakukan sebelum Seonghwa tersedak.

Seonghwa mengeluh lega dan segera keluar dari situ setelah habis makan.

Sesampainya dia kembali ke company...

BUKK!

Seonghwa: Fiuh.. Eh!

Seonghwa terlanggar seseorang. Seseorang itu jatuh terduduk manakala Seonghwa gagah berdiri walaupun terlanggar orang.

Well bukan Jiwoo, ianya Somi.

Somi: Ughhh

Seonghwa bersedia untuk dimarahi oleh Somi.

Somi memandang ke atas dan melihat siapa yang telah dia terlanggar sebab tergesa-gesa keluar tadi,

Daripada ekspresi dengan muka berkerut, pandangan Somi bertukar kosong, sama seperti pandangan yang Jiwoo selalu lontarkan, well biasalah dan pernah jadi kawan baik pada masa dahulu.

Pandangan kosong itu membuatkan Seonghwa teringatkan Jiwoo. 

Somi: oh. its you the newbie. *berdiri tanpa bantuan Seonghwa*

Seonghwa: I'm sorry, I didn't look where I am going. *memegang belakang lehernya*

Mereka berdua bertentangan mata buat seketika, kemudian Somi mengalihkan pandangannya, biasanya Somi akan teruskan je pandang tapi rasanya waktu itu tak sesuai.

Kenapa? Seonghwa perasan yang mata Somi agak merah dan sembap. seperti dia baru lepas menangis. Seonghwa juga perasan yang baju Somi pakai adalah pakaian photoshoot Somi untuk hari ini.

Mungkin dia kena marah ke? Mesti sukar jadi model.

Seonghwa rasa simpati.

Somi:  I don't have the mood to yell or talk, so please get out of my way. *menyentuh dahinya*

Dengan segera Seonghwa ke tepi, memberi laluan kepada Somi.

Seonghwa berfikir, walaupun perangai dia begitu, Somi juga tetap manusia. Akan ada kesusahan yang menimpa juga akhirnya tak kira kaya atau miskin, baik atau jahat.

Somi berlalu pergi.


******


Di Apartment A to the Z.

Seonghwa segera me-plop! kan badannya atas sofa, bukan katil ye gais, jauh bilik dia tu malas nak jalan, tu dia limpang atas sofa.

Seonghwa merenung silingnya, dia menyentuh rambut depannya sekejap dan mengambil telefonnya, ingin melihat jika ada orang yang dah rent dia ke apa.

Seonghwa membuka akaun dia dan dia decide nak ubah sikit jadual dia supaya senang untuk dia berehat dalam selang masa itu.

Hari sabtu full day service manakala Ahad hanya dari petang hingga malam. Pada hari kerja, dia akan terima permintaan jika ianya tak lebih selepas pukul 11 malam, dan jikalau keadaan memaksa dia akan ubah ikut kesesuaian. Kali ini Seonghwa mempunyai kerja tetap buat sementara dan lebih sibuk daripada menjadi cashier seven eleven.

Seonghwa: Nak tidur dan baca novel... *skroll telefonnya*

Ting!

Seonghwa mempout kan bibirnya, berhasrat tak ada yang akan rent dia tapi kerja tetap kerja. 

Seonghwa: Oh! Bukan hari ni, hari sabtu besok, yesssss..!

Seonghwa kemudian tersenyum dan memulakan perbualan dengan customer tersebut untuk menentukan jadual mereka bersama. 

Continue Reading

You'll Also Like

406K 18.7K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
35.7K 1.1K 72
Act, RR ni first book..penulisan pun macam mabuk je😌 nanti lepas habis book Harris Zayder baru edit balik okey 😄 ...
126K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
42.8K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...