JUSTICE : Projek 046

By BananaAdelyn_

7.2K 1.1K 1.5K

Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay âœĻ Disclaimer: Cerita ini... More

âœĻ Gallery & Achievement âœĻ
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Epilog

Bab 10

275 53 81
By BananaAdelyn_

"RAMAINYA orang di sini." Terkelip-kelip mata mereka berlapan memandang ramai ejen yang lengkap berpakaian rasmi JUSTICE sedang lalu lalang di hadapan mereka. Semuanya sibuk ke hulu dan ke hilir melakukan tugas masing-masing.

"Saya tak sangka sebenarnya JUSTICE ini luas cabangnya," ujar Ayra dengan begitu kagum.

"Selamat datang ke pangkalan rahsia JUSTICE Malaysia. Tempat ini lebih dikenali sebagai pangkalan sandaran agensi JUSTICE andai sesuatu yang buruk terjadi di Holmes. Pangkalan ini dan pangkalan di Holmes tidak jauh bezanya cuma kami di sini tiada Teranium," jelas Aryan yang mengetuai perjalanan mereka di hadapan.

"Tapi Kapten Arash cakap Koperal Armel dapat kesan pangkalan ini melalui frekuensi daripada Teranium yang ada di Malaysia. Kalau tiada Teranium, masakan frekuensi Teranium dapat dikesan di Malaysia?" soal Zakwan hairan. Setahunya, Arash ada beritahu mereka bahawa dia menyuruh Armel mencari frekuensi Teranium pagi tadi.

"Frekuensi yang kamu kesan itu sebenarnya frekuensi output daripada kuasa yang dijana oleh Teranium. Di sini, semua senjata kami dinaiktaraf oleh kuasa Teranium. Walaupun Projek 046 tak ada di negara ini, kamu semua masih boleh kesan kami menggunakan frekuensi output Teranium yang ada pada senjata kami," jelas Aryan lagi kepada mereka semua.

Mulut mereka dimuncungkan membentuk huruf 'o' menandakan mereka faham.

"Okay, kita sudah sampai di bilik rehat. Perempuan di blok kanan manakala lelaki di blok kiri. Nombor bilik kamu semua sudah tertera pada kad identiti yang saya berikan kepada kamu tadi. Kamu semua berehatlah dahulu, pasti kamu penat kan? Selamat malam dan rest well." Aryan menepuk bahu Arash dan menguntum senyum kepada mereka. Kemudian, dia berlalu pergi meninggalkan mereka untuk berehat.

"Nampaknya malam ni kita semua boleh rehat dengan tenang."

⚔️⚔️⚔️

"ADIRA?"

Adira menoleh ke arah suara yang memanggilnya dari belakang. Tercelik luas mata apabila melihat Arash yang sedang melangkah ke arahnya.

"Arash masih belum tidur?" soal Adira seraya menjeling sekilas angka pada jam tangan.

2:30 minit pagi.

Arash menggeleng perlahan. Dia menyertai Adira duduk di atas lantai. Kedua-dua lutut dipeluk rapat ke dada, meniru posisi duduk Adira.

"Awak memang suka duduk dekat atas bumbung ya? Dari dulu saya tengok awak habiskan masa di tempat tempat macam ni," ujar Arash lalu tertawa kecil.

Adira mengulum senyum sebelum mengangguk. "Ya. Bumbung jugalah yang jadi penyelesaian untuk semua masalah saya."

"Kenapa? Bumbung boleh bagi jawapan untuk soalan awak ke?" soal Arash lagi. Sudah lama dia ingin bertanya soalan itu kepada Adira. Sepanjang perkenalan mereka, Arash perasan setiap kali gadis itu menghadapi masalah, pasti bumbung juga yang dia cari untuk tenangkan diri.

"Surprisingly... yes. Bumbung boleh bagi jawapan pada soalan aras tinggi saya," balas Adira.

"Can I know how?"

