JUSTICE : Projek 046

By BananaAdelyn_

7.2K 1.1K 1.5K

Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay āœØ Disclaimer: Cerita ini... More

āœØ Gallery & Achievement āœØ
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Epilog

Bab 15

228 47 86
By BananaAdelyn_

"SAKIT!"

Prak!

"Biar aku hancurkan semua tulang badan kau Arash!" jerkah Farhan. Sekuat hati dia menyepak tulang kaki Arash bertubi-tubi tanpa henti.

Arash sudah tidak mampu untuk melawan. Kepalanya mula berpinar-pinar. Pandangan mula berbalam-balam. Udara terasa tersekat di kerongkong tatkala dia tercungap-cungap menyuruh oksigen masuk ke dalam peparu. Dia sudah tiada kudrat untuk melawan semula.

"Kau nak tahu kenapa aku benci kau, Arash?" gertak Farhan. Tak cukup dengan memijak, dia menghayunkan penumbuk ke pipi kanan Arash sekuat hati. Dia menyentak leher baju Arash. Pipi Arash dicengkam kuat supaya lelaki itu memandang wajahnya yang bengis.

Di sebalik renungan mata Farhan, ada api marah yang sedang menyala. Ada dendam kesumat yang bersalut dalam hati menunggu masa untuk dibuktikan dengan kekerasan, mengetahui siapa yang bakal menang.

"Sebab kau sudah gila," balas Arash sinis. Walaupun sakit sehingga ke tulang sumsum, dia masih mampu melontarkan sepenggal senyuman saat menjawab soalan maut itu.

"Ya, aku gila. Aku gila sebab kau sudah bunuh papa aku! Argh!" teriak Farhan. Wajahnya memerah, menahan geram. Pipinya dicakar dengan kuku sendiri bagai si fulan hilang waras. Sekejap dia meraung kesedihan sekejap lagi dia meraung kemarahan. Emosinya bercampur-baur tatkala detik-detik papanya dibunuh dimainkan dalam layar minda.

Farhan bangkit sambil menjambak kasar rambut Arash untuk berdiri sama. Dia mengukir senyum sinis.

"Ingat... Allah... Farhan..." Arash memegang lengan Farhan yang mencengkam lehernya. Kakinya meronta-ronta di udara meminta dilepaskan. Darah mengalir deras daripada bibir lebam yang pecah, menitik membasahi tanah.

Farhan ketawa. "Kau jangan berani sangat nak nasihatkan aku tentang agama. Kau itu pun bukannya baik sangat. Kau juga manusia yang penuh dengan dosa."

"Ya, aku... memang banyak do... dosa... tapi... satu... saja... perbe... zaan kau... dan aku..." Mata Arash kuyu melihat wajah Farhan. Pandangannya berganda melihat wajah bengis itu. Dia sendiri tidak pasti sama ada lelaki itu di sebelah kiri atau di sebelah kanan.

Semuanya berganda. Nafas semakin lama semakin perlahan dan berat.

"Apa dia?"

"Aku buat dosa, aku terus bertaubat. Kau buat dosa, sampai mati pun aku rasa kau tak akan bertaubat." Entah dari mana kudrat dan keberanian dia dapat, dia menengking Farhan sekuat hati. Lagi sekali dia menguntum senyum sinis.

Muka Farhan menjadi merah padam. Marahnya sudah sampai ke puncak. Tak semena-mena, Farhan mencampak jauh tubuh Arash ke arah sebatang pokok.

"Argh!" raung Arash kesakitan. Belakang badan Arash tersentak kuat pada batang pokok. Mata dan jantung mahu saja mengalah tetapi semangatnya masih ada. Biar dia lawan sampai ke titisan darah terakhir. Walaupun dia sudah kehilangan banyak darah, selagi satu titik darahnya yang terakhir belum keluar, selagi itu dia akan berjuang.

"Mati sajalah kau tak guna!" Farhan mengeluarkan pistol yang tersangkut pada pinggang. Tanpa membuang masa, dia menarik picu dan melepaskan tembakan.

Bang! Bang!

Agak lama detik berlalu, namun badannya tidak menerima apa-apa impak yang memeritkan. Dahi Arash mula berkerut.

"A... Arash..."

Arash membuka mata perlahan-lahan dan mendongak memandang tubuh yang berdiri di hadapannya sambil mendepakan tangan, menghalang butir-butir peluru itu daripada menghentam tubuhnya.

Arash tergamam.

"Walaupun saya jahat, saya masih kisahkan tentang awak." Air mata jatuh daripada tubir mata serentak tubuhnya jatuh ke tanah. Tiga butir peluru itu tembus ke jantung. Dia sudah tiada harapan untuk diselamatkan. Darah keluar membuak-buak daripada mulut. Matanya terbeliak saat sakaratul maut datang menjemput.

Dia sudah tidak bernyawa.

"Ri!" Pistol yang dipegang Farhan jatuh ke tanah. Air mata mengalir deras membasahi pipi.

"Adriana." Arash memandang tubuh Adriana yang terbaring tidak bernyawa. Bibirnya diketap. Hatinya dihuni rasa sebak.

"Kenapa?" Farhan menghampiri tubuh Adriana. Perlahan-lahan dia melutut ke tanah.

"Ri... ke... kenapa? Kenapa Ri sanggup bunuh diri untuk lelaki yang bunuh papa kita? Lama sangat ke Ri menyamar jadi Adira sehingga Ri mampu jatuh cinta dengan Arash? Kenapa?" Terketar-ketar tangan Farhan memegang pipi Adriana. Pipi adik kesayangannya itu, diulas lembut. Sepenggal senyum pahit terukir halus di hujung bibir.

"Kalau Ri jumpa papa kat sana nanti, abang nak kamu bagitahu papa yang Farhan rindu dia. Abang akan rindu adik abang yang seorang ini juga." Farhan mengucup lembut dahi Adriana. Air matanya berjujuran lebat membasahi pipi tiada tanda untuk berhenti. Tangan adiknya digenggam erat.

Seorang lagi ahli keluarganya pergi meninggalkan dia. Tiada lagi orang di dunia yang akan kisahkan dia lagi. Selepas ini hidupnya akan sunyi. Orang yang tersayang sudah tiada di sisi.

Arash mengambil kesempatan untuk menyelamatkan diri. Kakinya terlalu sakit untuk bangun. Dengan sedaya upaya, dia mengesot merapati dua tubuh yang tidak sedarkan diri.

"Leftenan! Sarjan! Bangun! Saya tak larat nak angkat kamu berdua serentak!" Arash menepuk-nepuk pipi mereka dengan kuat.

"Argh..."

Mereka berdua membuka kelopak mata. Wajah risau Arash menghiasi pandangan mereka.

"Kapten?" Adira mengerutkan dahi. Kepalanya diteleng ke kanan dan ke kiri untuk mentafsir maklumat sekeliling. Ermina juga kelihatan begitu hairan. Kedua belah keningnya bercantum di tengah memikirkan sesuatu.

"Cepat, kita tak ada masa."

"Kau fikir aku bodoh?" Farhan menyeret tubuh Arash ke belakang lalu memijak dada Arash sekuat hati. Arash meraung kesakitan. Tangannya memukul lemah kaki  Farhan supaya dia dilepaskan.

"Jangan!" teriak Adira.

"Sebab kau, adik aku mati!" jerkah Farhan.

"Aku kata jangan la kau tak guna!" Belum sempat Farhan memijak dada Arash lagi, Adira bangkit dan menghadiahkan tendangan padu di antara sangkar rusuk dan perut Farhan.

Wajah Farhan jatuh mencium tanah. Adira tersenyum puas. Ermina juga sudah bangkit, bersedia untuk berlawan.

"Ingat latihan kita dulu, Sarjan?" Adira memandang Ermina.

"Mari belasah ini durjana." Ermina mengangguk. Dia tersenyum penuh makna.

Mereka berdua menghampiri Farhan yang terkial-kial untuk berdiri semula.

"Kau..." Adira menjambak kasar rambut Farhan memaksa dia untuk berdiri semula. Tanpa disuruh, Ermina menendang perut Farhan berkali-kali. Belum sempat Farhan jatuh semula ke tanah, Adira pantas menahannya.

"Berani kau cederakan Kapten aku." Wajah Adira bertukar bengis. Dengan kudrat wanita yang ada, dia menghentak sekuat hati tubuh Farhan ke tanah. Kakinya kemudian pantas memijak perutnya tanpa ihsan. Biar dia rasa kesakitan mereka. Segala kemarahan yang dipendam kepada lelaki itu akan diluahkan hari ini juga.

Dalam jeritan menyuruh mereka berhenti, Farhan berjaya mencengkam kaki Adira dan Ermina. Tanpa amaran, dia menarik kaki mereka menyebabkan mereka jatuh ke tanah.

Dengan pantas, Farhan bangkit. Sempat lagi dia menepuk debu yang terlekat pada bahu.

"My turn!"

⚔️⚔️⚔️

KHAYLA dan Eliza melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah musuh. Tangan mereka laju menekan picu pistol yang baru diterimanya. Walaupun pistol Groza itu canggih dan kehancuran yang dihasilkan oleh peluru pistol itu lebih teruk namun, musuh mereka tidak kurang juga hebatnya. Dengan kuantiti ejen JUSTICE yang semakin lama semakin berkurangan, sukar untuk mereka bertahan dengan lebih lama.

"Aduh, mereka ni memang tak reti nak kehabisan peluru ke apa?" rungut Eliza. Dia berselindung di sebalik tembok untuk mengisi lagi peluru ke dalam pistol.

"Asalkan mereka dapat hancurkan main server, semua senjata mereka tak akan berfungsi lagi," balas Armel yang sedang laju menaip sesuatu di tabletnya. Hatinya berasa tidak sedap hati kerana tidak menerima apa-apa laporan daripada Haura.

Armel melihat rakaman kamera kecil yang dipasang secara senyap pada baju Haura. Skrinnya berwarna hitam. Itu tandanya kamera itu tidak ada rangkaian.

"Jangan kata mereka sudah gagal." Hati Armel mula berdebar risau. Tangannya menggigil. Dia menelan air liur yang terasa kelat. Setiap detik yang berlalu dirasakan begitu lama.

Beberapa saat kemudian, rakaman hitam itu mula menunjukkan warna. Imej mereka berlima mula kelihatan.

"Yes! Kita sempat keluar!" Kedengaran suara Rayyan ceria di pembesar suara tablet itu.

Armel menghela nafas lega. Dia menoleh ke arah Khayla dan Eliza namun, mereka sudah tidak kelihatan di mana-mana.

"Cis!"

Belum sempat Armel melarikan diri, ada seorang wanita menghalakan muncung pistol di dahinya. Wanita itu ketawa besar tatkala melihat wajah cuak Armel.

"Jangan fikir kamu boleh lari," ketawanya sinis. Dia gembira melihat nyawa musuhnya kini dihujung tanduk.

Dia terus menekan picu pistol.

Namun, tiada peluru yang keluar.

"Apa... kah?" Wanita itu mengerutkan dahinya. Peluru di pistol itu seolah-olah tersekat, tidak mahu keluar. Berkali-kali dia menekan picu pistol namun, masih tiada peluru yang keluar.

Benarlah, Haura dan lain-lain sudah berjaya letupkan main server. Nampaknya, senjata mereka hanyalah sampah semata-mata.

"Terkejut? Orang jahat memang suka membebel dulu ya sebelum bunuh orang?" Armel mengulum senyum sinis sebelum melibaskan tablet ke muka wanita itu.

Wanita itu jatuh ke tanah tidak sedarkan diri.

Siapa kata tablet tak mampu mencederakan orang?

Pin! Pin!

Sebuah jip hijau meluncur laju keluar daripada tempat persembunyian, melanggar musuh-musuh di hadapan. Pedal minyak jip itu ditekan sehingga ke lantai. Andai ada kereta Ferrari yang diajak untuk berlumba di sebelah, pasti kereta mewah itu akan kalah.

Habis saja jip itu melanggar semua musuh. Jip itu berhenti di hadapan Armel.

"Koperal Armel!" Haura, Aryan, Rayyan, Ayra dan Zakwan serentak turun daripada jip yang sempat mereka ambil daripada markas musuh sebentar tadi. Senyuman di wajah mereka untuk memberitahu mereka sudah berjaya.

"Bagus semua! Kamu semua sudah berjaya," sorak Armel. Tubuh Haura dan Ayra dipeluk erat.

"Macam mana dengan musuh yang masih ada dalam pangkalan? Ada cara yang senang tak untuk serang mereka sekali gus?" Tiada masa untuk berbual, Aryan terus bertanya.

Armel tersenyum lebar sebelum mengujar, "Kita teruskan dengan rancangan kita. Projek 046 dan data penting sudah dipindahkan ke tempat yang selamat." Armel memandang Haura yang tersenyum daripada telinga ke telinga itu.

"Ejen Zakwan, Ejen Rayyan dan Kapten Aryan, kamu bertiga selamatkan semua ejen JUSTICE yang masih dalam pangkalan. While you, Ejen Ayra, you are in charge untuk letupkan pangkalan JUSTICE Malaysia."

Mata Ayra bersinar-sinar tatkala Armel menghulurkan beberapa peranti letupan kepadanya. Dia menggosok kedua belah tapak tangan menunjukkan dia sudah tidak sabar untuk 'memeriahkan' lagi suasana.

"Sarjan Haura, kita akan selamatkan Kapten Arash, Leftenan Adira dan Sarjan Ermina," ujar Armel lagi.

Continue Reading

You'll Also Like

225K 8.6K 65
š‡šˆš‹šŒš€š šˆš’š€š€š‚ ššˆš‚šŠ & š“š”š€š šš”š‘ š€šŒšˆš‘š€š’š‡ š—š€ššƒš„š‘ "š•Žš•šš•š• š•’š•š•Øš•’š•Ŗš•¤ š•“š•– š•Ŗš• š•¦š•£ š•”š•£š• š•„š•–š•”š•„š•šš• š•Ÿ, š•„š•£š•¤ ā„•š•š...
306K 16.1K 37
Luz Arianna Alexandra Valerey seorang puteri dari sebuah kerajaan yang kehilangan ibu bapa sejak berumur 5 tahun. Kejadian yang menyebabkan Luz kehil...
24.1K 2.3K 73
Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantai...
1M 35.1K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...