(C)BLOOD BOUND 2 : IMPRINTED

By Yeollie_Girl

32K 2.6K 1.2K

Park Chanyeol sedar akan makna imprinting. Dia tahu ianya salah dan sepatutnya hal itu tidak terjadi kepada v... More

Prolog
Part 1
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
The End

Part 2

752 62 26
By Yeollie_Girl


"Chanyeol tak balik lagi?" soal Miyoung, risau.

Sooyoung menggeleng. Dia membawa Miyoung untuk duduk diatas sofa, tidak membiarkan wanita itu berjalan sendirian ke hulur hilir tanpa pengawasannya. Perut Miyoung sudah pun menampakkan bentuknya yang seakan-akan bola sepak.

"Baby nak sangat jumpa Uncle Yeol dia," ujar Miyoung, sedih.

Sooyoung menjongketkan keningnya. Mengidam ke? Kalau kata manusia lah.

"Lain macam permintaan dia," ujar Sooyoung, tersenyum. Miyoung mengangguk.

Dia pun tak tahu kenapa dalam fikirannya sekarang hanyalah berisi dengan wajah Chanyeol. Kenapa bayi di dalam kandungannya ini teringin sangat untuk berjumpa dengan Chanyeol? Atau dia rindu je memandangkan Chanyeol sahabatnya.

Sooyoung mengambil album berisi gambar keluarga mereka dan mengeluarkan gambar Chanyeol darinya. Gambar tersebut diserahkan pada Miyoung.

"Pandang gambar pun tak apa lah kan? Chanyeol mungkin balik dalam dua tiga hari lagi. Tak pun minggu depan."

"Lamanya.." omel Miyoung. Gambar Chanyeol tetap juga diambil olehnya. Dia menatap wajah itu bagaikan merindukannya.

"Jangan lama-lama. Nanti Sehun balik takut dia salah faham," nasihat Sooyoung. Miyoung mengangguk faham.

Miyoung menatap wajah Chanyeol, lama. Jantungnya berdegup tapi serasa seperti bukan miliknya. Adakah bayi dalam kandungannya ini sedang cuba untuk memberikan petunjuk kepadanya?

...

Beberapa bulan berlalu, masa untuk Miyoung bersalin juga semakin menghampiri. Hari ini, mereka akan menyambut hari lahir gadis itu. Dia secara sahnya menginjak ke umur 20 tahun, tahun ini.

Perutnya sudah pun memboyot seperti kandungan yang berusia lapan bulan. Dia dibantu oleh Irene untuk kemana-mana walaupun di dalam mansion. Tidak ada seorang pun yang akan membiarkan dia bersendirian.

Bahkan Jongdae, lelaki itu telah meminta maaf atas kekasarannya dahulu dan kini sudah pun berbaik dengan Miyoung.

Kek hari jadi Miyoung dibuat khas oleh Kyungsoo dan Minseok. Mereka bertungkus-lumus menyiapkan kek setinggi lima tingkat itu. Cukuplah untuk Seulgi, si pelahap makanan.

Sehun mengambil alih Miyoung daripada Irene. Dia membantu isterinya itu keluar dari bilik air.

"Hun-ah, dah lima bulan ni. Baby tak keluar lagi.." ujar Miyoung, takut.

Kata Seulgi, masa kelahiran bayi vampire dan bayi manusia berbeza. Kalau diikutkan, sekarang pun sudah boleh kerana tumbesaran bayi dalam badan Miyoung tampak sihat sahaja. Semua organ telah terbentuk dengan baik. Kalau Miyoung terasa sakit pada perutnya, maknanya wanita itu akan melahirkan. Itu yang Seulgi ajar.

Perut Miyoung disentuh.

"Anak daddy duduk dalam tu diam-diam dulu ye? Daddy masih nak berdua-duaan dengan mummy," usik Sehun sambil mengusap sama perut Miyoung.

