JUSTICE : Projek 046

By BananaAdelyn_

7.2K 1.1K 1.5K

Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay āœØ Disclaimer: Cerita ini... More

āœØ Gallery & Achievement āœØ
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Epilog

Bab 8

272 56 79
By BananaAdelyn_

ADIRA membuka kelopak matanya luas apabila terasa ada tangan yang membelai lembut helaian rambutnya.

"Haura?"

"Hmm..." balas Haura yang kepalanya tersenguk-senguk akibat terlalu mengantuk itu. Dia menongkat dagunya dengan tangan yang lagi satu.

Adira tersenyum segaris. Badan Haura yang sedang duduk bersila dibaringkan di atas tikar span khemah itu. Selimut yang terlipat kemas di sisi kanan dicapai lalu ditebar sebelum menyelimuti tubuh Haura.

"Terima kasih Haura," bisik Adira perlahan sambil mengusap lembut kepala rakan baiknya yang berlapik tudung itu. Teringat pula kenangan lama semasa Adira ditimpa demam denggi. Haura dan Ermina pasti akan berada di sisinya 24 jam, tidak membenarkan dia membuat itu ini.

Bersungguh-sungguh mereka jaga Adira bagai anak permaisuri. Kalau beginilah kasih sayang seorang rakan yang sebenar... tak perlu dia susah susah mencari teman lelaki yang belum pasti jodohnya sehinggalah terlafaznya akad. Kasih seorang sahabat sudah memadai.

Adira terpandang Ermina dan Armel yang lena terbaring di sebelah Haura dan disebelahnya ada seorang gadis sungguh asing wajahnya.

'Mungkin dia orang baru,' fikir Adira.

Adira lantas menyarungkan tudung di kepala sebelum melangkah keluar daripada khemah. Dia menarik nafas dalam lalu menghembuskannya perlahan-lahan, menikmati udara segar pada jam empat pagi itu. Sedikit sebanyak, hatinya berdetak tenang apabila angin malam sejuk menerjah lembut kulitnya.

Terus hilang segala rasa sengsara dikurung dalam bilik bawah tanah. Di situ, dia hanya dapat menghirup udara yang berbau hanyir dengan darah. Kulitnya pula pasti diterpa oleh angin panas daripada bahang besi-besi yang digari pada tangan dan kaki.

Adira melilaukan pandangan ke sekeliling. Bunyi dengkuran daripada dua buah khemah itu jugalah yang memecahkan kesepian pada pagi itu.

Tiba-tiba mata Adira tertumpu pada satu susuk tubuh yang duduk termenung di atas rumput sedikit jauh daripada kawasan perkhemahan mereka. Dengan senyap, Adira melangkah menghampiri individu itu.

"Kapten?"

Arash tersentak. Tangannya memegang dada yang rasanya sudah gugur dari tempat yang sepatutnya akibat terlalu terkejut disergah secara tiba-tiba. Dadanya diurut perlahan. Kepalanya meneleng ke arah Adira yang sedang berdiri sambil menahan ketawa di sebelah.

Buat beberapa detik, Arash merenung lama wajah gadis itu. Ruang redup dan damai basah itu membuatkan hati Arash berdebar-debar tatkala pupil mata mereka bertaut. Senyum nipis gadis itu makin membuatkan dia tak keruan dalam karung emosi. Debaran sukma dan emosi yang bercampur-baur ketika ini sering kali mengetuk pintu hati untuk memberi ruang kepada cinta tatkala dia bersama gadis itu.

'Andai inilah yang dinamakan cinta...' Arash tersenyum nipis. 'Aku tak nak lupa perasaan ini sampai bila-bila,' gumam gembira hati Arash.

"Leftenan... Leftenan sudah sedar? Eh, kenapa tak rehat saja? Leftenan lapar? Kejap, saya ambilkan makanan. Orang cedera mana boleh gerak sangat nanti sakit. Leftenan duduk kat sini diam-diam nanti saya datang balik," ujar Arash sebaik saja tersedar daripada lamunan. Dia bangkit dengan begitu pantas tetapi sempat ditahan oleh Adira.

"Saya okay, tak lapar dan Kapten jangan risau. Kapten boleh panggil saya Adira. Tak perlu nak berleftenan sana sini. Lagipun, sekarang kita tak bertugas bukan?" ujar Adira seraya melabuhkan punggung di sebelah Arash.

