Saranghae, Mafia! | Kim Taehy...

Da yoshihoshiss

120K 8.9K 623

Gangster? Abang Long? Itulah gelaran yang diberi kepada Kim Taehyung. Hidupnya aman bagaikan nakhoda kapal se... Altro

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
EPILOG
THANK YOU! ❤
30 Dis ❤
S2 !!!!!!!!!!!

47

2.6K 156 32
Da yoshihoshiss

Jeongyeon POV

Dada aku berdegup dengan kencang. Tangan yang menggigil mulai mengeluarkan peluh sejuk. Hari ni merupakan hari perkahwinan ku. Dengan pilihan eomma. Sejujurnya, aku belum pernah nampak lagi siapa bakal suamiku. Tapi eomma kata dia baik.

Sebaik sahaja selesai didandan, aku ditinggalkan sendirian didalam bilik. Suasana sepi menyelubungi diri. Tiba-tiba sahaja pintu bilikku diketuk. Terpacul muka eomma disitu.

" Jeongyeon dah siap? " soal eomma. Aku mengangguk kecil dan menunduk. Rasa sebak sebenarnya. Tipulah kalau aku tak teringatkan Jimin. Dahlah dia di penjara cuma 10 tahun je. Macam mana kalau lepas dia keluar, dia bunuh aku ke? Ataupun serang aku? Okay, stop overthinking.

" Eomma sedih sebenarnya. " luah eomma. Aku mengangkat muka memandangnya. Lantas tangan eomma ditarik.

" Kenapa ni? Kan hari ni Jeong nak kahwin. Eomma kena happy. " pujukku. Senyuman manis diberikan. Eomma mulai menitiskan air mata.

" Lepas je appa meninggal, eomma ada kamu je. Tapi, bila kamu kecil, eomma hantar ke asrama. Lepas tu kamu belajar kat Universiti jauh. Ni kamu kahwin pula. Eomma sendiri yang jauhkan diri kamu dengan eomma. " Eomma menunduk dan menangis teresak. Tanganku naik mengusap bahunya. Kepalaku disandarkan pada bahunya.

" Jeong akan selalu lawat eomma. Janganlah risau. Nanti Jeong akan bawa suami Jeong lawat eomma bila Jeong tak on call. " aku memberi jaminan. Eomma tersenyum tawar.

" Jomlah kita ke dewan besar. " arah eomma. Segera mukaku muram semula. Kami akan ke dewan besar, tempat aku dikahwinkan.

Didalam kereta, aku hanya mendiamkan diri dan banyak termenung. Selepas beberapa minit, akhirnya kami tiba di dewan besar. Kakiku terasa lemah sekali. Dengan perlahan, aku mengikut eomma ke belakang dewan.

Fikiranku hanya ada Jimin sahaja kali ni. Hatiku dipagut sayu. Sedih apabila aku sendiri yang memungkiri janji.

" Hish apa awak ni? Rimaslah! " decit Jimin. Rambutnya disebak. Daripada tadi, Jeongyeon tak habis memeluk lengannya. Malu habis apabila diperhatikan.

" Alah awak kan saya punya. Salah ke saya nak peluk boyfriend sendiri? " Jeongyeon mencebik. Semakin ketat pelukannya pada lengan Jimin.

" Masalahnya kita kat kampus. Malulah! "

" Biarlah. Biar satu kampus tahu yang awak ni saya punya! "

Akhirnya pecah tangisanku. Sungguh aku rindukan Jimin. Kenapa Jimin mesti jadi orang Mingyu? Kenapa Jimin sendiri memilih untuk merosakkan masa depan mereka.

Tanganku dipaut oleh pakcikku, sebagai menggantikan mendiang appa yang telah pergi. Eomma disisiku hanya tersenyum manis. Aku nampak raut wajahnya yang seperti mahu menangis. Senyuman tawar diberikan lantas aku mengelap air matanya.

" Eomma jangan sedih macam ni. " pujukku. Eomma memandangku dengan sebal.

" Jadi isteri yang baik, okay? Jangan susahkan suami. " pesan eomma. Aku hanya mengangguk. Kemudian, pintu dewan besar dibuka.