Tipu kalau kata dia tak risau tapi dia hanya ingin menyedapkan hati Miyoung sahaja. Biar pun dia dah hidup selama
501 tahun, Sehun masih kurang pengalaman dalam menguruskan hal ibu mengandung. Dia masih perlu menimba banyak pengalaman.

"Jangan risau la. Baby cuma nak bagi ruang untuk kita je tu," ujar Sehun. Dia mengucup dahi Miyoung, lama.

Gadis itu dibawa ke bilik persalinan yang berada di tingkat bawah untuk menyalin pakaiannya. Sehun menunggu di luar sementara Miyoung dibantu oleh Seulgi. Dia dihalau pula oleh Irene untuk pergi menyambut tetamu yang lain.

Hiasan hari jadi sudah pun disiapkan. Begitu juga dengan kek. Kini, hanya tinggal orang yang diraikan sahaja.

Sebaik sahaja Miyoung tiba dengan memakai gaun berwarna biru separas lutut seperti yang disarankan oleh Irene dan Seulgi, Sehun jadi ternganga melihatnya.

Di matanya, Miyoung nampak begitu seksi walaupun perutnya sudah pun menimbul seperti bola sepak. Salivanya ditelan. Dia menahan dirinya daripada hilang kawalan. Junmyeon yang berada di sebelahnya terus menepuk punggungnya dengan sengaja. Lelaki itu tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Miyoung berdiri di sebelah Sehun sambil memegang erat tangan suaminya itu. Lagu hari jadi mulai dinyanyikan oleh seisi keluarganya itu.

Happy birthday to you~
Happy birthday to you~
Happy birthday to our precious Miyoung~
Happy birthday to youuu..

Miyoung memejamkan matanya dan membuat permintaan. Sebaik sahaja dia membuka mata dan meniup lilin, ahli keluarga itu bertepuk tangan. Mereka meraikan dirinya dengan begitu meriah sekali.

Miyoung mulai memotong kek dan menyuapkannya kepada Sehun. Begitu juga dengan sebaliknya. Selepas itu, ianya diagihkan pula pada ahli keluarga yang lain.

"Seronok tak?" soal Sehun. Dia menghidu rambut Miyoung yang wangi itu. Miyoung mengangguk.

Mereka mulai memasuki dunia mereka sendiri. Membuatkan yang lain malu-malu.

Tatkala itu, pintu mansion dibuka oleh hamba. Seseorang masuk ke dalam rumah sambil menggalas bagasi.

Miyoung dan yang lain-lain menoleh serentak.

"Chanyeol!" laung Miyoung, gembira.

Dia melambai-lambai kearah lelaki itu dengan ceria sekali. Manakala Chanyeol, redup sahaja pandangannya terhadap Miyoung. Perut Miyoung dipandang.

Dia tak sangka dia masih lagi berasa sakit saat melihat Miyoung.

"Bila sampai Yeol?"

"Kau baru balik Yeol?"

"Apa khabar, bro?"

"Yeol, sinilah jumpa baby?" ajak Miyoung, lembut. Perutnya diusap-usap.

Chanyeol tak mampu menolak permintaan Miyoung. Dia datang mendekat walaupun hatinya tidak rela.

Tangan Chanyeol ditarik oleh Miyoung dan diletakkan diatas perutnya. Chanyeol dapat merasakan tendangan kuat pada tangannya. Memang betul ada benda hidup dalam perut Miyoung.

Ianya menendang-nendang gembira tanpa henti sehingga membuat Miyoung senak. Wanita itu berpaut pada Sehun.

"Baby seronok sangat jumpa Uncle Yeol ke?" ujar Miyoung sambil ketawa. Dia rasa terlalu senak sekarang.

Chanyeol diam. Tangannya masih lagi tidak dialihkan. Dia mencuba untuk mengabaikan perasaan cemburu dan ingin menjadi normal pada hari ini sahaja. Dia melutut dan mula mendekatkan telinganya pada perut Miyoung.

