"Ya Allahh! Tak bangun lagi budak ni!! Memang bertuah"marah Tengku Slavina mama kepada Tengku Fatin Syafiqah. Dia bising melihat anak daranya masih belum bangun lagi.
"Kakak!!! Bangun, sebelum mama siram pakai air ni"ujar Tengku Slavina. Memang bertuah anak daranya ini.
"5 minit lagi ma"ujar Tengku Fatin.
"TENGKU FATIN SYAFIQAH BINTI TENGKU FAZLY SAIFUL!"panggil Tengku Slavina. Bagai terkena renjatan elektrik saja badan Fatin terkejut dengar mamanya menyebut nama penuhnya.
"Cepat pergi mandi!"ujar Datin Slavina mengeleng kepalanya melihat tingkah laku anak daranya. Satu-satunya anak dara dia juga.
Tengku Fareez Syafiq merupakan kembar Fatin. Memang mereka dua itu rapat sangat. Tetapi itulah Fatin bukan jenis yang suka sangat kalau dia nak bersweet. Hahahaha! Itulah kakak kembarnya tetapi penyayang. Mereka ada 4 orang adik beradik. Abangnya Tengku Fakhri Syahmi , Tengku Fatin Syafiqah, Tengku Fareez Syafiq dan Tengku Fareeq Syazwan.
"Ma, mana kakak?"soal Fareez melihat mamanya turun dari atas.
"Kakak lagi mandi, kejap lagi turun la tu"ujar Tengku Slavina.
"Mesti lambat lagi princess kita tu"ujar Fakhri memahami sangat adiknya itu. Tengku Slavina mengangguk dan tersenyum. Dia pun dah masak sangat dengan perangai Fatin.
Laju saja Fatin menurun anak tangga rumahnya itu. Semua menunggunya untuk sarapan sama-sama.
"Haaa kakak dah ada, jom kita makan lagi."ujar Tengku Fazly. Memang kebiasaan mereka mesti lengkap keluarga dulu baru makan. Anak-anaknya sudah terbiasa kalau disuruh makan dulu memang tidak akan makan kalau tidak semua lengkap kecuali sibuk meeting.
"Mama dengan Papa ke rumah TokWan nanti ya, nak ikut tak?"soal Tengku Fazly. Dia tahu semua anak-anaknya ada aktiviti tersendiri nanti.
"Abang memang ke rumah TokWan pa, TokWan nak jumpa fasal Projek haritu"ujar Fakhri.
Fareez menjeling kembarnya, memang ada-ada saja kalau dua orang tu. Fareez memijak kaki kakak kembarnya untuk bagitahu mama dan papanya bahawa dia menemani Fareez membeli baju untuk Gala night disekolah nanti.
"OUCHHH! Sakit laaa Areez!"marah Fatin lagi.
"Dah kenapa tu?"soal Fakhri lagi
"Areez tu pijak kaki orang! Dia nak kakak teman dia beli baju pakai Gala night tu"ujar Fatin lagi.
"Kalau macam tu, kakak teman Areez, kalau adek nak ikut atau ikut kakak?"soal Tengku Slavina kepada anak bongsunya yang berumur 11 tahun itu.
"Ikut kakak ma"ujar Fareeq. Itu sudah pasti jawapannya. Semua sudah mengagak kerana Fareez dan Fareeq memang rapat dengan Fatin.
Fatin tengah berkemas, Fareez masuk ke dalam biliknya terus duduk di atas katil Fatin.
"WOIIII!! Tudung aku!!!"jerit Fatin. Haish complicated betul perempuan ni , tudung lepas di iron pun diletaknya atas katil. Lepas tu orang nak duduk dia pula marah.
"Eeee kau ni pun satu, pergi letak tudung kau atas ni kenapa"ujar Fareez bengang.
"Biar dia tak berkedut lah. Kau nak apa ni?"soal Fatin geram.
"Aku nak pinjam powerbank kau"ujar Fareez lagi. Fatin terus menunjuk arah powerbanknya.
Habis saja Fatin bersiap, mereka tiga menuju ke Pavilion. Fareez sendiri yang drive. Kalau Fareez sendiri yang drive boleh la mereka melencong ke sana ke sini. Adiknya Fareeq hanya mengikut saja, memang niat dia nak 'Pow' kakak dan abangnya beli lego untuknya.
"Kakakkkk! Nanti adek nak lego boleh?"soal Fareeq membuat muka comelnya. Haish adik bongsuku ni memang suka buat muka comel. Lagipun Fatin dah janji nak beli mainan lego untuk dia. Biasalah budak umur 11 tahun.
"Boleh , tapi adek kena janji dulu dengan kakak"ujar Fatin sentiasa ada syarat kalau mahu sesuatu . Fikir senang-senang ke nak bagi sesuatu terus dapat. No way la kalau dengan Fatin.
"Apa tu kak?"soal Fareeq lagi.
"Kekalkan dalam top 5 dekat sekolah, main-main juga , belajar ya"ujar Fatin lagi. Dia tahu Fareeq ni seorang yang berpotensi tinggi di sekolah. Adiknya mendapat Akademik dan Kokurikulum terbaik.
"InsyaAllah okey kak"ujar Fareeq tersenyum.
"Jangan minta dekat achik ya"ujar Fareez. Fatin dan Fareeq ketawa. Awal dah Fareez warning, mana taknya minggu lepas dia dah kena buli Fareeq beli segala macam hotwheel. Kau rasa? Mahu kering kad kreditnya. Hahahaha!
Sampai saja di Pavilion, mereka memang terus masuk ke kedai yang hendak dipergi. Itu juga ramai peminat Fareez. Haih. Maklumlah si Fareez ni instafamous. Semua perempuan mahu mengambil gambar dengannya, nasiblah Fareez sejenis yang peramah. Fatin sekali dorang angkut ajak bergambar weii. Hahahaha! Dah macam retis dah. Retis mana la yang sesat di Pavi ni hahaha!
Fareez mengajak Fatin ke H&M Lot 10. Memang dia lebih gemar kalau nak pilih baju disitu. Jadi Fatin dan Fareeq hanya mengikut saja. Lagipun Fareeq dah dapat lego yang dia nak. Mahunya 1 jam pilih lego aje. Dahlah setiap lego dia tahu seasons ke apa tah. Alahai tak reti tentang lego.
Pap!
Bahu Fatin dilanggar jejaka tinggi lampai. Fuh mamat ni mana la dia letak mata dia! Merah sudah pipi Fatin akibat dia hampir terjatuh nasib ada pekerja H&M menahan dia. Fatin terus laju saja mengucap terima kasih dekat kakak pekerja tu.
"Eerrr. Kau okay?"soal jejaka itu.
"Kepala otak kau, lain kali jalan guna mata, bukan lutut!"ujar Fatin geram. Jejaka itu melihat Fatin memang cantik, muka dia macam familiar gila.
"Hello, kau tak jatuh pun, kau pun satu termenung dekat jalan sempit ni dah kenapa? Kau fikir bapak kau punya jalan?"soal jejaka itu. Geram Fatin dengan mulut tidak ada insurans lelaki itu.
"Whatever! Kau salah tetap salah"ujar Fatin lagi.
"So kau nak suruh aku buat apa? Nak claim insurans kau dekat Etiqa Malaysia ke?"sindir jejaka yang muka kacak ni tapi takda adab langsung.
"Kalau handsome je tak guna! Kalau akal dan adab tak dipakai"ujar Tengku Fatin Syafiqah geram.
"Ni aku tanya lagi kau nak aku buat apa?"soal jejaka itu.
"Just say sorry pun susah?"soal Fatin masih menahan marahnya.
"Okey sorry. Then bye"ujar jejaka itu. Jejaka itu terus jalan keluar dari H&M itu. Fatin geram betul dengan mamat yang adab dia pun tak berapa nak betul itu. Harap ni first & last aku jumpa mamat sewel macam tu.
