Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA

98 30 2
By farid5attar

"Aku rasa, aku nak selamatkan Cikgu Wan. Rasanya, tak ramai akan setuju," kata Iskandar.

"Tak, aku ikut kau. Kita selamatkan Cikgu Wan," kata Siti Zulaikha selangkah ke depan.

"Mira pun," akur Amira, ceria.

"Kami pun," kata Silvaprea.

Zulhilmi mengangguk kecil. "Betul."

"Jangan berdua kami berdua juga," kata Fatin Shahirah sambil berjalan selangkah ke depan bersama Puteri Atikah.

Iskandar terpegun melihat mereka. "Kawan-kawan..."

"Hmm... aku bukan nak hancur mood korang, tapi... apa rancangannya? Lagipun, tugas kita cuma bunuh Cikgu Wan dari tahun lepas lagi," kata Zafina Shahirah membantah.

"Apa?" Iskandar terkejut.

"Betul. Apa motif kau nak selamatkan harimau tu?" kata Zulfadlie turut membantah.

"Akhir cerita, dia akan musnahkan bumi juga," kata Syamil.

Alif Najmi yang berdiri di sebalik bayang bergerak mendekati mereka. "Haih... aku tak faham apa yang otak kau tengah fikir sekarang."

"Kau ingat... dengan selamatkan Cikgu Wan, bumi akan selamat juga ke? Kau tak nampak ke sasaran kita siapa? Tak tahu ke apa Kapten Price pernah kata, 'Kalau kau tak nampak sasaran kau, kaulah jadi sasaran'. Faham, tak?" tambah Alif Najmi.

Iskandar merenung tajam ke mata Alif Najmi. Alif Najmi yang melihat anak mata Iskandar berubah biru malam, turut berubah anak matanya merah kejinggaan.

"Dah lama tak nampak anak mata kau macam tu," kata Alif Najmi tersengih.

Iskandar menunduk kecil, mahu mengelak dari luar kawalan. Namun, Alif Najmi sengaja mencabarnya dengan menolaknya.

"Apa kau nak buat? Huh?" Alif Najmi menolak badan Iskandar lebih kasar.

"Huh?"

"Huh?"

"Hah?"

Badan Iskandar ditolak berkali-kali sampailah dia membuat kejutan. Tangan Alif Najmi yang menolak tubuh Iskandar, terus dipegang. Iskandar yang bertubuh kecil terus menyerang rakannya itu, membuat flying triangle choke lalu menjatuhkan badan.

"Apakah?" Zulfadlie terpegun.

"Dari mana Iskandar belajar?" Fatin Shahirah turut terkejut.

"Tapi..." Adil memerhati.

Alif Najmi mampu bangun berdiri dalam keadaan lehernya dicekik dengan kaki Iskandar.

"...Iskandar belum cukup kuat lagi untuk lawan Musang," kata Adil melihat mereka bergaduh.

Alif Najmi menggenggam tangan kiri, bersedia menumbuk Iskandar. "Omaewa mo shindeiru."

Sayangnya, Ilman Faiz dan Immanuel sempat menghalang mereka dari bertumbuk.

"Sudahlah tu!" kata Ilman Faiz menahan Alif Najmi dari belakang.

"Kuat gila dia ni!" kata Immanuel menghalang Alif Najmi dari hadapan.

Namun, tidak pula bagi Iskandar. Hanya Zulhilmi seorang sudah cukup menghalang Iskandar.

Prrt! Prrt!! Wisel ditiupkan, mencuri pandangan mereka.

Cikgu Wan yang memerhati dari tadi, berdiri di khalayak.

"Cikgu ada cadangan. Apa kata kita adakan peramg saudara. Masing-masing ambil senjata mengikut warna. Yang merah, untuk membunuh cikgu. Yang biru, untuk tidak membunuh cikgu," kata Cikgu Wan membuka cadangan.

"Hmm... bagus juga idea ni. Tapi, saya tak memihak sesiapa. Maaf," kata Ruby yang hanya mampu memerhati.

Maka, mereka pun mengambil senjata mengikut kumpulan.

"Err... saya ubah fikiran. Saya rasa lagi selesa dengan diorang dekat sini. Minta maaf, Is," kata Puteri Atikah.

"Tak apa," balas Iskandar, pasrah.

"Okey, masing-masing dah ambil senjata? Jadi, boleh ambil tempat masing-masing. Bergerak sekarang," kata Cikgu Wan.

Segera mereka bergerak ke medan pertempuran.

"Baiklah semua. Dengar sini. Peraturannya bebas. Objektif kamu semua hanya mencabut bendera lawan atau tumpaskan semua lawan. Boleh mula... sekarang!" kata Danial Nabil selaku pengadil pertempuran itu.

Baru satu saat perlawanan bermula, Siti Zulaikha dan Fauzi ditembak dari jarak jauh.

Siti Zulaikha killed by Farah Wahida
Fauzi killed by Erfan Shafiq

"Apakah?" Siti Zulaikha terkejut melihat cecair merah melekat pada pakaiannya.

"Haih... pasrah je la," kata Fauzi.

Erfan Shafiq yang duduk di atas pokok, mencari sasarannya yang lain. Sayangnya, dia ditembak oleh Wahida pula.

Erfan Shafiq killed by Wahida

Pantas, Wahida bergerak. Baginya, perlawanan ini bagaikan permainan video Counter Strike. Hanif dan Cheng ditembak dengan mudah.

Hanif killed by Wahida (Double Kills)
Cheng killed by Wahida (Triple Kills)

Namun, permainannya tidak lama sebaik Alif Najmi menangkap Wahida dari belakang. Pisau diacu ke leher gadis itu dengan mulutnya tertutup.

"Laju kau gerak, tapi selaju Hoshi," kata Alif Najmi berlainan personaliti.

Wahida pasrah. Nafasnya ditarik lalu dihela perlahan. Akhirnya, lehernya dikelar Alif Najmi dengan pisau yang dibasahi cat merah.

Wahida stabbed by Alif Najmi (Shutdown)

"Alpha ke Charlie, bagaimana keadaan?" kata Alif Najmi menerusi walkie-talkie.

"Charlie di posisi. Tiga Mike dari timur, 50 meter. Dua Mike dari barat, 60 meter," kata Sharanya yang hanya memerhati dari atas dahan.

"Berita faham. Bravo masuk, mara ke timur. Delta, mara ke barat," arah Alif Najmi selalu ketua kumpulan.

"Roger!"

Kumpulan Bravo yang terdiri daripada Najwa Mufida sahaja bergerak ke lokasi yang di arah. Kumpulan Delta yang terdiri daripada Puteri Atikah dan Adil, mara ke arah lain.

"Bravo di posisi," kata Najwa Mufida, perlahan.

"Serang bila dah sedia," kata Alif Najmi.

"Bila-bila masa dah sedia."

Segera Najwa Mufida merangkak mendekati mereka sambil melepaskan tembakan ke arah mereka.

"Come to mama!"

Tembakan dari belakang berjaya menumpaskan Zulhilmi dan Fatin Shahirah.

Zulhilmi killed by Najwa Mufida
Fatin Shahirah killed by Najwa Mufida (Double Kills)

Mujurlah Ilman Faiz sempat berlindung di sebalik pokok. Sebaik Najwa Mufida berhenti menembak, Ilman Faiz beraksi.

"Diamlah kau!" Ilman Faiz melepaskan tembakan mengenai kepala Najwa Mufida.

Najwa Mufida headshot by Ilman Faiz

"Bravo down," kata Najwa Mufida sempat bersuara.

Sementara itu, Amira dan Farah Yasmine bergerak bersama mencari musuh.

Bang! Tembakan dari belakang mengenai badan Amira.

"Kyaa!" Amira terjerit.

"Kenapa?" Farah Yasmine kehairanan.

"Aku kena tembak," teriak Amira menangis.

Amira killed by Puteri Atikah

Tinggal Farah Yasmine yang tinggal. Puteri Atikah muncul lalu menyerang dengan pisau. Farah Yasmine mengelak serangan dengan seni pertahankan diri.

"Pandai kau berlawan," kata Puteri Atikah.

"Sebab pernah belajar untuk lakonan," kata Farah Yasmine mengelak setiap serangan.

Sedang asyik mengelak serangan, Farah Yasmine terjatuh dari tebing. Dia mengeluarkan pistolnya lalu membidik ke arah Puteri Atikah.

Bang!

Cat merah melekat di badan Farah Yasmine. Dia terkejut. Adil muncul sambil memegang pistol.

Farah Yasmine killed by Adil

"Minta maaf sebab tembak belakang," kata Adil tersengih.

