Kelas DSB

Від farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... Більше

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH

127 27 18
Від farid5attar

Bulan Februari menggantikan Januari. Hanya tinggal sebulan sebelum keputusan SPM keluar dan masa membunuh Cikgu Wan.

"Haih... sekejap masa berlalu. Tinggal sebulan saja lagi," kata Zulhilmi.

"Itulah. Lepas ni, semua orang ambil hala tuju masing-masing," kata Ilman Faiz.

"Ya, semua orang akan ada jalan tersendiri," kata Immanuel berjalan di sisi Ilman Faiz.

Iskandar hanya berdiam sahaja. Dia belum fikirkan hala tujunya lagi. Lama dia renungkan hal itu.

"Iskandar!" kata Huda Inani melihat Iskandar termenung jauh.

Iskandar sedar dari renungan itu. Dia segara berpaling muka ke arah kanak-kanak itu. "Dah siap kerja sekolah dah ke?"

"Dah lama siap. Apa yang Iskandar termenung tu? Jauh termenung," kata Huda Inani, hairan.

"Eh, tak ada apalah. Cuma kena fikir kerjaya yang Iskandar akan pilih nanti," kata Iskandar dengan keluhan kecil.

"Kerjaya apa pula? Kan bagus kalau Iskandar jadi cikgu. Manalah tahu kita boleh jumpa dalam sekolah menengah. Bolehlah Iskandar jadi boyfriend saya masa tu. Hehehe..." usik Huda Inani.

Walaupun dalam gurauan, Iskandar mendapat ilham untuk memilih kerjaya. Dengan bakat yang dia ada, dia mampu menjadi guru.

***

Akhirnya, Iskandar menemui Cikgu Wan.

"Cikgu Wan, saya rasa... nak jadi cikgu suatu hari nanti," kata Iskandar, yakin.

Cikgu Wan memandang anak muridnya itu. "Wah, baguslah macam tu. Cikgu sokong pendapat kamu sekarang ni. Teruskan ya," pesan Cikgu Wan kepada Iskandar.

Iskandar membalas senyuman. "Terima kasih."

Remaja itu berjalan keluar dari bilik guru lalu berjalan ke kelas. Sunyi sahaja kelas itu. Hanif muncul tidak lama kemudian.

"Kau nampak coklat aku, tak?" soal Hanif kepada Iskandar.

"Aku tak nampak coklat pun," jawab Iskandar, jujur.

Hanif mengeluh kesal lalu beredar. "Mana coklat aku ni? Dah la awek tu bagi kat aku."

Iskandar melangkah ke tempat duduknya. Kelihatan Farah Yasmine terasa kurang senang.

"Yasmine, kau okey, tak?" kata Iskandar.

"Eh, ermm... saya okey je," balas Farah Yasmine membalas senyuman.

"Oh, baguslah kalau macam tu."

Farah Yasmine bangun dari tempat duduk dengan wajah tertunduk.

"Nak ke mana?" kata Iskandar, hairan.

"Nak ke tandas," balas Farah Yasmine lalu beredar dengan segera.

"Oh, okey."

Iskandar baru terfikir sesuatu. "Bangunan ni ada tandas ke?"

Di belakang kelas, Farah Yasmine mengeluarkan sesuatu dari dalam bajunya. Sekotak coklat yang mahu diberikan kepada si dia.

"Hmm... apa yang kita ada di sini?" celah Alif Najmi di belakang gadis itu.

"Ada coklat untuk seseorang tersayang ke?" kata Zafina Shahirah turut mengusik.

"Eh, mana ada!" balas Farah Yasmine terperanjat dengan kewujudan mereka berdua.

"Jadi, boleh terangkan pasal ni," kata Zafina Shahirah menunjukkan video yang dirakamnya tempoh hari.

Farah Yasmine menonton video 30 saat di mana Iskandar menciumnya tempoh hari. "Apakah?"

Dia menjadi malu. "Tolonglah. Jangan bagitau dia yang aku suka dia. Tolonglah. Jangan bagitau dia. Aku merayu."

Zafina Shahirah dan Alif Najmi hanya melihat gadis itu segan.

"Sejak dia dicium Iskandar, dia tak boleh sorokkan perasaan dia," kata Alif Najmi yang sudah sedar kenyataan itu.

"Walaupun dia pelakon, dia masih tidak mampu berlakon di depan orang tersayang," kata Zafina Shahirah.

"Kalau kita boleh kenakan diorang berdua..."

"...kita boleh bunuh dua burung dengan sebiji batu."

Dua remaja itu tertawa nakal. "Hehehe... kita dapat mainan baru."

"Korang jangan gelak macam tu! Aku boleh dengarlah!" kata Farah Yasmine menangis bercampur geram.

"Alaa... apa kata, kita perhatikan orang lain. Manalah tahu kau dapat idea untuk bagi coklat dekat si dia tu," cadang Alif Najmi.

"Perhatikan orang lain?" Farah Yasmine kehairanan.

***
Kes 1
Zulhilmi - Wahida

"Yes! Yes! Akhirnya!" Zulhilmi bertindak luar kawalan menghempuk kepala ke tiang sebaik mendapat coklat dari Wahida.

"Saya harap awak suka," kata Wahida tersenyum sahaja.

Dari atas bumbung kelas, tiga sekawan itu memerhatikan mereka.

"Emy akan menjadi teruja sangat bila dapat coklat dari Ida, sedangkan Ida hanya tenang," kata Alif Najmi memerhati.

"Erhh... 'teruja sangat' bagaikan menakutkan sangat," kata Zafina Shahirah melihat Zulhilmi menjadi gila.

***
Kes 2
Erfan Shafiq - Farah Wahida

Bang! Bang! Bang!

Tembakan tepat ke markah penuh. Farah Wahida yang memerhari Erfan Shafiq menembak tadi, berasa teruja.

"Wah, high accurate juga kau ya. Nah," puji Farah Wahida sebelum melemparkan bar coklat.

Erfan Shafiq menyambut coklat itu. "Terima kasih."

Dari sebalik kotak berdekatan, mereka bertiga memerhati.

"Gandingan penembak jarak jauh membuatkan tembakan cinta makin dekat dengan sasaran," kata Zafina Shahirah.

"Apa kau cuba nak sampaikan ni?" Farah Yasmine tidak memahami langsung.

***
Kes 3
Geng Zulfadlie

"Saya nak orang betul-betul jujur dalam hal ni. Harap boleh bagi kerjasama," kata Najwa Mufida.

Sehelai kertas berbentuk senarai diberikan.

1. Pernah nampak hantu
2. Pernah dengar suara puaka
3. Hati batu
4. Hubungan dua alam
5. Pemakan daging mentah
6. Tikam orang
7. Suka kegelapan
8. Sukakan laki daripada perempuan, bukan gay
9. Obses untuk membunuh diri

"Saya tunggu jawapan kamu semua, okey," kata Najwa Mufida.

"Apakah?" Zulfadlie terkesima melihat senarai ciri calon teman lelaki.

Dari atas pokok, mereka bertiga memerhati. Alif Najmi mengeluarkan sekotak coklat. "Sebenarnya, Sarah dah buat coklat ni untuk aku dan aku rancang nak letak dekat kasut Zul."


"Proses sianidasi siap!" ucap Siti Sarah teruja menyiapkan bungkusan coklat.

"Kau nak letak toksik berupa coklat dekat kasut Zul!?" Farah Yasmine terkejut.

***
Kes 4
Ilman Faiz - Siti Zulaikha

Barang-barang memasak diberikan kepada Ilman Faiz.

"Semua ni untuk saya?" Ilman Faiz seperti tidak percaya.

"Ya, daging dari jiran sebelah. Awak kongsilah dengan adik beradik awak," balas Siti Zulaikha, ceria.

"Err... terima kasih," ucap Ilman Faiz, ragu-ragu.

"...dan juga ini." Siti Zulaikha meletakkan kepingan coklat ke atas barang yang dibawa Ilman Faiz.

"Terima kasih sekali lagi."

"Sama-sama. Nanti, kita masuk kolej sama-sama nak, tak?"

"Insyaallah, kita masuk sama-sama."

Dari dahan pokok, mereka bertiga memerhati.

"Kau nampak kan? Masing-masing ada sebab dan bagaimana untuk semua ni," kata Zafina Shahirah.

"Apa kata kamu guna suara kau untuk bagitau sebab kau bagi coklat?" cadang Alif Najmi.

Farah Yasmine memahami akhirnya. "Terima kasih korang berdua."

"Sekarang, masalahnya... Cikgu Wan jadi paparazi. Dia akan tangkap pasangan kekasih dalam kelas kita," kata Zafina Shahirah yang sedar dari tadi kewujudan Cikgu Wan.

"Pasal tu... serahkan pada aku. Yasmine bawa barang tu?" kata Alif Najmi.

Farah Yasmine mengangguk.

"Bagus. Dengan cara ni, kita dapat alihkan perhatian harimau tu."

***

Farah Yasmine berdiri di depan kelasnya. Dengan nafas ditarik dalam, dia membuka pintu.

"Mana coklat aku!?" Hanif muncul dengan wajah amarahnya.

Hanif berjalan pergi dari situ. "Arghh!!!"

Iskandar hanya ketawa kekok dengan karenah Hanif itu. Dia berjalan keluar dari kelas. Tangannya tiba-tiba dipegang, menarik perhatiannya.

"Yasmine? Kenapa ni? Senyap je hari ni. Ada apa-apa masalah ke?" kata Iskandar dengab setianya.

Apa patut aku jawab? Apasal dia tanya soalan macam dia risaukan aku? Arhh! Nak kata apa ni?

"Iskandar, macam mana dengan borang kerjaya tu?" soal Farah Yasmine bagi hilangkan rasa janggal.

"Oh, pasal tu. Aku dah jumpa dah apa nak jadi nanti. Aku nak jadi cikgu," kata Iskandar.

Cikgu? Betul juga sebab selama setahun ni, dia pandang Cikgu Wan bukan pada makhluk aneh mahupun pembunuh, tapi tertumpu pada seorang guru.

Iskandar terlihat Cikgu Wan duduk di atas dahan pokok yang tinggi. Jelas wajah Cikgu Wan merah jambu seperti wajah miang. Dia segera mengeluarkan pistol lalu membidik ke arah Cikgu Wan.

"Jauhlah pula. Aduhai... kalau bunuh dia buat masa sekarang, sepi kelas ni nanti," kata Iskandar.

Farah Yasmine menangkap kata-kata Iskandar. Selama setahun, Iskandar di sisinya. Dia bagaikan dijaga oleh seseorang. Perasaan dendam yang terbenam selama ini musnah dek bantuan dari Iskandar juga. Jadi dengan muka apa dan ayat apa aku patut berikan kepada dia?

"Iskandar," panggil Farah Yasmine.

Iskandar memandang gadis itu. Kelihatan sebuah kotak diberikan kepadanya.

"Nah, terima kasih sebab duduk sebelah saya selama setahun ni," kata Farah Yasmine dengan wajah ceria, seperti selalu.

Secara paksaan, Farah Yasmine meletakkan coklat ke tangan Iskandar lalu menolaknya laluan keluar.

"Okey? Jaga diri balik tu," kata Farah Yasmine.

"Erhh... ya." Iskandar berjalan keliar bangunan itu.

Farah Yasmine hanya melambai tangan. Sebelum dia berjalan masuk ke dalam kelas, dia melihat dua pembantunya mengintai dari sebalik dinding. Senyuman janggal diberikan. Langkah kembali diatur masuk ke dalam kelas.

Alif Najmi dan Zafina Shahirah kembali berselindung di sebalik dinding.

"Membunuh diri sendiri untuk orang lain di saat kejujuran... tidak ubah macam arwah Cikgu Zalina. Mulianya," kata Alif Najmi tersenyum.

"Patutlah aku tak boleh pikat mana-mana laki," kata Zafina Shahirah berpaling muka.

"Apa dia?"

"Tak ada apa. Apapun, apa yang Cikgu Wan tengokkan tu?"

"Oh, cuma coklat dan gambar seksi Cikgu Zalina. Yasmine yang bagi."

***

Keesokannya, Cikgu Wan masih merenung gambar seksi itu lagi. Sebilah pisau menyerang dari belakang dengan santai. Cikgu Wan serta-merta mengelak.

"Berani kamu tengok gambar salah seorang bekas cikgi sekolah ni. Gambar baju renang pula tu," kata Farid Sattar munculkan diri.