"Okay Lefte... maksud saya Adira. Adira sepatutnya berehat bukannya duduk di sini, esok perjalanan kita masih panjang. Tengok muka itu, bertampal sana sini belum lagi tengok badan, tangan dan kaki. Entah berapa tebal balutan kainnya ya?" ujar Arash dengan nada risau. Dahinya berkerut. Bibirnya diketap.

"Tak apa Kapten saya... Kapten nak ke mana?" soal Adira melihat Arash bangun dan berjalan pergi meninggalkan dia sendirian.

Adira terkebil-kebil. Kepala yang tidak gatal digaru dengan penuh tanda tanya.

Hampir 2 minit lamanya, Arash kembali dengan beberapa biji buah pisang dan rambutan yang dipetik oleh Haura dan Ermina sebentar tadi. Arash melabuhkan punggung dan menghulurkan buah-buahan itu kepada Adira.

"Makan," katanya sepatah.

Adira tidak membantah. Memang sudah lama dia tidak makan. Sejak dikurung oleh Farhan, hanya seminggu sekali sahaja dia akan diberi makan, itu pun bagi makan roti sahaja. Nasib baik air akan diberikan oleh Farhan setiap hari. Sekurang-kurang badannya mampu bertahan dengan bekalan air tersebut.

Satu persatu kulit buah-buahan itu dikupas laju. Adira menjamah buah-buahan itu dengan penuh selera. Dia ada mempelawa Arash untuk makan bersama tetapi Arash hanya menolak, katanya sudah kenyang. Dia hanya melihat Adira menjamu selera dengan senyuman yang tidak pudar walaupun sesaat.

"Adira, apa yang mereka sudah buat pada awak? Macam mana Ad boleh ada dalam hutan?" soal Arash, memulakan perbualan mereka. Soalan yang bermain dalam fikirannya sejak tadi akhirnya berjaya diluahkan.

Adira mengesat kesan comot di hujung bibir. Anak matanya mengekor Arash yang duduk 10 sentimeter jauh daripadanya. Hilang selera makan apabila Adira nendengar soalan itu diutarakan. Baki pisang dan rambutan itu ditenung lama.

Arash berasa serba salah. "Tak apa kalau Adira tak nak ceri..."

"Mereka seksa saya setiap hari," pintas Adira sebelum sempat Arash menghabiskan kata-katanya. Dia menyambung, "Mereka kurung saya dalam bilik bawah tanah. Tadi, saya rasa api kemarahan dalam diri saya sudah sampai ke puncak agaknya apabila dengar yang kamu semua sudah mati. Entah dari mana kekuatan yang saya dapat sehingga berjaya menumpaskan mereka seorang diri."

Adira menghela nafas berat. Jari telunjuk kanan bermain dengan jari telunjuk kiri. "Seusai mengalahkan mereka, saya keluar dari situ dan saya lari tanpa henti dalam hutan. Saya lari lebih dua jam tanpa henti sehinggalah saya penat. Disebabkan terlalu penat dan tak mampu untuk teruskan, saya jatuh pengsan. Saya dah tak kisah apa nak jadi dengan saya. Saya hanya berserah pada Allah untuk selamatkan saya. Alhamdulillah... Allah hantarkan Kapten untuk selamatkan saya. Kalau tidak... entah saya ni dapat lihat dunia ini lagi ke tidak, saya pun tak tahu."

Adira mendongak memandang wajah Arash yang kelihatan serba salah. Hati Adira diraup dengan rasa sebak. "Saya bersyukur yang Kapten selamat. Saya tak percaya kata-kata Adriana bila dia kata Kapten sudah mati. Saya tahu Kapten Arash sebenarnya seorang yang kuat. Tak mungkin seorang Arash akan mudah dikalahkan begitu saja."

Arash hanya tersenyum kambing mendengar pujian daripada Adira. Tidak pasti sama ada dia patut melayakkan diri untuk menerima pujian itu atau sebaliknya.

"Kapten..."

"Call me honey."

"Hah?"

"Haha... panggil saya Arash. Saya gurau saja," sakat Arash lalu ketawa terbahak-bahak melihat wajah Adira yang bertukar merah kerana malu.

"A... Ar.. Arash..." Terketar-ketar Adira menyebut nama Kaptennya itu. Tidak senang duduknya melihat sengihan yang dilontarkan oleh jejaka kacak di hadapannya itu. Rasa bagaikan semua ini hanyalah mimpi semata-mata.

"Ya," sahut Arash. Anak mata berwarna coklat, rambut berakar hitam tapi di atasnya coklat keperangan, dua lesung pipit dalam di pipi kanan dan kiri. Fokus Adira kini hanyut entah ke mana tika menatap wajah kacukan Melayu dan Inggeris itu.

"Adira?"

Adira terjaga daripada lamunan apabila Arash melambaikan tangan di hadapan wajahnya.

"Macam mana Arash tahu saya Adira dan bukannya Adriana?" soal Adira ingin tahu. Duduknya dibetulkan supaya lebih selesa.

Arash merapatkan duduknya ke arah Adira. Tidak semena-mena, tangan Arash yang bersarung tangan hitam itu memegang tapak tangan kanan Adira.

"Nampak parut ni?" tanya Arash sambil jari telunjuknya menunjuk satu garis parut suku panjang di tengah-tengah tapak tangan Adira.

Adira mengangguk.

"Parut yang ada kat tapak tangan awak ni sama dengan parut dekat tapak tangan saya." Arash menunjukkan tangan kanannya kepada Adira. Jelas kelihatan kesan parut yang sama bentuk dan panjang dengan parut yang ada pada tapak tangan Adira.

"Ingat tak kita berdua dapat parut ini pada hari pertama kita jadi rekrut baru? Kita tak dengar arahan semasa night walk?"

Adira mengangguk laju. Ayat Arash itu berjaya menyelak langsir ingatannya. "Yang kita tarik tali sampai putus kemudian tali kasar itu terseret pada tangan kita kan?"

Arash mengangguk. "Ingat pun. Lepas itu, awak ingat tak saya minta awak balutkan tangan saya sebab saya tak reti nak balut?" tambah Arash lagi.

Adira mengangguk lagi lalu ketawa perlahan. Sungguh manis sekali memori itu. Masih segar dalam ingatan, wajah berkerut Arash apabila Adira mencuci luka di tangannya. Sejak detik itu, mereka yang sebelum ini tidak pernah berkenalan, akhirnya mula berkawan.

"Sekurang-kurang saya ada juga memori manis dengan awak," seloroh Adira dalam tawanya.

Kemudian keadaan menjadi sunyi sepi. Di langit, bulan bergegas menyelinap di sebalik awan membiarkan mereka berdua melayan perasaan asing dalam hati yang tunggu masa saja untuk diluahkan.

"Saya tak sangka saya boleh amnesia sepanjang tempoh Adriana menyamar jadi awak, Adira. Kalau saya ingat apa yang sudah berlaku pasti awak takkan terseksa. Pasti, Hans takkan..." Arash berhenti berkata-kata. Air matanya mula bertakung di tubir mata.

"Apa sebenarnya yang terjadi pada Hans? Apa yang Adriana buat?"

"Saya... sebab saya..." Arash memejamkan matanya rapat. Dia baring di atas rumput sambil menarik nafas dalam. Sedaya upaya dia cuba untuk menahan empangan air mata itu daripada pecah.

"Disebabkan oleh kepimpinan teruk saya... dia... dia sudah tak ada," gumam Arash perlahan. Terketar-ketar suaranya menahan esakan. Air mukanya jelas melukis kepedihan yang sungguh perit dan dalam.

"Saya... saya ketua yang teruk." Arash menutup mukanya dengan tapak tangan. Segala kesedihan dan rasa bersalah yang dikumpul sejak tadi akhirnya dilimpahkan dengan air mata. Rasa bersalah dan sedihnya itu diibaratkan lebih besar daripada gunung tertinggi dunia. Dia menangis semahu-mahunya.

Hans itu ibarat keluarga. Susah senang, lelaki itu yang akan menyokong dia untuk bangkit semula. Pemergian Hans benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dan menganggu emosinya sebagai seorang ketua.

Adira turut baring di atas rumput di sebelah Arash. Dia turut bersimpati atas pemergian Hans. "Arash... semua orang buat silap. Tiada siapa yang sempurna. Kita tak boleh salahkan diri sendiri. Semuanya sudah ditakdirkan oleh Allah yang Maha Esa. Kita kena tabah hadapi ujian yang diberi. Ujian Dia adalah sebagai tanda sayang-Nya kepada kita," pujuk Adira.

"Arash... jangan awak letakkan semua beban di bahu awak. Ini bukan salah awak. Ini bukan tanggungjawab awak seorang sahaja. Ini tanggungjawab kita semua," ujar Adira dengan tegas.

"Hans, kawan baik saya sejak kecil. Kami membesar bersama-sama selepas ayah dia ambil saya dan Armel sebagai anak angkat. Kami bukan setakat kawan baik, kami adik-beradik. Kalau dia mati, Armel sahaja ahli keluarga yang saya tinggal," tangis Arash.

"Arash... keluarga tak semestinya seseorang yang ada pertalian darah atau keluarga angkat sahaja. Keluarga itu luas maksudnya. Salah satunya, keluarga ialah orang yang terima kelebihan dan kekurangan kita, orang yang kita sayang walaupun tiada pertalian darah malah, pasukan kecil kita pun boleh dikategorikan sebagai keluarga.

Awak kena bersyukur awak masih ada adik awak, Armel. Cuba Arash tengok Sarjan Ermina dan Sarjan Haura. Mereka sudah tak ada ahli keluarga. Saya? Saya ada keluarga tapi dibuang dan sekarang, saya cuma ada Kapten dan kumpulan kecil kita sebagai keluarga saya," hujah Adira.

"Saya anggap Arash, Haura, Ermina, Armel malah Hans sebagai keluarga saya. Itu sudah cukup memadai. Saya cukup gembira andai kamu semua ada di sisi."

Arash menatap wajah Adira tanpa berkelip. Hatinya tenang mendengar pujukan gadis itu. Adira memang tidak pernah gagal memujuknya sejak dari dulu lagi.

Saat ini Arash tekad untuk luahkan isi hati yang sudah lama dia pendam terhadap gadis itu.

"Adira, saya sayan..."

Adira pantas mengangkat satu jari ke hadapan wajah Arash seraya digoyangkan ke kiri dan ke kanan.

"Perkataan sayang itu, awak hanya boleh gunakan kepada adik awak, Armel dan isteri awak. Saya tak nak perkataan sayang itu terlalu mudah untuk dilafaz begitu sahaja tanpa kepastian seseorang itu akan menjadi milik awak suatu hari nanti. Perkataan sayang itu sungguh istimewa untuk seseorang yang berhak menerima perkataan itu. Jadi, awak ucaplah perkataan sayang itu kepada orang yang berhak menerimanya satu hari nanti."

Mata Arash bersinar kagum dengan Adira yang bersungguh-sungguh menasihatinya. Rasa sayang terhadap gadis itu semakin bercambah tika dia bersetuju dengan kebenaran kata-kata Adira itu.

Arash mengangguk perlahan. "Saya harap satu hari nanti awak jadi milik saya. Bolehlah saya cakap perkataan istimewa itu pada awak setiap hari, kan?"

"Ha... ha... ha..." Adira ketawa janggal.

"A... Arash, apa kata awak tidur dulu. Awak nampak letih." Adira cuba menukar topik untuk menghilangkan perasaan malu.

"Saya tak mengantuk. Awak yang patut rehat. Luka awak masih belum sembuh," balas Arash.

"Tapi, saya sudah sihat. Awaklah yang patut rehat. Muka awak nampak letih," balas Adira pula, tidak mahu mengalah.

"No... awaklah yang patut rehat." Arash juga tidak mahu mengalah. Dia menegaskan bahawa dia yang patut berjaga dan bukannya Adira.

"Awak," sanggah Adira.

"Awak," tegas Arash, masih tidak mahu mengalah.

"Awak."

"Awak."

"Awak."

"Awak."

Continue Reading

You'll Also Like

38.5K 3.9K 34
2024 Ini merupakan sambungan kepada HAZRAEL. H Series Buku 1: HAZRAEL Buku 2: Internet Death Angel Sila baca HAZRAEL dulu baru baca Internet Death An...
165K 16.7K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
10K 1.1K 14
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu
188K 7.8K 52
Lapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka d...