"Ermm... tak apalah," kata Farah Yasmine, pasrah.

Amira dan Puteri Atikah bergerak turun dari tebing. Amira membimbing Farah Yasmine untuk bangun.

"Jumpa dekat kerusi penonton nanti," kata Puteri Atikah.

"Yela. Main elok-elok," kata Farah Yasmine secara rasional.

"Jom gerak," kata Adil.

Segera dua ahli pasukan merah beredar dari situ.

"Charlie, ada satu Tango di depan. Mara," kata Sharanya dari walkie-talkie.

"Berita terima," balas Adil.

Adil dan Puteri Atikah melangkah ke hadapan lalu melihat Silvaprea duduk bersantai di tengah lapangan. Adil mengeluarkan pistolnya, tetapi dihalang Puteri Atikah.

"Kita tikam dia. Dia tak ada senjata," cadang Puteri Atikah.

Perlahan-lahan, mereka menghampiri Silvaprea.

Zup!

Satu perangkap berjaya menjerat dua musuh. Senjata terus terlepas dari tangan.

"Apakah?" kata Adil terkejut.

Silvaprea bangun. "Korang terkena umpan."

Immanuel mengambil peluang menikam Adil dan Puteri Atikah.

"Oi, jangan tikam punggung akulah!" jerit Puteri Atikah, geram.

Adil hanya pasrah.

Puteri Atikah stabbed by Immanuel
Adil stabbed by Immanuel

Di sudut lain, Siti Sarah meneropong dari jauh. "Ada orang di memerhati dari atas pokok."

"Biar aku uruskan." Ilman Faiz segera membidik rifle ke arah Sharanya lalu menembaknya.

Sharanya killed by Ilman Faiz

Sasaran rebah, tetapi menarik perhatian Farah Wahida. Dia melepaskan tembakan ke arah mereka berdua, tepat ke badan.

Siti Sarah killed by Farah Wahida
Ilman Faiz killed by Farah Wahida (Double Kills)

Dalam asyik meneropong, Farah Wahida melihat Silvaprea memasang perangkap lalu menembaknya.

Silvaprea killed by Farah Wahida (Triple Kills)

Hasbi yang menyorok di sebalik semak, hampir dengan Farah Wahida. Dia membidik pistol dengan tangan menggeletar.

Bang!

Farah Wahida killed by Hasbi (Shutdown)

"Yeay! Aku dah tembak dia!" Hasbi bangun dengan teruja.

Khairil Ihsan yang melihat sasaran jelas di depan mata, terus menembak Hasbi.

"Alaa... dah kena tembak," keluh Hasbi.

Hasbi killed by Khairil Ihsan

Immanuel membalas tembakan, tepat ke badan Khairil Ihsan.

Khairil Ihsan killed by Immanuel

Keadaan sekarang sudah tinggal lima ahli kumpulan merah dan dua ahli kumpulan biru.

"Echo down," kata Farah Wahida.

Alif Najmi mengeluh. "Pecutan akhir. Foxtrot, mara!"

"Dengan sukacitanya!" balas Zafina Shahirah.

Maka, kumpulan Foxtrot yang terdiri dari empat ahli berbaki, bergerak ke bendera kumpulan biru.

Tanpa disangka, Iskandar melompat keluar dari semak lalu membuat serangan maut.

Zafina Shahirah stabbed by Iskandar
Zulfadlie stabbed by Iskandar (Double Kills)
Syamil stabbed by Iskandar (Triple Kills)
Raviendra stabbed by Iskandar (Rampage)

Zafina Shahirah melihat Iskandar yang baru sahaja muncul. "A... Apakah?"

Alif Najmi yang menyaksikan serangan mengejut itu hilang kata. Iskandar yang bukan dirinya lagi hanya mampu membalas senyuman serigala iblis.

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

85.4K 11.5K 162
Di sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan...
306K 16.1K 37
Luz Arianna Alexandra Valerey seorang puteri dari sebuah kerajaan yang kehilangan ibu bapa sejak berumur 5 tahun. Kejadian yang menyebabkan Luz kehil...
40 5 2
Masa secara harfiahnya adalah sebuah bentuk seakan jisim tidak ketara yang sifatnya sentiasa bergerak seiringan bersama kepesatan detik, ruang dan za...
433K 27.6K 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmo...