Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
EPILOG

MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN

182 29 7
By farid5attar

"Baiklah, semua. Saya ucapkan tahniah kepada kamu kerana berjaya membunuh makhluk tu sebelum kehancuran bumi. Sebagai balasan, kami akan sediakan ganjaran," kata Danial Nabil berdiri di depan kelas.

Ilman Faiz berdiri. "Cikgu Danial, boleh tak kami ambil SPM result hari ni?"

Danial Nabil membalas senyuman. "Sudah tentu."

Maka, mereka semua bergerak ke dewan sekolah. Mereka-mereka yang bakal mengambil keputusan peperiksaan, mendengar taklimat dari pengetua Farid Sattar.

Setelah mendengar taklimat, mereka bergerak ke meja yang mewakili kelas masing-masing lalu mengambil keputusan SPM. Ada yang teruja. Ada yang menangis. Ada juga yang kecewa. Namun, kelas 5F, bukan. Kelas DSB sedikit pun tiada perasaan yang lain rasakan. Bagi mereka, hanya mampu senyum seribu makna.

"Mak? Ayah?" Iskandar terkejut melihat kedua-dua ibubapanya bersama.

"Macam mana..." Remaja itu hilang kata.

"Sebenarnya, cikgu kamu tu pernah nasihat ayah untuk bersama dengan Iskandar dan ibu kamu," kata bapa Iskandar.

Iskandar menangis kerana terharu dengan tindakan gurunya yang mahu mereka bersama.

"Kenapa ni, nak?" kata ibu Iskandar, lembut.

Iskandar dipeluk erat oleh kedua-dua ibubapanya dengan tangisan.

Sejurus tamat sesi mengambil keputusan SPM, para wartawan mula menyerang dewan.

"Sesi ambil SPM result dah habis!" ujar wartawan yang bergegas ke dewan.

Para anggota Pertahanan Awam segera menghalang mereka di situ termasuk Danial Nabil.

"Cepat masuk ke dalam bas yang dah tunggu di luar," arah Danial Nabil menghalang para wartawan.

Segelintir wartawan berjaya melepasi tembok manusia. Pelajar DSB dikepung wartawan. Mereka tidak tahu hendak membalas apa.

Tiba-tiba, sehelai kain besar melindungi satu kelas itu. Lima ahli Subject King melindungi mereka.

"Ayuh, mara ke hadapan!" arah Arif Hakimi berdiri di hadapan.

Lalu mereka semua bergerak ke pintu hadapan, menuju ke sebuah bas yang menanti mereka.

Sebaik tiba di hadapan, seorang demi seorang memasuki bas itu. Alif Najmi menjadi orang terakhir memasuki bas itu.

"Jimmy," tegur Arif Hakimi, kembarnya.

Alif Najmi memandang lelaki itu. "Apa?"

"Terima kasih, sebab ajar aku selama ni," ucap Arif Hakimi.

"Apa-apalah. Kau pegang ayat ni sampai kita jumpa suatu hati nanti."

"Ayat apa?"

"Musuh takkan berhenti selagi lawannya masih berdiri."

Arif Hakimi tersengih. "Akan ku ingat sampai mati."

***

Akhirnya, kelas 5F ditutup dan diletakkan pagar di sekeliling. Farid Sattar pula menyimpan barangnya untuk pemergiannya yang sudah pencen.

"Ayah," tegur satu suara.

Farid Sattar memandang punca suara itu lalu memandang dua insan yang amat dikenali.

"Yahya. Kamilah," balas Farid Sattar melihat dua anaknya demgan reaksi terkejut.

Pelajar DSB pula berkumpul di pusat Pertahanan Awam. Sejuta ringgit dalam satu beg bimbit ditunjukkan.

"Baiklah, seperti yang dijanjikan."

Mereka yang melihat terkejut sakan melihat jumlah duit itu.

Namun, segelintir duit tersebut diberikan sebagai yuran pengajian yang menawar mereka, ganti rugi atas sebarang kerosakan, dan tidak lupa juga menderma kepada rumah anak yatim.

"Satu juta!!" Tok Salleh dan Huda Inani terkejut beruk.

Dan bakinya dipulangkan semula kepada Pertahanan Awam sebagai sokongan selama ini.

Bulan sabit kian memecah menjadi cebisan halus.

***

Carta jalan cerita Arif Hakimi:
Ustazah Kpop (Oktober 2017)

Hipsteria (Mac 2018)

Hipsteria 2 (April 2018)

Ustazah Kpop (Julai 2018)

Tundukkan Tiga Tuxedo
(September 2018~2019)

***
11 tahun kemudian (2019)

Bulan semakin menghilang di angkasa. Dari bawah pokok, Danial Nabil duduk bersantai sambil memerhatikan isterinya, Niratcha bermain dengan Arasy Rayyan, anak keduanya. Aminah Safawiyah, anak sulungnya hanya tidur beralaskan paha bapanya.

"Hei, Danial," sapa Arif Hakimi mendekati lelaki itu.

Danial Nabil memandang lelaki yang dikenalinya. "Hei."

Arif Hakimi duduk di sebelah Danial Nabil. Luthman Harith berjalan bersama ibunya, Nurul Fadzelin yang sarat berbadan dua ke taman permainan.

"Apa cerita tentang anak murid kau?" kata Arif Hakimi sambil memerhati isterinya.

Danial Nabil mengeluh. "Manalah aku tahu. Semua orang ada jalan masing-masing."

"Setakat ni, aku nampak seorang je."

Danial Nabil memandang bekas pelajar Farid Sattar itu.

"Tak sangka Tengku Iskandar tu polis undercover. Sekarang, dia jadi apa entahlah," kata Arif Hakimi lalu menghisap rokok.

Danial Nabil tertawa. "Dia cuma guna gelaran 'Tengku' untuk penyamaran, macam cikgu dia ajar dulu. Sekarang, dia dah tukar kerja."

Arif Hakimi menghembus asap rokok ke udara. "Kerja apa pula?"

"Abang!" jerit Nurul Fadzelin.

Teriakan itu menarik pandangan mereka. Niratcha membimbing Nurul Fadzelin yang senak badan.

"Dah nak keluar ni!" ujar Nurul Fadzelin cuba bertahan.

Arif Hakimi terkejut lantas mendekati isterinya. Dia membimbing wanita itu ke keretanya. Niratcha memandang suaminya yang tersayang.

"Baby Danny tak nak ikut diorang ke?" kata Niratcha mengerdipkan matanya.

Danial Nabil membalas senyuman. "Dah tentu."

Crossover ditemui:
Hipsteria is Coming Back bermula

Sementara mereka bergegas ke hospital, Farah Yasmine berdiri di hadapan kelas lamanya. Dia terdengar bunyi tapak kaki berjalan lalu menoleh ke belakang. Segelintir pelajar DSB berhimpun ke kelas.

"Hai, cik polis. Lama tak jumpa!" sapa Immanuel.

Farah Yasmine tertawa hambar. "Mana adalah."

"Okey, jom bersihkan kampus ni," ajak Ilman Faiz bersemangat.

"Jom!" balas mereka yang bersemangat.

Maka, mereka pun mula mengerjakan sesi pembersihan kampus itu.

Dalam asyik membersihkan kampus itu, mereka sempat berbual.

"Dengar cerita, Amira jadi anggota Pegawai Perhutanan Negara," kata Siti Zulaikha kepada Hasbi.

"Ya. Atikah pula jadi atlet muda dekat kolej. Dia pernah wakil negara dalam sukan Olimpik," terang Hasbi sambil menyapu sampah.

"Fauzi dan Sarah pun dah jadi doktor dekat hospital besar," kata Farah Yasmine mencelah.

"Oh! Korang ada tengok bola semalam, tak? Emy sepak bola lencong waktu free kick last minute tu," celah Fatin Shahirah teringat tentang Zulhilmi.

"Oh, aku tengok!" balas Hanif mengangguk sambil mengelap tingkap.

Farah Wahida memandang Erfan Shafiq di sebelahnya sambil mengutip sampah. "Zul pula jadi pengurus ahli politik."

"Ha'ah. Ravi dengan Syamil sambung warisan keluarga. Yang si Khairil tu katanya dah beli kilang ayah dia dan mulakan kerja baru. Najwa pula jadi pustakawan," terang Erfan Shafiq.

Ilman Faiz membawa beg berisi sampah ke tempat pengumpulan sampah. Peluh dikesat. Sharanya menyapu daun-daun kering di situ.

"Zafina belajar oversea, kan?" soal Sharanya kepada Ilman Faiz.

"Ya, dia belajar dekat Universiti Oxford," jawab Ilman Faiz tersenyum lalu mengesat peluhnya.

"Korang ada dengar cerita pasal Musang?" kata Immanuel mencelah.

"Dia kata, dia dah berhenti jadi ahli kongsi gelap. Dia pun dapat tawaran jadi penulis dekat KL," kata Silvaprea tersenyum.

Sementara mereka membersihkan kampus itu, Alif Najmi berjalan melepasi taman sambil menjinjing beg. Dia melihat Cheng menjadi pelukis jalanan. Cheng melambai tangan ke arahnya. Alif membalas lambaian itu.

"Kerja baru ke?" tegur Cheng.

"Ya," balas Alif Najmi meneruskan langkahnya.

"Okey, semoga berjaya!"

Alif Najmi berjalan ke depan hingga bertemu dengan jalan raya. Matanya melihat sebuah bangunan syarikat Buku Fatin.

"Haih, dompet baru," kata Alif Najmi tersenyum.

Crossover ditemui:
Split Love bermula

Alif Najmi berjalan masuk ke dalam bangunan itu setelah melintasi jalan. Tanpa disedarinya, Huda Inani berlari di kaki lima akibat lambat ke kelas.

"Aduhai, dah nak pukul 8 ni!" Huda Inani melihat jam tangan.

Dia tidak sengaja terlanggar melanggar satu susuk tubuh sehinggakan mereka terjatuh.

"Aduh!" keluh Huda Inani yang sudah menjangkau usia 18 tahun.

Huda Inani memandang wanita yang dilanggarnya. "Maafkan saya."

Wahida memandang Huda Inani. Senyuman manis terukir. "Oh, Huda rupanya."

"Eh, akak kawan abang Iskandar, kan?" Huda Inani, terkejut.

Wahida mengangguk. "Nak saya hantar ke sekolah?"

"Ya, dah lambat ni!"

Maka, Wahida membawa Huda Inani ke sekolah dengan kereta mewahnya.

Kembali ke kampus, Silvaprea mendekati Farah Yasmine.

"Hei, Yasmine. Macam mana korang berdua? Keep in touch lagi ke?" usik Silvaprea.

"Eh!" Farah Yasmine terkejut. "Rasanya, aku tak ada dalam radar dia. Sebab tu, aku ambil kembar Alif tu jadi adik angkat sejak kita berpisah tu. Padahal, perkara sama juga berlaku, cinta tepuk sebelah tangan."

Sementara itu, Iskandar berdiri di hadapan kelas sebagai seorang guru. Air liur ditelan.

"Baiklah, murid-murid. Sila ambil tempat duduk," pinta Iskandar tidak yakin.

Apa yang dihadapinya ialah sekumpulan pelajar kelas tercorot. Kelas bersepah. Meja bertaburan. Paling teruk, dia lebih rendah dari pelajarnya. Inilah Iskandar yang perlu hadap selama setahun jadi guru praktikal.

"Apa kau cakap?" kata seorang pelajar tersengih jahat.

"Jangan arah kami macam budak-budak," kata pelajar yang lain.

Seorang pelajar bangun dari tempat duduk lalu mendekati Iskandar. Kolar baju dipegang kuat.

"Kau ingat jadi cikgu kerja mengarah buat kerja sekolah ke? Atau kau nak alu bunuh kau?" ugut pelajar lelaki itu.

Bunuh?

Bunuh?

Bunuh. Satu perkataan yang membawa keajaiban bagi bekas para pelajar DSB. Iskandar mengeluarkan auranya. Buku kedatangan di tangannya dilepaskan secara sengaja, menarik pandangan lelaki itu.

PAKK!!

Satu tamparan kuat menghinggap pipi pelajarnya itu. Dia segera mengeluarkan kemahiran pembunuh. Pelajarnya itu dipegang pada leher dengan muka ditoleh. Jari telunjuk menyentuh ke lehernya. Mereka terpinga-pinga dengan 'guru' baharunya itu. Iskandar menarik kerusi lalu menolak pelajarnya duduk. Bahu pelajar lelaki itu dipegang.

"Cubalah bunuh cikgu sebelum graduate nanti," kata Iskandar mengukirkan senyuman.

Mereka yang melihat hanya kebingungan. Iskandar mengambil semula buku kehadiran lalu berjalan ke meja depan kelas.

"Ambil tempat..."

Bam! Pintu dibuka kuat, mencuri pandangan mereka.

Kelihatan Huda Inani muncul dengan letihnya. Iskandar hanya senyum.

"Ambil tempat duduk masing-masing. Cikgu akan ambil kehadiran dan akan mulakan kelas."

#vote

☆TAMAT☆

























































































































































































































































































Siapa kata dah TAMAT???
Baca EPILOG tu dulu
↓↓↓

Continue Reading

You'll Also Like

85.2K 11.5K 162
Di sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan...
67K 5.3K 61
° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11...
6.4K 1.2K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...
2.3K 221 9
🔴SEDANG BERLANGSUNG!🔴 Menggabungkan konsep NanoWrimo dan Open Novella Contest, kami sekali lagi dengan bangganya membawakan kepada anda, INKFINITY...