My Crush, Bestfriend & Iใ€JJKใ€‘

By lil-eilish

488 131 28

"๐‘บ๐’†๐’ƒ๐’†๐’๐’–๐’Ž ๐’‚๐’Œ๐’– ๐’„๐’Š๐’๐’•๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’‚๐’– ๐’‚๐’Œ๐’– ๐’…๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’†๐’๐’‚๐’ ๐’”๐’Š๐’‚๐’‘๐’‚ ๐’Œ๐’‚๐’– ๐‘บ๐’‚๐’†๐’“๐’‚." -๐ฝ๐‘’๏ฟฝ... More

โ€ข.ยธโ™ก 02 : Who Are You โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 03 : Become More Closer โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 04 : Cinta Semakin Berputik โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 05 : Two Men Take Care One Girl โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 06 : Missing Someone โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 07 : Mysterious Women โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 08 : Special Gift โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก09 : This is Just The Beginningโ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 10 : I'm Scared โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 11 : Happiness Is Declining โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 12 : I"m Lost Everything โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 13 : Please Don't Leave Me โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 14 : Nothing To Say โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 15 : I Must Let You Leave โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 16 : Fight Like Childish โ™กยธ.โ€ข
17 : Mark-ker Troubleshoot โš† _ โš†
โ€ข.ยธโ™ก 18 : Hello Canada โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 19 : Blink of an Eye โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 20 : Unfortunate โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 21 : Kenal tetapi tidak Sedarโ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 22 : Home โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 23 : Baby!! โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 24 : Rumor โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 25: Angkara Siapa? โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 25: Can't keep hiding โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 27 : Back To Know Him โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 28 : How Could I know You?โ™กยธ.โ€ข

โ€ข.ยธโ™ก 01 : First Meet โ™กยธ.โ€ข

75 10 12
By lil-eilish

TAP TAP TAP

Kedengaran langkah sepasang kasut. Milik seorang gadis yang comel ditambah dengan senyuman yg menawan.

Hari ini adalah bulan terakhir persekolahan bagi tahun yang terakhir padanya. Dia akan menamatkan pelajarannya tidak lama lagi.

"Saera!!"

"Huh?"

"Cuba pergi tengok sekarang. Result dah keluar. Mesti kau tak percaya kau dapat ape!"

Jisoo. Sahabat akrab kepada Saera tercungap-cungap menyampaikan berita itu.

Tanpa berlengah, Saera menarik lengan Jisoo menuju ke papan kenyataan sekolah.

"Tepi sikit nak masuk. Tumpang lalu tumpang lalu"

Akhirnya berjaya juga dia tampil di hadapan sekali. Lalu dia mula mencari namanya.

Tiba-tiba Jisoo pantas menunjukkan papan kenyataan itu dgn jari telunjuknya.

"Sini laaa, aku dah hafal haaa"

Saera tersengih. Dia kembali membelek papan kenyataan tersebut. Tanpa diduga dia memberi reaksi yang sangat mengejutkan. Dia telah memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran kecuali fizik,iaitu A-.

Dia memandang Jisoo tanpa berkata apa-apa lalu terus memeluk tubuh Jisoo. Jisoo membalas pelukannya sambil terloncat-loncat. Nampaknya dia yang terlebih teruja.

"Dah jom! Amik paper result kau. So dapat la kau lanjutkan pengajian kau kan?"

"Haah laa, tapi kalau aku ade duit laa" Suaranya sedikit bernada perlahan.

Memandangkan dia hanya menyara dirinya sendiri dan terpaksa juga memberi duit kepada ayah tirinya. Belum tentu dia dapat mengumpul duit dalam jumlah yang banyak sebagai wang pengajiannya nanti.

"Takpe.. aku kan ade! Nanti kita pikirkan tau. Lagipun kau tinggal jela dengan aku. Susah la kau duduk dengan appa kau tu. Bukannya menjaga anak,mendera je lebih" Jisoo cuba menasihati Saera.

Dia tahu bahawa ayah Saera merupakan seorang kaki judi dan kerap mabuk setiap malam. Dia betul- betul risau dengan keadaan Saera yang sanggup bertahan selama 9 tahun.

Dia didera selepas ibunya lari meninggalkan ayahnya akibat tidak tertahan lagi. Tetapi dia tidak dibawa bersama. Sejak dari itulah dia mula mencari duit sendiri pada usia yang begitu muda.

Kerap kali ayahnya meminta duit untuk berjudi dan jika tidak diberi pasti dipukul. Malah hampir juga Saera dijual apabila umurnya mencecah 13 tahun.

Tetapi Saera bernasib baik apabila Jisoo telah memberi wang ringgit kepada ayah Saera agar Saera tidak dijual. Saera benar-benar tiada siapa di sini melainkan Jisoo.

"Tak boleh laa, nanti appa aku jadi ape-ape macam mana? Dia dah la tak de duit. Lagipun dia je keluarga yang aku ada sekarang ni" Balas Saera dengan lembut. Dia masih sayangkan ayahnya.

"Yelaaa. Kalau appa kau pukul kau, kau lari je ke rumah aku ok, aku tanak kau sakit-sakit. Faham!"

Saera mengangkat tangan untuk membuat tanda ok dengan jemari manisnya sambil tersengih. Sayang betul sahabat baiknya itu.

BUK!

"Auch! sakitnya kepala aku" Saera mengadu kesakitan

"Wehh kau ok tak?" Soal Jisoo

"Okok"

"Auch auch, trak mana tak de driver nih!"

Kedengaran suara lelaki lain pula di telinga mereka berdua. Saera terlanggar orang kah? Saera melihat ke bawah lantai. Habis bersepah buku lelaki itu dibuatnya.

Dia langkas mengutip buku-buku lelaki itu sehingga terkutip bukunya sendiri juga. Lalu terus memberikan kepada lelaki itu. Dia sempat melirikkan matanya melihat nama yang sedia ada dibuku tersebut.

"Jeon Jungkook.." katanya perlahan
"Ehh kau nih. Belek nama aku pulak pehal" Tegur Jungkook.

Jungkook adalah pelajar yang terkenal di sekolah oleh kerana kepintarannya yang luar biasa. Dia juga dilahirkan dalam keluarga yang berada. Bukan itu saja.

Dia semestinya kacak dan memiliki sepasang anak mata berwarna biru,ditambah pula matanya kelihatan bersinar-sinar. Ini kerana dia dicampur dengan darah luar.

"Memang tak reti nak terima kasih ke?!" Saera mengherdiknya. Dia naik geram pula dengan lelaki yang tidak bersopan itu.

"Arhh lantak aku la"

PAP!!

Muncul seorang lelaki menampar kepala Jungkook.

"Betul apa cakap dia, yang kau nak bising sangat pehal. Bukan dia rembat boxer kau pun" Tegur Mark.

Dia sahabat baik kepada Jungkook. Sama seperti Jungkook, mempunyai rupa yang kacak dicampur dengan darah Taiwan. Selain itu dia juga dari golongan kaya tetapi dia malas belajar. Selalu mendapat giliran terakhir di dalam kelas. Tapi masih sekelas dgn Jungkook.

["Cerdik semula jadi siak still duduk kelas depan 😂"-Author"]

"Huh, kau depan awek semua lagak gentleman!" Balas Jungkook dengan perasaan menyampah.

Mark mengendahkan kata-kata Jungkook lalu perkenalkan dirinya. Almaklum lah jumpa awek cantik takkan nak lepaskan peluang.

"Hi, aku mark" dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tanda perkenalan.

"Saera dan ini kawan saya Jisoo" Saera membalas.

"Mamat ni nak intro-intro sangat pehal,macam la satu sekolah ni tak kenal dia huh" Bisik Jisoo pada Saera dengan perlahan. Namun masih dapat menarik perhatian dua jejaka itu.

"Ehem sorry, Jungkook ni memang bodoh sikit. Mak dia tak pernah ajar dia ucap terima kasih. Dia reti sebut thank you je" Ujar Mark sambil menggosok kepala Jungkook ala-ala beby boy.

"Bukan sama je ke?" Tegur Jungkook.
"Kau ni tak pernah nak support member buat lawak kan?!" Bidas Mark dalam berasa malu.

Saera dan Jisoo ketawa melihat gelagat dua ekor berok itu.

Tanpa membuang masa Saera ingin meninggalkan tempat itu dengan mencuit lengan Jisoo untuk memberi isyarat.

"Eh korang! Kami pegi dulu ye nanti lewat sampai kelas hehehe" Beritahu Jisoo.

Belum sempat mereka melangkah kali kedua. Jungkook menahan.

"Kelas kita sekali kan? Jom arh jalan sekali." Ajak Jungkook

Mark mengangkat kening ala-ala the rock gituw. Dia hairan dengan ajakan Jungkook. 'Tadi bukan main marah, ni jadi kucing pulak sondol-sondol kat kaki ujar Mark dalam hati.

Jisoo dan Saera mengangguk sahaja. Mereka pun mengorak langkah bersama-sama.

Sepanjang perjalanan hanya Mark dan Jungkook sahaja yang bising mengalahkan kanak-kanak. Saera dan Jisoo hanya tertawa melihat mereka.

"Adakah mereka sudah mula digelar kawan?" Fikir Saera sendirian.




•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•|•







KRINGGGG!!!!

"Aku dah kemas ni jom balik, yeay!" Ajak Jisoo sambil menarik Saera. She really are super excited.

TAP TAP TAP

Mereka melangkah bersama-sama menuju keluar bangunan.

WUSHHHHHH WUSHHHHHH

Bunyi angin yang begitu kuat pasti menandakan hari hampir hujan. Mereka yang sudah sampai di perhentian bas akan mula berpisah.

Hal ini kerana Saera hanya berjalan kaki memandangkan rumahnya tidak sejauh mana. Tapi yang pasti untuk mengurangkan penggunaan duit.

"Byee Jisoo!" Saera melambaikan tangannya
"Bye, take care beby!" Jisoo membalas lambain Saera lalu menaiki bas. Bas telah pun berlalu pergi meninggalkan Saera sendiri di perhentian bas.

"Aku tak de payung ni. Ermm macam mana ni..." Saera berasa resah. Dia hanya mampu melihat air hujan yang turun dengan deras sekali.

"Aaaaa aku ade letak dalam locker laaa" Saera mula mengingatinya. Tapi beranikah dia untuk pusing semula bagunan sekolah pada waktu yang sunyi ini.

"Takpelah, lagipun hujan makin lebat mesti lambat lagi nak berhenti" Cakapnya sendiri. Dia menyanyi bagi menghilangkan rasa sunyi.

Tiba di bilik locker kelihatan sangat gelap memandangakn awan yang mendung akibat hujan. Saera mencari suis lampu.

Tetapi dia terdengar bunyi locker sepertu digoncang-goncang. Saera yang sememangnya sudah berasa takut mula panik.

DETUMMMMM!!!!!

Bunyi sambaran kilat yang kuat itu telah mencerahkan bilik locker dengan pantas. Saera dapat menangkan bayangan sesorang. Dengan berbaju putih, makhluk itu semakin hampir dengannya.

Saera ketakutan lalu cepat-cepat meraba dinding untuk menekan suis lampu.

PAP!

Lampu berjaya di bukanya dan...

"Aaaaarrrrrrrrrrhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!"

Saera menutup matanya. Dan dia perasan bukan suaranya sahaja yang menjerit.

"Saera?!! Ape kejadahnya kau ada kat sini. Tak reti balik ke? Gelap-gelap macam ni. Perempuan pulak tu sorang-sorang" Marah Jungkook sambil mengurut-ngurut dadanya. Terkejut betul.

"Hishh awak pun sama la buat ape kat sini, tak reti buka lampu pulak tu!" Marah Saera kembali.

Tetapi dia berasa lega kerana rupanya Jungkook. Bagaimana kalau betul-betul Cik Ponti nanti? Pasti esok pagi baru Jisoo ketemukannga disini akibat dirinya telah pitam.

"Aku amik barang aku salah ke?" Jungkook mengangkat keningnya.

"Saya pun!" Saera menjeling kemudian pergi ke locker nya. Dia membuka pintu dengan kunci kemudian mengambil payung berwarna pink ditambah corak bertompok hitam. Lalu lockernya dikunci semula.

Tingkah lakunya diperhatikan Jungkook dari awal tadi. Saera mengalihkan pandangan ke arah Jungkook dan mula hairan dengan permehatian Jungkook.

"Awak tanak keluar ke?" Saera menya dengan lembut.

"Jom la, lagipun bagunan ni gelap hujan-hujan ni" Jungkook terus melangkah keluar dan di ikuti Saera dari belakang.

"Kau amik payung ni? Kau nak berjalan tengah hujan ke?" Soal Jungkook memulakan perbualan.

"Yelah takkan nak jalan atas awak pulak" Perli Saera.

"Lawak ekk?" Jungkook menjeling. Saera ketawa disebelahnya. Jungkook memerhati Saera sekali lagi. Dia suka memandang Saera. Dan Saera sedar akan hal itu

"Ehem awak mesti balik naik kereta kan? Saya pegi dulu ye" Saera ingin melangkah pergi.

"Kejap kau balik sorang jeke?"

"Yelah."

"Kejap tunggu tau"

Jungkook berlari anak ke tepi jalan. Dia menuju ke sebuah kereta mewah berwarna hitam. Dia mengambil topi dan payung di tempat kereta belakang. Kemudian berlari ke arah Saera semula.

"Dah jom pergi!" Ajak Jungkook.
"Awak nak teman saya balik ke?"
"Tak lah, aku nak ikut kau je. Yela aku bosan sikit"

'Herhhh tak gentleman langsung mamat ni' detik Saera di dalam hati.

*Sedang berjalan kaki*

VROMMMM!!!

Sebuah kereta memandu dengan laju sehingga melanggar lopak air dengan kuat dan..

BUSHHHHH!!!

Jungkook memeluk Saera agar tidak terkena percikan air tersebut. Jungkook basah. Saera yang sedar berada dalam pelukan Jungkook, pantas menepis. Mukanya sedikit merah. Malu dengan tindakan drastik Jungkook.

"Ohhhh! Habis awak dah basah.." Saera berasa bersalah.

"Takpe jom teruskan perjalanan kau ni" Jungkook selamba berjalan dengan bajunya yang basah.

'Dia anak orang kaya tapi... Tak kesah basah basah kat public macam ni?' Fikir Saera.

"Oii kau tunggu sape lagi tu. Pakwe ke?" Jerit Jungkook

"Kejap!" Saera berlari anak ke arah Jungkook.

"Jungkook! Awak kawan dengan Mark je ke kat sekolah ni?"

"Yelah, aku kenal dengan dia sebab parents kita orang kenal dah. So lahir umur sama berkawan jela jawabnya"

"Owww kelakar kan Mark tu? Dari tadi keje buat lawak bodo je"

"Mana ada, aku lagi pandai buat lawak lah!" Marah Jungkook menafikan pendapat Saera.

"Eleh jealous lah tu"

"Tak mana ada. Im just saying the truth." Jungkook masih pertahankan pendapatnya.

"Eleh saya tengok pun dah tahu" Saera makin suka menyakat.

Jungkook menyilangkan tangannya dengan muka memandang ke arah jalan. Pipinya sedikit merah seperti marah.

'Haha comel' Tercetus kata itu di hati Saera.

"Saera!!!!! Budak tak guna!"

"Huh appa?!"



------ to be continue ______

______________________________________________

[MYRAH]

Ok hye guys, This is Myrah but fanfiction ni bukan Myrah punya. Kawan Myrah punya.

Cover, jalan cerita and all the things is her idea and work as well.

Myrah harap korang boleh support kerja penulisan dia.

Thanks for reading

❤️❤️❤️

______________________________________________

Continue Reading

You'll Also Like

222K 7.2K 55
แ€›แ€ญแ€•แ€บแ€แ€ปแ€ฑ แ€€แ€ญแ€ฏแ€€แ€ผแ€ฎแ€ธแ€€แ€ญแ€ฏแ€แ€ปแ€…แ€บแ€แ€šแ€บ แ‹ แ€€แ€ญแ€ฏแ€€แ€ผแ€ฎแ€ธแ€œแ€Šแ€บแ€ธ แ€›แ€ญแ€•แ€บแ€แ€ปแ€ฑแ€€แ€ญแ€ฏแ€แ€ปแ€…แ€บแ€œแ€ฌแ€›แ€„แ€บ แ€–แ€ฝแ€„แ€ทแ€บแ€•แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€•แ€ฑแ€ธแ€”แ€ฑแ€ฌแ€บ แ‹ แ€”แ€ฝแ€ฑแ€ฅแ€ฎแ€ธแ€›แ€ญแ€•แ€บแ€แ€ปแ€ฑ ๐Ÿ€ แ€”แ€ฑแ€™แ€แ€”แ€บแ€ธ & แ€”แ€ฝแ€ฑแ€ฅแ€ฎแ€ธแ€›แ€ญแ€•แ€บแ€...
987K 30.5K 61
Dans un monde oรน le chaos et la violence รฉtaient maitre, ne laissant place ร  ne serrait ce qu'un soupรงon d'humanitรฉ. Plume รฉtait l'exception. Elle...
555K 18.9K 144
Read and find out...
186K 14.1K 47
[Under editing]* "Charche nashe ke chal rahe the main zikr teri aankhon ka kr aaya, jab baat sukoon ki chidi main baat...