Unforgotten Soul.

By siriussea

29.8K 4.2K 2.6K

© 2019 Kehilangan isteri dan anak yang dikasihi memberi impak yang besar di dalam hidupnya. Tanpa dia sedari... More

•⊰ Beginning ⊱•
•⊰ Prologue ⊱•
•⊰ 1 ⊱•
•⊰ 2 ⊱•
•⊰ 3 ⊱•
•⊰ 4 ⊱•
•⊰ 5 ⊱•
•⊰ 6 ⊱•
•⊰ 7 ⊱•
•⊰ 8 ⊱•
•⊰ 9 ⊱•
•⊰ 10 ⊱•
•⊰ 11 ⊱•
•⊰ 12 ⊱•
•⊰ 13 ⊱•
•⊰ 14 ⊱•
•⊰ 15 ⊱•
•⊰ 16 ⊱•
•⊰ 17 ⊱•
•⊰ 18 ⊱•
•⊰ 19 ⊱•
•⊰ 20 ⊱•
•⊰ 21 ⊱•
•⊰ 22 ⊱•
•⊰ 23 ⊱•
•⊰ 24 ⊱•
•⊰ 25 ⊱•
•⊰ 26 ⊱•
•⊰ 27 ⊱•
•⊰ 28 ⊱•
•⊰ 29 ⊱•
•⊰ 30 ⊱•
•⊰ 31 ⊱•
•⊰ 32 ⊱•
•⊰ 33 ⊱•
•⊰ 34 ⊱•
•⊰ 35 ⊱•
•⊰ 36 ⊱•
•⊰ 37 ⊱•
•⊰ 38 ⊱•
•⊰ 39 ⊱•
•⊰ 40 ⊱•
•⊰ Trailer ⊱•
•⊰ 42 ⊱•
•⊰ 43 ⊱•
•⊰ Epilogue ⊱•

•⊰ 41 ⊱•

602 68 129
By siriussea

Episode 41

A/N

Disarankan untuk membaca dengan hati yang tenang ❤️Ingat bahawa fanfiction ini tiada kaitan dengan benda hidup dan mati🐥

Pasang lagu
I need U by BTS (piano cover)♪

Enjoy reading!🐼

-----❤️-----

"Suga..."

Tangan Suga digenggam erat.Air matanya sudah mencurah curah akibat tidak sampai hati melihat Suga dalam keadaan koma seperti ini.

Sudahlah muka putih bagaikan mayat hidup,kini muka Suga pucat dan sejuk.Terlampau putih pula Suga ketika sakit.Hati mana yang tidak resah?

Setiap satu memori indah bersama Suga terbayang bayang di mindanya.Paling tidak dapat dilupakan,ketika mereka sama sama mengungkapkan rasa kasih di taman bunga hari itu.

Bersaksikan bintang,bulan,bunga serta dua ekor angsa cinta di taman itu,mereka membuktikan cinta masing masing.Belaian lembut Suga sewaktu kissing masih terasa segar di bibir Jiyeon.

"Awak...bila awak nak bangun?Temani saya?Saya...saya keseorangan."

Jiyeon mulai tersedu sedu.Hatinya sakit sangat.Mengapa hidupnya ditakdirkan begini?Dikhianati semasa cinta pertama.Kini,diduga pula semasa cinta kedua.

Tidak layakkah dia bercinta?Bilalah dia mahu bahagia seperti insan lainnya.Sungguh dia kecewa.

Tit...tit...tit...

Bunyi mesin degupan jantung di bahagian sisi Suga sahaja yang menghiasi kesedihan Jiyeon.Gadis itu buntu,tidak tahu apa ingin dilakukan sekiranya tiada Suga di sisinya.

"Tuhan,bantulah hamba-Mu ini.Sesungguhnya aku tidak mampu lagi menanggung segala derita yang Engkau turunkan.Berilah sedikit masa untuk aku bahagia."

