Saranghae, Mafia! | Kim Taehy...

By yoshihoshiss

120K 8.9K 623

Gangster? Abang Long? Itulah gelaran yang diberi kepada Kim Taehyung. Hidupnya aman bagaikan nakhoda kapal se... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
EPILOG
THANK YOU! ❤
30 Dis ❤
S2 !!!!!!!!!!!

31

2K 163 5
By yoshihoshiss

Dahi yang berpeluh aku kesat perlahan. Aku menyuruh pemandu teksi untuk membawaku ke universiti dengan segera. Kelas ku bermula pukul 10 pagi dan kini jam tanganku menunjukkan jam 10.45 pagi. Dahlah kelas Taehyung pagi ni. Kelas Taehyung bermula seawal jam 8 pagi, sebab itulah dia tidak mengejutku. Tak pasal lambat bangun pula!

             Aku sudah dibenarkan keluar wad dua hari lepas. Biarlah, lagipun aku yang berkeras nak balik. Kelas banyak tertinggal dan peperiksaan akhir semakin dekat. Aku kena pergi kelas walaupun malas. Satu lagi masalah! Keretaku pula rosak! Ha baguslah tu. Terpaksa naik teksi. Dan pemandunya sungguh mematuhi peraturan jalan raya. Bawa macam siput!

Sebaik sahaja tiba, aku berlari pantas ke dewan kuliah. Pintu dibuka. Serentak 200 orang pelajar memandangku termasuklah Taehyung. Tiada senyuman yang diberikan.

" I'm sorry for late, Prof. " tundukku meminta maaf. Tiada siapa tahu aku dah berkahwin dengan Taehyung kecuali Jimin dan Jeena.

" Why miss Minyoung? Bangun lambat ke? " perli Taehyung. Aku menjeling. Dia tahulah aku bangun lambat tu! Sebaik sahaja kebenaran diberikan, aku terus mengambil tempat di sebelah Jimin.

" Okay, you may discuss now. Remember, this is your final semester assignment. " arah Taehyung. Aku terkebil. Discuss apa pula ni? Segera aku menoleh memandang Jimin.

" Pssttt Jimin, bincang apa ni? " soalku dalam bisikan. Jimin mengangkat kening.

" Last assignment. Kau tak ada group eh? " soalnya. Aku menggeleng. Segera mataku mencari Jeena. Aik, tiada pula?

" Berapa orang satu group? " soalku. Jimin menaikkan 3 jarinya.

" Group kau berapa orang? " soalku lagi. Jimin tersengih lantas matanya dilarikan pada Jeongyeon.

" Just two of us. " balas Jeongyeon.

" Nak join korang boleh? Aku tak nampak Jeena ni. " rengekku. Jimin mengangkat bahu.

" Tanya Jeongyeon. Aku on je. "

" Jeongyeon, boleh tak saya.. "

" Joinlah. Kesian kau tak ada group. " pintas Jeongyeon. Aku tersenyum lebar. Mulutku tidak habis mengucapkan terima kasih.

" Excuse me, saya nak pergi tandas kejap. " pinta Jeongyeon. Jimin mengangguk. Kini, tinggallah aku dan Jimin berdua.

" Kau tak cakap eh yang kau pregnant? " Jimin membulatkan matanya. Aku tertawa kecil.

" Kau tak tanya. "

" Eh takkanlah aku tiba je nak tanya kau pregnant ke? Tak pelik gitu. " bebel Jimin.

" Siapa cakap aku pregnant ni? "

" Jeena. "

" Aish minah tu. Ni Jeena mana? Aku tak nampak dia pun. "

" Entah! Sakit kot. " balas Jimin acuh tak acuh. Aku hanya mengangguk.

" Mana baby bump? " soalnya. Aku berkerut pelik.

" Awal lagi. Mana nampak baby bump. Haish kau ni! " cebikku. Jimin memandang tidak percaya.

" Yelah tu! Meh sini nak rasa! " Tiba-tiba sahaja Jimin mengusap perutku. Membulat mataku lantas tangan Jimin ditepuk.

" Public ni! Kau gila? " marahku namun Jimin tertawa besar.

" Perut kau ada benjol sikitlah. Hahahahaha! Power juga Prof Tae tu. " ejek Jimin. Aku mengetap gigi lantas rambut Jimin ditarik.

" Sakitlah! " muncung Jimin. Aku mengangguk puas.

" Padan muka! Kau tu dengan Jeongyeon bila nak kahwin? " soalku. Jimin mendecit kasar.

" Jangan cakap pasal dia time kita berdua boleh? " mood Jimin berubah. Aku pula yang pelik.

" Kau gaduh dengan dia ke apa ni? "

" Shhh diam! Buat kerja kau! " Angin Jimin berubah buruk. Aku mengunci mulutku. Risau dia melenting pula.

--------

" Dah lima peket ni! " bebel Vernon. Punggungnya dilabuhkan disebelah Mingyu. Lelaki itu dah menelan 5 peket asam non stop! Kesemua gadis yang datang ditolak kerana mahu makan asam!

" Asam ni sedap. "

" Sebab Jeena pregnant. "

" Huh? " Mingyu menghentikan perbuatannya dan memandang Vernon.

" Kan aku dah cakap. Biasanya si bapak akan dapat alahan dengan perangai pelik. Padan muka kau, buat anak dara orang bunting lagi. " nganjing Vernon. Mingyu menunjal kepala sahabatnya.

" Mampuslah perempuan tu! Nasib aku tak bunuh dia. Kalau tak, merana Jongin! " cebik Mingyu.

" Aku tak sangka kau dah nak jadi ayah. Di usia 25 tahun. " gelak Vernon. Sekali lagi, jelingan tajam diberi.

" Stop cakap pasal anak boleh? Annoying! " Mingyu meninggikan suaranya.

" Tau pulak annoying. Time buat anak, sedap pulak! "

" Kau diam sebelum aku pancung kepala kau. " ugut Mingyu. Vernon mengomel dan mengunci mulutnya. Dia tahu Mingyu tak bermain dengan kata-kata.

" Ni Taehyung dah bubarkan Empayar Kim. Kira dendam kau dah habis ah? " soal Vernon. Mingyu tersenyum sinis.

" Aku takkan lupa siapa yang bunuh bapak aku. Dendam aku takkan habis selagi Kim Taehyung tak mati. "

" Bukan ke yang bunuh bapak kau tu Taehyung dengan Junmyeon? Kenapa tak libatkan Junmyeon? "

" Dah pernah cuba. Aku culik wife dia. Tapi, dia tu lain sikit daripada Taehyung. Dia pengecut. Tapi Taehyung berani. Kau tahu aku suka yang berani ni. Jadi, aku nak ganggu Taehyung. "

-------

" Dah 3 hari mama terbaring, baru nak singgah? " perli mama sebaik sahaja Taehyung dan aku menjejakkan kaki kedalam rumahnya. Hana disebelah setia mengurut kaki mama.

" Baru ada masa. Min tak sihat. Tae pula banyak kelas. "

" Baguslah! Ikut sangat cakap bini tu. " Taehyung mendengus. Dia tak nak dengar mamanya memerli aku begini.

" Ma, stoplah bergaduh. Tae tak sukalah. " marah Taehyung. Aku memegang erat tangan suamiku. Meminta suami bersabar.

" Nak tengok mama stop gaduh? Ceraikan perempuan ni! Kahwin dengan Hana."

" Are you crazy? She's pregnant, ma! Takkanlah Tae nak ceraikan dia. " geleng Taehyung. Hana pula sudah kemerahan mukanya.

" Aunty, biarlah hidup Tae bahagia. Hana ni just past dia. Tak ada apa nak dirujuk balik. " sokong Hana pula. Mama mencebik.

" Tae ni mengada nak kahwin dengan perempuan tak guna ni! Lupa agaknya janji dia dengan Hana! " marah mama. Taehyung meraup muka.

" Dahlah Tae nak balik. Kalau macam ni, baik Tae tak payah datang lepas ni! " Taehyung menghentak kaki lantas keluar daripada bilik. Aku dengan pantas mengejar langkah si suami.

" Kau ingat Park Minyoung! Keturunan kau tu keturunan gangster! Tinggalkan Taehyung! " jerit mama buat kali terakhir. Aku segera memegang lengan suaminya yang mahu membuka pintu kereta.

" Awak, tak baiklah buat mama macam tu! " nasihatku. Lengan Taehyung diusap. Muka suamiku jelas tegang.

" Kau pun sama jelah, Minyoung! " Berubah riak mukaku. Taehyung menukar kepada panggilan aku kau?

" Awak kenapa ni? " suara ku ditinggikan sedikit. Jelas terkejut dengan tindakan Taehyung.

" Ni anak siapa, Minyoung?! " soal Taehyung, keras. Jari telunjuknya ditundingkan pada perutku.

" Anak awaklah! " marahku balik. Suaranya macam mempersoalkan kandunganku.

" Oh anak aku? Then, kenapa sesuka hati kau nak bagi Jimin pegang perut kau? I'm your husband! Mestilah aku je yang layak pegang! " tengking Taehyung. Aku tercengang.

" Dia bestfriend saya. Salah ke nak bagi dia pegang? "

" Salah! Sebab Jimin tu jahat! "

Pang! Tamparan aku berikan pada pipinya.

" Dia kawan saya. Sejak saya kecil lagi dia yang ada kat sisi saya. Jangan berani hina dia macam tu! " bergetar bibirku menahan marah. Taehyung memegang pipinya yang ditampar. Dia juga terkejut dengan tindakanku.

" Kau lempang aku sebab Jimin? Wow! " Taehyung menepuk tangannya. Senyuman sinis terbit. Dia segera masuk kedalam kereta. Aku pula masih kaku diluar.

" Masuk dalam kereta sebelum aku langgar kau! " jerit Taehyung. Kelam kabut aku masuk kedalam kereta. Sepanjang perjalanan, mulutku dikuncikan. Tak nak cakap apa-apa. Masing-masing masih terluka.

Continue Reading

You'll Also Like

44.4K 2.5K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
40.5K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
27.2K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
74.5K 4.5K 27
+KimYeri satu sekolah dengan Crushnya iaitu JeonJungkook yg berbeza setahun.Dia mula sukakan Jungkook dari kecil lagi sehingga dia mengetahui semua p...