SIDE OF YOU ft Kim Taehyung

By luckisscars

31.1K 3.7K 781

『 COMPLETED 』 FAN FICTION 2019 Pada suatu masa dahulu, Di zaman joseon. Fanfiction + Action + Romance Orig... More

SOY
01 : Unknown Killer
02 : The River
03 : Unknown Guest
04 : Identity
05 : Him
06 : Royalty
07 : Brother
08 : Scars On You
09 : Heart breaker
10 : Journey
12 : Two Sides
13 : Sword Battle
14 : Two Heart
15 : Confession
16 : Identity pt.2
17 : One Day Before
18 : Tomorrow's Plan
19 : The Ceremony
20 : I Am The King

11 : Gayu's Village

993 160 47
By luckisscars

❉   ❉   ❉

"Pakai ni , nanti kau rasa sejuk." Ujar Taehyung seraya membaluti baju lelaki itu yang kering pada segenap tubuh aku yang sudah basah kuyup.

Mata aku pedih akibat termasuk air sungai tadi. Bibir aku mula pucat sebab terlalu lama berendam dalam air kena pula sekarang sudah cuaca sejuk. Badan aku pula mengeletar di sebabkan angin yang tidak henti membelai tubuh aku.

Dan Taehyung ringan saja mulut nak bawa aku borak. Atau mungkin dia memang sudah biasa berenang sebab tu tak terkesan sangat dengan suhu air dan udara persekitaran.

Biarpun aku tahu dan ingat semua kejadian yang berlaku di dalam air , tadi.

"Sejuk sangat ke sampai kau mengigil teruk macam tu?" Soal Taehyung yang baru sahaja habis menghidupkan unggun api di hadapan ku.

Aku tak tahu lah Taehyung ni kulit buaya ke apa tapi dia sudah lah habis basah satu badan , angin sejuk dia boleh pula buka baju ?

Memang gila.

Oh ya , aku hampir lupa tentang luka di bahu dia.

Untuk pertanyaan Taehyung sebentar tadi , aku balas dengan satu anggukan kecil. Dia tak tahu aku ada phobia dengan air , sebabtu aku rasa takut dan sejuk dalam masa yang sama.

"Tㅡtaesoon." Nama lelaki itu aku seru. Biarpun bibir aku rasa kelu dan berbual , tapi aku gagahkan juga. Lelaki yang aku benci selamatkan aku kot. Haihh.

"Mhm , apadia?" Balas Taehyung lalu melabuhkan duduknya di atas tanah bersebelahan dengan aku. Dahi nya berkerut hebat , tetapi nada suara nya langsung tidak menunjukkan perasaan yang sebenar.

"Sㅡsaya nak cㅡcakap. Tㅡterima kasih. Sebab sㅡselamatkan sㅡsaya." Kataku dalam nada yang tersekat-sekat. Rasa macam nak hempuk bibir sendiri pun ada.

Taehyung tidak mengangguk mahupun mengeleng. Malah dia hanya memberikan aku satu senyuman senget yang boleh aku katakan sebagai senyuman sinis.

Senyuman gatal pun ada.

"Takde masalah lah. Aku memang suka tolong orang." Balas Taehyung kali ini terdengar begitu riak.

Aku nak marah , tapi tak mampu.

Jadi aku hanya mampu menjeling lelaki itu dan mula membawang dengan hati aku dalam diam. Sekali sekala kepala aku tak boleh berhenti fikir pasal kejadian tadi.

Taehyung cium aku.

"Ohya untuk mhm , tadi tu." Suara Taehyung memecah ingatan aku. Wajah lelaki itu aku pandang lama.

Raut wajah Taehyung seolah-olah mula memerah. Kepala yang tidak gatal di garu kasar. Wajahnya kelihatan begitu malu dan bersalah dalam masa yang sama.

"Aku cuma nak bantu kau bernafas je. Bukan nak ambil kesempatan atau apa-apa." Janggal Taehyung. Sebatang kayu yang dia kumpulkan sebentar tadi di gunakan untuk bermain dengan tanah.

Faham akan kata-kata lelaki itu , aku hanya mengangguk dalam diam. Teringat sahaja kejadian tadi , pipi aku mula panas.