     Serta-merta aku rasa darah mulai menyerbu muka. Takut, gemuruh dan sesak. Kesemua tetamu yang datang memerhatikanku. Aku hanya menunduk tanpa memandang hadapan. Yang sempat aku nampak, bakal suamiku sudah setia menunggu didepan paderi. Sebaik sahaja selamat tiba di hadapan paderi, rangkulan pakcikku dilepaskan. Aku berpusing menghadap paderi.

" Boleh kita mulakan? " soal paderi. Aku mengangguk. Paderi mulai membaca ayat pendahuluan dan pelbagai syarat lain untuk menjadi pasangan. Sehinggalah tiba ke acara kemuncak. Acara mengahwinkan kami.

" Baiklah. Park JinYoung, sudikah kamu menerima Yoo Jeongyeon sebagai isteri kamu? "

Kejap.

Park Jinyoung? Macam ku kenal nama ini. Dengan segera aku mengangkat muka memandang bakal suami disebelah. Jelas! Sudah terang lagi bersuluh! Disebelahku kini adalah Park JinYoung, doktor muda di hospital tempatku bekerja. Yang memberikan nasihat tentang cinta kepadaku.

" Saya sudi. " jawab Jinyoung. Kini, perhatian paderi beralih padaku.

" Yoo Jeongyeon, sudikah awak menerima Park Jinyoung sebagai suami kamu? "

Senyap.

Aku masih terkaku. Tiada respon yang diberikan. Mataku masih tidak lepas memandang Jinyoung.

" Ehem! " tegur paderi. Aku segera berpaling dan mengangguk.

" Saya sudi. " jawabku. Paderi tersenyum dan menutup kitab dipegangannnya.

" Anda boleh cium pasangan anda sekarang. " kata paderi. Lantas, aku tersentak. Jinyoung semakin menghampiriku lantas bahuku dipaut. Bibirnya menghampiri telingaku.

" Nanti saya terangkan kat bilik ya? Saya tahu awak pelik sangat sekarang. " bisik Jinyoung sebelum bibirku menjadi sasaran ciumannya. Pada mulanya aku tidak membalas kerana terkejut. Lama kelamaan, dengan perlahan aku juga turut membalas ciuman Jinyoung. Tanganku dirangkulkan pada lehernya.

Saya minta maaf, Jimin.

-------

Jongin mendukung Minjee lantas membawanya ke tanah perkuburan seseorang. Kubur Jeena.

" Hai adik. Hari ni abang bawa anak kau. " kata Jongin lantas mengusap batu nisan Jeena. Minjee yang sudah berusia 7 bulan memerhatikan keadaan dengan mata yang terkebil-kebil.

" Abang minta maaf sebab gagal jaga kau. Abang gagal halang tembakan tu. Dan nyawa kau melayang, dik. " Jongin menahan sebak. Air mata mulai memenuhi tubir mata.

" Tapi abang rasa ada hikmah semua ni berlaku. Ayah Minjee dah insaf, Jeena. Abang tengok Mingyu dah tak macam dulu. Dia teringin nak pegang Minjee, tapi dia masih dalam penjara lagi. "

" Abang akan jaga anak kau elok-elok, Jeena. Abang akan jadikan dia budak yang baik. Supaya nanti dia tak ikut perangai abang ataupun Mingyu. Kitorang ni sampah masyarakat. " Jongin mengalirkan air mata. Minjee yang seakan memahami keadaan telah pun melentokkan kepalanya di bahu Jongin.

" Abang harap kau tenang kat sana, dik. Abang akan selalu ingat kau. Abang pergi dulu, ya? Sarangheyo. " Jongin bangun dan menapak pergi meninggalkan tapak perkuburan. Hatinya menjadi sebak mengingatkan Jeena. Namun yang pergi tetap pergi.

-------

Hari ni? Memang aku tak malu. Sebab kini aku berdiri dihadapan rumah mama. Tujuan? Aku nak berjumpa si kembar dan Taehyung. Sejujurnya, aku rindu. Daripada luar aku dapat mendengar gelak tawa penghuni dalam rumah. Aih, hati sabarlah.

Ding dong!

Sebaik sahaja aku menekan loceng, terpacul muka mama. Riaknya jelas terkejut. Senyuman manis aku berikan.

" Eh Min! Bila sampai? " soal mama.

" Baru je. "

" Jomlah masuk. Taehyung dengan Hana pun ada. "

Hana? Oh shit, dia ada kat sini. Aku mengangguk dan mengikuti mama masuk kedalam rumah.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk kedalam rumah, aku segera mengaduh kesakitan. Mataku memandang lantai. Nice, aku terpijak lego. Kejap, lego siapa ni?

" Lah lego Jaehyun ni bersepah betullah! Kaki Min berdarah tu. Okay tak? " mama segera menghampiriku. Tak adalah teruk mana, tapi tetap berdarah.

" Tak apa. Sakit sikit je. " kataku. Mataku melilau kedalam rumah mencari si kembar.

" Minta maaflah Doktor Minyoung. Jaehyun ni main mainan memang bersepah sikit. " tegur Taehyung yang baru turun daripada tangga dengan memegang Jaehyun. Air mata mulai memenuhi tubir mata. Rindunya aku pada anakku!

" Tae tolong balutkan luka Min boleh? Berdarah ni. " pinta mama. Aku menunduk. Taehyung balutkan luka? God, aku nantikan saat ini.

" Tae suruh Hana buatkanlah. Dia kan doktor. Sayang! " dalih Taehyung lantas memanggil Hana. Hatiku pecah berderai. Sakitnya hati, Tuhan! Lagi sakit daripada luka dikaki.

" Ya? " Hana yang baru turun daripada tingkat atas memandangku dengan senyuman. Tapi di tangannya tiada HyoShin. Manalah anak dara mama ni?

" Mana Hyo, sayang? " soal Taehyung pada Hana.

" Dia tertidur kat atas lepas saya menyusukan dia. " kata Hana. Menyusukan? Apa maksud dia. Positif Minyoung, mungkin susu tepung!

" Kaki Doktor Min berdarah. Sayang tolong balutkan boleh? Saya nak tidurkan Jaehyun pula. " pinta Taehyung. Hana mengangguk dan menghampiriku bersama first aid kid. Dia segera duduk bersimpuh dihadapanku lantas kakiku dibelek.

" Huish luka kena lego. Maaflah, Jaehyun memang suka main lego lepas tu buang sesuka hati. " kata Hana. Dia tersenyum memandangku sedangkan hati aku semakin sayu. Rasa nak menangis pun ada.

Botol antiseptik dikeluarkan lantas disapukan di tapak kakiku. Mataku tak lepas memandang Hana. Dia memakai tshirt putih longgar dan seluar track biasa. Rambutnya disanggul tinggi. Gaya duduk rumah.

" Awak dah tak pergi hospital ke, Hana? " soalku. Hana memandangku dan menggeleng.

" Saya minta transfer Seoul. Jadi buat masa ni, saya cuti dulu. " balasnya.

" Baby HyoShin tu awak nyusukan pakai susu tepung jenama apa? " soalku. Kesihatan anakku perlu dititikberatkan. Manalah tahu, tak kena dengan seleranya.

" Taklah. Susu badan saya. "

Aku tergamam. Susu badan?

" How can? "

" I'm taking pills. " terdiam aku. Dengan perlahan, air mataku menitik namun segera diseka.

" Awak dah kahwin dengan Taehyung ke? " soalanku membuatkan pergerakan Hana terhenti.

" Errr.. belum lagi. "

" Tapi haritu dia cakap awak wife dia. " Senyuman mulai menghiasi bibirku. Taehyung tak berkahwin dengan Hana. Maksudnya, Taehyung masih sayangkan dia.

" Kalau saya cakap, Min jangan marah ya? " pinta Hana. Dadaku berdegup kencang lantas anggukan diberi.

" Taehyung kata nak kahwin dengan saya lepas dia ceraikan awak. "

Jantungku terasa berhenti mengepam darah. Tanganku terasa menggigil. Bibir mulai berubah pucat. Wajah Hana dipandang bagi meminta kepastian.

" Ke--kenapa? " aku terasa mataku mulai panas dengan air mata. Bahu Hana dipegang.

