Mawar Milik Raid[C]✅

AizackMesle által

1.7M 89.2K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... Több

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|4
MMR|5
MMR|6
MMR|7
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|40
MMR|41
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|25

34.9K 1.9K 198
AizackMesle által

Slowly but surely

⚜⚜⚜

"Kau dah dapat belum maklumat tentang dia orang?" Secawan kopi yang sudah suam-suam suku disisip perlahan.

"Erm, be..belum..."

"Kau ni lempablah! Aku bagi kerja senang pun tak boleh buat ke?!" Oktaf suaranya naik kepada gadis di depannya itu.

Gadis itu menunduk sambil mengetap bibir. Bahunya ternaik sedikit, tersentak akibat jerkahan itu. Jemari mencengkam kain skirt yang dipakai.

"Bagilah aku masa sikit. Kau ingat senang ke nak rapat dengan dia semula?" Dia membalas setenang yang mungkin. Tak mahu menampakkan bahawa dia dalam ketakutan.

"Kalau dari awal kau dengar cakap aku, rancangan aku takkan musnah macam nilah! Sekarang ni apa aku nak jawab pada bapak aku hah?!"

Bam!

Berkecai cawan kopi tadi dek dilempar ke dinding. Gadis itu masih menunduk takut. Gerun apabila melihat perubahan emosi lelaki tersebut. Diam-diam dia memaki dalam hati.

"Kau ni bodoh tahu tak!" Jerkah lelaki itu lagi lalu kepala gadis yang menunduk itu ditunjal kasar berkali-kali.

Tetapi gadis itu tidak boleh berbuat apa-apa. Sekadar menerima maki hamun lelaki itu. Ini baru sikit. Malah dia pernah dapat yang lebih teruk daripada ini lagi.

"Ma...maaf, aku janji aku akan cuba rapat dengan dia semula." Gadis itu menabur janji.

Lelaki itu meraup wajah. Rambut dikusutkan dengan rahang terketap kuat. Rahang bergemeletuk tajam, jelas diri dikuasi oleh amarah kuat.

"Kau blah sekarang. Semaklah aku dengan kau perempuan!" Tubuh gadis itu ditolak kasar ke lantai. Ringisan sakit yang terbit halus di bibir gadis itu tidak dihiraukan.

Malah dia selamba menyalakan sebatang rokok lalu dibawa ke bibir. Kaki disilang gaya santai. Tubuh disandarkan ke belakang dengan mata terpejam. Ah, nikmat. Nikmat dunia.

"Tunggu kejap."

Langkah gadis itu terhenti di muka pintu. Tangan yang ingin menyentuh tombol pintu dijatuhkan semula lalu tubuh dibalikkan ke belakang dengan kening terangkat.

"Kalau kau tak dapat apa yang aku nak, kau sendiri yang akan jadi galang-gantinya. Maksud aku, nyawa kau." Lelaki itu ketawa besar.

"Gila..." gumam gadis itu sebelum cepat-cepat meluru keluar. Lagi lama dia di situ, mungkin lagi pendek jangka hayat dia.




















"Uwerkk!"

Laju kakinya berlari anak ke arah bilik air. Habis segala isi perutnya dimuntahkan kembali. Tekak yang terasa perit digosok dengan mata terpejam.

"Uwerkk!" Sekali lagi dia memuntahkan isi perut ke dalam mangkuk tandas. Tubuh dia terasa lesu sejak pagi tadi. Lantaran itu, dia terus menyandarkan tubuh ke dinding sambil berpaut pada mangkuk tandas.

Dahinya berpeluh usah dikata. Perutnya terasa masih sebu. Automatik mata dia bergenang, ya Allah pedihnya tekak dia. Berbekalkan kekuatan yang ada, dia cuba bangkit dan berpaut di sinki.