Tunggu lah kalau aku sihat nanti aku nak hempuk Taehyung puas-puas. Dia dah buat aku marah lepastu dia buat aku terhutang budi. Dalam masa yang sama dia buat aku makin benci dengan dia.

Sebab dia nodai aku dalam masa sehari ni tahu!??!

"Aku dengar kau nak ke Kampung Gayu. Kalau kau nak , aku boleh temankan kau ke sana. Sekali nak perhatikan keadaan kau sebab aku tengok kau ni masih tak sihat lagi." Jelas Taehyung terselit nada kerisauan pada ayatnya.

Aku mengangguk buat kali kedua.

Aku rasa sikit kecewa sebab apa yang aku mahu , lain yang aku dapat.

Contohnya tadi,

Aku nak tentera Ansi yang datang , tapi pengawal Diraja yang muncul. Yang paling tak boleh aku terima , aku nak pembunuh misteri tu datang , tapi lelaki asing Kim Taesoon pula yang datang.

Melainkan Taesoon lah pembunuh misteri yang aku cari.

❉   ❉   ❉

Sepanjang jalan , Taehyung lah yang bekerja sebagai tongkat aku. Memapah dan membimbing aku berjalan biarpun aku terdengar ada keluhan-keluhan asing yang menitik keluar dari sepasang bibir milik lelaki itu.

Aku tahu aku menyusahkan perjalanan dia tapi apa yang perlu aku buat? Badan aku masih mengigil kesejukan. Kaki aku seolah-olah di perbuat dari batu sehingga aku benar-benar tidak mampu berjalan.

Taehyung yang berjalan dengan elok saja sebelum ini juga berjalan dengan lambat dan seringkali tersenget-senget bahu nya apabila aku terasa seperti hendak jatuh. Tetapi Taehyung ada untuk memegang tangan aku , merangkul pinggang aku , mengelakkan aku dari jatuh.

Terasa perjalanan yang dekat ini semakin lama apabila daya tahan fizikal aku semakin lemah. Perut aku mula rasa senak. Tulang kaki aku rasa sangat lenguh. Apa yang aku mahu adalah rehat.

Tetapi aku buang segala kemahuan itu memandangkan hari semakin lama semakin mengelap. Dan sayur-sayuran yang di pesan oleh Ahjumma Han masih belum aku beli lagi.

Mana mungkin aku pulang ke Rumah Yeonchang dalam keadaan bertangan kosong ni. Lagi-lagi rupa aku sudah tidak bermaya , baju aku sudah lusuh. Mesti Ahjumma Han risau tentang keadaan aku.

Syukur sahaja si 'Taesoon' ni ada.

Rimas akan perjalanan yang lama , Taehyung bertindak melepaskan rangkulan pada pinggang aku membuatkan aku semakin hilang keseimbangan. Lelaki itu berjalan di hadapan aku sebelum kedua belah lengan aku di raih lalu di tarik hingga menyentuh permukaan bahu nya.

"Pegang kuat-kuat." Pesan Taehyung sebelum tangan nya mula menyentuh permukaan peha aku di bahagian belakang.

Aku mungkin terkejut dengan perbuatan lelaki itu , tetapi lebih terkejut lagi apabila tubuh aku tiba-tiba terapung di udara. Dan saat itu , aku baru tahu yang Taehyung mendukung aku cara 'piggy back'.

   Pap !

Dagu aku terhentak pada kepala nya apabila dia mula menyelesakan badan aku pada belakang tubuh nya. Buat seketika , langkah kaki yang tadi nya lambat menjadi sedikit laju apabila beban yang berada di bahu kiri Taehyung sudah di pindahkan ke belakang nya.

Beban yang berat iaitu aku.

Oleh kerana takut jatuh , bahu Taehyung aku rangkul secara berhati-hati. Pertama , aku takut siku aku terkena luka dia dan buatkan dia rasa sakit. Kedua , aku takut aku tercekik dia tanpa sengaja.

Almaklumlah aku tak pernah di dukung seperti ini oleh mana-mana orang termasuklah Ahjumma Han. Atau lebih tepat lagi , tidak pernah di dukung oleh mana-mana manusia lagi selepas lahir.

Taehyung lah orang pertama.

Dan kemungkinan akan menjadi orang terakhir angkat aku macam ni.

