Hangat rasanya dapat memeluk bantal ni. Misya memeluk bantal dengan eratnya untuk melepaskan geram. Pelik. Bantal ni ada six pack pulak. Apa dia kisah. Janji empuk.
Kepalanya berdeyut dan pening. Bahagian leher dan dada dia terasa pedih. Macam sesuatu yang telah menggigitnya. Perasaan dia agaknya. Lebih-lebih lagi bermalam di rumah Ariesya. Dia bermalam di rumah Ariesya sebab semalam balik lewat sangat
Tiba-tiba bantal itu bergerak. Misya meleraikan pelukkan itu. Mata dia digosok. Rambutnya serabai. Dia dapat merasa yang ada manusia didalam bilik ni.
Mata Misya terbuka luas "Aurghhhh" jerit Misya. Dia baru perasan yang dirinya tiada utas benang hanya ada selimut yang menutupi tubuhnya.
"Jangan bising boleh tak? Orang nak tidur pun susah" marah lelaki itu. Muka lelaki itu tidak nampak sebab mukanya ditutup oleh bantal.
Terus lelaki itu bangun. Dia melihat Misya sambil menutup tubuh. Dia terus melihat dirinya juga.
"Misya!"
Pintu dibuka dengan kasar. Misya menunduk kepala. Kenapa berlaku pada dirinya. Air matanya bertakung. Cuma tahankan saja.
"Ya Allah, apa yang korang buat ni!?" Terkejut muka Ariesya. Misya terus berlari ke bilik air.
"Arman!? Apa yang telah terjadi?" Airell melihat Arman masih mendiamkan diri.
Setelah mereka berdua berkemas dirinya. Mereka terus turun dan duduk di ruang tamu.
"Apa yang telah terjadi dengan korang ni?" Soal Airell.
"Aku tak tahu. Aku tak perasan pun ada Misya dalam bilik tu." Ujar Arman. Dia memang tidak tahu pun adanya kehadiran Misya dalam bilik itu. Misya masih menunduk kepala. Air matanya masih tidak berhenti. Sungguh dia taknak perkara ini terjadi.
"Korang buat ke 'benda' tu?" Airell menyoal lagi. Airell melihat ke arah Misya. Terdapat kesan merah di leher Misya. Banyak lagi tu!
Arman menoleh juga. Dia juga terkejut melihat kesan merah di leher Misya.
"Hmm. Aku langsung tak ingat malam tu. Kau tahu kan malam tu aku tiba-tiba pening kepala" kata Arman.
Flashback
Selepas habis mereka makan malam di restoren. Perjalanan mereka menuju ke kereta. Suasana di kawasan kereta itu sungguh sunyi. Memang sunyi pun sudah pukul 10:30 pm.
Arman terasa kepalanya semakin berdeyut. Matanya semakin berat. Tapi dia masih kuat untuk berjalan. Tangannya memegang kepala. Airell memerhati Arman yang seakan-akan mahu pengsan. Airell memegang bahu Arman.
"Kau okey ke tak Arman? Tak pa kali ni aku yang drive"
Arman angguk lemah.
Semasa perjalanan pulang ke rumah Airell. Arman sudah tidur lena. Macam orang bekerja pagi sampai malam. Tapi tak juga. Hari ni cuti. Setengah jam, mereka sudah sampai di rumah Airell.
Airell cuba untuk bangunkan Arman tapi tidak ada tanda-tanda untuk bangun.
Arman buka matanya. Keadaannya masih mamai.
"Arman! Aku ingat kau dah mati. Kau ni pening kepala ni. Bahaya kalau kau pulang rumah kau. Baik kau tidur je rumah aku" ujar Airell. Risau pulak dengan Arman. Muka dia pun pucat semacam.
Airell memapah Arman pergi ke bilik tetamu. Arman terus membaringkan tubuhnya di katil. Dan dia tidak ingat apa yang telah berlaku selepas itu.
End flashback
Ariesya menggosok belakang Misya. Dia tahu akan perasaan Misya.
"So kau nak buat apa? Takkanlah kau lepaskan macam tu je. Kalau ada apa-apa terjadi pada Misya" Soal Airell. Dia taknak Arman tidak bertanggungjawab apa yang dia buat pada Misya walaupun tidak sengaja.
Arman sudah mati kata. Takkanlah dia tak bertanggungjawab anak dara orang. Nak tak nak dia perlu bertanggungjawab.
"Ini je cara aku nak bertanggungjawab pada Misya"
Mereka terus memandang Arman. Dengan cara apa yang dia perlu tanggungjawab.
"Apa dia?" Soal Airell.
"Kahwin dengan dia"
▊▊
Kejadian pagi itu masih bermain-main dalam fikiran Misya. Dia buntu. Macam mana kalau ada isi dalam perut dia.
Dia mendengus kasar. Staring kereta dipusing. Lalu meletakkan keretanya di parking.
Dia pergi ke pharmacy. Pharmacy itu baru sahaja dibuka. Pintu dibuka. Pantas dia mencari pregnancy test. Pregnancy test itu berhadapan cashier. Dia mengambil salah satu pregnancy test itu dan bayar.
Langkah dia semakin laju menuju ke tandas. Beberapa minit kemudian, dia melihat pregnancy test itu. Pregnancy test itu menunjukkan satu garis sahaja atau negatif. Dia tersenyum senang hati. Lega hati dia.
Kalau memang ada isi dalam perut dia sekali pun. Dia tetap menerima saja. Rezeki dari Allah. Takkan nak menolak. Baby itu tidak bersalah pun.
Dia melangkah keluar dari tandas itu. Dia berhenti langkahnya. Ada sesuatu yang menghalang untuk dia jalan ke depan. Dia mendongak.
"Arman!"
Arman tersenyum sinis.
"Aku nampak."
Misya mengetap bibir. Kenapa dia tak perasan pulak. Aduh.
"Aku just beritahu kau. Jangan sampai ada isi dalam perut ni sebelum kita kahwin." Arman terus meninggalkan tempat itu.
Misya membuang kotak pregnancy test itu di dalam tong sampah yang berhampiran dengannya.
▊▊
Ariesya membelek baju-baju di hadapannya. Kemudian memandang wajah Misya. Nampaknya dia baru saja datang ke butik. Mesti dia tenangkan fikiran. Kesian pulak aku kat dia. Dan itu sama sekali menjadi masalah kepadaku. Kalau jadi apa-apa kat dia. Contohnya bunuh diri. Eh eh. Boleh jadi juga kan. Jauh betullah aku berangan.
Misya pergi ke arah aku. Dia tersenyum. Senyum pun macam tak ikhlas je. Hmm.
"Misya, janganlah sedih. Kau perlu kuat semangat. Aku taknak tengok kau macam ni" kataku.
"Eh okay je. Tapi aku rasa happy juga ni" senyuman dibibir dia sudah terukir. Senyum aku juga, perlahan-lahan menghilang. Muka aku berkerut.
"Sebab aku kahwin dengan Arman. Aku tak sangka aku akan naik pelamin. Aku ingat sampai tua dah aku jadi single. Single pringle."
Aku terkejut! Dia ni serious sangat ke nak si Arman tu? Tak mungkin ni plan dia pulak. Aku menggeleng laju.
"Ini ke plan kau?" Aku menyoal.
Wajah Misya terus berubah apabila aku bertanya begitu. Tiada senyum di bibir "hmm, taklah. Aku tak ada plan macam ni pun. Tapi aku syak mesti ada orang yang plan semua ni. Aku pasti!"
Aku pun berfikiran begitu. Semalam pun Misya pening kepala juga. Sama seperti Arman. Mesti ada musuh yang tahu identity diorang. Kali ni perlu berjaga-jaga. Sekarang musuh berani maju ke depan.
"Aku nak buat kerja dulu ye, Ariesya. Bye" Misya bangun dan pergi ke bilik dia.
Aku kembali melakukan kerja tadi. Aku akan cari siapa pun plan semua ni. Jangan ingat kau terlepas! Ingat tu!
Ni je cara jodohkan nyaorg berdua tu. Lama-kelamaan cerita ni merapu pulak kan.😥
Story ni akan update pada hari;
-Isnin
-rabu
-jumaat
-ahad
Around pukul 5 petang macam tu. Take note📝
Vote and comment ye bye🙌