Buat hal betul aku gaduh dengan stranger dekat H&M . Haihh nasib hari ni takda orang sangat dekat situ. Nasib juga Fareez dan Fareeq di tingkat atas.
~
Tengku Faiq Irsyad memang masih geram dengan gadis yang dia terlanggar di H&M tadi. Berani sungguh dia melawan Faiq. Tidak pernah gadis macam seumur mereka itu melawan Faiq sebegitu. Gadis itu tidak kenal Faiq atau buat-buat tidak kenal? Entahlah. Faiq memang familiar dengan muka gadis itu. Cantik tapi itulah. Adoiii.
Pelik. Kenapa otak Faiq masih teringat dengan minah kerek itu tadi? Aduhai wahai otak aku. Berenti lah fikir fasal gadis tu! Fikir kau masuk sekolah baru esok .
Faiq membuka instagram, dia memang sudah lama mengenali Tengku Fareez Syafiq, tetapi tidak pernah berjumpa, dia tahu bahawa Tengku Fareez memang bersekolah di Shah International School. Selalu juga comment2 macamtu di Instagram. Faiq terus cuba Dm Fareez. Dapat juga mereka jadi kawan esok hahahah! Daniel sepupu paling rapatnya dan sahabat sejati dia pun sama sekolah situ dan geng Fareez.
Tengku Faiq Irsyad yang baru berpindah dari Australia sebab itu lah. Papanya menyuruh menganbil SPM di Malaysia. Nama sekolah aje International tetapi sekolah itu ada ambil Spm ye.
~
Keesokan harinya, istana milik keluarga Tengku Fazly memang selalu riuh akibat pelbagai ragam anak-anaknya mahu ke sekolah.
"Kakak, bangunkan Achik kalau dia belum bangun"ujar Datin Slavina yang tengah sibuk menyediakan sarapan untuk keluarganya, memang ada pembantu, tetapi itulah Datin Slavina memang lebih suka kalau dia sendiri buat.
Fatin masuk ke bilik Fareez. Nasib baik adik aku ni dah bangun. Fareez macam biasalah selalu aje bising dengan rambutnya kalau nak ke sekolah.
"Cepat lagi kau, kang mama bising"ujar Fatin lagi.
"Ye, kejap lagi aku turun. Kau turun dulu"ujar Fareez. Fatin terus turun.
Sampai saja dimeja makan dibawah, sudah ada Papa, Mama, Abang Fakhri dan adiknya. Fatin macam biasa akan mencium mereka dulu.
Tidak lama kemudian, Fareez turun. Dia pun berbuat demikian. Mereka sarapan sama-sama sebelum ke sekolah.
Fatin dan Fareez memang selalu memakai kereta. Fareez la yang selalu drive.
Sampai saja di Shah International School, Fareez parking keretanya di tempat letak kereta khas buat pelajar situ. Fatin melihat sebuah kereta BMW i8 berwarna hitam merah. Kereta siapa pulak tu? Tak pernah2 ada kereta itu. Fatin malas mahu memikir.. dia terus laju saja mengatur tudungnya dan melangkah masuk ke menuju ke kelas. Sebelum dia bertugas. Dia merupakan penolong ketua pengawas. Oleh itu, ramai lelaki yang cuba mengorat dia tidak berani.
Tengku Faiq Irsyad berasa sedikit gementar. Mana tidaknya sekolah ini memang anak orang berada, jadi memang ramai la yang mengetahui dirinya siapa.
Habis saja Fatin bertugas, Fatin terus ke kelasnya 5 Diamonds. Fatin dan Fareez sama kelas ye. Mahu tak muak dia melihat muka Fareez. Hahaha! Fatin terus duduk sebelah Erina yang tengah bercakap dengan pakwenya, Amir. Engku Erina Yasmine merupakan sahabatnya. Amir Ezraf bin Dato Edrus itu merupakan rakan Fareez. Fareez,Amir,Harith dan Daniel merupakan jejaka pujaan disekolah ini. Mereka memiliki muka yang tampan.
Mereka berbual, tiba-tiba pintu kelas mereka diketuk. Cikgu Amira merupakan guru kelas mereka. Mereka dapat melihat ada kelibat jejaka dibelakang Cikgu Amira. Mungkin budak baru.
"Okey semua, hari ini kita ada kawan baru yang baru berpindah dari Australia"ujar Cikgu Amira memanggil Faiq suruh masuk. Semua terpegun dengan kekacakan Faiq dan ada yang tidak menyangka bahwa Faiq sekolah di situ. Ramai yang memang kenal Faiq.
Fatin terkejut gila nak mati. Kalau dia ada sakit jantung mahunya dia mati terus. Mana taknya jejaka itulah yang gaduh dengannya tempoh hari.
Kenapa aku mesti jumpa dia balik?!! Faiq pun terkejut juga dia jumpa balik minah kerek itu. Cikgu Amira meminta Faiq memperkenalkan dirinya.
Fareez,Harith,Amir dan Daniel memang sudah kenal Faiq ini. Lagipun mereka 5 sudah ada group sendiri sejak Faiq ada chat mengatakan bahawa Faiq bakal sekolah sama mereka.
"Okay, Nama saya Tengku Faiq Irsyad Zain Bin Tengku Azlan Zain. Boleh panggil saya Faiq. Saya baru pindah dari Australia. Saya berpindah ke Malaysia sebab parent nak saya mengambil SPM. Nice to meet you all. Saya harap kamu semua dapat membantu saya"ujar Faiq panjang lebar tetapi padat.
"Okey terima kasih Faiq, cikgu harap korang berkawan dan tolong Faiq ya"ujar Cikgu Amira. Semua pelajar 5 Diamond menjawab dengan semangat kecuali Fatin.
"Faiq boleh duduk sebelah Fareez ya"ujar Cikgu Amira.
Apalagi memang sukalah mereka. Semua dah bersalam, biasalah la lelaki terus dapat jadi kawan kalau perempuan ni baru2 lagi malu masih.
Kringggg!! Kringgg!!! Kringggg!!
Loceng sekolah pun berbunyi menandakan masa rehat. Sepanjang kelas Biology tempat duduk mereka dipisahkan jadi tidak bercakap. Erina terus memanggil Fatin. Fatin terburu-buru kerana dia ada perjumpaan lagi. Erina hari ini ke kantin dengan Amir la, setiap hari sama juga walaupun ada Fatin hahahaha!
"Yin, sorry hari ni aku tak teman kau, aku ada perjumpaan. Aku lambat dah ni"ujar Fatin terus keluar dari kelas tanpa menunggu kata dari Erina.
Erina menggeleng saja kepala melihat gelagat sahabatnya itu kerana Fatin memang seorang yang bertanggungjawab.
Erina memang kenal juga dengan Faiq. Tipulah cakap tak kenal mamat tu. Dulu sekolah rendah mereka pernah sama sekolah. Jadi tidak kekok la. Mereka ke kantin sama-sama. Semua orang memasang mata melihat sekumpulan yang cantik dan lelaki-lelaki idaman malaya itu.
"Guys, aku ke kelas dulu, aku nak susun yang perlu dihantar ke pengetua nanti"ujar Faiq.
"Okay bro. Jumpa di kelas" ujar mereka semua. Faiq mengangguk.
Faiq mahu naik ke kelas, memang ramai yang menegur Faiq, dia hanya tersenyum saja dan cepatkan langkahnya. Dia tidak selesa bila orang tengok dia macam tu sekali
Panggg!
Faiq mengaduh kesakitan akibat dilanggar seseorang dan dia hilang keseimbangan membuatkan kepalanya terhantuk peti besi tepi itu. Mahu bergetar kepalanya. Laju saja Faiq berdiri.
"Ya Allah! Sorry!"ujar suara gadis yang di kenali. Faiq melihat.
"KAUUU?!!!"ujar mereka serentak.
"Kau buta ke hah? Kau jalan guna lutut ke?"marah Faiq. Bengang betul dia. Dalam hati Fatin memang dia cakap Karma HAHAHAH! Tetapi dia kesian juga dengan Faiq kerana kuat kepala dia terhantuk.
"Errr sorrylah. Aku nak betul-betul rushing"ujar Fatin lagi.
"Kau fikir tak sakit? Fikir dengan sorry kau aku boleh maafkan kau?"marah Faiq lagi. Betul-betul sakit hati dia.
"Habis kau nak aku buat apa?"soal Fatin geram. Dia ni tak pernah nak cakap baik-baik.
"Aku fikir dulu. Jangan fikir kau terlepas"ujar Faiq.
Darah menitik dibaju Faiq, kepalanya ada sedikit luka.
Muka Fatin cuak. Matilah aku. Sampai berdarah kepala mamat ni aku buat. Ya Allah! Dahlah report ni aku perlu hantar before 11 pagi. Sekarang dah 10:45.
"Aku tanggungjawab apa yang aku buat dekat kau. Nanti kau cakap aje yang perlu aku buat. Then sorry again. Aku kena hantar report ni before 11. See you in class ok. Bye!"ujar Fatin terus bergegas lari.
Faiq hanya mampu menggelengkan kepalanya, dia tidak tahu dia tiada kekuatan lagi nak melawan gadis itu. Entah kenapa. Faiq sedar kepalanya berdarah. Luka sikit je.
Fareez,Harith,Amir, Daniel dan Erina masuk ke kelas. Mereka terus menyapa Faiq.
"Weiii, asal baju kau berdarah ni?"soal Daniel.
"Kau gaduh dengan siapa Iq?"soal Harith lagi.
Terletus ketawa Faiq. Semua gengnya hairan.
"Wei tak lawak la, kau kenapa? Kena serang peminat kau ke?"soal Fareez lagi.
"Tadi aku otw ke kelas, lepas tu ada seorang minah ni langgar aku sebab dia nak cepat, jadi aku hilang keseimbangan juga kepala aku terhantuk dekat peti besi luar kelas tu"cerita Faiq. Semua terkejut.
"Ya Allah! Jadi kepala kau luka besar ke macam mana?"soal Daniel lagi.
"Tak, sikit je. Ni dah tak pun"ujar Faiq santai.Dia tengah memikirkan apa yang dia mahu gadis itu buat untuknya.
"Siapa minah tu?"soal Amir lagi.
"Kembar Fareez"jawab Faiq pendek.
Semua terkejut. Ada juga yang ketawa. Erina memang sudah ketawa. Mesti Fatin kalut dan rasa bersalah itu.
"Bertuah gangster juga kembar aku"ujar Fareez ketawa. Semua pun ketawa.
Fatin masuk ke kelas dengan rasa bersalah. Haih. Semua gengnya berkumpul dekat dengan Faiq. Mesti Faiq dah cerita ni. Sampai berdarah kepala anak orang aku buat. Dahlah first day dia sekolah.
"Kakak"ujar Fareez muka serious. Aduh. Adik aku ni. Kang aku silat juga dia.
"Eee kau pahal tengok aku macamtu. Tahu aku buat salah dekat dia"ujar Fatin.
Terletus semua ketawa mereka melihat Fatin. Faiq saja yang mukanya serious saja. Whatever. Atleast aku tahu rasa bersalah dengan dia daripada sebelum ini.
"Gengster juga kau kalau jalan ye ten"ujar Erina ketawa, Fatin terus menjeling sahabatnya itu.
Semua rancak berborak. Cuma Faiq duduk ditempat sebelah Fareez itu, Fatin juga diam kerana dia lagi letih ke sana ke sini siapkan report tadi.
"Ingat, kau masih ada hutang dekat aku"ujar Faiq kepada Fatin. Fatin mengeluh.
Apakah hutang itu?
Jeng jeng jeng😝
Tunggu je ye next part..Sorry kalau agak hambar ye😭
Kalau ada yang perlu perbaiki,comment dibawah ye. Budak baru belajar buat novel hehehehe....