"Awak. Tak berat ke awak bawa saya macam ni? Saya tak apa lah kalau setakat nak melangkah. Lagipun tak lama lagi nak sampai kat Kampungㅡ" belum sempat aku menyambung ayat , Taehyung terlebih dahulu membidas.

"Kau diam sebelum aku cium kau untuk kali kedua." Untuk kata-kata itu , aku terus diam.

Dan aku hampir lupa nak bagitau.

Tiada lelaki yang pernah cium aku di bahagian bibir.

Taehyung orang pertama dan yang terakhir buat macam tu dengan aku. Sumpah.

"Kau berjalan macam kura-kura kau fikir aku boleh biar kau terus berjalan macam tu sampai Kampung Gayu?" Bebel Taehyung.

Aku hanya diam , seperti apa yang dia suruh tadi.

"Berjalan macam nenek , ada hati nak berjalan sendiri." Taehyung memerli aku untuk kali kedua.

Ikut kan hati aku nak bidas dia tapi oleh kerana aku taknak kena cium , aku diam.

"Haa apasal diam? Takut kena cium lagi ke Song Haehyun?" Sinis Taehyung seraya mempamerkan segaris senyuman kemenangan.

Aku tidak membalas apa-apa sebaliknya aku mengeratkan rangkulan pada leher Taehyung membuatkan lelaki itu terbatuk. Langkah kaki nya terhenti sebelum pegangan pada peha aku di lepas. Sebaliknya Taehyung ligat melepaskan rangkulan erat pada lehernya.

Atau lebih tepat lagi , melepaskan tangan aku yang mencekik dia.

Oleh kerana aku takut jatuh , aku masih tidak melepaskan rangkulan tersebut. Tubuh aku rebah kebelakang sebelum Taehyung juga turut sama terjatuh.

   Pap !

Masing-masing jatuh terjelupuk di atas tanah. Taehyung pula yang sudah terlepas dari cekikkan aku tadi mula terbatuk-batuk. Manakala aku yang jatuh terhempas di bahagian belakang hanya mampu redha dengan rasa sakit ini.

Mata Taehyung naik memandang satu figura yang sedang berdiri tidak jauh di hadapan mereka. Seorang lelaki yang memakai hanbok hitam dan memegang sebilah pedang itu memandang Taehyung lama. Mask di wajahnya langsung tidak membuatkan Taehyung tertanya-tanya.

Itu ialah Daeha.

Melihat kearah Haehyun di tepi , Taehyung terus memalingkan kepala nya ke kiri. Memberi bahasa isyarat kepafa Daeha untuk beredar dari tempat tersebut.

Daeha tidak membantah , dia hanya mengangguk lalu berlari masuk ke dalam hutan. Menyembunyikan diri sambil memerhati keselamatan lelaki tersebut.

"Awhhh!!!" Aku mula meraung kesakitan selepas langsung tak boleh duduk lagi. Dahlah badan aku lenguh , jatuh terhempas atas tanah lagi , mana tak siksa nya aku ni?

"Haa siapa suruh cekik aku , kan dah jatuh." Ujar Taehyung seolah-olah dia menyalahkan aku sepenuhnya  atas kejadian tadi.

Aku mencebik geram.

"Cepatlah. Kampung Gayu ada di depan sana saja." Ujar Taehyung sebaik sahaja selesai berdiri dan membersihkan punggungnya yang terkena sedikit sisa tanah.

Hati aku yang masih tersisa rasa marah hanya akur dengan arahan Taehyung. Kaki aku rasa lenguh tadi sudan berkurangan jadi aku dah boleh melangkah sedikit demi sedikit sampai lah masuk ke dalam pagar Kampung Gayu.

❉   ❉   ❉

Sebaik sahaja Taehyung selesai menemankan aku membeli sayur-sayuran dan barang keperluan lain di pasar Kampung Gayu , lelaki itu menyuruh aku untuk tunggu di pagar keluar. Katanya dia nak ke tandas sebabtu tak suruh aku ikut sendiri.

Sekarang sudah masuk 10 minit dia tak kembali. Langit pula semakin gelap , perasaan risau mula menyelubungi diri sendiri.

Mesti Ahjumma Han risau tentang aku kan?

Desis hati aku sebelum satu keluhan berat aku lepaskan.

❉   ❉   ❉

"Ya Tuan. Saya perasan tentang pengawal Istana tu tapi saya tak tahu yang Tuan sudah terlebih dahulu tewaskan dia." Ujar Daeha kepada Taehyung.

Dua lelaki itu sekarang berada di kubu mereka di bahagian hujung Kampung Gayu di mana mereka aga tersembunyi dari penduduk yang lain.

"Aku tak bunuh dia , cuma bagi sikit amaran je supaya dia tak pergi ke Rumah Yeonchang." Balas Taehyung. Sekali sekala kepala nya di toleh ke kanan dan kiri , memastikan bahawa tiada kelibat mencurigakan di situ.

"Perempuan yang ada dengan Tuan di jalan tadi tu siapa?" Soal Daeha membuatkan Taehyung tersengih kecil. Lehernya di gosok janggal.

"Takde siapa. Perempuan tu cuma penduduk Rumah Yeonchang. Dia datang nak beli barang kat Kampung ni sebabtu aku teman. Sekali nak jumpa korang. Ada maklumat baru?" Taehyung mengubah topik perbualan.

Apa pula dia nak borak pasal Haehyun di depan Daeha? Perempuan tu bukan siapa-siapa pun nak di jadikan bahan berbual.

"Oh macam tu ke? Ya kami ada maklumat baru yang rancangan tentera Ansi nak ke Rumah Yeonchang akan di jalankan bila-bila masa je." Jelas Daeha membuatkan Taehyung mengangguk faham.

"Soohyung macam mana? Ayahanda tak marah dengan dia ke?" Tiba-tiba pula lelaki itu teringat tentang adik perempuan nya Soohyung.

"Hm. Kalau Tuan ada masa tu , mesti Tuan akan menyampah habis. Kami terpaksa tipu Yang Mulia untuk elak Jimin di jatuhkan hukuman." Kata Daeha terselit satu sengihan di bibirnya.

Bila ingatkan semula dengan alkisah penipuan mereka pada Raja tentang perjumpaan Soohyung dengan Taehyung memang boleh buatkan dia sendiri pecah perut.

"Jadi Ayahanda betul-betul tak tahu yang Soo pergi keluar jumpa aku?"

Daeha mengeleng.

"Baguslah macam tu. Sekarang aku nak minta seekor kuda. Kalau aku jalan kaki pulang ke Rumah Yeonchang malam ni , mesti lambat." Keluh Taehyung.

"Sekejap Tuan. Saya ambilkan kuda untuk Tuan." Daeha terus meminta diri lalu berlari masuk ke dalam kandang kuda mereka. Seekor kuda putih di bawa keluar lalu di serahkan kepada Taehyung.

"Cepat-cepat dapatkan kami permaisuri yang cantik ya Tuan?" Usik Daeha sebelum Taehyung mula memberikan dia segaris senyuman kecil.

Hampir pula dia lupa tentang perjanjian dia dengan Yang Mulia Diraja Hanyang dulu.

"Aku penggal kepala kau nanti Daeha. Jangan main-main dengan aku." Ugut Taehyung kedengaran ganas tetapi bibirnya masih kali mengukir senyuman.

"Jalan baik-baik Tuan. Kami sentiasa jadi mata-mata untuk perhati Tuan di mana-mana." Jelas Daeha di balas dengan anggukan oleh Taehyung.

Tidak lama kemudian , Taehyung mula menunggang kuda nya pergi ke pagar utama Kampung Gayu. Mesti Haehyun sudah reput menunggu dia di sana.

Setibanya di hadapan pagar Kampung Gayu , Taehyung hampir tergelak melihat riak wajah Haehyun yang melopong dengan kuda yang di tunggang oleh Taehyung.

"Dari mana awak dapat kuda ni? Tadi cakap nak ke tandas? Ni macam pergi membeli ada lah." Bebel ku sebelum mula menjeling Taehyung tajam.

"Lebih baik aku dapatkan kuda kalau taknak lambat sampai ke rumah." Balas Taehyung tetap bernada mendatar dan dalam.

"Sekarang macam mana saya nak naik?" Aku mula naik risau. Aku ni dahlah belum pernah naik kuda. Kalau aku jatuh kat sini tak ke sia-sia?

"Bagi aku barang-barang tu sekarang." Arah Taehyung aku ikut. Sehelai plastik beg yang berisi sayur di dalam nya aku serahkan pada lelaki tersebut.

Plastik beg tadi Taehyung letakkan ke dalam sebuah beg yang tergantung pada tubuh kuda itu. Taehyung kemudian nya menghulurkan tangan kepada aku.

"Awak nak buat apa ni?" Soal aku pelik.

"Kau nak naik ke tidak ni hah?!" Nada suara Taehyung mula berubah keras. Sakit pula kepala dia melayan Haehyun yang serupa katak di bawah tempurung ni. Semua benda dia tak pernah cuba.

Ish ish ish.

"Kalau saya jatuh macam mana?" Aku mula mengerutkan kening. Taehyung ni pun satu , jalan kaki tak boleh ke? Lagipun lagi senang dari berkuda. Dah lah gelap , nampak ke kuda ni nak berlari?

"Kalau kau takut jatuh , aku naik kuda kau jalan kaki. Mau?"

"Eh tak tak! Saya taknak jalan kaki!" Aku mula merengek. Pantas tangan Taehyung aku capai.

"Letak kaki kau kat sini. Lepastu naik." Arah Taehyung.

Aku hanya akur sebelum kaki kiri aku letakkan di atas tali yang tergantung pada kuda itu sebelum Taehyung mula menarik tangan aku untuk naik.

Akhirnya aku selamat duduk di atas kuda. Sekali dengan itu , satu helaan nafas lega menitik keluar dari bibir aku sebelum deruan nafas seseorang bermain pada rambut hadapan aku.

Ops. Aku salah naik ke?

Perlahan-lahan kepala aku naik memandang kearah wajah Taehyung di depan aku. Sangat rapat.

"Apasal kau duduk menghadap aku? Sepatutnya kau hadap depan lah bebal. Bukan tengok aku." Marah Taehyung sebelum dahi aku di jentik kuat.

   Pap !

"Argh! Sakitlah! Awak ni. Saya dah cakap saya tak tahu macam mana nak naik kuda kan? Semua ni salah awak tahu tak?" Aku mula menghamburkan segala amarah aku di hadapan Taehyung.

Sekarang aku tengah duduk di depan Taehyung dan menghadap dia. Apa aku nak buat?

p/s: readers boleh bayangkan sendiri macam mana posisi duduk dorang ya?

"Dah. Tutup je lah mulut tu. Aku nak tunggang pun susah." Bebel Taehyung sebelum dia mula menunggang kuda secara mengejut.

   Bam !

Dahi aku terhentak pada dada lelaki tersebut. Secara automatik nya tangan aku melingkar pada pinggang itu lalu tubuh Taehyung aku peluk.

Aku tak tahu kenapa , Taehyung langsung tak bersuara atau menolak. Sebaliknya dia hanya meneruskan tunggangan nya sementara aku sudah menahan malu di bahu kiri lelaki itu.

AKU BENCI APA YANG JADI SEPANJANG HARI NI !!!!!

ㅡㅡㅡㅡㅡ

Tumpang promote ya anak-anak sekalian. Tolong baca dan support fanfic collab pertama Afy dengan gang Afy yang lain.

tajuk ; wanted
fanfic yang bergenrekan 'action' dan watak utama dia abe taehyung dan abe jengkuk ini di tulis oleh collababy-

support sila !

ㅡㅡㅡㅡㅡ

Continue Reading

You'll Also Like

4.8K 1.7K 25
↺ I've been interested in you for a long time. kim mingyu seventeen fanfiction ♡ 𝘀𝘁𝗮𝗿𝘁 .16 06 2021 𝗲𝗻𝗱 .22 07 2021 ▹ luveoskyie
36.5K 2.6K 63
[book 1]✔ 5 orang yeoja pelajar pertukaran dari Busan Highschool ditukarkan ke Seoul Highschool. Apabila 5 orang yeoja bertemu dengan 7 orang namja p...
Legenda Melayu By erry lapar

Historical Fiction

69.3K 1.2K 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-oran...
2.3K 549 53
﷽ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benu...