"Bila saya duduk di atas bumbung, saya nampak langit. Entah kenapa saya berasa tenang setiap kali dalam keadaan macam ni. Bila saya tenang, otak saya makin senang nak bagi idea untuk selesaikan masalah," jawab Adira. Dia membetulkan duduknya yang memeluk lutut itu kepada duduk bersila.

Rasa tidak senonoh pula duduk sambil memeluk lutut di hadapan lelaki. Dia takut andai mengundang benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku.

"Tiba-tiba saya teringat sesuatu yang saya pernah cakap pada Adriana semasa dia menyamar jadi awak tentang langit. Awak nak tahu?" soal Arash turut membetulkan duduknya kepada duduk bersila. Dia menongkat dagunya memandang Adira.

"Nak..."

Untuk beberapa saat, hati Arash hanyut dalam kebisuan. Mungkin sedang sibuk menuai cinta tatkala retina mata menangkap imej wajah jelita milik Adira itu. Siapa sangka, sepasang mata berwarna coklat dan mempunyai lesung pipit di pipi kanan itu berjaya mencuri hati seorang Arash.

"Langit takkan beri kita jawapan kalau kita hanya sekadar lihat langit dengan pandangan kosong. Kalau nak lihat, lihat dengan hati, jangan lihat dengan mata kasar," ujar Arash. Senyumnya sehingga ke hujung telinga sebaik saja dia menutur ayat itu.

"Wah..." Adira menepuk tangan tanda kagum. Dia tidak menyangka yang Arash ini sebenarnya seorang yang begitu puitis.

"Bestkan ayat saya tu? Dah la kacak, pandai mengeluarkan ayat indah pula tu. Untung siapa dapat saya," sambung Arash lagi.

"Cis, perasan!" Adira memutarkan anak mata satu pusingan. Walaupun mulut Adira pantas menafikan namun, hatinya sedang meraup gembira. Itulah perempuan, kerap kali berkata sesuatu yang bertentangan dengan hati.

Ketawa Arash bergema kuat di ruang luas itu. Seronok dia menyakat Adira. "Apa yang awak fikirkan? Boleh saya tahu?"

Adira mengeluh perlahan. Dia memandang kosong langit tanpa fokus. Wajah yang tadinya ceria berubah sunggul. Bibir bawah digigit perlahan.

Dia melirikkan anak mata ke bawah memandang kasut pula. Jari telunjuknya bermain dengan jari telunjuk yang lagi satu. Hatinya penuh dengan emosi sebak. Badannya menggigil sejuk setiap kali angin malam menerpa kulit.

Ada sesuatu yang sudah lama terkurung dalam dada. Hanya perlu diluahkan dan dia tidak akan rasa terbeban lagi.

"Arash..." Adira berjeda. Tiba-tiba dia terasa sukar untuk bernafas. Suaranya seolah-olah tidak mahu keluar daripada kerongkong. Dia menarik nafas dalam untuk menenangkan hati yang berdegup laju seperti baru habis marathon.

Lama juga Adira mengambil udara sebelum meneruskan, "Arash tolong simpankan ini untuk saya."

Adira mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. Objek yang bersinar yang berada atas tapak tangan Adira mendapat perhatian Arash.

"Kenapa?" soal Arash. Jelas terpancar air muka risau pada wajah Arash sebaik saja wajah sunggul Adira itu memandang sayu wajahnya.

"Loket ni amat bermakna untuk saya. Loket inilah penyebab semangat saya semakin kuat melawan apa sahaja yang menghalang jalan saya. Saya nak Arash simpankan loket ini untuk saya boleh?" minta Adira. Dia membelek loket berbentuk love itu sambil tersenyum sendirian. Ada memori tentang loket itu menyelak langsir ingatannya.

Arash mengerutkan dahi, kurang faham dengan situasi sekarang. "Kenapa awak nak saya yang simpankan? Bukan awak juga ke yang cakap loket ini yang menguatkan semangat awak untuk melawan?"

"Orang kata, kalau nak bagi sesuatu kepada orang lain, berilah harta kita yang paling kita sayang. Saya sayang loket ni dan saya nak berikan kepada awak. Saya rasa saya sudah terima semangat berlawan yang cukup dan sekarang, giliran Kapten Arash pula untuk memperoleh semangat tersebut." Adira akhirnya menghulurkan loket emas berbentuk love itu kepada Arash. Walaupun hati terasa berat, tapi ini semua untuk kebaikan.

"Bila saya dengar cerita awak semalam... saya agak terkesan. Saya tak sangka sepanjang saya tiada di sisi awak, awak banyak terluka. Awak tak bersemangat seperti dulu. Awak letakkan semua beban di bahu awak seperti apa yang sedang berlaku ini semuanya salah awak," tutur Adira perlahan.

"Saya nak awak tahu yang awak tidak berseorangan. Allah sentiasa ada dengan kita. Awak mohonlah pertolongan Dia untuk kuatkan diri awak. Saya pun ada untuk angkat beban itu bersama-sama dengan awak. Saya juga ada berdoa supaya kita semua sentiasa kuat menghadapi dugaan," ujar Adira ikhlas. Sepenggal senyum manis meniti di hujung bibir.

Arash memandang loket itu lama. Mulutnya terkunci rapat. Kata-kata Adira itu menusuk jauh ke dalam kalbu dan sungguh bermakna. Dia tidak menyangka bahawa akan ada orang yang kisahkan tentang keadaannya.

"Awak tidak berseorangan. Allah sentiasa ada dengan kita. Saya pun ada untuk angkat beban itu bersama-sama dengan awak."

Mata Arash berkaca dengan air mata mengamati ayat itu.

"Dan saya rasa Arash akan perlukan loket ini suatu hari nanti," bisik Adira sebaik saja loket itu bertukar tangan. Dia pun tidak pasti sekiranya Arash dengar atau tidak apa yang baru saja dituturkan.

"Adira... apa-apa yang akan terjadi selepas ini, saya akan lindungi awak." Arash menggengam erat loket itu. Ada semangat sedang membara dalam sukmanya yang memotivasikan diri untuk bersungguh-sungguh menjaga gadis itu.

"Saya harap selepas semua perkara dahsyat ini berakhir, awak masih ada di sebelah saya. Saya betul-betul perlukan awak dalam hidup saya, Leftenan Adira," tutur Arash perlahan. Pandangan mereka bertaut lama. Ada mesej tersirat yang sedang dihantar oleh Arash melalui renungan itu.

Pipi gebu Adira bertukar merah. Perasaan malu mula menyelubungi diri tika dia mula memahami maksud tersirat tersebut. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

"Hoi, dating tak ajak." Entah dari mana dia datang, Haura menyelit di antara mereka berdua.

"Mengacau sajalah dia ni." Arash merengus geram. Tak sangka ada orang ketiga yang sibuk memerhatikan mereka sejak tadi.

"Sarjan sudah kenapa? Kacau daun betul. Kenapa Sarjan tak tidur lagi sedangkan sudah hampir pukul 3 pagi? Pagi nanti sudahlah kena bangun awal," marah Adira seraya menjauhkan diri daripada Haura yang menghimpit dirinya.

"Oh... dengan saya Leftenan nak duduk jauh, dengan Kapten tak ada pula Leftenan nak bergap. Hah, saya panggil si Zakwamina nanti baru tahu." Haura mencebik tidak puas hati.

"Sejak bila aku rekrut manusia nama Zakwamina? Kenapa pelik sangat namanya tu." Arash menyentuh dagunya. Mindanya cuba memanggil memori yang hilang.

"Zakwan dan Ermina. Apabila nama mereka digabungkan jadilah Zakwamina. Mereka pasangan yang agak sesuai bersama." Muka Haura kelihatan begitu teruja tanda dia 'ship' Ermina dan Zakwan untuk bersama.

"Sarjan, awak masih tak jawab soalan saya. Kenapa awak masih berjaga?" soal Adira tegas.

