JUSTICE : Projek 046

By BananaAdelyn_

7.2K 1.1K 1.5K

Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay āœØ Disclaimer: Cerita ini... More

āœØ Gallery & Achievement āœØ
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Epilog

Bab 16

264 49 58
By BananaAdelyn_

ADIRA, Ermina dan Arash terduduk lemah dengan nafas yang tercungap-cungap. Farhan mengesat darah yang mengalir daripada bibirnya yang pecah.

"Tiga orang pun takkan masih tak boleh lawan aku seorang?" soal Farhan sinis.

"Diamlah kau!" Adira cuba untuk bangkit namun jatuh terduduk semula. Kakinya seolah-olah tidak mengizinkan dia untuk berlawan lagi. Sistem badannya sudah berpaling tadah dengan semangatnya yang masih tak mahu mengalah.

Farhan hanya menggeleng kepala. Dia pantas mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. "Kamu semua kenal apa bendanya ni?"

"Teranium? Macam mana kau boleh dapat Projek 046 tu?" tanya Ermina terkejut.

Terbeliak mata mereka bertiga melihat Teranium yang berada dalam genggaman Farhan. Mustahil untuk kristal ungu itu jatuh ke tangan lelaki itu.

"Masa kau sibuk lawan tentera aku, aku lebih bijak dengan menyamar sebagai ejen JUSTICE yang ditugaskan untuk melindungi Teranium. Aku tipu data kata Teranium sudah dipindahkan tapi hakikatnya, Projek 046 ada dalam tangan aku. Sudah jawabkah persoalan kau orang semua?" Farhan menghalakan Teranium itu ke arah Adira dan Ermina. Matanya sepet tika dia memandang wajah dua orang gadis itu.

"Apa... Argh!"

Satu arus bercahaya ungu dihasilkan daripada Teranium lalu merenjat tubuh mereka dengan voltan yang tinggi. Mereka berdua menggelumpur di tanah. Anak mata terangkat ke atas menahan perit direnjat. Tubuh mereka terasa kebas. Organ mereka bagai sedang terbakar.

"Jangan!" Arash berlari untuk menyelamatkan mereka berdua namun Farhan sempat menangkap Arash.

"Sebab kau, adik aku mati tahu tak?" Farhan menolak tubuh Arash jatuh ke tanah. Kakinya menahan perut Arash supaya lelaki itu tidak boleh bangkit semula.

"Kau yang tembak dia!" lawan Arash.

"Tapi kalau bukan sebab kau, dia takkan mati! Ini semua salah kau dan bukan salah aku!" jerkah Farhan bengis. Rambutnya yang kusut-masai itu dikusut lagi seperti orang gila.

"Aku nak kau terseksa Arash. Sebab kau Ri dan papa mati!" Teranium itu berhenti mengeluarkan arus kepada Adira dan Ermina.

Kemudian, Teranium itu dihalakan ke wajah Arash. "Agaknya apa yang akan jadi kalau aku renjat elektrik kat muka kau? Agak-agaknya, otak kau akan terbakar atau tidak?"

"Hoi, jangan kacau abang aku lah!" jerkah satu suara. Jelas kedengaran bunyi tapak kaki laju berlari ke arah Farhan daripada belakang.

Armel yang baru tiba di tempat kejadian, menendang perut Farhan sekuat hati.

Haura yang turut muncul dari arah hadapan mengambil peluang untuk merampas Teranium yang terlepas daripada tangan Farhan.

Armel mengeluarkan pistol G18 namun Farhan lebih pantas merampasnya daripada genggaman Armel. Armel cuba untuk merampasnya semula tetapi Farhan cekap mengelak ke belakang gadis itu. Dengan pantas, leher Armel dihentak kuat.

Armel jatuh ke tanah, tidak sedarkan diri. Wajah Farhan berseri-seri melihat pistol yang berjaya dirampas ada dalam genggamannya.

Namun, seri wajahnya hilang apabila melihat Teranium jatuh ke tangan Haura.

"Haura... bagi aku Projek 046 tu," ujar Farhan dengan nada yang tegas.

"Takkan." Haura berlari untuk meninggalkan tempat itu namun Farhan pantas melepaskan tembakan di kedua-dua betis Haura menyebabkan dia terjatuh. Haura cuba untuk bangun semula tetapi gagal. Kakinya terlalu sakit untuk bangun semula.

"Mengacau saja kau orang nilah!" bentak Farhan geram. Dia memegang pipi yang terasa pedih ditumbuk oleh Armel sebentar tadi.

"Di mana aku tadi?" Farhan memandang Arash semula namun Arash sudah hilang daripada pandangan.

"Mana... Argh!"

"Jangan harap aku akan benarkan kau bunuh aku, bunuh adik aku atau bunuh kawan-kawan aku." Arash melilit leher Farhan dengan lengannya daripada belakang. Farhan meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri.

"Kau... tak... akan... menang." Farhan menolak badannya jatuh ke tanah menghempap tubuh Arash. Lilitan tangan Arash terlepas daripada lehernya.

"Apahal kau orang susah sangat mahu mampus?" bentak Farhan geram seraya bangkit. Belum sempat Farhan menghentakkan kakinya ke abdomen Arash, Arash bergolek untuk mengelak. Dia juga kembali berdiri menatap bengis wajah Farhan.

Dia sudah penat jadi lemah. Dia sudah tidak kisah andai badannya mahu berputus asa kerana terlalu perit menanggung sakit. Itu bukan masalahnya. Akal yang bijak, mampu mengawal tubuh badannya untuk membuat kebaikan. Detik ini, akal seorang Arash sedang memberi dorongan untuk terus berlawan mengalahkan musuh.

Nak tak nak, badannya harus akur.

"Semuanya akan berakhir hari ni! Kau syaitan yang bertopengkan manusia!" jerkah Arash lantang. Anak matanya merah menjegil wajah Farhan yang sedang tersenyum seolah-olah dia sedang menyindirnya.

Darah yang mengalir daripada bibir yang pecah tidak diendahkan. Tangannya mengumpal erat penumbuk dan berada dalam posisi bersedia. Pistol G18 dalam genggaman Farhan dijeling sekilas.

"Kau fikir kau hebat sangat ke hah?" teriak Farhan seraya menghayunkan tendangan melingkar. Badan Farhan berpusing 360 darjah dengan kaki laju meluru ke arah wajah Arash.

Dengan pantas, Arash menunduk bagi mengelak serangan mengejut itu. Buat seketika, dia lupa cara untuk bernafas. Jantungnya mengepam darah dengan laju. Kadar pernafasannya mula menjadi tidak teratur.

'Janganlah penat menguasai diri waktu-waktu tegang begini. Ini bukan masa untuk penat wahai badan,' getus hati Arash.

Farhan meluru pantas ke arah Arash yang sedang bertarung dengan rasa sesak dalam dada. "Kenapa Kapten Arash? Kau dah penat. Aku baru nak mula la!"

Tidak semena-mena badan Arash melayang tinggi di udara sebelum jatuh tersembam pada tanah.

"Argh!" Darah tersembur keluar daripada mulut. Arash mengerang sakit dan cuba untuk bangun semula namun, Farhan lebih pantas menyentak salur pernafasannya.

"Aku akan pastikan malaikat maut datang jemput kau hari ni juga." Farhan mengulum senyum sinis melihat Arash sedang meronta-ronta minta dilepaskan.

Wajah polos Arash ditenung lama. Dia sudah tidak sabar mahu merodok nyawa lelaki itu. Dendam kesumat yang tersalut dalam dada kini kian marak membara.

Wajah Arash membiru. Kerongkong terasa sempit, tidak membenarkan udara lalu. Dadanya semakin sesak dan sakit. Pandangannya mula berbalam-balam.

"Lepaskan dia la abang kandung tak guna!" Adira pantas memusingkan badannya 360 darjah seraya kaki kanan diangkat tinggi hampir ke paras kepala. Belum sempat Farhan membuka langkah untuk mengelak, tendangan jejak Adira mendarat dan menyentak kuat pipi lelaki itu.

Tidak cukup dengan itu, Adira pantas memusingkan badannya 360 darjah sekali lagi untuk serangan kedua. Dia takkan berikan peluang kepada Farhan untuk mengangkat satu jari mahupun cuba untuk melawan balik.

Kali ini, Adira menumpukan berat badannya pada kaki kiri lalu melonjak ke atas untuk memberikan kuasa maksimum pada kaki kanan. Dengan segala kuadrat yang ada, dia menghayun laju kaki kanan di udara. Tendangan jejak sekali lagi mendarat tepat pada pipi Farhan tanpa sempat dia mengelak.

Farhan tersentak beberapa tapak ke belakang. Genggaman pistol dalam tangannya diperketatkan. Adira meluru laju ke arah Farhan sambil mengenggam penumbuk. Farhan tangkas melompat ke tepi untuk mengelak hayunan penumbuk. Dengan pantas, dia menyambar tubuh Adira.

Mereka berdua bergelut di tanah dengan masing-masing cuba merampas pistol. Hampir-hampir Adira berjaya meraih pistol itu, Farhan menumbuk wajah Adira kuat menyebabkan Adira terpaksa melepaskan pistol G18 tersebut.

"Mati saja la kau ni kenapa liat sangat?" Farhan menekan picu pistol tepat ke dahi Adira namun, Adira tangkas menendang lengan lelaki itu menyebabkan tembakan tersasar ke bahunya.

"Argh!" Adira mengerang kesakitan. Dia mengerut dahi menahan sakit. Darah membuak-buak keluar daripada bahunya menitik ke tanah.

"Hoi Farhan!" jerkah Haura lantang daripada belakang. Dia yang dari tadi memegang Teranium itu akhirnya mengetahui cara untuk mengeluarkan arus elektrik daripada kristal ungu itu. Dia menghalakan Teranium ke arah Farhan dengan senyum sinis terukir lebar pada wajahnya.

"Teranium... keluarkanlah kuasamu!" jerit Haura dengan penuh saktinya. Satu arus bercahaya ungu dihasilkan daripada Teranium lalu merenjat tubuh Arash yang baru saja bangkit daripada baringnya.

"Alamak tersalah aim! Kapten!" jerit Haura cemas. Cepat-cepat dia mematikan kuasa Teranium itu.

Arash jatuh melutut. Badannya mengeluarkan asap akibat renjatan daripada voltan tinggi Teranium. Kepalanya seolah-olah berada di awang-awangan. Semuanya kabur. Sistem badannya sudah mula untuk shut down.

Farhan ternampak peluang lantas dia menyeringai.

"Kau akan mati Arash!" Tanpa menunggu lagi, tembakan bertubi-tubi dilepaskan ke Arash.

Bang! Bang! Bang!

Arash memejamkan mata. Badannya sudah tidak mampu untuk bergerak. Biarlah dia pergi hari ini. Dia sudah tidak tahan dengan semua sakit yang sedang dilalui. Badannya mula terhuyung-hayang. Air mata mengalir deras daripada tubir mata menunggu ajal menjemputnya.

Tatkala badannya laju menjunam menyentuh tanah, ada tangan yang menahannya daripada jatuh. Mata Arash masih terpejam tika dia menerima kehangatan tubuh seseorang mendakap tubuhnya seolah-olah tidak membenarkan dia meninggalkan dunia lagi.

Boom!

Satu letupan kuat menyebabkan gegeran kuat dirasai oleh mereka yang berada berhampiran pangkalan JUSTICE Malaysia. Serpihan bangunan mula terpelanting ke udara.

Farhan berhenti melepaskan tembakan apabila langit mula gelap seperti hari sudah malam. Dia mendongak memandang ke atas.

"Oh sh..." Serpihan besar bangunan itu menghempap Farhan sehingga tidak bernyawa tanpa sempat dia mengelak. Darahnya memercik ke serata tempat.

Haura yang melihat kejadian itu secara langsung terasa ngilu dan ngeri. Badannya menggigil kesejukan. Terketar-ketar tangannya menyentuh pipinya.

"Siapa?" Arash membuka perlahan-lahan kelopak mata apabila dia sudah pasti yang jantungnya masih berdegup. Ada seseorang yang sedang erat memeluknya. Arash melihat tapak tangannya penuh dengan darah. Namun, darah itu bukan miliknya tetapi milik seseorang yang sedang memeluknya.

Arash segera meleraikan pelukan. Terbuntang mata saat iris mata mereka bertemu.

"No... No... No..."

"A... Arash," tuturnya perlahan. Nafasnya semakin lama semakin pendek. Dadanya terasa sesak apabila dia bernafas dengan peluru yang masih ada di dalam dada. Trakea terasa sempit dengan lubang di belakang tengkuk yang mengalirkan banyak darah keluar akibat terkena tembakan.

Arash sempat menyambut Adira daripada jatuh ke tanah. Kepala gadis itu diletakkan di atas pahanya. Mutiara jernih mula membasahi pipi lelaki itu.

"Adira, look at me." Terketar-ketar tangan Arash yang bersarung itu memegang tangan gadis yang tersenyum lemah memandangnya.

Nafas Adira dihela berat. Mulut Adira bergerak-gerak ingin berkata sesuatu tetapi tiada suara yang keluar. Pandangannya mula kabur. Suara Arash bergema tidak jelas di cuping telinganya. Kini, semuanya samar-samar. Dunia bagai sedang berputar, tiada ada yang dapat dia fokus.

Darahnya juga sudah tidak cukup untuk membekalkan oksigen ke sel badan. Darahnya tidak berhenti-henti mengalir keluar daripada tubuhnya dengan begitu banyak. Dia tahu, sudah tiba masanya untuk dia tinggalkan lelaki itu.

"Kita akan selamat, Adira. Jangan tinggalkan saya lagi. Dengan siapa lagi saya nak berbual? Siapa lagi saya nak kacau? Dengan siapa lagi saya nak bersemut-semut?" rintih Arash. Dia semakin erat menggenggam tangan gadis itu. Air mata masih mengalir deras. Bahunya terangkat-angkat ke atas menahan esakan.

Adira menggeleng. Tangan Adira yang bersarung itu menyentuh lalu mengulas lembut pipi Arash yang lebam itu. Empangan air matanya turut pecah saat lelaki itu mula membisikkan dua kalimah syahadah ke telinganya.

Saat itu, Adira menangis semahu-mahunya. Bibirnya turut bergerak mengucapkan dua kalimah syahadah. Saat itu, dia ingat segala khilaf diri. Dia sedar bahawa dia juga seorang pendosa. Saat itu, dia takut andai bekalan yang dibawa untuk ke alam sana tidak mencukupi.

Senyuman hambar meniti di hujung bibirnya.

Hatinya berasa tenang walaupun nyawa sudah berada di hujung tanduk. Anak matanya menggamit wajah Arash sepuas-puasnya kerana wajah itu... dia mungkin takkan lihat wajah itu untuk jangka masa yang lama. Dia hanya mampu berdoa agar mereka akan bertemu semula di alam sana satu hati nanti.

"Tarik saya masuk ke syurga bersama awak, Leftenan Adira."

Adira hanya mengangguk lemah. Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup. Telinganya juga sudah tidak menangkap apa-apa bunyi. Sudah tiba masanya untuk dia ucapkan selamat tinggal kepada dunia yang bersifat sementara ini.

Arash jatuh terbaring di sebelah Adira. Matanya kuyu melihat tubuh Adira yang sudah longlai tidak bernyawa. Hatinya disalut rasa sebak. Pandangannya kosong memandang wajah Adira.

Badannya terasa semakin lemah. Mungkin dia akan ikut Adira juga ke alam sana.

Arash tersenyum lemah saat wajah rakan-rakannya menghiasi pandangan. Jeritan mereka semua samar-samar di cuping telinga Arash.

"Allah..." Dunia Arash bertukar gelap. Tiada lagi bunyi. Tiada lagi cahaya.

Semuanya gelap gelita.

Continue Reading

You'll Also Like

10K 1.7K 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan berger...
24.1K 2.3K 73
Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantai...
306K 16.1K 37
Luz Arianna Alexandra Valerey seorang puteri dari sebuah kerajaan yang kehilangan ibu bapa sejak berumur 5 tahun. Kejadian yang menyebabkan Luz kehil...
1.5M 64.1K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...