Semakin diseka air mata,semakin mengalir air matanya tanpa henti.Perlahan lahan,jam ditilik di tangan.

12:30 tengah hari.

Sebuah buku kecil dikeluarkan dari begnya.Diambil satu pen sebelum pen tersebut mencoretkan sesuatu di dalam isi buku itu.

30 Dec 2019

Penantianku tiada penghujungnya,Suga.Sudah seminggu berlalu.Saya akan tetap setia menunggu awak.

Sekiranya awak mahu pergi ke Syurga,jangan lupa bawa saya.Awak dah janji,awak mahu bawa cinta kita hingga syurga.

Saya tunggu.

Semoga cepat sembuh,my lovely oppa.💜

Jiyeon

Air mata jatuh setitik di buku itu.Pantas dia menyeka air matanya sebelum buku itu ditutup dan diletakkan kemas di meja bersebelahan katil wad Suga.

Buku itu umpama diari hubungan antaranya dengan lelaki itu.Setiap kali dia melawat Suga,dia akan mencoret sesuatu di buku itu.

Dia berharap,setiap tulisan yang tulus dari hati didalam diari itu,akan sampai di mimpi Suga.

Semoga begitu.

-----❤️-----

Angin sepoi sepoi bahasa menerbangkan rambut Suga.Kini,dia ada di satu taman dan sedang duduk berlunjur kaki diatas rumput.

Sedang khusyuk dia memandang awan biru di langit,tiba tiba ada sesuatu mencuri pandangan matanya.

Sebuah awan yang berbentuk hati.Di awan itu,ada sesuatu yang tertulis.Mata Suga memandang lama tulisan di awan itu.

Tulisan itu,tulisan yang berada di dalam diari tadi.Tulisan tulus dari hati yang ditulis Jiyeon semasa melawat dirinya.

Hatinya terasa sebak.Dia juga tidak tahu,bila dia dapat keluar dari alam mimpi ini.Bak kata lain,bangun dari koma.

Dia ingin berjumpa Jiyeon.Dia rindukan ciuman gadis itu.Dia rindukan pelukan hangat gadis itu.Dia rindukan suara manja gadis itu ketika memuji dirinya 'comel'.

Dalam menangis,terukir senyuman di bibir lelaki itu.

"Tunggu saya, Jiyeon."

Buat serta merta,awam mendung mulai muncul di alam mimpi Suga.

Tit.........tit......

Bunyi degupan jantung Suga semakin lama semakin perlahan.Dapat dilihat,ada air mata mengalir perlahan dari hujung tubir mata lelaki itu.

"Ji-yeon."Panggil Suga perlahan.

-----❤️-----

30 Dec 2019
6:00 pm

"Suga."

Jiyeon menyapa Suga dengan lembut.Dia duduk di kerusi pelawat bersebelahan Suga sebelum diraihnya tangan pucat milik lelaki itu.

"Awak...saya dah datang ni.Tak nak sambut ke?"Tanya Jiyeon.Suara yang semakin serak cuba ditahan.

"Awak tak rindu saya?"

Suga tidak bereaksi apa apa.Tangan Suga juga lembik.Air mata sudah menitis di mata gadis itu.

"Awak...cakaplah sesuatu."

Dada Suga ditumbuk perlahan.Dia sudah tidak kuat.Dia rindukan sangat lelaki itu.Kalaulah dia mati bersama Suga,dia sanggup.

Sampai hati Suga tidak membawa dirinya sekali.

Sampai hati Suga meninggalkan dirinya.

"Suga...."

Perlahan lahan,Jiyeon mengucup lembur bibir Suga.Sejuk,sangat sejuk.Dikucup lama bibir itu sebelum dia duduk kembali.

Tangan lembik Suga digenggam erat sebelum ditekup di wajahnya.Air matanya menderas gugur.

Tit........

Tit........

Jiyeon bagaikan tersedar sesuatu.Mesin degupan jantung Suga,amat perlahan.Menganga mulut Jiyeon memandang Suga.

"Su-Suga?Hah..."

Dada gadis itu berombak laju.Wajah Suga yang pucat itu dipandang.Tolonglah,dugaan apa lagi yang menimpa dirinya kini?

"Suga!Awak...awak jangan main main!Sa-saya marah ni!Sa-saya tak suka!"

Tit......

Tit......

Gadis itu buntu.Dia tidak tahu untuk berbuat apa.Yang dia tahu,dia tidak mahu kehilangan Suga!Dia mahu mati juga,dia mahu ikut Suga.

Dia tidak mahu keseorangan.Dia penat.

"Suga...bangun!Awak kena bangun!"

"Awak...cikgu datang awak!Cikgu datang!Cepat bangun nanti cikgu marah!"

"Awak!Saya diculik!Awak bangun!"

"Ha tengok,saya gunting patung kumamon awak nanti kalau awak tak bangun!"

"Suga!"

"Suga..."

"Suga...awak jahat..."

Jiyeon memeluk erat tubuh Suga.Dia tidak mahu kehilangannya.Mengapa ini semua terjadi?Mengapa?!

Tit....

Tit....

Tit----

"H-hah?"

Wajah Suga semakin pucat.Mesin degupan jantung Suga sudah menunjukkan satu line sahaja.Membulat mata Jiyeon.

Tak.

Tak mungkin.

Tak mungkin!

"Suga!"Meraung Jiyeon bagaikan orang gila.Matanya sudah bengkak akibat mengeluarkan air mata yang banyak.

Cahaya senja mulai menjelang dan menerangi wad lelaki itu.Mendengarkan suara Jiyeon yang menjerit tiba tiba,membuatkan beberapa polis masuk.

"Cik,bawa bertenang.Masa melawat sudah tamat."

"Tak!Taknak!Jangan pisahkan saya dengan Suga!"

Dua pegawai polis itu segera menahan Jiyeon.Polis?Ya polis.Jiyeon ditahan atas kesalahan membunuh Kim So Hyun,artis Korea tersebut.

Sudah seminggu lebih sebenarnya Jiyeon menjadi banduan.Jadi,setiap hari dua pegawai polis akan datang menemani dirinya melawat Suga.

"Saya tak mahu balik!"

Namjoon,salah seorang polis yang menemani Jiyeon ketika itu hanya mampu menekup muka akibat tidak mampu melihat kematian Suga.

"Bawa Jiyeon pergi.Cepat."

"Taknak!!Suga!!"

Menjerit sampai hilang suara macam mana sekalipun Jiyeon,tiada siapa yang sudi membantunya.Undang undang tetap undang undang.

Dirinya kini hanya banduan,bukan anak hartawan seperti dahulu.

"Suga...sampai hati kau."

Ujar Namjoon kecewa.Tidak sangka pengakhiran cinta kawannya dengan Jiyeon menjadi begini.

Tidak diduga sama sekali bahawa Suga akan meninggalkannya dalam keadaan sebegini.

Akhirnya,matahari yang tenggelam pada petang itu menjadi saksi.

Tiada cinta yang mampu menggembirakan sepanjang masa jika tidak terselit derita.

-TAMAT-



































-Sekian,Terima Kasih-

If mahukan sambungan,spam comments okay?Support korang amat kita hargai❤❤

Continue Reading

You'll Also Like

43.8M 1.3M 37
"You are mine," He murmured across my skin. He inhaled my scent deeply and kissed the mark he gave me. I shuddered as he lightly nipped it. "Danny, y...
4.8M 255K 34
Those who were taken... They never came back, dragged beneath the waves never to return. Their haunting screams were a symbol of their horrific death...
588K 9K 87
A text story set place in the golden trio era! You are the it girl of Slytherin, the glue holding your deranged friend group together, the girl no...
646K 32.5K 60
A Story of a cute naughty prince who called himself Mr Taetae got Married to a Handsome yet Cold King Jeon Jungkook. The Union of Two totally differe...