Mulut dikumur kembali lalu perlahan langkah diatur untuk keluar. Pandangan dia jadi samar-samar. Kepala pula terasa mencucuk-cucuk. Refleks dia mengurut dahi sendiri.

"Ya Allah, sakitnya kepala..." gumamnya sendiri.

Tidak sempat sampai di katil, pandangannya makin berbalam-balam. Dan akhirnya tubuh dia terbaring di tengah ruang bilik dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Tidak lama selepas itu, pintu bilik tersebut dibuka dari luar. Mata membulat besar apabila melihat sekujur tubuh Mawar dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai.

"Ya Allah puan!" Mak Lah, yakni pembantu rumah yang baru masuk bekerja seminggu yang lalu terus menerpa ke arah Mawar.

Pipi pucat Mawar ditepuk lembut beberapa kali. Namun Mawar masih tidak memberikan sebarang respon membuatkan dia bertambah resah.

Jika terjadi apa-apa kepada Mawar, dialah orang pertama yang akan disoal oleh majikannya yang dingin seperti ais itu.

"Puan! Bangun puan!"

Tidak mahu membuang masa berteriak, Mak Lah meletakkan kepala Mawar ke lantai lalu segera berlari turun ke tingkat bawah. Kelibat Haikal dan Kane cuba dicari.

Mereka perlu pantas bertindak.

"Haikal, Kane!"

"Kenapa jerit-jerit ni Mak Lah? Tak nampak ke drama korea ni dah start. Aish." Rengus Kane mengada.

"Pu...puan Mawar pengsan!"

"Hah?!" Terus terbangun Kane dibuatnya. Plastik keropok di tangan dilempar kepada Haikal yang mendengus tidak puas hati apabila kepalanya penuh dengan serpihan keropok Super Ring itu.

"Eh Haikal cepatlah bangun! Kita kena bawa  Puan Mawar ke hospital. Nanti bos mengamuk, tak rela aku menghadap singa tu." Kane terlompat-lompat gelisah.

Haikal mengeluh lalu dia bangkit tanpa sepatah kata. Meluru naik ke tingkat atas, meninggalkan Kane yang masih terkinja-kinja seperti Orang Utan di situ.

Maklumlah, Kane ni masih muda, baru berusia 19 tahun.  Itu yang perangai gelabah sikit tu. Berbeza pula dengan dirinya yang kini sudah genap berumur 23 tahun. Ceit.

Setelah berada di bilik Mawar, dia terus mencempung tubuh kecil isteri majikannya itu secara pantas. Ni dah kes darurat. Gasak ajelah. Kena marah dengan bos pun lantaklah asalkan Mawar selamat.

"Kane, kau maklumkan perkara ni dekat bos. Mak Lah duduk je dekat rumah. Puan Mawar biar kami berdua uruskan."

Mak Lah mengangguk. Menghantar pemergian dua orang pemuda itu bersama Mawar dengan lambaian lemah lalu dia masuk kembali ke dalam rumah.




























"...jadi setelah pengiraan dibuat. Kira-kira 80% daripada profit tahun lepas telah menyumbangkan sejumlah besar dalam projek kali ini. Cuma data yang kita perolehi masih belum penuh. Jadi pembekal yang—"

"Bukankah jika profit pada akhir tahun lepas hanya 50% saja yang dapat dikeluarkan manakala untuk awal tahun ini masih belum dapat didatakan. Mana datangnya profit tahun lepas sampai 80%?" Engku Raid menyangkal.

Mata dia tajam merenung skrin LCD yang memaparkan pembentangan projek terbaru syarikatnya. Tangan ditompangkan ke atas meja apabila perasan pembentang yang membentangkan hal berkaitan projek tersebut terkulat-kulat di depan.

Atmosfera terasa tegang apabila tiada sesiapa pun di antara mereka yang berada di dalam bilik mesyuarat itu berani bersuara. Benarlah apa yang telah diuar-uarkan oleh orang ramai.

Engku Raid merupakan seorang yang sangat  teliti. Meskipun ada kesalahan sebesar zarah, ianya tetap tidak dapat disorokkan. Itulah antara sebab bagaimana lelaki itu berjaya menubuhkan syarikat sendiri dalam usia yang belum mencecah angka tiga.

"Ehem! Maaf, ada kesilapan sedikit."

Engku Raid mengangguk. Dia perhatikan sahaja lelaki yang terkulat-kulat tadi lalu senyuman sinis diukir. Dia baru soal begitu dah takut, bagaimanalah jika dia satu hari nanti dia bongkarkan kegiatan lelaki itu selama ini.

Penyelewengan duit syarikat. Dia hanya menunggu masa saja untuk menghukum lelaki itu dengan caranya sendiri, tanpa melibatkan pihak berkuasa mahupun mahkamah.

Rasa tak puas jika lelaki itu sekadar meringkuk dalam penjara.

"Teruskan..." arahnya senada.

Namun sesaat dia mendengus apabila telefonnya tiba-tiba berdering. Awal tadi dia terlupa untuk membuat mode senyap. Nama pemanggil dilihat.

Mengerutkan kening, dia melihat mesej yang juga baru diterimanya itu. Dengan mata membulat, dia terus berdiri. Bunyi seretan kerusi membuatkan semua mata yang ada di situ beralih kepadanya.

"Kita tangguhkan mesyuarat kali ini di sini saja." Usai itu, dia terus berlari keluar.

Jantungnya berdegup kencang, perasaan risau bermaharaja dalam diri. Mendapat mesej daripada Kane mengatakan bahawa isteri dia sekarang berada di hospital membuatkan jantungnya berhenti berdegup sesaat.

"Please be safe Mawar...don't leave me. Please..." Pintu kereta dihempas kuat. Air mata yang mengalir sudah tidak dihiraukan.

Habis semua lampu isyarat dilanggarnya. Ah lantaklah, paling kurang pun nanti surat saman sampai ke rumah. Bayar ajelah, apa susah.

Mengambil masa 25 minit dari syarikatnya ke hospital yang menempatkan Mawar, Engku Raid terus memarkirkan kereta tepat-tepat di depan lobi hospital. Lalu dia berlari laju ke dalam hospital tersebut.














"Jalan slow-slow Mawar."

Pinggang Mawar yang dirangkul, dia tarik rapat ke tubuh. Mawar merengus. Tubuh suaminya cuba ditolak menjauh, namun sia-sia apabila lelaki itu mencempungnya.

Refleks, dia melingkarkan tangan ke batang leher lelaki itu dengan membulatkan mata. "Eiyy put me down! Saya boleh jalan sendirilah!" Mawar membentak.

Renungan Engku Raid berubah tajam. Rahang bergemeletuk, tanda mungkin saja amarahnya akan meletus tidak lama lagi. Dia dah pesan, tahap kesabarannya tak banyak mana.

Jadi bila Mawar membentak begini membuatkan dia pula panas hati. Tanpa menghiraukan rontaan Mawar, dia terus mengatur langkah ke arah bilik tidur mereka.

Jelas-jelas Mawar kurang selesa dengan perlakuannya. Tapi dia kesah apa. Jika dia nakkan sesuatu, dia akan dapatkannya. Tak kiralah dengan cara apa sekalipun.

"Eh puan tak apa-apa?" Kebetulan pula terserempak dengan Mak Lah yang ingin melangkah turun.

"She is fine now. Mak Lah pergi buatkan bubur untuk isteri saya. Dia perlu makan ubat." Mata mengerling Mawar sekilas.

Melihatkan Mak Lah yang mengangguk akur dan berlalu pergi senyuman, dia tatap Mawar kembali dengan renungan tajam. Nafas dihembus.

"Tengok-tengok apa? Dah turunkanlah saya!"

"Can you shut your mouth for a while? You annoyed me, Mawar." Lelaki itu berkata jengkel. Memutarkan bebola mata, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik.

Tubuh Mawar diletakkan dengan penuh kelembutan ke atas katil. Tidak mahu menyakiti walau sedikit pun tubuh isterinya.

"Lepas ni kau kena banyak hati-hati. Jangan lasak-lasak. Sedar sikit, dalam perut kau tu ada anak aku."

Mawar ketap bibir. Geram betullah dia dengan Engku Raid ni. Cakap tu tak boleh lembut sikit ke? Asyik nak berkasar aje. Mulut macam tak ada insurans langsung.

"Apa benda awak ni? Kandungan saya awal lagi, bukannya saya nak bersalin esok pun." Bidasnya kembali membuatkan Engku Raid terdiam seketika.

Wah, melawan.

"Sebab kandungan kau masih barulah kena jaga elok-elok."

"Yalah yalah. Memang awak je yang TERPALING BETUL." balas Mawar geram.

Engku Raid mengangkat kening. Macam ada nada perli. Ketawa kecil, dia menunduk ke paras Mawar lalu tangan diletakkan ke atas kepala isterinya, menggosok perlahan di situ.

"Aku buat semua ni untuk kau dan bakal anak kita. Aku sanggup buat apa saja supaya aku tak kehilangan kau orang berdua. Now, be a good wife to me. Okay?"

Mawar sekadar mengangguk perlahan.

"Words Mawar. I want to hear your voice."

"Hmm yalah. Suka hati awaklah nak buat apa pun. Maleh aque." Mawar bergumam di akhir kata, dia belajar daripada Wechat, haha. Sekadar gurauan.

Engku Raid senyum dalam diam. Melihatkan bibir Mawar bergerak tanpa suara, dia tahu gadis itu pasti sedang memakinya dalam hati.

"Jangan cakap buruk tentang suami, tak baik."

Zzap!

Mawar rasa seperti ada batu besar terhempap atas kepala. Mata dikedip banyak kali lalu menunduk dengan bibir terjuih ke depan.

"Do you love me Mawar?"

Kali ini Mawar membulatkan mata. Berkali-kali dia terasa terhempap oleh beban berat. Soalan lipat maut itu sekali lagi disoal tetapi kali ini tuan punya badan yang menyoal.

Hah, nak jawab macam mana?

Melihatkan reaksi Mawar, Engku Raid menghembus nafas. Sejujurnya dia agak kecewa tetapi dia faham perasaan Mawar. Dia sedar banyak salahnya sebelum ini. Cuma andai saja Mawar tahu, jauh di lubuk hati dia turut sakit mendengar rintihan isterinya.

Tetapi bila emosi terlalu mengawal fikiran, dia jadi hilang kewarasan.

"It's okay, don't answer me now. Aku akan tunggu untuk kau akhirnya dapat ungkap kata-kata itu. I will make you love me with my own way. Slowly but surely."

Suara Engku Raid terngiang-ngiang seolah sedang berbisik. Dan tanpa sedar Mawar menunduk laju, menyembunyikan wajah yang mulai hangat.









Okay Mawar dah pregnant, taknak ucapkan tahniah ke? Haha.

Olvasás folytatása

You'll Also Like

824K 84.4K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
262K 17.2K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
468K 27.1K 69
✿ ׅ ࣪ ⊹ ۰ 2nd badboy series ♡ ۫ ୭ ❝ Sayang dan cinta jangan dipaksa. Ia akan datang sendiri tepat pada waktunya. ❞ 𝐄𝐫𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐫𝐥 - Tampan & sin...
2.2M 80.6K 77
‼️ADA BANYAK SHORTFORM DAN SAYA TAK SEMPAT UNTUK EDIT. MAAF ATAS KEKURANGAN SAYA‼️ Perjodohan antara dua sekawan telah mencetuskan pertengkaran mulut...