Kelas DSB

Por farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... Mais

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA

103 28 9
Por farid5attar

"Haih... rasa seganlah dengan lakonan aku hari tu, macam orang gila pula," kata Zulhilmi mengeluh.

"Eh, mana ada. Pandai awak berlakon. Dah boleh jadi pelakon," kata Wahida memberi semangat.

Zulhilmi kembali bersemangat. "Betul ke?"

Wahida hanya membalas senyuman. Farah Yasmine menepuk bahu Iskandar, mencuri pandangannya.

"Jom kemas stor," ajak Farah Yasmine berbisik.

Iskandar mengangguk kecil. Mereka berdua berjalan keluar dari kelas, menuju ke stor belakang kelas. Pintu stor dibuka. Kelihatan beberapa peluru bertaburan.

"Haih... banyaknya kena kemas," kata Iskandar mengeluh.

Farah Yasmine menghulurkan penyapu. Iskandar mengambil penyapu itu. Mereka berdua mula menyapu peluru anti-cikgu di dalam stor itu.

"Assalamualaikum. Buat apa tu?" tegur Cikgu Wan muncul di muka pintu.

Dua pelajar itu memandang Cikgu Wan.

"Tengah kemas stor ni," kata Iskandar dengan senyuman.

"Nak cikgu tolong?" kata Cikgu Wan, ikhlas.

"Boleh."

Lalu Cikgu Wan mengemas stor di situ dengan kelajuan drastik. Dalam asyik mengemas stor, Cikgu Wan terjumpa sebuah majalah.

"Wah, tak sangka Hanif simpan buku perempuan seksi dekat sini?" kata Cikgu Wan sambil melayani majalah dengan nafsunya.

Farah Yasmine tertawa kecil melihat telatah Cikgu Wan. Perlahan-lahan dia mengeluarkan ekornya yang kecil. Iskandar berasa tidak senang hati lalu memandang Farah Yasmine. Matanya membuntang luas.

"Yasmine!" seru Iskandar.

BOOM!!

Cikgu Wan terpelanting ke luar kolam. Habis basah kuyup tubuh harimau itu hingga lembap badan. Dia diserang lagi, dicampak ke laman kelas pula. Para pelajar melihat gurunya yang diserang itu.

"Cikgu Wan!" Segera mereka bergegas keluar dari kelas.

Ilman Faiz dan Immanuel membimbing gurunya. Iskandar pula bergerak ke kejadian itu. Dia melihat susuk tubuh yang berdiri di atas bumbung.

"Yasmine, apa semua ni?" kata Iskandar menjerit.

Farah Yasmine hanya tersenyum sinis.

"Siapa Farah Yasmine? Nama aku Ayda Jebat, adik Zalina. Mesti cikgu kenal dia kan, pembunuh?" Segera 'Farah Yasmine' melarikan diri.

"Ayda Jebat? Siapa pula ni?" kata Silvaprea kehairanan.

Sharanya baru sedar. "Oh, ya. Ayda Jebat tu pelakon muda buat masa sekarang."

"Apa?"

***

Jauh dari kelas, Ayda Jebat merenung langit. Fikirannya terimbas ke masa lalu, di mana segalanya bermula.

***

Setahun yang lalu, Ayda Jebat berjalan pulang ke rumah setelah habis berlakon di studio.

"Haih... ada ke patut aku lompat lepas longkang yang ada ikan patin tadi? Tak kisah la. Malam ni, kak masak tempoyak ikan patin, kan? Hmm... tak sabarnya," monolog Ayda Jebat keriangan.

KABABOOM!!!

Satu letupan berlaku di depan. Ayda Jebat terjatuh dek letupan kuat itu. Dia bangun lalu segera memasuki rumah, terus ke makmal tingkat bawah tanah. Dia bergegas ke sebuah bilik. Langkahnya terhenti sebaik matanya tertumpu pada susuk tubuh yang membunuh Zalina, kakaknya. Jelas di matanya, badan Zalina berlumuran darah. Makhluk aneh yang berbulu lebat itu terus terbang meninggalkan kawasan itu. Ayda Jebat perlahan-lahan mendekati susuk tubuh kakaknya.

"Akak?"

Ayda Jebat duduk di sebelah mayat kakaknya.

"Kakak!"

"Akak!"

Tiada guna. Ayda Jebat melihat ubat mutasi di sebelah mayat kakaknya.

"Rasanya, benda tadi tu ambil barang ni." Ayda Jebat berfikir.

Ubat mutasi diambil lalu dibawa lari. Ayda Jebat melarikan diri. Setelah beberapa jauh melangkah, Ayda Jebat menyuntik ubat mutasi tadi ke lengan. Akhirnya, sebuah dendam bermula.

Keesokannya, Ayda Jebat berpindah ke sekolah lain, di mana makhluk itu berada. Dia memasuki kelas lalu menemui Iskandar yang berambut panjang.