" Tak tahu. Awak kena tanya Tae sendiri. "

" KE SEBAB KAU SENDIRI YANG HASUT DIA?! " aku mulai menolak Hana. Sakitnya hati aku menyebabkan aku tidak berfikir waras dah. Rambut Hana aku tarik kuat. Perempuan ni perampas!!!

" Sakit Min. Sakit... " rintih Hana namun aku masih menarik rambutnya. Tanganku naik mahu menampar pipi Hana namun aku pula terasa pipiku panas. Sakit dan pijar.

Perbuatanku terhenti. Pipiku dipegang. Aku baru sahaja dilempang. Oleh Taehyung.

" SIAPA BERI KAU HAK SENTUH BAKAL ISTERI AKU?! " tengking Taehyung. Aku tergamam melihatnya sekarang. Dia merangkul tubuh Hana lantas mengelus lembut kepala Hana.

" Sakit kat mana? " tanya Taehyung. Lantas Hana hanya menunduk lemah. Dengan segera Taehyung mendukung Hana lalu membawanya ke bilik tingkat atas. Perlu ke buat semua ni depan aku? Perlu ke?

Aku menangis teresak-esak. Aku perasan mama memerhatikan aku daripada dapur, namun dia tidak mahu masuk campur. Beg tanganku dicapai lantas dengan terhincut, aku menapak keluar. Belum sempat aku menyarung kasut, rambutku ditarik kasar.

" KAU MEMANG PEREMPUAN TAK GUNA KAN? " Taehyung. Dia tarik rambut aku lantas menghumbanku ke laman tepi rumah. Badanku mulai sakit kerana dilempar sebegitu.

" Sakitlah Taehyung... " aku menangis lantas memegang tanganku yang berdarah. Terseret di tanah dan terkena batu. Sakit!

" Aku nak kau dengar betul-betul. Aku tak suka kau datang sini. Menyibuk kat sini macam perempuan murah! " tengking Taehyung. Aku mengetap bibir menahan sakit.

" Perempuan murah ni masih isteri awak, Kim Taehyung. "

" Isteri? Kalau kau isteri, kau takkan minta cerai. Kau takkan buat aku macam ni. Kau sendiri pilih untuk buang aku dengan anak-anak. "

" Saya tak pernah buang anak-anak! " jeritku. Rasa marah apabila dituduh begitu.

" Aku kata aku akan ambil kembar kalau penceraian kita tak jadi. And kau sendiri pilih tu! Kau yang benci aku, tapi kau sakitkan Hana sebab bersama aku! "

" Saya masih cintakan awak.. saya masih sukakan awak... " aku bersuara sayu. Pipiku mulai basah sehabisnya dengan air mata yang tidak berhenti.

" Kau tak tahu apa aku rasa! Hidup aku tunggang langgang untuk 7 bulan ni! Jaehyun asyik sakit! HyoShin tak boleh terima susu tepung. Dan Hana.. dia sanggup ambil pil untuk susukan HyoShin. Anak aku banyak kali kembung perut, muntah sebab tak dapat minum susu ibunya sendiri! " Ya Tuhan, kasihannya anak mama! Aku memegang dada yang terasa sesak. Air mataku mengalir macam air terjun sekarang.

" Sepanjang 7 bulan ni aku rasa Hana lah pengganti kau yang terbaik. Aku akan cuba buang rasa aku kat kau. " aku memandang wajah Taehyung. Lantas aku cuba bangun walaupun sakit. Aku menghampiri Taehyung yang mulai menangis juga. Tangannya aku pegang. Nasib baik tiada tolakan.

" Taehyung.. saya minta maaf. " namun Taehyung hanya menjeling. Aku mengeluh.

" Saya faham perasaan awak. Sekarang saya nak awak buat keputusan sendiri. " aku menarik nafas. Terasa berat nak dituturkan perkara ini.

" Awak pilih saya atau Hana? "

Continua a leggere

Ti piacerà anche

40.5K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
ghost teller | bts Da سه

Mistero / Thriller

62.8K 7.1K 19
[ one : √ ] Pabila tujuh 'gwishin' kacak berkumpul di meja bulat, apa yang akan diceritakan?
41.2K 4.9K 15
+ Kerjaya aku sebagai babysitter... Start : 161212 Complete : 170116 ©️ Jung Hoseok's Fanfiction
4K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...