JUSTICE : Projek 046

By BananaAdelyn_

7.2K 1.1K 1.5K

Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay ✨ Disclaimer: Cerita ini... More

✨ Gallery & Achievement ✨
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Epilog

Bab 9

283 56 83
By BananaAdelyn_

"DUA manusia ni sudah kenapa tidur di luar?" Rayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal melihat dua manusia yang sedang lena di atas rumput. Zakwan, Ayra, Ermina dan Haura turut berdiri mengelilingi dua manusia itu dan juga penuh dengan tanda tanya.

"Bangun Kapten, Leftenan. Subuh tak lama lagi nak habis. Kapten dan Leftenan tak takut ke kalau masuk neraka?" Zakwan mula berura-ura untuk berhujah. Itulah Zakwan, seorang yang amat tegas dalam soal agama.

"Baiklah ayahanda, anakanda sudah bangun," gumam Arash dalam tidurnya. Sempat dia menguap luas sambil menangkat kedua belah tangan ke atas untuk meluruskan badan.

"Tutup mulut nanti nyamuk aedes masuk."

Arash yang masih terkebil-kebil, meliarkan pandangan ke segenap arah dengan penuh tanda tanya. Dia memandang tapak perkhemahan dan wajah rakan-rakannya itu bersilih ganti. "Eh, bila masa pula saya tidur di luar khemah?"

Semua menggeleng tidak tahu. Mahukan jawapan daripada orang yang tidur di luar, orang yang tidur di luar pula yang keliru mengapa dia tidur di luar.

"Huargh..."

"Ini seorang lagi, menguap sudahlah persis seekor singa, tak padan dengan perempuan," marah Ermina seraya menggeleng kepala melihat Adira yang turut terjaga daripada lena.

"Siapa mereka bertiga?" soal Adira sebaik saja pupil mata berjaya diselaraskan dengan cahaya sekeliling. Matanya terkelip-kelip memandang tiga wajah asing yang sedang memerhatikan dia. Akan tetapi, wajah salah seorang daripada mereka seperti gadis yang dia ternampak tidur di sebelah Ermina malam tadi.

'Rekrut baru?' fikir Adira.

"Dia Ejen Ayra, your mentee. Lagi dua orang itu Ejen Rayyan dan Ejen Zakwan. Rekrut baru JUSTICE tapi... tak ada lah baru sangat. Sempat juga buli 100 round," sakat Haura lalu ketawa jahat.

Zakwan dan Rayyan bergerak menjauhi Haura. Mata mereka hanya mengekor wajah ejen senior mereka yang lagak psiko itu.

"Selamat berkenalan Leftenan Adira. Harap boleh beri tunjuk ajar." Ayra memberi tunduk hormat.

Adira tersenyum lalu mengangguk. "Selamat berkenalan Ejen Ayra."

"Macam mana kamu berdua boleh tidur di luar? Sleep walking ke?" tanya Ermina. Soalan itu masih belum terjawab.

"Tahukah anda berdua bahawa kita tidak boleh tidur dengan lelaki atau perempuan yang bukan mahram dan bukan halal bagi kita. Berdosa besar pula tu hukumnya. Antuma semua tak takut masuk nerakakah?" bicara Zakwan dengan waraknya.

Adira dan Arash tersengih malu sementara Ermina pula memandang Zakwan tanpa berkelip. Sejak kebelakangan ini, setiap kali Zakwan berkata sesuatu lebih-lebih lagi soal agama, pasti hatinya menjadi tidak keruan. Maka, sudah terang lagi bersuluh, dia sudah terjatuh hati dengan jejaka itu.

"Jangan risau kami bukannya tidur rapat sangat pun. Masih ada gap. Kami tak buat apa-apa yang tak senonoh," pintas Arash sebelum sempat Zakwan mengujar lagi.

"Betul, malam tadi kami berbual lama sangat sampai tertidur," tambah Adira pula.

Mereka memandang wajah mereka berdua yang suci seperti tidak bersalah, mencari kebenaran di sebalik kata-kata mereka.

"Abang," panggil adik Arash, Armel yang muncul dari belakang secara tiba-tiba. Semua anak mata kini tertumpu pada Armel. Di tangannya, dia memegang sebuah tablet yang mempunyai logo rasmi agensi JUSTICE.

"Armel sudah jumpa tempat untuk kita semua berlindung," ujar Armel seraya menyerahkan tablet yang dipegangnya kepada Arash.

Arash segera melihat isi kandungan tablet itu dengan teliti. Titik merah yang tertumpu pada satu koordinat itu membuatkan dia tersenyum lebar.

"Bagus Armel. Kalau begitu, kita akan bertolak tepat jam 8 pagi. Kemas semua barang," arah Arash dengan begitu semangat. Sekelip mata sahaja dia sudah bangkit daripada duduknya.

"Kita mahu ke mana Kapten?" soal Ayra ingin tahu.

"Kita akan bertolak ke pangkalan JUSTICE yang dibina secara rahsia di negara Malaysia. Marsyal Haris telah bina pangkalan tersebut tanpa pengetahuan siapa-siapa termasuklah Malik. Pangkalan rahsia di Malaysia ini adalah sebagai back-up jika JUSTICE di Holmes berjaya ditumpaskan. Hanya saya dan Marsyal Haris sahaja yang tahu akan kewujudan pangkalan ini," jelas Arash.

"Kenapa kita tak pergi pangkalan tu dari dulu lagi? Kenapa sampai perlu beli rumah banglo?" soal Rayyan.

"Lokasi pangkalan tersebut dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Hanya Marsyal Haris sahaja yang tahu kedudukannya yang tepat. Saya suruh Armel untuk mencari frekuensi Teranium yang ada di negara Malaysia untuk kita kenal pasti lokasi pangkalan rahsia JUSTICE tersebut," jelas Arash lagi.

Mereka semua mengangguk faham.

"Hmm... Marsyal Haris ini penuh dengan misteri. Tak pelik kalau ada pangkalan rahsia JUSTICE di negara lain juga. Agaknya berapa banyak pangkalan rahsia yang kita ada?" bisik Rayyan kepada Haura yang berdiri di sebelahnya.

"Tak silap aku, ada 10 juta," balas Haura. Rayyan memandang Haura tidak percaya.

"Banyaknya," ujar Rayyan dengan begitu kagum.

"Percayalah awak dengan mentor awak." Ermina menggeleng kepala dan anak mata diputarkan satu pusingan. Haura ketawa terbahak-bahak manakala Rayyan mencebik tidak berpuas hati.

⚔️⚔️⚔️

ARASH dan Adira berjalan di hadapan, mengetuai perjalanan mereka. Sambil berjalan, sambil mereka semua mengelap peluh di dahi. Pancaran matahari pada tengah hari itu sungguh terik nampaknya kerana awan pun tidak sudi berarak bersama mereka.

Walaupun mereka berada di dalam hutan dan banyak pokok yang menghalang cahaya matahari, bahang matahari masih panas tatkala menerpa kulit.

"Jauh lagi ke Kapten?" soal Rayyan kepenatan. Lututnya bergetar hebat. Terasa seperti akan patah sekejap lagi sekiranya mereka terus berjalan.

"Jauh lagi. Kenapa? Nak rehat dulu ke?" soal Arash tanpa berpaling ke belakang.

"Ya!" Serentak mereka semua menjawab soalan Arash itu.

"10 minit."

Sebaik saja mendapat keizinan daripada ketua, mereka semua terbaring di tanah. Nafas tercungap-cungap mencari oksigen yang hilang.

"Fuh, penat aku sampai nampak pokok-pokok ni menari," seloroh Rayyan. Retina matanya menangkap imej pokok-pokok berhampiran mereka bergoyang ke kiri dan ke kanan. Bagai ada angin daripada dua arah yang meniup pokok-pokok tersebut. Sekali lihat, seperti pokok-pokok itu sedang menari.

Jenaka Rayyan disambut dengan ketawa ahli yang lain kecuali Ayra. Wajah Ayra kelihatan cuak. Hatinya tidak tenang apabila melihat pokok-pokok itu semakin lama semakin menghampiri mereka. Seolah-olah pokok-pokok tersebut ada kaki untuk berjalan.

"Saya saja ke yang nampak pokok-pokok tu seperti sedang bergerak ke arah kita?" soal Ayra takut-takut.

Mereka semua berhenti ketawa. Apabila sedar akan maksud Ayra, mereka pantas bangun semula.

"Macam mana pokok-pokok ni boleh bergerak?"

"Saya nak kamu semua duduk rapat-rapat dan bersedia dengan senjata masing-masing," arah Arash, merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia menarik keluar Pistol MP5 yang tersarung di belakangnya.

Pokok-pokok itu berhenti bergerak apabila pistol diacukan kepada mereka. Keadaan di situ menjadi sunyi. Tiada lagi sebarang pergerakan daripada pokok-pokok itu.

Mereka semua mengetatkan pegangan pada grip senjata masing-masing. Muncung pistol dihalakan pada batang pokok-pokok itu. Mereka sudah bersedia untuk menembak sekiranya pokok-pokok itu bergerak lagi.

Tiba-tiba, bunyi derapan tapak kaki seseorang bergema di cuping telinga. Serentak mereka memandang ke arah yang sama. Semakin lama, semakin kuat dan semakin jelas bayangan manusia yang sedang menghampiri mereka.

"Ha... Han... Hans?" Mata mereka terbuntang luas. Tubuh individu itu dipandang dari atas ke bawah dengan mulut terlopong.

"Bu... bu... bukan kau... sepatutnya sudah mati?" Tergagap-gagap Arash menutur soalan itu. Jari telunjuk menggeletar hebat semasa menunding ke arah Hans yang tersenyum sumbing memandang mereka.

"Sanggup kau lupakan aku, Arash. Kau biarkan aku mati terbakar! Cis, kau memang kejam!" bentak Hans. Dia mengetap gigi geram.

"Tapi bukan kau sepatutnya sudah mati? Aku sendiri nampak rumah tu meletup semasa kau berada di dalam?" soal Ermina hairan. Mana mungkin Hans boleh terselamat daripada letupan besar itu. Itu memang sesuatu yang mustahil.

Hans memandang Adira sinis. "Adriana dan Farhan kirim salam," tutur Hans.

Secara automatik, Adira tersedar akan sesuatu.

"Ri, jangan risau. JUSTICE takkan bertahan lama sebab ada orang kita yang setia memberi maklumat kepada kita tentang rancangan JUSTICE. Kita akan sentiasa dapat tahu rancangan mereka."

Kata-kata Farhan tempoh hari itu kembali terngiang-ngiang di cuping telinganya.

"Kapten, dia bukan orang yang baik. Dia bekerja dengan musuh. Dia sudah belot JUSTICE. Dia yang bocorkan segala maklumat kepada Malik dan Farhan," tegas Adira.

Arash memandang Hans terkejut. Dia tidak pernah menyangka bahawa rakan baiknya itu sebenarnya talam dua muka.

"Sanggup kau, Hans. Aku bazirkan air mata aku untuk orang macam kau!" bentak Arash berang. Anak matanya merah memandang Hans dengan dendam kesumat. Hatinya menjadi panas tatkala anak mata mereka bertembung di tengah ruang.

"Aku hidup lagi sebab Adriana sempat warning pada aku untuk keluar sebelum rumah itu musnah dibom. Kalau kau orang tanya kenapa aku membelot... hal ini disebabkan aku terhutang budi dengan Malik. Jadi, aku tawarkan diri untuk bekerja dengan dia. Itu je kan soalan yang kau orang tanya? Bagus! Sebab sekarang, aku diberi tugas untuk pastikan kepala kau orang semua selamat tiba di tangan Farhan dan Adriana!" jerkah Hans lalu memetik jari.

Secara tiba-tiba, pokok-pokok di sekeliling berubah rupa menjadi robot tempur. Cahaya laser daripada assault rifles pada tangan dan bahu robot itu disasarkan tepat ke arah mereka berlapan.

"Ini satu perangkap!" dengus Ermina geram.

Tembakan dilepaskan oleh mereka berlapan namun, sedikit pun robot itu tidak tercalar.

Arash mengetap bibir, otaknya lihat berfikir untuk mencari jalan keluar. Tiada guna untuk berlawan dalam keadaan mereka tidak bersedia.

"Kapten... kita tak mampu nak lawan mereka. Bagaimana kita nak larikan diri sekelip mata?" soal Ayra resah. Anak matanya membulat memandang cahaya biru elektrik pada robot yang sedang menyerap kuasa untuk dilancarkan kepada mereka berlapan.

"Sekelip mata ya... saya ada idea." Tepat pada masanya, Arash menemukan idea bernas. Dia segera memberi isyarat kepada mereka untuk berdiri rapat-rapat.

"Hapuskan mereka semua, robot tempurku." Hans ketawa melihat mereka semua berdiri berhimpit-himpit antara satu sama lain. Dia sangka dia telah berjaya menakutkan mereka semua.

"Semua pegang tangan," arah Arash.

"Huh, untuk apa?" tanya Rayyan ragu-ragu. Dahinya berkerut seribu.

Adira menjeling menyampah. "Kau nak hidup ke tak? Kalau kau nak hidup, kau ikut cakap Kapten. Kalau kau tak nak ikut cakap Kapten, kau ada dua pilihan. Pertama, kau terkorban sebab robot tempur serang kau. Kedua, aku sendiri yang akan keluarkan usus kecil kau daripada badan kau. Sekarang kau pilih nak mana satu," ugut Adira. Wajahnya serius menikam wajah Rayyan.

'Memang tak lain tak bukan ini Adira yang aku kenal.' Arash, Ermina dan Haura tersengih memandang Adira yang mukanya garang seperti ingin menelan Rayyan hidup-hidup.

Rayyan akhirnya akur. Dia menggenggam tangan Zakwan yang berdiri di sebelahnya.

"Semua sudah bersedia?"

"Sedia!"

Arash menekan butang pada alat teleportasi itu. Alur cahaya ungu terang mula mengelilingi mereka.

Sekelip mata, mereka semua hilang daripada pandangan Hans.

"Tak guna!" jerit Hans tidak puas hati. Burung-burung yang baru hinggap di dahan pokok itu terpaksa terbang pergi apabila suara nyaring Hans melantun di segenap ruang hutan.

⚔️⚔️⚔️

Apabila mereka berlapan mencelik mata, mereka semua sudah berdiri di hadapan sebuah bangunan tinggi dan kelihatan sungguh canggih.

Logo JUSTICE jelas terpampang di aras langit bangunan itu. Nampaknya, mereka sudah sampai ke pangkalan rahsia JUSTICE di Malaysia.

"Kenapa kita tak guna kuasa teleportasi dari tadi saja kan senang?" marah Rayyan. Dia memandang Arash tidak puas hati. Dia sudah terlalu penat berjalan sehingga emosi menjadi tidak stabil.

"Awak sudah kenapa Ejen Rayyan? Dari tadi susah sangat nak beri kerjasama." Zakwan sudah mula rimas dengan Rayyan. Dia sudahlah paling pantang kalau ada orang yang berani meninggikan suara tanpa sebab.

"Aku penat," jawab Rayyan acuh tak acuh.

"Kalau ya pun kau penat, mana adab kau dengan..."

"Sudah." Arash mencelah lantas menamatkan perbalahan kecil antara Zakwan dan Rayyan.

"Saya tak guna kuasa teleportasi ini bersebab. Awak fikir kuasa teleportasi ini senang nak digunakan? Teleportasi tak sepatutnya digunakan untuk objek yang besar. Makin besar objek yang hendak di teleportasi, semakin susah nak teleport dan mungkin ada kesan buruk macam badan awak dengan badan Zakwan tu tiba-tiba bercantum ke.

Kita tak tahu apa yang akan berlaku sebab alat peranti ini masih tak stabil. Tadi dan malam semalam, saya terpaksa guna. Saya terpaksa ambil risiko supaya kita semua selamat. Alhamdulilah, tak ada benda buruk yang terjadi," jelas Arash.

"Maafkan saya Kapten." Rayyan tertunduk malu.

Arash menepuk perlahan bahu Rayyan. "Tak mengapa."

Tiba-tiba pintu utama bangunan di hadapan mereka terbuka luas. Kelihatan beberapa orang lengkap berpakaian seragam JUSTICE sedang berjalan menuju ke arah mereka.

"Arash? Armel?" panggil lelaki yang mengetuai di hadapan.

"Aryan!" Arash dan Armel berlari ke arah lelaki itu. Senyuman lebar terukir lebar di wajah mereka.

Apabila bertemu di tengah, lelaki itu memeluk erat tubuh Arash sambil tangan kanan mengusap kepala Armel yang berdiri di belakang abangnya.

"Nasib baik kamu berdua selamat. Saya risau bila dengar Holmes dah musnah. Saya tak boleh bayang kalau dua orang sepupu saya dah tak ada," luah Aryan.

"Haha... syukur Alhamdulillah kami okay. Maafkan kami sebab datang bawa masalah," ketawa Arash janggal seraya menggosok perlahan tengkuknya.

Continue Reading

You'll Also Like

68.5K 3.6K 26
Seorang gadis yang baru menginjak remaja. Dia tidak pernah memiliki ibu atau bapa. Hanya seorang nenek tua yang menjadi penjaganya. Sehinggalah suatu...
SELINDUNG✔ By Aîm

Mystery / Thriller

188K 20K 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pad...
10K 1.7K 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan berger...
1.5M 64.1K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...