"Saya terlupa nak sampaikan arahan daripada Leftenan Khayla malam tadi sebenarnya. Ada meeting yang akan berlangsung pukul 7 pagi nanti di bilik mesyuarat. Jangan lupa hadirkan diri." Sesudah itu, Haura bangkit lalu meninggalkan mereka berdua tanpa mengucapkan selamat tinggal.

Bayangan Haura meninggalkan mereka berdua hanya dipandang dengan tanda tanya.

"Budak yang pelik." Arash menggeleng kepala. Adira pula sudah ketawa terbahak-bahak.

⚔️⚔️⚔️

KHAYLA memandang satu persatu wajah yang duduk dihadapannya. Jari-jemari kanan menyulam kemas jari-jemari kiri. Wajahnya serius, tiada senyuman. Suasana di bilik mesyuarat itu sunyi bagaikan tanah perkuburan.

"Saya sudah dapat laporan daripada ejen-ejen yang menyamar jadi orang suruhan Farhan. Nampaknya, Farhan sudah dapat kesan kedudukan kita. Bila-bila masa sahaja mereka akan serang kita," kata Leftenan Khayla dengan wajah yang serius.

"Aduh, bagaimana mereka dapat kesan pula? Saya yakin saya sudah tutup jejak kami ke sini. Mustahil mereka akan dapat mengesan kita." Armel mengurut perlahan pelipisnya. Ada nalurinya yang mengatakan bahawa berita buruk ini berpunca daripada dia.

"Hans ialah anak salah seorang saintis yang mengkaji Teranium. Pasti dia tahu tentang frekuensi yang dihasilkan daripada output Teranium," kata Arash dengan nada mendatar.

"Ini bukan salah Armel." Kepala Armel diusap perlahan oleh abangnya. Armel hanya tersenyum pahit.

"Bekalan senjata dalam pangkalan ini tidak banyak kerana dua bulan lepas, kami terima notis daripada Marsyal Haris untuk hantar semua senjata untuk dinaiktaraf lagi kecanggihannya tapi, disebabkan berlaku serangan dahsyat itu, kami tidak pernah dapat senjata itu semula," jelas Aryan yang berdiri di sebelah Khayla. Tangan disilang rapat ke dada.

"Kalau kita tiada senjata yang cukup, macam mana kita nak lawan?" Soalan Haura itu membuatkan semua orang di dalam bilik mesyuarat itu terdiam. Masing-masing tiada jawapan.

"Kita boleh cari bekalan senjata." Ermina yang hanya mendiamkan diri sejak tadi akhirnya bersuara. Ada sesuatu yang melintas di kepala yang mungkin berupaya untuk menyelesaikan masalah mereka.

"Apa maksud awak, Sarjan? Dari mana kita nak dapat bekalan senjata?" soal Khayla ingin tahu. Semua mata kini tertumpu pada Ermina yang sedang tersenyum penuh makna.

"Saya tahu di mana kita boleh dapatkan senjata. Tapi sebelum itu, saya mahu tanya. Di mana laut terdekat dari pangkalan JUSTICE Malaysia ni?" tanya Ermina.

"Laut?" Mereka semua menggaru kepala yang tidak gatal.

Sudah kenapa pula mahu cari laut?

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 54.8K 76
𝐂ðĻðĶðĐðĨ𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞ðŦðĒ𝐞𝐎 𝐕ðĻðĨ 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
MAFIA GAME By KEN

Mystery / Thriller

10.8K 2.1K 31
Tanpa sedar, mereka telah memilih untuk bertarung nyawa dalam permainan maut MAFIA GAME demi memenangi wang kemenangan bernilai 10 juta USD. Setiap p...
PENJAGA 2 ✔ By AÃŪm

Mystery / Thriller

92.1K 8.8K 27
"Dia akan terus menghantui kita," ujar Zetty gentar. Bibirnya pucat menandakan dia serius dengan kata-katanya. Seketika kemudian, satu jelmaan muncul...
165K 16.7K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...