"Maafkan saya, tuan!" ucap Cikgu Wan.

Farid Sattar melihat gambar tersebut. "Cik Zalina, kan?"

"Ya, tuan."

"Dia... satu-satunya guru yang berkaliber dengan pelajar lain. Sporting dan hyperaktif. Oh, ya. Dengar kata, kamu boleh diselamatkan dari letupan. Saya cadang nak kamu teruskan jejak di sini. Saya nak kamu jadi guru di sini."

"Hmm... sebenarnya, pasal kerjaya seorang guru ni, saya dah tetapkan hanya setahun. Dan tahun ni, tahun terakhir saya di sini. Harap tuan faham." Cikgu Wan menyediakan teh ke atas meja.

"Tak mengapa saya hormat keputusan kamu tu. Lagipun, tahun ni saya nak pencen."

"Pencen?"

"Sudah lebih 30 tahun saya mengajar. Dari anak sendiri ke cucu sendiri. Sudah sampai masa saya berehat dan tengok mereka membesar dengan cara sendiri."

***

"Awak tahu tak, Danny? Rasanya taklah teruk sangat kalau bumi ni musnah... bagi budak-budak tu la. Tapi, diorang tak terfikir ke objektif utama diorang dari tahun lepas lagi?" kata Niratcha berjalan di belakang Danial Nabil.

Danial Nabil terhenti melangkah.

"Kalau budak-budak tu bunuh cikgu diorang, seolah-olah diorang membunuh diri sendiri. Maksud saya, membunuh perasaan diri sendiri. Menangis, kecewa, geram, teruja dan akhirnya, diorang hilang emosi macam zombi," kata Niratcha lagi.

"Nira," panggil Danial Nabil, perlahan.

Niratcha memandang lelaki tegap itu.

"Habis sahaja misi ni, kau berhenti. Perasaan kau dah hanyut ke arah lain. Kalau kau terus macam ni, kau akan rosakan misi kau tu."

Niratcha menjadi geram. Pistol revolver dikeluarkan lalu diacu ke arah Danial Nabil. Pantas Danial Nabil menangkap tangkap wanita itu.

"Kau kena tahu... pelajar-pelajar tu dah ajar saya banyak benda. Kau tak sedar lagi ke pasal tu? Dalam diam, diorang ubah diri kita," kata Danial Nabil, serius.

"Nira, kerjalah dengan kami. Dengan pengalaman dan kepakaran yang kau ada, kau boleh jadi lebih baik," tambah Danial Nabil.

Niratcha terdiam, hilang kata.

"Kau jangan risau. Kementerian Pertahanan takkan tanya kisah silam kau. Bila kau kerja dengan kami, kau boleh selamatkan banyak orang daripada membunuh orang, macam apa yang harimau tu alami, dan berdoa untuk mangsa setiap subuh dekat masjid." Danial Nabil merampas revolver dari tangan Niratcha lalu beredar dari situ.

"Masjid? Saya penganut Kristian la," kata Niratcha, bengang.

"Kau dah lupa ke? Kawasan rumah aku tak ada gereja."

"Eh... APAAA???"

"Kalau kau nak hidup tenang, peluklah Islam."

"Apa kau cakap? Tunggulah! Laki dan perempuan boleh duduk bawah sebumbung kan kalau lain agama?" Niratcha mengejar lelaki itu dengan manjanya.

"Dalam Islam, ianya haram."

"Apakah? Okey! Saya akan buat! Tunggulah saya, Danny~"

#vote

Продовжити читання

Вам також сподобається

33.1K 2.4K 91
🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau...
72K 4.5K 25
ᴀᴘᴀᴋᴀʜ ᴊᴀᴅɪɴʏᴀ ʙɪʟᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴅᴀʀ ᴋɪᴛᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ? ᴅɪᴋᴇʟɪʟɪɴɢɪ ᴘᴇʀꜱᴇᴋɪᴛᴀʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀꜱɪɴɢ, ᴀᴢʜᴀʀ ᴍᴇᴍᴜᴛᴜꜱᴋᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ...
»ERROR« [ZombieMalay] Від Arlay

Наукова фантастика

149K 15.2K 34
"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak...
23.9K 2.4K 73
Horror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbia...