Cintaku Hanya Untukmu [✔]

By akmahanis99

824K 19.8K 1.2K

[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya... More

βαβ 1
βαβ 2
βαβ 3
βαβ 4
βαβ 5
βαβ 6
N o t e
βαβ 7
βαβ 8
βαβ 9
βαβ 10
βαβ 11
βαβ 12
βαβ 13
βαβ 14
βαβ 15
βαβ 16
βαβ 17
βαβ 18
βαβ 19
βαβ 20
βαβ 21
βαβ 22
βαβ 23
βαβ 24
βαβ 25
βαβ 26
βαβ 27
βαβ 28
βαβ 29
βαβ 30
βαβ 31
βαβ 32
βαβ 33
βαβ 34
βαβ 35
βαβ 36
βαβ 37
βαβ 38
βαβ 39
βαβ 40
βαβ 41
βαβ 42
βαβ 43
βαβ 44
βαβ 46
βαβ 47
βαβ 48
βαβ 49
βαβ 50
βαβ 51
βαβ 52
βαβ 53
βαβ 54
βαβ 55
βαβ 56
βαβ 57
βαβ 58
βαβ 59
βαβ 60
βαβ 61
βαβ 62
βαβ 63
BaB 64
BaB 65
BaB 66
BaB 67
BaB 68
BaB 69
BaB 70
BaB 71
BaB 72
BaB 73
BaB 74
BaB 75
BaB 76
BaB 77
BaB 78
BaB 79
BaB 80
BaB 81
BaB 82
BaB 83 [ AKHIR ]
-EPILOG-
Ucapan Si Penulis🙈
Special Chapter 1 [ Ramadhan ] 💕
Special Chapter 2 [ Ramadhan ] 💕
Special Chapter 3 [ Ramadhan ] 💕
SELAMAT HARI RAYA!!!

βαβ 45

8.5K 180 29
By akmahanis99

Sayu sahaja semasa aku melihat keadaan Laura. Kepala berbalut dan badannya banyak luka. Ryan di sebelahku hanya mampu menepuk bahuku untuk bertenang.

"Bella mesti kuat dan jangan sedih memanjang. Bella banyakkan doa dan solat supaya Laura disembuhkan" nasihat Ryan

Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Rasa nak menangis tapi air mata langsung tak keluar pun

"Daniel terlibat dalam kemalangan juga, kan?" tanya Ryan

Aku hanya menganggukan kepala sahaja. Kalau tipu pun, tiada guna sebab Ryan memang selalu cari sesuat sampailah dia dapat. Kedengaran Ryan mengeluh

"Macam mana Bella boleh jumpa lelaki tu? Abang sudah cakap, jangan jumpa Daniel. Disebabkan dia, hidup Bella hancur"

"Sudah takdir Allah, kalau nak mengelak pun tiada guna. Bukan Bella nak tengok sangat mukanya. Bagus Bella tengok muka Laura berbanding Daniel" kataku dengan mendatar

Keadaan kembali senyap. Aku hanya mampu melihat Laura dari luar sahaja memandangkan keadaanya masih dalam keadaan kritkal

"Bella nak tengok Daniel"

Ryan segera memegang lenganku. Aku cuba merentap lenganku tapi Ryan makin menguatkan cengkamannya. Aku menjeling tajam Ryan

"Bella jangan pandai-pandai nak lawat dia! Baguslah dia kemalangan. Biar dia sedar yang karma mulai membalas dendam dengan Daniel"

"Tolonglah, abang! Kali ini, jangan nak halang Bella lawat Daniel. Bella lawat dia nak tengok Daniel bukan nak buat maksiat pun" aku cuba memujuk Ryan tapi hampa apabila dia menayangkan muka seriusnya

"Bella dan Daniel belum bercerai kan?"

Aku mengangguk lagi

"Kenapa tak bercerai lagi? Abang tak mahu Bella ada hubungan Daniel. Takkan Bella tak ingat apa yang Daniel buat pada Bella?"

"Bella ingat sangat apa yang Daniel buat pada Bella tapi Bella nak lupakan semua peristiwa hitam yang berlaku sepanjang Bella hidup ni. Kami tak bercerai sebab Daniel yang tak mahu kami bercerai. Lagipun, Bella tak boleh lupakan Daniel" kataku sambil memandang Ryan dengan sayu

Ryan terdiam apabila mendengar luahan Bella

"Walaupun Bella cuba benci Daniel tapi tak boleh. Walaupun Bella cuba buang segala memori Bella dengan Daniel tetap tak boleh juga, abang. Walaupun Daniel duakan Bella tapi Bella tetap setia dengan dia. Bella benci dengan diri Bella"

"Kenapa?"

"The fact that I still love him so damn much even he always hurts me, always make me cry and hurts my feelings. I'm such a dumb girl!"

Ryan betul-betul tergamam mendengar luahan hati Bella. Dia tak sangka adiknya masih lagi setia mencintai Daniel walaupun Daniel paling banyak sakitkan hatinya. Ryan segera memeluk Bella

Aku menyembamkan mukaku di dada Ryan. Aku menangis semahunya dan nasiblah tak ada yang nampak aku menangis. Kalau tak, memang aku sorak kepala aku dalam tempurung kelapa

"Bella memang perempuan yang lemah. Lemah disebabkan cinta seorang lelaki dan Bella tak tahu macam mana nak hapuskan perasaan cinta Bella terhadap Daniel. Daniel adalah cinta pertama Bella dan memang susah nak lupakan dan benci dengan cinta pertama"

Ryan hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Dia betul-betul tiada ayat untuk membalas kata-kata Bella. Bella memang buat dia speechless

Aku melepaskan pelukan aku dari Daniel. Aku mengesat sisa air mata aku dan tersenyum memandang Ryan yang hanya terdiam sahaja

"Semua apa yang Bella cakap tadi adalah betul. Tiada satu pun palsu" kataku lagi

"Bella nak lawat Daniel boleh kan? Bella janji akan lawat Daniel hari ini je dan esok atau lusa Bella tak lawar Daniel sudah. Boleh tak abang?" tanyaku sambil membuat muka comel

Ryan yang nampak terus sahaja menggulingkan matanya ke atas. Ingat comel ke?

"Pergilah lawat dia tapi hari ini je Bell boleh lawat dia. Esok atau lusa, Bella tak boleh dah lawat dia!" kata Ryan dengan tegas

"Terima kasih, abang! Sayang abang sangat-sangat!" kataku lalu segera pergi ke wad Daniel

Ryan yang memandang Bella pula tersenyum nipis. Luahan Bella betul-betul buat dia sedar akan sesuatu

'Walaupun dia cuba benci Daniel dan lupakan dia tetapi jauh di sudut hatinya, dia masih lagi cintakan Daniel. Untung Daniel sebab Bella masih lagi cintakan dia walaupun Daniel sakitkan hati Bella'

♥♥♥♥♥♥

Aku perlahan-lahan membuka pintu wad milik Daniel. Kelihatan Daniel baring di katil sambil mengelamun. Aku hanya tersenyum nipis

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Daniel segera duduk apabila melihat aku melawat dia. Daniel cuba tersenyum kepadaku tapi jelas bahawa senyumannya tidaklah ikhlas sangat. Mungkin dia masih sakit?

Aku segera menujuke arah kerusi bersebelehan katilnya lalu aku duduk. Keadaan agak janggal mungkin sebab tak lama berdua-duaan seperti begini?

"Awak okay tak?" tanyaku untuk memulakan perbualan

"Saya okay je. Awak pula macam mana? Okay tak? Ada sakit di mana-mana?" tanya Daniel sambil memandangku

Aku sekadar menggelengkan sahaja. Tak mahu buat dia risau sangat dengan aku

"Maafkan saya sebab sayalah, awak dan Laura turut terlibat dalam kemalangan awak"

"Itu bukan salah awak pun lagipun sebab pemandu yang langgar kita sebenarnya bersalah sebab dia mabuk masa memandu" kataku sambil tersenyum

Kenapalah hari ni aku rajin je nak senyum?

Keadaan kembali senyap selama beberapa minit. Aku pula tak senang duduk apabila Daniel hanya memandang aku macam nak tembus je

"Macam mana keadaan Laura?"

"Laura dalam keadaan kritikal memandangkan Laura terhumban keluar dri kereta. Saya rasa nak menangis je bila dapat tahu dia dalam keadaan kritikal" kataku denga sedih

Daniel segera memeluk aku dengan erat. Aku hanya membiarkan sahaja dia memeluk aku. Aku rasa selesa dan selamat sahaja ketika dia memeluk aku

"Awak bersabar ye. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya yakin yang Laura mesti kuat demi mummy kesayangannya" kata Daniel

"Kenapa tak panggil saya 'sayang'?" tanyaku tanpa sedar soalan yang aku lontarkan

Aku segera menekup mulut aku apabila tersedar yang aku menyoal soalan yang salah. Aku memandang Daniel tetapi riak wajahnya seperti berubah. Bukan gembira tapi kelihatan sedih

"Saya tak panggil awak 'sayang' sebab saya sedar yang saya tidak layak untuk awak. Saya tak layak jadi suami kepada awak dan kepada anak-anak kita. Saya banyak lakukan salah dengan awak" kata Daniel

"Kenapa awak cakap begitu? Awak ta-tak sayangkan saya ke?" tanyaku lagk

"Orang gila je tak sayangkan awak. Saya sangat sayangkan awak tapi saya tak sanggup tengok awak menderita sebab saya. Cukuplah selama 4 tahun awak menderita dan hidup dalam kesakitan. Saya tak sanggup, Bella" kata Daniel

Aku cuba menahan air mata yang mengalir. Kenapa Daniel tiba-tiba bercakap begini? Aku rasa sangat tak senang hati apabila dia mula cakap begitu

"Saya tahu sekarang bukan masa yang sesuai untuk cakap begini tapi saya harus cakap juga"

"Awak nak cakap apa? Jangan buat saya risau" kataku sambil mengenggam erat tangannya

Daniel tersenyum lalu melepaskan tanganku daripada tangannya

"Saya akan ceraikan awak"

Update update update!!

Saya minta maaf sebab tak update sebab saya busy sangat kelmarin sampai saya lupa nak publish part ni!

Saya rasa bersalah sangat dengan korang semua huhuhuh😭 Saya harap korang maafkan saya huaaa

BTW, nampaknya Daniel nak ceraikan Bella seperti semua readers yang mahu sangat Bella dan Daniel bercerai🤒😂

Aigooo~

Okaylah itu jelah. Sebarang typo dan kesalahan saya minta maaf. Nanti lepas je tamat cerita ni, saya akan edit part yang banyak typo

K bubye!!!!

Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 165K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
18.5K 586 28
Assalamualaikum wbt. Ini adalah karya saya, Fateh Arvile . Karya ini tidak sempurna masih ada kesalahan tatabahasa dan ejaan . Termasuk juga susunan...
160K 4.7K 55
Orang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsy...
62.6K 2.8K 57
𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝑩𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝑲𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏~ 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐢𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛...