JUSTICE : Projek 046

Por BananaAdelyn_

7.2K 1.1K 1.5K

Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay ✨ Disclaimer: Cerita ini... Más

✨ Gallery & Achievement ✨
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Epilog

Bab 12

263 52 77
Por BananaAdelyn_

Dua bulan yang lalu...

HARIS membuka kelopak mata apabila terasa pipinya disentuh dengan sesuatu yang sejuk. Pandangannya silau diterangi cahaya putih. Dia segera menutup semula kelopak mata. Wajahnya ditekup dengan kedua belah tapak tangan.

"Marsyal Haris sudah sedar?" tegur satu suara. Suara asing itu kedengaran sungguh dekat sekali seolah-olah suara itu sedang berada di sebelahnya.

Lagi sekali, Haris membuka matanya perlahan-lahan. Matanya terkelip-kelip, cuba menyesuaikan pupil mata dengan cahaya terang di sekeliling.

"Maaf... terlalu terang ya Marsyal? Sekejap saya rendahkan sedikit kecerahannya," pinta suara itu lembut. Cuping telinga Haris sekali lagi menangkap bunyi suis ditekan berhampirannya.

Suasana di situ bertukar malap. Akhirnya, Haris dapat membuka matanya dengan tenang. Lantas retina matanya tertancap pada susuk tubuh lelaki muda yang sedang tersenyum memerhatikan gerak-gerinya.

Lelaki itu kelihatan sungguh tenang. Badan disandarkan pada kerusi sambil tangan disilang rapat dada. Tiada senjata yang diacukan ke kepala. Tiada tanda-tanda bahawa dia adalah seorang musuh.

Haris membalas renungan lelaki itu dengan dahi berkerut. Dia bangkit daripada baring namun, sakit daripada luka dalam pada perut membataskan pergerakkan. Dia mengerang sakit apabila perutnya berdenyut-denyut kuat. Terasa seperti urat di sana sudah putus tahap sakitnya.

Lelaki itu menolak tubuh Haris untuk baring semula di atas katil."Jangan bergerak Marsyal Haris. Awak kena rehat dulu. Jangan risau, saya orang baik. Saya akan bantu Marsyal," ujarnya perlahan sambil menarik selimut menutup hingga ke paras dada Haris. Sepenggal senyuman janggal meniti di hujung bibir.

Haris masih lagi dengan hati yang penuh tanda tanya. Anak mata diliarkan ke sekeliling menelusuri ruang asing itu. Berkerut dahi dibuatnya apabila dia sedar mereka kini berada di dalam sebuah objek sfera yang bergerak laju merentasi lautan biru.

"Sa... saya... di... di... mana?" Wajahnya cemas memandang lelaki itu. Jantungnya mula mengepam darah laju. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Badannya mula menggeletar kesejukan. Hujung selimut itu digenggam erat, menunggu jawapan daripada lelaki muda itu.

"Apa... apa tempat ini?" Dahi Haris semakin berkerut. Lelaki itu masih belum berikan jawapan. Sudahlah ingatannya masih kabur kerana baru sedar daripada pengsan.

Haris merenung wajah lelaki Inggeris itu. Anak matanya berwarna emarald dan rambut berwarna perang. Ada sesuatu yang menyelak langsir ingatan. Wajah lelaki itu seperti biasa dilihat namun, dia tidak pasti di mana mahupun siapa. Matanya sepet tatkala dia cuba menjejak semula memori lama.

"Awak siapa?" tanya Haris. Dia gagal untuk mengingati semula. Daripada dia membuang masa berfikir, apa salahnya terus bertanya.

"Tony Stark."

"Hah?"

"Haha.... bukanlah. Saya bergurau. Nama saya Harry, agent SCAR," jawab lelaki itu lalu mengulum senyum mesra. Jari-jemari kedua belah tapak tangan disulam bersama.

"Kita pernah bertemu ke sebelum ni? Muka awak seperti biasa dilihat," soal Haris inginkan kepastian.

Harry mengangguk sekali. "Banyak kali kita bertemu Marsyal. Marsyal sudah tidak ingat saya ke?" Wajah lelaki itu berubah sunggul. Senyum tawar terukir paksa di wajah. Hatinya tersentap apabila mengetahui Haris tidak mengenalinya sedangkan dia mengenali lelaki itu cukup lama.

Haris menggeleng perlahan. Dia benar-benar tiada idea tentang identiti pemuda di sebelahnya itu.

"Saya anak kawan Marsyal. Ayah saya namanya James Hudson," jawab lelaki itu.

Sebaik saja nama James Hudson disebut, wajah James Hudson terus tertayang pada layar mindanya.

James Hudson merupakan salah seorang kawan baiknya dan juga merupakan salah seorang daripada ahli geologi yang memantau Projek 046.

Dan tika itu juga, Haris mula mengingati kewujudan lelaki muda itu.

"Harry Hudson, anak lelaki tunggal kepada James Hudson. Sudah besar kamu rupanya. Seingat saya, kali terakhir saya jumpa kamu sewaktu kamu berumur 12 tahun sebelum James hantar kamu ke sekolah berasrama penuh. Nampaknya, perangai suka bergurau kamu itu masih tak berubah." Memori tentang Harry Hudson mula menerjah dalam fikiran Haris. Dia ingat tentang lelaki itu.

Harry Hudson. Budak yang baik. Suka bergurau dan peramah orangnya. Hampir 10 tahun mereka tidak berjumpa.

Harry mengangguk. Senyuman mesra kembali meniti di bibir. Dia menghela nafas lega kerana Haris berjaya mengingatinya. Jika tidak, pasti susah untuk dia terangkan perkara sebenar.

Pandangan Haris beralih ke arah badannya yang tidak berbaju itu. Badannya hanya berbalut dengan kain kasa putih. Sekali lihat, seperti badan mumia pun ada.

Haris menyentuh kain kasa perlahan-lahan. Rasa kebas dan berdenyut-denyut sakit mula menerjah semula tanpa memberi salam. Haris mengigit bibir bawah, menahan sakit yang luar biasa.

"Kecederaan Marsyal agak parah, akan tetapi SCAR ada ubat untuk cepatkan proses sembuh. Saya dah masukkan ubat itu dalam tubuh Marsyal. Mungkin Marsyal akan sembuh dalam beberapa jam sahaja lagi," beritahu Harry tanpa sempat Haris menyoal.

"SCAR tu apa sebenarnya, Harry?" soal Haris. Dari tadi dia mendengar perkataan itu disebut-sebut namun, tidak tahu pula maksud SCAR itu.

"SCAR ni sama seperti JUSTICE. Sebuah organisasi yang terlindung daripada dunia luar cuma kami tiada Teranium. Kami gunakan teknologi biasa yang direka oleh pakar teknologi. Walaupun tidak sehebat Teranium namun, teknologi kami agak canggih berbanding teknologi global sekarang," jelas Harry dengan yakin. Belakangnya kembali bersandar pada kerusi.

"Siapa pengasas SCAR? Apa matlamat kamu?"

"Pengasas SCAR ialah ayah saya sendiri, James Hudson."

"Apa? Bagaimana? Bila? Kenapa?" Soalan bertalu-talu diajukan kepada Harry. Setahunya, lelaki bernama James Hudson itu hanya berkerja dengannya semasa di Holmes. Tidak dia sangka bahawa rakannya itu sudah menubuhkan agensi rahsia secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa.

"Kalau Malik ada rancangan untuk rampas Teranium, ayah saya ada rancangan untuk tubuhkan SCAR. Dia sudah dapat hidu rancangan Malik daripada awal namun apabila diberitahu kepada rakan-rakannya, tiada siapa yang percaya. Disebabkan itu, dia terpaksa bina satu lagi organisasi rahsia sebagai backup untuk lindungi Projek 046 jika JUSTICE gagal melindunginya daripada jatuh ke tangan musuh," jelas Harry lagi.

Haris menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya perlahan-lahan. "Nampaknya Hudson lebih selangkah ke hadapan daripada saya."

Harry tersenyum sumbing. Kemudian dia mengujar, "Ayah hantar saya untuk selamatkan dan bawa Marsyal Haris ke pangkalan rahsia SCAR. Marsyal rehatlah dahulu. Kejap lagi kita akan tiba di SCAR."

Harris mengangguk faham. "Siapa lagi yang terselamat?" soalnya.

Harry terkesima. Wajahnya berubah suram. Dia mengemam bibir memandang Haris dengan air muka serba salah.

"Hanya... hanya Marsyal sahaja yang terselamat." Berat hatinya menutur ayat itu. Anak matanya dialihkan memandang tempat lain. Dia tidak sanggup bertentang mata dengan wajah kecewa Haris.

Haris terdiam. Nafasnya dihela berat. Jantungnya seakan-akan terhenti seketika mendengar berita buruk itu. Hatinya hancur berkecai saat pandangan mula berkaca-kaca dengan air mata. Namun, dicekalkan hati untuk kekal tabah.

Haris memejamkan mata. Bibirnya lancar membaca surah Al-Fatihah untuk rakan-rakan yang tewas dalam peperangan. Syurga tempat mereka. Semoga roh mereka tenang di sana.

"Tapi berita baiknya ada 6 orang ejen JUSTICE terselamat dan Projek 046 ada bersama mereka. Mereka sedang bersembunyi di pangkalan lama JUSTICE," ujar Harry sebaik saja Haris selesai menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada rakan-rakan yang gugur dalam pertempuran.

"Itu semua anak murid saya. Saya suruh mereka bersembunyi dan selamatkan Projek 046. Ermina... anak saya macam mana?" soal Haris risau. Ermina adalah satu-satunya anak Haris. Dia tak mahu kehilangan anak gadis kesayangan. Sudahlah di dunia ini, hanya Ermina sahaja keluarga yang dia ada.

"Mereka semua selamat. Bantuan sedang dalam perjalanan untuk menyelamatkan mereka," ujar Haris.

"Jangan!" jerit Haris. Dia memegang erat lengan Harry menghalang dia daripada pergi.

"Jangan apa Marsyal?"

"Jangan selamatkan mereka. Kalau kamu selamatkan mereka, Malik akan tahu kedudukan mereka. Usaha untuk menyembunyi Projek 046 akan jadi sia-sia. Kamu hanya perlu perhatikan mereka sahaja. Saya percaya Kapten Arash mampu menyelesaikan masalah ini," ujar Haris bersungguh-sungguh. Anak mata Haris menikam dalam anak mata Harry. Dia benar-benar maksudkan apa yang dia telah katakan.

Harry menggaru kepala yang tidak gatal. Lambat-lambat dia mengangguk faham.

"Baiklah... tapi saya nak pastikan salah seorang daripada mereka berenam tahu tentang SCAR supaya bila keadaan kembali gentir, mereka tahu yang SCAR ada untuk bantu mereka. Saya akan bawa Sarjan Ermina untuk taklimat dan melawat Marsyal," jelas Harry lagi.

"Terima kasih kerana memahami, Harry," ucap Haris perlahan.

Harry mengangguk. Cahaya terang yang menerangi mereka di hadapan memberitahu bahawa mereka sudah tiba di pangkalan SCAR. Alhamdulillah... segala urusan dipermudahkan sepanjang perjalanan mereka ke pangkalan itu.

Haris menguap luas. Matanya terasa berat ketika dia melihat bangunan moden berbentuk obor-obor itu. Semakin lama, matanya semakin kuyu. Akhirnya, dia terlena. Hydrosphere yang dinaiki mereka bergerak merentasi laut biru menuju ke pintu masuk pangkalan SCAR.

⚔️⚔️⚔️

MEREKA yang mendengar cerita Haris itu mengangguk perlahan. Persoalan mereka semua akhirnya terjawab.

"Saya terpaksa rahsiakan kematian saya untuk keselamatan kamu semua," ujar Haris perlahan.

Mereka semua mengangguk faham lagi.

"Kalau kamu semua sudah crystal clear, saya nak bawa kamu semua ke bilik senjata," ajak Haris seraya bangkit daripada duduknya.

Mereka semua akur. Mereka berjalan dengan mulut terkunci rapat, mengikut Haris yang mengetuai di hadapan. Tidaklah jauh mana mereka berjalan kerana kini, mereka sudah sampai ke tempat yang ingin dituju.

Sebuah pintu besi besar di hadapan ditenung lama oleh mereka berlima.

Ting!

Pintu itu hilang daripada pandangan sebaik saja berjaya mengesahkan cap jari Haris pada pengimbas.

Masing-masing menjadi rambang mata tatkala menjejakkan kaki ke dalam bilik senjata. Segala senjata yang tersusun kemas di dalam bilik itu dipandang dengan penuh minat. Penuh dengan senjata moden, Haura memandang bom atom yang berada dua langkah dari sisi kanannya.

"Patut ke kita bawa balik bom atom tu untuk Ayra?" tanya Haura. Bibirnya tersenyum nakal.

"Definitely," jawab mereka serentak.

Ya, Ayra itu memang seorang pencinta bom. Jangan couple dengan dia kalau pengakhirannya kamu berdua tidak bahagia. Tak fasal-fasal ada ex yang terkorban akibat dibom.

"Saya nak kamu semua bawa semua senjata ni pulang ke pangkalan kamu secepat yang mungkin. Mungkin tak sehebat senjata Teranium tapi, lebih baik daripada tak ada langsung." Haris menghulurkan pistol Groza itu kepada Arash.

"SCAR tidak akan bantu JUSTICE ke, Marsyal?" tanya Arash seraya menyambut pistol itu. Matanya tertancap kagum meneliti pistol Groza.

Grip pistol Groza yang ringan memudahkan pergerakkan semasa menembak, barrelnya juga tidaklah terlalu panjang dan memudahkan untuk dia membidik. Sememangnya, pistol ini pistol yang terbaik untuk pergi bertempur.

Haris hanya memandang mereka semua simpati. "Kami ada sesuatu yang lebih besar perlu diselesaikan di sini. Ini semua tugas kamu. Jangan biarkan Projek 046 itu jatuh ke tangan musuh."

Mereka mengangguk semangat. "Kami takkan kecewakan Marsyal lagi. Kami takkan ulang kesilapan yang sama," kata Arash dengan penuh semangat.

"Kamu semua tak pernah kecewakan saya. Saya yakin terutamanya dengan kamu Arash. Kamu seorang pemimpin yang bagus. Saya tahu kamu lebih baik daripada apa yang kamu fikirkan." Haris menepuk bahu Arash. Di sebalik anak mata itu, dapat Arash lihat keikhlasan kata-kata ketuanya.

Sukmanya disuntik dengan semangat membara. Ada api yang sedang marak di dalam jiwa yang mampu membakar lalang kering biarpun jauh di seberang lautan. Dia sudah tekad untuk jalankan tugas dengan bersungguh-sungguh.

"Saya janji dengan Marsyal. Musuh kita akan tumpa..."

I have a pen... I have an apple... Urgh... Apple pen...

Mata mereka tajam memandang poket seluar Aryan yang mengeluarkan bunyi aneh itu. Bergetar-getar poket Aryan dibuatnya.

Aryan hanya tersengih menampakkan barisan gigi putih.

"Alamak... lupa pula mahu tukar ringtone. He... he..." ketawa Aryan lalu mengeluarkan telefon pintar daripada kocek seluarnya.

Nama yang tertera pada skrin itu dibaca. Leftenan Khayla. Butang hijau disentuh.

"Hai, Leftenan Khayla..."

"Kapten Aryan! Kita diserang! Farhan sudah tiba dengan tenteranya! Kami... tak... bertahan..."

Talian terputus.

"Hello Leftenan! Leftenan? Leftenan!" teriak Aryan namun tiada respon dari sebelah sana.

"Arash, kita sudah tiada banyak masa. Mereka diserang! Saya tak rasa mereka akan bertahan lama." Wajah Aryan bertukar risau memandang Arash. Hatinya resah gelisah.

"Sempat ke kita sampai ke pangkalan dengan bawa semua senjata ni? Saya tak rasa kereta kancil 'mewah' kita tu muat untuk bawa semua senjata ni," kata Haura.

"Nampaknya... kita terpaksa guna ni," ujar Arash lalu mengeluarkan alat teleportasi yang disimpankan dalam kocek jaketnya.

Mereka berlima berpandangan sesama sendiri. Semua ini terlalu pantas untuk ditafsir dengan baik. Arash memandang Haris dengan harapan lelaki itu dapat membantu mereka. Wajahnya penuh berharap menggamit wajah ketuanya itu.

Faham akan maksud tatapan Arash, Haris memberi arahan, "Sarjan Haura, Kapten Aryan dan Ermina. Kamu guna alat teleportasi untuk kembali ke pangkalan bersama senjata. Kapten Arash dan Leftenan Adira, saya nak kamu bawa Terajet bersama kamu. Saya percayakan kamu semua. Jangan biarkan Projek 046 jatuh ke tangan musuh!"

"Semua ini akan berakhir tak lama lagi."

Seguir leyendo

También te gustarán

715 194 8
*⁠.⁠✧ hati - hati dijalan kerana aku tidak akan berada dijalan yang sama dengan kau lagi almondcaxe_ || 2023
9.6K 1.1K 14
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu
278 73 9
SLOW UPDATE‼️ Lena dengan gelaran kekasih, celik dengan gelaran isteri. Terkejut? Mindanya sedar namun, fizikalnya kaku. Tidak mampu membantah. Mampu...
2K 284 24
Kisah si pemegang kuasa StoneCrystal bayang dan ketua asal Elementalist, Kai Vari. Dia bersama enam adiknya, hidup di Altar untuk mencuba pelbagai be...