Saranghae, Mafia! | Kim Taehy...

By yoshihoshiss

121K 8.9K 623

Gangster? Abang Long? Itulah gelaran yang diberi kepada Kim Taehyung. Hidupnya aman bagaikan nakhoda kapal se... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
45
46
47
EPILOG
THANK YOU! ❤
30 Dis ❤
S2 !!!!!!!!!!!

44

2K 163 3
By yoshihoshiss

" Mama percaya cakap dorang? " cebikku. Mama dah semakin sihat dan hubungannya denganku semakin baik. Kini, tiada lagi kes gaduh mertua dan menantu. Tapi, mengejutkan apabila mama menyebelahi Taehyung.

" Of courselah mama percaya cakap anak mama. " senyum mama. Kami dah sebulan tinggalkan hospital. Dan sebulan jugalah Taehyung tak menjenguk kami.

" Dia tinggalkan Min selama 9 bulan ni. Apa alasan dia? Luaskan empayar gangster dia tu? " perliku. Mama menggeleng.

" Sejak bila menantu mama jadi macam ni? Setahu mama, Minyoung ni baik tau. Tak cakap buruk pasal orang. Lagi-lagi suami sendiri. " tegur mama. Aku masih cemberut.

" Min sakit hati sangat. Dia yang ganggu keluarga Min sejak dulu. Dia tinggalkan Min masa Min cintakan dia sangat. Dia biarkan Min kena tembak. Min tak boleh, ma. Min dah minta cerai pun. " mama membulatkan mata. Dia menepuk pehaku, kuat.

" Cerai?! Kenapa dengan Min ni? Dah tak sayang Taehyung? " mama mendengus. Aku masih bersikap tidak endah. Wajah si kembar yang sedang tidur dielus lembut.

Aku dapat kembar lelaki dan perempuan. Sepasang! Nama pun aku pilih sendiri tanpa persetujuan Taehyung. Lantaklah, aku tak perlukan lelaki tu lagi. Yang lahir dulu si abang, Kim Jaehyun. Dan adik perempuannya aku pilih Kim Hyo Shin. Semuanya aku buat sendiri. Pendaftaran, cap jari. Tanpa Taehyung.

" Perbicaraan lusa. Min nak mama jagakan Jaehyun dengan Hyo boleh? Mungkin Min balik lambat sikit. " pesanku tanpa pedulikan muka mama yang dah nak marah.

" Taehyung setuju tak nak cerai ni? " tanya mama. Aku menggeleng.

" Dia kata dia nak fight. Kalau Min tak dapat cerai, dia nak bawa lari Jae dengan Hyo. Min akan pastikan Min menang. " kataku, keras. Mama nampak kecewa.

" Mama minta maaf. "

" Kenapa ni, ma? " soalku apabila mendapati mama menangis. Air matanya ku lap.

" Kalau lah dulu mama layan Min dengan baik. Kalaulah mama tak ego dulu. Mesti Tae dengan Min tak bercerai. " kesal mama. Bahu mama aku elus lembut.

" Ma, bercerai ni pilihan Min. Bukan salah mama. Jangan risau, lepas cerai pun Min tetap datang lawat mama. " kataku dengan senyuman. Mama tersenyum.

Ding! Dong!

Loceng rumah mama ditekan. Dengan segera mama bangun lantas melihat siapa yang datang. Aku menjeling. Aku dapat mengagak yang kemungkinan Taehyung yang datang. Ah dia nak apa lagi?

" Hai Minyoung. " tegur satu suara. Aku mengangkat muka. Bukan Taehyung, tapi...

" Hana duduklah dulu. Mama buatkan air. " pinta mama lantas ke dapur. Aku mendengus kuat. Mukaku dah berubah masam.

" Macam mana mama aku boleh kasik kau masuk? Dulu kan kau sendiri yang tolak dia jatuh tangga. Tak malu tayang muka? " perli ku dengan pedas. Hana menunduk. Senyuman tawar diberikan.

" Min, Hana datang ni nak cakap something. " Hana duduk disebelahku namun dengan pantas aku menjarakkan diri.

" Comelnya kembar! Yang lelaki muka macam awak. Yang perempuan muka macam Taehyung. " puji Hana. Tangannya naik mengelus badan kembar. Aku mencebik.

" Jangan sentuh anak aku dengan tangan kotor kau tu. " marahku. Hana tersentak lantas menarik kembali tangannya.

" Jemput minum Hana. " mama kembali dengan secawan air dan sepiring biskut.

" Terima kasih aunty. Buat susah je. " mama hanya tersenyum. Aku pula yang rimas. Mama ni tak marah ke? Dahlah Hana ni tolak dia jatuh tangga sampai lumpuh! Nasiblah doktor kata mama mengalami kelumpuhan saraf jangka masa pendek. Kini, mama boleh berjalan walaupun agak lambat.

" Kau nak apa datang sini? " tanyaku keras. Mama tersentak. Wajahku dipandang.

" Min, hormat tetamu. " tegur mama. Aku hanya mencebik.

" Saya nak cakap pasal Taehyung. "

" Apa lagi kau nak cakap?! Kau nak Taehyung? Ambillah! Aku dah nak bercerai dengan dia pun. Kau boleh ambil dia. " tengkingku. Kembar terperanjat dan bangun daripada tidur. Menangis mereka berdua. Aku mencerlung tajam kearah Hana.

" Kau tengok apa kau dah buat?! Anak aku nak tidur, bukannya layan kau! " aku mengendong si kembar lantas berlalu ke bilik. Kakiku dihentak kuat tanda marah. Mama menggeleng melihat perangaiku. Aku dah puas disakiti. Biarlah!

-------

Jeongyeon termenung. Tiba-tiba, bahunya ditepuk kuat daripada belakang.

" Eh doc, terperanjat saya! " Jeongyeon mengurut dada. Wajah Doktor Jinyoung dipandang. Tergelak doktor lelaki itu.

" Berangan apa Jeong? Daripada tadi mengeluh je. " tanya Doc Jinyoung. Dia menarik kerusi lantas duduk dihadapan Jeongyeon.

" Tak ada apalah. Fikirkan family je. " sengih Jeongyeon. Family? Tipulah! Sebenarnya Jeongyeon tengah fikirkan keadaan Jimin. Selepas menyerahkan Jimin kepada polis, Jeongyeon banyak menangis. Dia sedih melihat Jimin.

" Kenapa dengan family awak? " tanya Jinyoung, prihatin. Jeongyeon hanya menggeleng.

" Tak ada apalah, doc. "

" Share jelah. Saya boleh dengar. " pujuk Jinyoung. Jeongyeon menghembuskan nafas berat.

" Eomma saya nak jodohkan saya dengan orang yang saya tak kenal. " balas Jeongyeon. Jinyoung tergelak.

" Lah apa masalahnya? "

" Masalahnya saya tak kenal orang tu. Macam mana nak kahwin? "

" Kahwin jelah! Bercinta lepas kahwin indah apa? " sengih Jinyoung. Namun, Jeongyeon hanya mencebik.

" Saya tak nak. "

" Sebab awak dah ada pilihan sendiri? " tebak Jinyoung. Jeongyeon hanya mengangguk kecil.

" Saya nasihatkan, kalau dia sayang awak, dia akan kahwin dengan awak. Daripada menanti seseorang yang tak pasti, baik awak terima apa depan mata. " nasihat Jinyoung.

Jeongyeon memandang doktor yang berusia 26 tahun itu. Senyuman tawar diberikan.

" Kenapalah bukan doktor ni suami saya? " terluncur daripada mulut Jeongyeon. Segera gadis itu menepuk mulutnya. Kenapa gatal sangat ni?!

" Eh boleh je! Nanti saya pergi rumah eomma awak. " seloroh Jinyoung. Jeongyeon hanya menjeling.

" Haish doktor ni. Saya dahlah tengah runsing ni. Boleh pula berlawak. " cebik Jeongyeon. Jinyoung memandang wajah gadis dihadapannya.

" Percayalah. Pilihan ibu bapa yang terbaik. " kata Jinyoung sebelum menapak pergi. Jeongyeon mengeluh halus.

-------

" Kim Mingyu, ada pelawat! " jerit seorang polis. Mingyu mengangkat mukanya. Dah sebulan dia kat penjara ni. Menjalani hukuman penjara untuk 10 tahun. Diatas pelbagai kesalahan.

" Siapa encik? " tanya Mingyu. Dia mulai berubah sedikit demi sedikit. Tidak berkasar seperti dahulu. Dan lebih banyak tersenyum. Sesekali dia menangis mengingati perbuatannya pada Jeena. Namun, yang pergi tetap pergi.

Sebaik sahaja tiba di sel pelawat, matanya terbuntang luas. Sungguh dia tidak sangka. Air matanya menitis lagi. Pelawatnya ialah Jongin dan anaknya Minjee. Telefon diambil lantas dilekapkan ke telinga.

" Hai Jongin. " kata Mingyu dengan tangisan. Jongin tersenyum tawar.

" Hai boss. "

" Aku bukan boss kau lagi. "

" Saya tetap anggap boss ni boss saya. Hehe. Ni anak boss. Dia dah sebulan. " kata Jongin lantas menunjukkan Minjee kepada Mingyu melalui cermin. Air mata Mingyu mengalir lebih deras.

" Anak papa semakin sihat. " kata Mingyu. Dia memegang cermin. Matanya tak lepas memandang wajah anaknya yang nencecah sebulan itu. Masih nyenyak tidur.

" Aku minta maaf, Jongin. Aku minta maaf. " kata Mingyu. Dia menunduk. Malu dengan perbuatannya.

" Aku dah redha, boss. Jeena dah pergi, tapi dia tinggalkan Minjee untuk aku. Ini pun dah okay. Macam jaga Jeena masa kecik. " gelak Jongin. Mingyu hanya tersenyum tawar.

" Jaga anak aku baik-baik tau. Lagi 10 tahun, aku keluar penjara ni, aku pula jaga Minjee. " Mingyu tersengih. Jongin mengangguk.

" Betul tu! Time tu, aku pula nak relax. Nak kahwin, hehehe. Umur aku makin tua ni. "

" Taehyung macam mana? " soal Mingyu. Jongin hanya mengeluh.

" Wife dia... nak cerai. "

" Semua ni salah aku kan? "

" Taklah boss. Aku tahu Taehyung boleh pulihkan hubungan dia. "

" Kirim salam dia. " Jongin mengangguk.

" Baik boss. "

Continue Reading

You'll Also Like

189K 12.9K 83
" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " Aireen pelik . Pick up line si Kahar tak...
21.6K 2K 56
Baru sahaja gadis bernama Choi Yuju pindah ke sekolah baru, dia sudah di ganggu oleh seorang lelaki nakal . Dia adalah Jeon Jungkook , lelaki itu ju...
478K 24.1K 38
Highest ranking: #5 in fanfiction -tak berapa byuntae. kisah tentang hara seorang yeoja byuntae dan pasangannya jeon jungkook. Seorang artis terkena...
351K 22K 71
Dia, gadis naif dan bermulut murai berumur 17 tahun mampu membuatkan seorang mafia yang dingin dan ego itu menjadi seseorang yang lain. Gadis yang pa...