"Hai!" sapa Ayda Jebat lalu mengambil tempat duduk sebelah Iskandar.

Iskandar memandang gadis kecil itu. "Hai." Kekok.

Tidak semana-mana, Ayda Jebat mengikat rambut Iskandar. "Nama saya Farah Yasmine. Okey?"

"Saya Iskandar," balas Iskandar menyentuh rambutnya yang diikat.

"Selamat berkenalan."

Sejak itu, segala lakonan mesra bermula.

***

Kapal terbang melayang tinggi di udara. Ayda Jebat mengeluh kecil.

"Kau sepatutnya tidak perlu tunjukkan identiti sebenar kau tu. Belum masanya lagi," kata Puteh Nur yang berdiri di belakang Ayda Jebat.

"Tch. Perlukah nak ikut cakap kau? Lepas apa kau dah buat dengan Khairil, kau tinggalkan dia. Jangan harap aku tertipu lagi. Kau cuma gunakan orang," kata Ayda Jebat sebelum menghilangkan diri di dalam hutan.

Puteh Nur menggumam sinis. "Berlagak."

Sementara itu, pelajar DSB melihat lakonan Ayda Jebat dalam drama dan filem yang ditunjukkan oleh Ruby.

"Memang betullah dia pelakon," kata Immanuel terpegun.

"Saya terfikir juga, kenapa 'Yasmine' anggap Cikgu Wan pembunuh?" kata Ilman Faiz kehairanan.

Semua orang berfikiran sama. Mereka memandang Cikgu Wan.

"Memandangkan kita dah rapat, tak salah kan kalau cikgu ceritakan apa sudah terjadi," kata Ilman Faiz lagi.

Cikgu Wan menunduk tanpa mengeluh. "Baiklah. Cikgu akan ceritakan apa sudah terjadi... dengan syarat, kita cari Farah Yasmine dulu. Dia pelajar penting dalam hal ni."

Telefon Cikgu Wan berbunyi menandakan mesej masuk. Dia segera mengeluarkan telefonnya lalu melihat mesej yang dihantar Ayda Jebat.

'Jumpa di padang lalang senja ni.' - AJ

"Panjang umur."

***

Malam semakin hampir. Kelihatan susuk tubuh Ayda Jebat berdiri di tengah padang lalang. Ekornya tidak habis-habis memotong lalang di situ.

"Ayda, bawa bertenang," kata Cikgu Wan berdiri menghadap pelajarnya.

"Macam mana saya nak bertenang kalau dah hilang orang yang tersayang? Seakan-akan macam permainan video keluaran Rockstar, di mana seorang lelaki Serbia berpindah ke Liberty City untuk mulakan hidup baru. Sayangnya, makin teruk adalah," kata Ayda Jebat, sinis.

Iskandar memandang Alif Najmi. "Apa yang dimaksudkan tu, Hoshi?"

"GTA 4," jawab Alif Najmi secara ringkas.

Ayda Jebat kembali berhujah. "Rasanya, saya ni macam Niko Bellic versi perempuan. Pada mulanya, ceria dan bahagian. Hakikat dari dalaman, lebih menderita sebab lakonan senyuman bodoh tu. Bayangkan...

Selepas kau berjalan masuk ke sebuah kampung dan kau nampak 50 kanak-kanak duduk tertib sebaris menghadap dinding gereja dengan tekak dan tangan dipotong, kau sedar makhluk yang buat macam tu memang tak ada jiwa...

...macam kau, pembunuh!"

Segera Ayda Jebat mengeluarkan ekor berapi lalu melemparkan api di sekeliling. Hanya dia dan Cikgu Wan yang berada di dalam bulatan itu. Mereka yang lain terkejut.

"Apa kita nak buat?" kata Amira makin cemas.

Khairil Ihsan menganalisis ekor Ayda Jebat. "Teruklah macam ni."

"Kenapa?" Zafina Shahirah memandang Khairil Ihsan.

"Akibat terlalu beremosi, ekor tu dah kawal seluruh Yasmine. Kemungkinan besar dia akan mati kerana haba."

"Apa? Mati?" Hasbi terkejut.

Ayda Jebat sudah hilang waras. Dari tadi menyerang tanpa belas kasihan.

"Matilah kau!"

"Mati!"

"Mati!"

"MATI!!!"


















































Namun, di dalam hati...

"Tolong saya, cikgu."

"Tolong!"

#vote

Continuar a ler

Também vai Gostar

211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
19.2K 3.1K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tida...
2.3K 221 9
🔴SEDANG BERLANGSUNG!🔴 Menggabungkan konsep NanoWrimo dan Open Novella Contest, kami sekali lagi dengan bangganya membawakan kepada anda, INKFINITY...
79.5K 8.8K 63
GENRE (FANTASY/MYSTERY/ROMANCE) [BOOK 1] Gadis biasa Meena yang telah kehilangan kakak kembarnya secara tiba-tiba kini bernekad untuk menyelesaikan m...