JUSTICE : Projek 046

By BananaAdelyn_

7.2K 1.1K 1.5K

Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay âœĻ Disclaimer: Cerita ini... More

âœĻ Gallery & Achievement âœĻ
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Epilog

Bab 11

273 56 85
By BananaAdelyn_

SETELAH hampir 1 jam perjalanan, akhirnya enjin kereta kancil itu dimatikan. Maka, pemandu dan semua penumpang segera keluar daripada perut kereta dengan kadar tergesa-gesa. Ada yang sampai memeluk batang pokok tanda bersyukur kerana berjaya keluar daripada penyeksaan sebentar tadi.

Mereka semua sibuk mengelap peluh yang menitik daripada dahi. Ada juga yang bajunya basah lecun dengan keringat. Sudahlah lengkap berpakaian hitam, kemudian dipaksa pula masuk ke dalam 'sauna' kecil.

"Hampir 1 jam kita dalam kereta. Kata dekat saja dari pangkalan." Haura menjeling Aryan di sebelah. Dia mengibas tangan supaya angin bertiup ke muka. Walaupun anginnya tak berapa kuat, asalkan dapat sedikit udara sejuk pun jadilah untuk hilangkan rasa sesak.

"Dekat betul ya," perli Arash, turut menjeling ke arah Aryan. Akhirnya, dia berhenti memeluk batang pokok tersebut. Katanya, pokok ada banyak oksigen sebab itu dia memeluk pokok untuk hilangkan rasa panas.

"Dekat la. 15 km saja dari pangkalan. 50 minit bukannya lama mana," seloroh Aryan lalu tersenyum sumbing sendirian. Belakang tengkuk digosok kekok.

"Hah ya la. Sudahlah bawa kereta 15 kilometer sejam. Tak ada air cond pula tu. Saya rasa macam duduk dalam oven," rungut Haura sambil bercekak pinggang. Bibirnya muncung seinci ke hadapan tanda dia kurang berpuas hati.

"Tapi, bukan salah saya kereta ni sudah cabuk. Kereta kancil ni sajalah yang kita boleh guna. Yang lain sedang digunakan dan ada yang disimpan untuk kecemasan saja," balas Aryan, cuba menenangkan hati rakan-rakan yang sedang menggelegak dengan kegeraman.

Sudahnya, masing-masing reda. Sekurang-kurangnya, mereka bersyukur kerana masih dapat sampai ke destinasi yang dituju.

Semua retina mata kini tertumpu pada Laut Selat Melaka yang terbentang luas di hadapan. Angin sejuk bayu laut meniup kuat menyapa ke muka. Terasa sungguh nyaman. Habis terpadam segala niat untuk menyerang Aryan sebentar tadi.

Haura mendepakan tangan ala-ala filem Titanic, membiarkan udara sejuk itu menerpa ke seluruh badannya pula.

"Nasib baik Sarjan Ermina tidak melayang dek kerana ditiup angin. Maklumlah, tak cukup makan. Kurus sangat. Makan banyak pun masih kurus," gurau Haura namun, tiada siapa ketawa. Dia hanya ketawa seorang diri.

"Bebas daripada Rayyan," ujar Haura lagi. Gadis berpangkat Sarjan itu masih leka dengan dunianya. Suasana tenang di situ membuatkan dia seperti mahu terbang tinggi melawat awan di atas sana.

"Sudah suka si Ejen Rayyan itu, mengaku sajalah," sakat Adira seraya menyiku-yiku pinggang Haura.

"Oi, mana ada! Dia bukan jenis saya, saya suka yang alim seperti Ejen Zakwan," ujar Haura. Sengaja dia mahu Ermina cemburu memandangkan dia sudah tahu yang Ermina ada menaruh perasaan terhadap mentee sendiri, Ejen Zakwan.

Namun, apabila dia menoleh ke kanan untuk melihat Ermina, Ermina sudah tiada di sebelahnya.

"Mana Sarjan Ermina?" Dahi Haura berkerut. Kelam-kabut mereka semua mencari kelibat Ermina namun, Ermina tiada di mana-mana.

"Itu... disana!" teriak Aryan lantang. Jari telunjuk dihalakan lurus ke arah laut.

"Sarjan Ermina?"

Jeritan mereka memanggil namanya, dihiraukan begitu sahaja. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ermina terus berjalan mengharungi laut tersebut dan sedikit pun Ermina tidak menoleh ke belakang memandang mereka.

"Sarjan Ermina! Awak nak pergi mana?" teriak Aryan namun tiada respon daripada Ermina.

"Kerja gila apa yang awak nak buat Sarjan Ermina?"

Paras air sudah mencecah ke dagu Ermina. Kakinya sudah tidak lagi mencecah pasir di dalam laut itu. Dia menutup mata dan menarik nafas dalam. Mulutnya bergerak-gerak membaca Basmallah sebelum mula menyelam ke dasar laut.

Arash, Adira, Haura dan Aryan berlari mengejar Ermina. Laut biru itu turut diharungi oleh mereka. Mereka sudah terlambat, Ermina tidak lagi berada di permukaan air.

"Sudah kenapa dengan Sarjan Ermina? Tak explain tak apa terus menyelam. Nak mati ke?" Aryan merengus geram. Bibirnya diherot ke kanan.

"Apa kita nak buat ni, Kapten?" tanya Adira kepada Arash.

"Masa meeting tadi, Ermina ada kata kita kena percayakan dia. Jadi, kita kena percayakan dia dan kita akan menyelam juga," balas Arash yakin.

"Menyelam? Arash pun sudah gila ke? Memang tak la sa..."

Splash!

Arash dan Adira sudah menyelam ke dasar laut meninggalkan Aryan dan Haura yang masih ragu-ragu lagi dengan keputusan Arash. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Kurang pasti dengan apa yang perlu dilakukan.

"Kita ikut saja la," kata Aryan. Haura hanya mengangkat bahu. Mereka menarik nafas sebelum mula menyelam ke dasar laut mengejar Arash dan Adira.

"Hah?"

Terkebil-kebil Haura dan Aryan memandang objek asing di hadapan mereka. Bentuknya sfera dan berwarna putih. Objek itu terapung di tengah-tengah antara permukaan dan dasar laut. Begitu asing dan pelik rupanya menyebabkan dahi mereka berkerut hairan.

'Apa bendanya bentuk sfera ini? Pelik betul rupanya. Saya rasa mana ada ikan bentuknya begini? Mana yang lain? Takkan sudah selam sampai dasar laut?' fikir Haura.

Aryan menyentuh objek bulat itu takut-takut. Perasaan ingin tahu dalam dirinya semakin membuak-buak apabila permukaan objek sfera itu mula bergetar.

"Peliknya." Haura turut menyentuh objek bulat itu.

Secara tiba-tiba, tangan mereka ditarik masuk ke dalam objek sfera itu. Mereka meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri tetapi gagal. Ada satu daya tarikan kuat dalam objek sfera itu menyebabkan mereka semakin sukar untuk melepaskan diri. Semakin lama hampir separuh badan mereka disedut masuk ke dalam objek sfera itu.

Haura menutup mata apabila seluruh badannya memasuki objek sfera itu. Tak sangka dia akan mati dengan cara yang begitu tragis dan begitu aneh sekali. Ditelan hidup-hidup oleh objek sfera yang sungguh asing.

"Sarjan Haura, awak tertidur ke apa?" soal Ermina seraya menepuk kedua-dua belah pipi Haura dengan perlahan.

Haura terlalu terkejut dengan sentuhan itu. Spontan tangan Ermina ditepis kasar. Kelopak mata terbuka luas memandang Ermina yang sedang menahan ketawa.

"Sarjan Haura, jangan lupa untuk bernafas," pesan Adira. Dia yang berdiri di belakang Ermina hanya bercekak pinggang.

Anak mata Haura berkeliaran memandang sekeliling. Mereka berlima kini berada di dalam objek sfera yang misteri itu. Dia perasan yang mereka juga sudah tidak berada di dalam air lagi.

Haura menghela nafas lega. Dadanya diurut perlahan sambil bibirnya mengucap rasa syukur kepada Tuhan.

Alhamdulillah... panjang lagi umurnya.

"Apa bendanya benda sfera ini? Rumah duyung ke?" soal Haura ingin tahu. Dia bangkit daripada duduknya.

"Benda sfera ini namanya Hydrosphere. Pendek cerita, dia macam 'kereta laut' tapi tak ada roda ataupun pintu. Dia bulat dan... cara nak masuk memang pelik. Apabila kamu sentuh permukaan Hydrosphere, kamu akan disedut masuk. Hydrosphere ini hanya membenarkan ejen JUSTICE sahaja yang boleh menembusinya dengan membaca cap jari kamu untuk pengesahan apabila kamu menyentuh permukaannya," terang Ermina.

Tiba-tiba ada angin panas yang sangat kuat meniup tubuh Haura dan Aryan daripada segenap arah. Mereka memandang Ermina cuak.

"Human dryer," ujar Ermina, menjawab persoalan Haura dan Aryan.

"Jadi, kenapa kita berada di sini, Sarjan Ermina?" tanya Aryan. Soalan itu masih belum terjawab.

"Kita akan bergerak ke pangkalan SCAR."

"Apa benda pula SCAR tu?" Kepala yang tidak gatal digaru. Banyak pula benda aneh yang mereka dengar hari ini. Namun, Ermina kelihatan tenang dan memilih untuk mengunci mulut.

Hydrosphere itu mula bergerak merentasi dasar laut lalu kenderaan sfera itu turun ke satu lubang gelap secara perlahan-lahan.

"Gelapnya." Adira berjalan merapati Arash. Anak matanya jelas kelihatan cuak ketika merentasi ruang gelap itu.

"Saya ada... jangan risau," pujuk Arash. Senyum nipis terukir senang di hujung bibir. Adira membalas senyuman itu dengan senyuman juga.

Kegelapan itu menyelubungi mereka untuk 30 saat lamanya sebelum mereka masuk ke satu ruang yang bercahaya terang.

Sebaik saja mata berjaya diselaraskan dengan cahaya silau itu, rahang mereka jatuh melihat objek besar yang sedang terapung di hadapan mereka. Satu lagi kejutan untuk mereka berempat hari ini.

"Be... be... besarnya! Ini ke benda SCAR tu?" Mereka semua tercengang melihat sebuah bangunan besar dan moden di hadapan mereka. Bentuknya seperti obor-obor moden. Segala kelengkapan teknologi yang mengeliligi bangunan itu juga kelihatan amat canggih.

"Kenapa saya rasa SCAR ini hebat? Mereka kawan atau lawan kita?" Aryan mengutarakan soalan. Matanya tidak berkelip memandang bangunan canggih itu. Dalam hati, terbit rasa kagum kepada SCAR. Belum apa-apa lagi, mereka sudah berjaya menarik perhatian dia dengan kelengkapan infrastruktur yang begitu hebat.

Hydrosphere itu bergerak ke arah pintu A yang terbuka seolah-olah mengalu-alukan kedatangan mereka. Apabila Hydrosphere mereka sudah masuk ke dalam, pintu itu ditutup semula.

Hydrosphere itu berhenti bergerak. Kini mereka tidak lagi berada di dalam laut sebaliknya mereka berada di dalam sebuah bilik besar dan berwarna putih.

Air laut di sekeliling mereka surut dengan laju. Sebaik saja surut, Hydrosphere mereka hilang sekelip mata apabila air laut sudah tiada. Mereka berlima, kecuali Ermina, berdiri di situ dalam keadaan yang terpinga-pinga. Kurang faham dengan situasi yang berlaku.

Arash mengurut pelipis kepala. Aryan menggaru kepala yang tidak gatal. Adira memandang Ermina sambil kedua belah kening tinggi diangkat ke atas. Kening Haura bercantum di tengah sambil bercekak pinggang memandang Ermina inginkan penjelasan.

Secara tiba-tiba, satu-satunya pintu dalam ruang itu dibuka secara automatik apabila menerima sensor kehadiran seseorang. Seorang lelaki yang kelihatan berumur hujung 40-an yang lengkap berpakaian serba hitam berjalan ke arah mereka berlima dengan senyuman sambil melambaikan tangan.

Mata Arash, Adira, Haura dan Aryan serentak terbeliak luas di saat retina mata mendarat pada lelaki yang sedang berjalan ke arah mereka itu. Mulut mereka terlopong luas. Kejutan demi kejutan mereka terima sejak tadi tetapi semua itu tidak boleh lawan dengan kejutan yang kini berlaku di hadapan mata.

Arash menampar pipi kanannya dengan kuat kerana tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya. Dia sangka ini semua khayalan semata-mata. Haura dan Adira memegang kepala yang terasa pening tiba-tiba. Aryan hanya berdiri kaku dan memandang lelaki itu tanpa berkelip.

Ermina hanya lagak tenang. Dia menyeluk tangan ke dalam poket sambil membalas senyuman lelaki itu.

"Hai semua apa khabar? Lama tak jumpa," tegur lelaki itu sebaik saja tiba di hadapan mereka semua. Satu persatu wajah mereka berlima diperhatikan sambil menahan ketawa.

"Ta... tak mungkin." Terketar-ketar lutut Arash memandang wajah lelaki di hadapannya. Jantungnya berdegup laju. Mukanya terasa panas dengan darah berpusu-pusu naik ke kepala. Rasa seram mula menyelubungi diri.

"Saya sudah agak mereka akan terkejut tapi bukanlah sampai macam ni sekali," ujar Ermina lalu menggeleng kepala.

"Haha... mestilah mereka terkejut. Tiba-tiba pula ada kebolehan melihat roh yang sudah mati," sakat lelaki itu lalu ketawa lucu. Kalau ada kamera, rasanya dia sudah mengambil berpuluh-puluh gambar reaksi luar biasa yang terlukis pada wajah mereka berempat.

"Ermina bawalah mereka semua ke kafeteria. Biarkan mereka bertenang dulu. Takut ada yang pengsan pula sekejap lagi," arah lelaki misteri itu. Kepala Ermina diusap perlahan sebelum berjalan meninggalkan mereka.

"Bertenang semua. Kenapa muka macam nampak hantu? Dia itu manusia juga." Ermina menggeleng kepala sekali lagi melihat mereka berempat yang masih belum hilang terkejutnya.

Suara mereka tersekat dikerongkong. Mereka tidak mampu untuk berkata-kata. Hormon adrenalina yang sedang menjalar dalam tubuh membuatkan mereka menggigil kesejukan. Reaksi mereka benar-benar seperti baru ternampak entiti seram.

"Itu... itu... kan..." Haura tergagap cuba menghabiskan ayatnya.

"Apa?" soal Ermina. Tangannya disilang rapat ke dada.

"Itu..."

"Ish, apa dia? Itu... itu... sampai bila nak habis?"

"Lelaki tu..."

"Kenapa dengan lelaki tu?" tanya Ermina. Dadanya diurut menahan sabar.

"Ma... Mar... Marsyal Haris?" ujar Arash lalu memandang Ermina inginkan kepastian.

Ermina mengangguk, mensahihkan pernyataan itu.

"Bukan dia sudah meninggal semasa pertempuran dahsyat dua bulan lepas?" Serentak mereka berempat bertanya.

"Panjang ceritanya, mari saya ceritakan apa sebenarnya yang terjadi," jawab Ermina seraya memulakan langkah untuk menuju ke kafeteria seperti yang disuruh oleh lelaki misteri, atau lebih dikenali sebagai Haris, sebentar tadi.

"Awak tahu dia masih hidup, Sarjan Ermina?" soal Haura. Semua ini terlalu sukar baginya untuk ditafsir satu persatu. Mengapa harus dia pula yang merungkai misteri yang sangat aneh ini?

Ermina mengangguk lagi. "Mestilah saya tahu ayah saya masih hidup."

"Ayah?" teriak mereka berempat terkejut.

Kejutan demi kejutan mereka terima dan setiap satunya pasti kedengaran tidak masuk akal.

Continue Reading

You'll Also Like

128K 6.8K 51
Princess Verellyn : The Dark Water Jun Sasaki/narase gadis kecil yg semua org mahu jauhkn diri drinye disbbkn rambutnye berbeza dri mereka. Jun beram...
494K 37.1K 68
Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pad...
PENJAGA 2 ✔ By AÃŪm

Mystery / Thriller

92.1K 8.8K 27
"Dia akan terus menghantui kita," ujar Zetty gentar. Bibirnya pucat menandakan dia serius dengan kata-katanya. Seketika kemudian, satu jelmaan muncul...
9.4K 1.1K 14
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu