IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)

SitiNafisa द्वारा

134K 13.4K 8.7K

TW⚠️ Maybe: -Containing dark thought -Self-harm -Self-hate -Bullying -Blood Everything that maybe can trigger... अधिक

Scar
Mission Gone Wrong
Help
IRIS
Permohonan
Heart to Heart Talk
Jumpa
Bincang
Dr.Ghazali
Izin
Galaxy
Cuti
Bumi
Kembali
The Plan
Lawat
Malam
Lari
Lawan
Kuasa
Rehat
Bakar
Intruder
Desak
Pergi
Same
Latihan
Original Trio
Displin
Persidangan
Hunt
Sanity
Dream?
Teori
Gila
Escape
Solved
Tugas
Terlepas
Prescription and Preparation
Tiba
Cerita
Sedar
Reunion
Tuan
Announcement
Perang
Rage
Saviour
Win or Lose?
Aftermath
Past
Truth
Main
Paksa Diri
Terima
Reopening
Mutual
Free

Run away

3.1K 260 74
SitiNafisa द्वारा

°*********°

Sebaik sahaja sampai dibandar,dia terus menuju kerumahnya.Menghiraukan semua pandangan orang ramai yang memandangnya pelik sebab bawak banyak barang macam tu.

Sebaik sahaja dia sampai rumah,seperti biasa,ayahnya tak ada.Ali terus kebiliknya dan mengemas segala barang yang diperlukannya.Duit simpanannya juga dikemas rapi dalam beg.

Malam ni dia akan pergi.

Ali membuat keputusan untuk mengemas rumah tersebut untuk kali terakhir.At least,ayah dia tak payah nak susah² kemaskan bila dia dah tak ada.

Malam berlabuh dengan agak pantas.Ali menunggu kepulangan ayahnya didalam bilik,memakai seluar slack hitam dan hoodie berwarna biru gelap.Beg galasnya berada ditepi pintu.

Bilik dia juga dah dikemaskan.Sebab dia dah tak kan pakai bilik tu.

Mungkin akan jadi stor bila ayah dia tau yang dia dah 'mati'.

Ali terdengar pintu depan terbuka.Dia menunggu lagi.Dia kena pastikan yang ayah dia dah tidur.

Setelah menunggu selama setengah jam,lampu didapur akhirnya tertutup.Ali mengalas begnya dan melihat bilik itu untuk kali terakhir.Comot sedang tidur dengan amannya diatas katil dia.

Dia akan rindu Comot nanti.

Ali berjengket.untuk kebawah dan lihat ayahnya tertidur diatas sofa dengan tablet ditangannya.Dia mendekati ayahnya.

"Ayah,Ali minta maaf.Maaf sebab tak boleh nak jadi anak yang terbaik untuk ayah.Ali tahu nanti mesti ayah gembira sebab Ali dah tak ada.Ayah dah tak perlu kisahkan Ali lagi.Benda yang Ali buat ni mungkin selfish,tapi Ali dah tak tahan ayah....Ali tak kuat....Tak ada siapa yang perlukan Ali dekat sini.Ayah boleh hidup tanpa Ali."

Ali mengesat airmata yang mengalir di pipinya.Berhati-hati,dia memeluk ayahnya.

"Ali sayang ayah sangat².Maaf sebab jadi anak yang tak berguna untuk ayah.Harap ayah dapat lupakan Ali cepat nanti."

Ali melepaskan pelukannya.Setelah meletakkan selimut diatas ayahnya,dia membuka pintu,melihat ayahnya buat kali terakhir sebelum menutup pintu tersebut.

Dia terus berlari pergi.

°*********°

Akademi MATA


Bakar masih tak percaya yang anak saudara kesayangannya tewas dalam misi.Tak mungkin.Dia masih tak boleh percaya bila sebaik sahaja mereka bertiga keluar dari pangkalan tersebut,tempat itu meletup,menimbus Ali sekali didalamnya.

Dia yakin yang Ali boleh lepaskan diri dia sendiri.

Ali budak yang kuat.


MATA dah menghantar ejen untuk mencari jejak Ali.Cuba mengesannya melalui IRIS ataupun suitnya.Tapi tak ada kesan.

Ibarat macam dia langsung tak pernah ada di situ.

Bakar tak dapat nak tahan air mata dia.

Mula² kakak dia terkorban dalam misi...

Sekarang anak saudara dia pula...

Dia terdengar ejen² muda bercakap di hangar,tapi dia tak pedulikan apa pun.

Ali dah tak ada.

Macam mana dia nak bagitau En.Ghazali?

Macam mana dia nak teruskan hidup bila tahu yang dua orang yang disayanginya dah tak ada?

°*********°

"Adik,betul ke adik ni tak sesat?Dah malam sangat dah ni."tanya penjaga tiket itu risau.Ali hanya memberikan dia senyuman.

"Tak apa pakcik!Saya memang kena pergi sana.Saya dah cukup besar untuk pergi sendiri.Saudara saya ada dekat sana."kata Ali.Pakcik itu memberikan tiket kereta api pada Ali.Satu-satunya kereta api untuk keluar dari bandar.

"Yalah nak.Jaga diri baik²."Ali hanya salute pada pakcik tersebut sebelum pergi ke tempat menunggu.Jam dah menunjukkan 1.30 pagi.Kereta api lagi 15 minit.

Dia gunakan duit dia yang banyak dia simpan untuk membeli tiket dan sedikit makanan.Ramai orang yang menunggu di stesen tersebut pagi² pelik melihat dia berseorangan pada waktu macam ni.

Dia kan macam budak 9 tahun?

Ali memadam semua contact yang dia tak nak didalam telefonnya.Tak nak ada sesiapa yang cuba telefon dia sebelum dia matikan telefon.Orang boleh cari dia melalui GPS sebab telefon ni hidup.Dia keluarkan kad SIM dan biarkan telefon tersebut mati.

Kereta api sampai dan dia masuk.Mencari nombor tempat duduknya.Bila dah jumpa dia duduk dan meletakkan beg dia disebelahnya. Nasih baik kerusi sebelah dia tak ada orang.

Sebaik sahaja kereta api itu telah penuh,ia mula bergerak.

Ali menghela nafas berat sambil memandang keluar tingkap.Melihat bandar raya Cyberraya yang semakin kecil apabila kereta api itu bergerak semakin jauh.

Dia kembali melihat tiketnya.

Cyberraya-Pulau Rintis

°*********°

Pulau Rintis

"Yay!Dah sampai bumi!"seorang remaja lelaki berbaju jingga dipadankan dengan topi jingga dino tersenyum gembira apabila kapal angkasa tersebut mula mencecah bumi.Dia berpusing-pusing oada kerusinya.

"Ish,kau ni BoBoiBoy!Tak sabar².Relaks lah,tak lari kemananya Bumi ni."

"Eleh,kau pun samalah Gopal!Kau tak sabar nak makan kari mak kau buat kan?"

Remaja yang bernama BoBoiBoy itu tergelak melihat muka cemberut kawannya Gopal.Dua orang gadis dihadapan mereka hanya menggelengkan kepala.

"Korang ni!Macam budak²!"

"Yalor!Tengok aku dengan Yaya.Ok jer."

"Alah,korang pun sama jer."kata Gopal.Membuatkan Ying mengetuk kepalanya.

"Kau mau cari pasal meh?!"

"Err..hehehe..Tak,tak.Ampun."kata Gopal.

"Aku cuma rindukan donut lobak merah kecintaan hatiku~"semua orang memandang pelik ke arah landak unggu-eh silap alien-macam-manusia yang berada di meja.

"Sayang sangatlah kau punya lobak merah tu Fang.Makan lobak pun rabun jugak."kata Gopal.Fang mengepal tangannya dan aura² hitam mula keluar.

"Apa kau cakap!?"

"Oi!Anak² murid kebenaran!Kita dah mendarat!Jom balik rumah!Ouh,rindunya kebenaran dengan buchuk² kebenaran dekat rumah!"kata kapten mereka,Kapten Papazola!Musuh kejahatan,kekasih kebenaran~!

"Haha!Yelah Kapten Papa.Jom semua!Jom Ochobot!"kata BoBoiBoy sebelum menarik Power Sphere Ochobot itu keluar.

"Adodododoi!!BoBoiBoy!Aku taulah kau excited nak jumpa Tok Aba dengan Ali,tapi sabar sikit!Haish,kau dah macam Blaze,Taufan dengan Thorn!"marah Ochobot.BoBoiBoy menggaru kepalanya.

"Teknikalnya,memang tu aku pun.Tu dia!Tok Aba!!"

Diluar,terdapat orang yang menunggu kepulangan superhero galaxy tersebut.Iaitu Pn.Wawa,Pn.Yang, En.Kumar,Tok Aba,Mamazila dan anaknya,Pipizola.

"BoBoiBoy!"kata Tok Aba sebaik sahaja nampak cucunya berlari keluar dari kapal angkasa tersebut.

"Atok!!!"

BoBoiBoy berpecah menjadi tujuh sebaik sahaja Tok Aba memeluknya.So,sekarang ada tujuh orang BoBoiBoy yang tengah peluk Tok Aba.

"Atok!!Kitaorang rindu atok!"-Taufan-

"Nak coklat!"-Blaze-

"Thornie rindu atok sangat²!"-Thorn-

"Atok sihat?"-Ice-

"Solar ada cipta sesuatu untuk atok!"-Solar-

"Woi²!Tak boleh bernafas atok tu karang!"-Halilintar-

Gempa hanya tersenyum.

Kawan-kawannya yang lain bersama dengan ibu bapa masing².Papazola pun bersama dengan family dia.

Fang pulak akan pergi ke rumah lama dia.Kapten Kaizo akan datang ke Bumi untuk bersama dengan adiknya.

Dan untuk menikmati sup lobak merah Bumi yang dia dah lama tak makan.

"Ahahaha!Atok sihat jer.Dah,dah.Jom balik rumah.Atok nak masak special malam ni.Gempa,tolong atoknya?"kata Tok Aba sebelum memimpin tangan Thorn dan Blaze.Elemental yang lain turut serta.

"Baik atok!"kata Gempa.

"Oi²,sampai hati tinggal aku sorang² dekat sini eh?Merajuk lah camni."terdengar suara Ochobot dibelakang,Gempa terus memeluk Ochobot dan mengangkatnya bersama.

"Mana ada!Kau tu yang tak bersuara!Jom kita balik rumah!"

"JOM!!"

°**********°
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

Hello~ Hai! OwO
May you have a good day!

Do vote and comment,okay?~

Stay safe!💜

Author Kim_Ezra

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

94.6K 5K 59
Cerita ini dibuat selepas Boboiboy movie 2. Pastikan korang dah tengok semua musim Boboiboy dan movie... Semua watak dari Monsta kecuali nama2 watak...
5K 673 58
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...
263K 23.1K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
796 46 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...