JUSTICE : Projek 046

By BananaAdelyn_

7.2K 1.1K 1.5K

Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay โœจ Disclaimer: Cerita ini... More

โœจ Gallery & Achievement โœจ
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Epilog

Bab 14

219 47 60
By BananaAdelyn_

"RASAKAN!"

Haura menghayunkan penumbuk ke pipi musuh lalu melilit leher lelaki berbadan sasa itu dengan kaki kanan sebelum menghentak kuat tubuhnya ke lantai sehingga retak. Dia tidak melengahkan masa walaupun sesaat. Tahu-tahu saja dia sudah bangkit lalu menendang celah kangkang musuh lain yang menerjahnya daripada hadapan.

Saat musuh terduduk ke lantai, Haura berlari ke arah sebuah dinding. Dia melompat seraya kaki kanan menolak dinding itu untuk memberi kuasa maksimum kepada lompatannya. Tidak semena-mena, tendangan jejak itu mendarat di antara perut dan sangkar rusuk musuh itu.

Dua orang musuh berjaya ditumpaskan dalam satu masa.

"Kau fikir aku tak perasaan kehadiran kau?" Haura laju berpaling ke belakang dan menahan tumbukan seorang lagi musuh yang menyerang hendap dari belakang. Tangan lelaki itu dipusingkan satu pusingan. Terjerit lelaki itu apabila terdengar bunyi tulang patah.

Haura menyentak kuat leher lelaki itu dan dihentamkan ke dinding. Senyuman sinis terukir lebar pada wajah Haura. Musuh itu menggelumpur cuba membebaskan diri namun, Haura lebih kuat. Semakin lama, wajah musuh itu semakin membiru kerana kekurangan oksigen.

Musuhnya memukul perlahan lengan Haura minta dilepaskan. Haura menuruti permintaannya.

"Dan jangan kau fikir aku ini cukup baik untuk biarkan kau terlepas!" Haura memusingkan badannya 360 darjah dengan kaki diangkat tinggi ke udara. Tendangan melingkar yang padu itu akhirnya mendarat di pipi musuh.

Musuhnya rebah ke lantai tidak sedarkan diri. Haura menepuk-nepuk bahunya yang berhabuk.

"Tolong bagitau saya yang itu adalah musuh yang terakhir." Nafas Haura termengah-mengah. Keringat yang menitik di dahi dilap dengan hujung lengan baju. Dia sudah penat melawan musuh yang tak reti nak mengalah walaupun sudah dibelasah sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan.

Mereka berempat tidak menjawab soalan Haura sebaliknya, mereka memandang Haura tanpa berkelip. Kening mereka terangkat tinggi.

"Apa?" marah Haura apabila perasan akan hal itu.

"Apa function Sarjan bagi kami pistol yang hebat ni kalau Sarjan kalahkan lebih kurang dua puluh orang musuh tanpa apa-apa senjata?" soal Rayyan lalu menjuihkan bibir bawah ke hadapan. Dia bercekak pinggang memandang Haura dari atas sehingga bawah.

"Saya tahu saya hebat, jangan ternganga saja. Sekarang, kita akan teleport ke markas Farhan," ujar Haura seraya memberi isyarat mata kepada Aryan. Faham akan maksud isyarat itu, Aryan segera mengeluarkan alat teleportasi daripada poket seluarnya.

"Sarjan boleh ulang semula apa yang harus kita lakukan di sana? Tadi saya terdengar perkataan letupkan jadi, saya ingin kepastian takut saya tersalah dengar," ujar Ayra. Matanya bersinar teruja dengan harapan dia tidak tersalah dengar perkataan 'letupkan' yang meluncur daripada bibir Armel sebentar tadi.

"Kita akan letupkan markas mereka," ulang Haura.

Ayat yang mudah dan ringkas namun, Ayra sudah mula ketawa besar. Inilah saat yang ditunggu-tunggu sejak hari pertama dia direkrut menjadi ejen JUSTICE.

Letupkan sesuatu. Jangan kata saya tak bagi amaran tentang perangai psiko Ejen Ayra.

Mereka semua berdiri rapat antara satu sama lain. Haura memastikan semua sudah bersedia terlebih dahulu sebelum memasukkan koordinat tempat yang ingin dituju.

Sebaik saja koordinat berjaya dimasukkan, peranti teleportasi itu mengeluarkan alur cahaya ungu terang dan bergerak mengelilingi mereka. Pandangan mereka menjadi terlalu cerah yang menyakitkan mata. Masing-masing memejamkan mata untuk menahan silau yang luar biasa.

Tatkala mereka mencelik mata, benda pertama yang mereka lihat ialah cermin tandas.

"Seriously, tandas perempuan, Sarjan?" Aryan menggeleng kepala sambil menyilang rapat tangan ke dada. Rayyan sudah meliarkan pandangannya ke sekeliling untuk mengambil kesempatan mencari perempuan cantik.

"Gatal!" Ayra menjentik dahi Rayyan kuat. Rayyan tersentak beberapa tapak ke belakang sambil mengusap dahi yang dijentik. Zakwan pula sudah menekup muka dengan kedua belah tapak tangannya. Mukanya merah padam menahan malu.

"Saya tak nak musuh sedar kehadiran kita. Sebab itu saya teleport kita ke sini. Mana ada orang nak pergi tandas masa tengah bertarung," jelas Haura.

Flush!

Pintu kubikel dibuka daripada dalam. Seorang gadis berambut merah melangkah keluar daripada kubikel itu sambil mengemaskan bajunya.

Apabila anak mata mereka bertembung, serentak mereka berlima dan gadis itu menjerit terkejut.

Kelam-kabut gadis itu meraba bajunya untuk mencari walkie-talkie.

"Boss! Ada penceroboh!"

Bang!

Tembakan dilepaskan. Wanita itu jatuh tersembam ke lantai tidak bernyawa.

"Zakwan?" Semua anak mata kini tertumpu pada Zakwan. Tangan Zakwan terketar-ketar menurunkan pistol tersebut.

"Ma... Ma... Maaf. Ana panik. Boleh kita keluar dari sini sekarang? Perempuan itu musuh kita kan? Jadi tak salah untuk tembak... kan? Hehe?" Zakwan tersenyum pahit sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Haura teragak-agak seketika kemudian dia menganggukkan kepala.

"Sebelum itu, kamu semua perlu ambil peranti bom ni dan lekatkan di tempat-tempat yang strategik. Semua perlu berkumpul semula selepas sepuluh minit sebelum bom-bom ni meletup," jelas Haura sambil mengaktifkan timer pada empat peranti bom tersebut. Angka merah yang tertera pada skrin bom itu memulakan pengiraannya.

"Pastikan kamu semua keluar sebelum bom ini meletup faham? Saya akan masukkan virus dalam main server mereka supaya selepas ini, mereka tak boleh hasilkan teknologi yang sama lagi," jelas Haura lagi.

"Faham, Sarjan!" Mereka mengangguk faham.

"Baik, kalau sudah faham... mari kita ajar siapa JUSTICE yang sebenarnya!"

⚔️⚔️⚔️

ARASH memegang kepalanya yang berdenyut kuat. Pandangannya kini berbalam-balam. Sekejap gelap sekejap cerah. Dunianya berputar hebat. Terasa seperti badannya terapung di awang-awangan.

"Da... da... darah?" Cecair merah yang mengalir daripada dahinya disentuh perlahan.

Arash meneguk air liur yang terasa kelat. Kepalanya digelengkan ke kanan dan kiri untuk hilangkan rasa pening. Dia menarik nafas dalam lalu menghembuskannya perlahan-lahan.

"Adira..." Arash terpandang Adira yang terbaring tidak sedarkan diri tidak jauh daripada dia. Serpihan Terajet menghempap tubuh gadis itu. Sedaya upaya Arash cuba untuk mencapai tangan Adira namun, kedua-dua belah kakinya tersepit pada serpihan Terajet.

"Argh!" Arash menggunakan segala kudrat yang dia ada untuk mengangkat serpihan tersebut namun gagal. Kepalanya semakin berdenyut kuat. Tangannya terasa kebas dan menggeletar. Rasa sakit pada kaki yang tersepit tidak mampu terungkap dengan kata-kata. Sistem badannya terasa sungguh lemah sekali.

"Kapten Arash!" Ermina pantas berlari menuju ke arah Arash dan Adira.

"Sarjan Ermina... selamatkan Leftenan Adira dulu. Saya masih boleh bertahan," ujar Arash.

Sarjan Ermina hanya mengangguk dan berlari menghampiri Adira. Serpihan Terajet yang menghempap tubuh Adira dialihkan dengan mudah.

"Leftenan... Leftenan..." Ermina menepuk perlahan kedua belah pipi Adira namun, tiada respon daripada gadis itu. Ermina menekan dua jarinya ke leher Adira untuk mencari nadi.

Nadi Adira masih ada cuma lemah. Ermina menghela nafas lega.

Arash sekali lagi menggunakan semua kudratnya untuk mengangkat serpihan yang menyepit kakinya itu. Bibir bawah digigit kuat dengan hati tidak putus-putus berdoa kepada Ilahi meminta segala urusan dipermudahkan.

Pap!

Dia berjaya. Arash berjaya mengeluarkan kakinya. Serpihan itu kemudian ditolak jauh daripadanya.

Arash mengerang sakit. Walaupun tiada luka pada kakinya tetapi sakit dihempap benda berat itu lebih perit.

"Keadaan Leftenan Adira macam mana?" soal Arash. Jelas terpancar riak kerisauan tatkala dia memandang wajah pucat Adira.

"Dia okay cuma nadi dia lema..." Belum sempat Sarjan Ermina menghabiskan kata-katanya, lehernya disentak kuat daripada belakang. Dia jatuh tersebam ke tanah, tidak sedarkan diri.

"Farhan!" teriak Arash geram. Anak matanya merah menjegil wajah Farhan yang sedang tersenyum sinis memandangnya.

"Nampaknya... kau masih hidup." Farhan menepuk tangan seraya ketawa besar. Dia mula melangkah merapati Arash yang mengesot ke belakang, cuba untuk melarikan diri.

Setiap kali Arash cuba bangkit, setiap kali juga kedua belah kakinya akan berputus asa. Rasa sakit yang mencengkam urat kakinya itu benar-benar perit.

"Kau fikir senang ke nak kalahkan aku, Arash?" ketawa Farhan. Dia berdiri di hadapan Arash sambil bercekak pinggang.

Tidak semena-mena, Farhan menjambak kasar rambut Arash. Farhan menarik rambut Arash kasar memaksa dia untuk berdiri menghadapnya.

⚔️⚔️⚔️

HAURA menolak pintu itu dengan berhati-hati sambil memakai topeng oksigen. Badan manusia yang tidak sedarkan diri terbaring di atas lantai itu tidak dihiraukan oleh Haura.

"Tak sia-sia aku bawa gas tidur ni." Tangan kiri Haura mengipas bahagian hadapan wajahnya bagi mengelakkan gas putih itu semakin menebal seraya tangan kanannya mengambil kad pengenalan yang tersangkut pada kot makmal putih seorang wanita yang tidak sedarkan diri.

Haura berjalan menghampiri pintu automatik di hujung ruang.

Kad pengenalan itu diimbas dan pintu kaca automatik itu terbuka. Haura memegang pendrive yang diberi oleh Armel sebentar tadi dengan erat lalu melangkah masuk ke dalam ruang itu dengan senyap. Terjengket-jengket Haura menyelinap masuk.

"Mana aku nak mula?"

Rata-rata di bilik itu penuh dengan komputer, wayar dan server. Dia sudahlah tidak tahu bentuk main server itu macam mana. Tidak fasal-fasal kepala yang tidak gatal digaru hairan. Dahinya berkerut memaksa otak untuk berfikir.

"Mana aku nak mula?" Haura mengusap perlahan dagunya.

Ting!

Satu komputer tiba-tiba menyala dengan sendirinya. Haura segera menoleh memandang komputer di hujung lorong.

Skrin komputer itu banyak memaparkan kod binari yang disertakan dengan data input dan output sesuatu peranti jarak jauh. Semua nombor-nombor itu tertaip dengan laju seolah-olah ada orang keyboard warrior yang sedang menaip.

"Pasti ini komputer main server yang dicari."

Tanpa berfikir lagi, Haura mula mencari tempat untuk mencucuk pendrive tersebut. Sudahlah banyak wayar yang berselerak. Komputer pun seperti model lama. Nampaknya, dia akan berada lama di dalam bilik itu.

"Kau fikir aku akan biarkan kau menang semudah itu?" tegur satu suara.

"Argh!" Leher Haura disentak daripada belakang dengan seutas tali. Haura meronta-ronta cuba melepaskan diri namun tidak berjaya.

Otaknya laju mengeluarkan idea untuk membebaskan diri. Dengan pantas, Haura mengeluarkan pen daripada poket jaketnya lalu menekan butang pen tersebut.

Sekelip mata, pen itu berubah kepada sebilah pedang.

Penyerang itu sempat mengelak daripada serangan mengejut Haura. Tali di leher Haura terurai begitu sahaja.

Haura segera memusingkan tubuh ke belakang bersama pedangnya kepada penyerang itu namun, lagi sekali penyerang itu berjaya mengelak serangan Haura.

Anak mata mereka bertaut lama. Wajah penyerang yang tersenyum sinis itu membuatkan perasaan deja vu menyapa wajahnya.

"Adira... bukan... Adriana?" desis Haura.

"Lama sudah kita tak bertemu. Seronok ke akhirnya dapat jumpa aku?" soal Adriana seraya mengeluarkan sebilah pedang yang tersarung kemas di belakangnya.

"Tak! Tak seronok langsung jumpa durjana macam kau." Haura mula menyerang. Adriana juga tidak melengahkan masa, dia terus melompat ke hadapan dan menghalang mata pedang Haura daripada menikamnya.

"Sarjan, ada tiga minit lagi sebelum letupan. Kami semua sudah berkumpul. Sarjan masih ada di dalam ke?" Suara Aryan kedengaran pada ear comm Haura.

"Saya ada sesuatu perlu diselesaikan dahulu. Kapten guna kuasa teleportasi untuk bawa yang lain pulang," balas Haura.

"Tapi Sarjan..."

"Jangan kisah pasal saya, saya ada rancangan lain." Haura mematikan ear comm. Mereka terputus hubungan.

"Berlagak hero kau ya, Haura!" Adriana mengambil peluang untuk mengelar paha kanan Haura apabila fokus gadis itu terganggu.

"Aduh!" Haura jatuh melutut ke lantai. Darah mula mengalir keluar daripada paha yang dikelar. Tanpa teragak-agak, Adriana menyerang Haura dengan bertubi-tubi. Pedang dihayunkan selaras dengan leher Haura.

Namun Haura tidak berputus asa. Pedang yang masih dalam genggaman menghalang pedang Adriana yang meluru laju ke arah lehernya.

Adriana merengus geram. Haura tersenyum sinis. Pedang mereka saling beradu tenaga walaupun Haura masih melutut di lantai.

"Tak guna! Aku akan pastikan kau mati kali ini." Sekuat hati Adriana menghayunkan pedangnya, mematahkan hujung pedang Haura.

Adriana menendang kuat dada Haura sehingga dia terbaring di lantai. Dadanya terasa sakit akibat serangan mengejut itu. Saat Adriana mula menghayun tinggi pedangnya di udara, Haura memejamkan mata. Bibirnya bergerak mengucap dua kalimah syahadah.

"Aku takkan benarkan kau bunuh dia!" jerkah Aryan lantang. Dia muncul di belakang Adriana tanpa sempat Adriana mengelak.

Pedang Adriana tercampak jauh. Mereka berdua bergelut di lantai. Rayyan dan Zakwan turut melompat daripada tempat persembunyian mereka dan mula menyerang Adriana.

"Cepat bangun Sarjan. Kita ada lagi dua minit." Ayra membantu Haura untuk berdiri. Dia memapah Haura ke arah komputer main server tersebut. Haura tidak banyak bersuara, tangan Haura laju menekan papan kekunci sebaik saja dia mencucuk pendrive itu.

"Dasar... benda ni perlukan satu minit untuk upload." Haura mengetap bibirnya geram. Dia menghentak meja itu dengan kuat.

"Haha... kamu semua sudah gagal." Perlahan-lahan Adriana bangkit semula. Aryan, Rayyan dan Zakwan sudah terbaring lemah di lantai. Masing-masing mengerang sakit. Siapa sangka sebenarnya Adriana memang handal berlawan. Walaupun tiga lawan satu, dia masih boleh menang.

Objek yang berada di tangan Adriana, menarik perhatian mereka.

"Bila masa kau ambil alat teleportasi aku?" Aryan pantas bangkit untuk merampas alat teleportasi itu semula tetapi Adriana sudah hilang daripada pandangan mereka.

"Tak guna!" seranah Aryan. Bibirnya diketap geram.

"Sarjan, ada lagi satu minit sebelum letupan," beritahu Ayra kepada Haura.

Haura memandang skrin dihadapannya yang menunjukkan angka 00:00:30.

"Cepatlah... cepatlah!"

Continue Reading

You'll Also Like

494K 37.1K 68
Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pad...
25.7K 2.5K 43
Kisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tap...
1.2M 54.9K 76
๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ญ๐ž๐ | ๐‡๐Œ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
58.4K 4.6K 36
Published : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas s...