"Hello. Little Miyoung," bisik Chanyeol dalam hati. Satu tendangan diterima. Aneh. Chanyeol cepat-cepat berdiri dan menjauhi Miyoung.

"Maaf. Aku masih penat. Selamat hari jadi Miyoung," ujar Chanyeol, mengelak daripada bertentang mata dengan sesiapa pun. Dia bergegas naik ke biliknya.

Miyoung merenung Sehun dengan wajah sedih.

"Chanyeol kenapa?" tanya Miyoung. Sehun menjongketkan bahunya.

"Biarlah dia..Penat tu," balas Sehun. Mereka meneruskan majlis sehinggalah lewat malam.

Miyoung telah pun masuk tidur lebih awal kerana ianya bagus untuk ibu mengandung. Sehun sedang berada di pejabatnya sekarang.

Diam-diam, Miyoung bangun semula dari tidur-tidur ayamnya dan keluar dari biliknya, menuju ke bilik Chanyeol. Dia mahu menyapa sahabatnya itu setelah lama tidak bertemu.

Pintu bilik Chanyeol diketuk perlahan. Lelaki itu segera membukanya. Dia agak terkejut saat melihat Miyoung di hadapannya.

"Boleh aku masuk?" pinta Miyoung.

Chanyeol mengangguk. Dia terus menutup pintu biliknya dan mengekori Miyoung ke ruang tamu. Miyoung terus duduk berhadapan dengannya.

"Aku rindu kau.." ujar Miyoung, tanpa berselindung. Senyuman singkat diberikan.

"Kau tunggu aku?"

"Baby nak sangat jumpa kau. Aku pun tak tahu kenapa," ujar Miyoung lagi. Perutnya diusap lagi.

"Ouh.." balas Chanyeol, ringkas. Dia nampak kecewa.

"Mungkin dia nak tengok rupa papa dia kot?" jenaka Miyoung. Chanyeol tersenyum sinis.

"Tak nak lah. Jangan panggil aku macam tu. Aku tak sedia lagi," pinta Chanyeol. Dia rasa sakit bila dengar perkataan 'papa'. Tak kisahlah nama panggilan macam mana pun tapi dia tetap tak suka. Lagi-lagi itu bukan anak dia.

"Tapi baby yang nak?"

Bayi di dalam perut Miyoung menendang perutnya dengan sungguh kuat sekali.  Mungkin tidak bersetuju dengan kata-kata Miyoung. Rasa senak itu disembunyikan.

"Dah cukup dah bapak dia. Buat apa ada dua?" kata Chanyeol lagi. Namun ianya kedengaran seperti sindiran.

"Yeol, aku cuma nak berbaik dengan kau je," Miyoung memberitahu perkara sebenar. Dia saja berbasa-basi dengan Chanyeol tadi.

"Kita pernah bergaduh ke?" Chanyeol merenung Miyoung sedalam-dalamnya. Miyoung menggeleng perlahan.

"Habistu? Kau datang cuma nak pastikan aku dapat terima ke tak hakikat yang kau dah jadi milik Sehun kan? Ya, aku tak boleh terima lagi Miyoung. Kau cinta pertama aku. Tengok kau bermesra dengan Sehun buat hati aku sakit macam ditikam dengan beribu-ribu bilah pisau. Puas hati kau?" luah Chanyeol.

Namun nada suaranya dikawal kerana dia tidak mahu emosi Miyoung terganggu. Dia pun tahu ibu mengandung macam mana. Walaupun dia sakit, dia tak mahulah wanita yang dia cintai tersakiti juga.

"Maaf.."

"Aku tak perlukan maaf kau Miyoung. Kau tak buat salah pun. Dahlah. Pergi balik bilik kau. Nanti Sehun cari," arah Chanyeol. Dia membuang pandang kearah bertentangan. Tidak sanggup melihat wajah muram Miyoung.

Miyoung nampaknya tersinggung. "Arasseo," balasnya. Sebelum dia pergi, dia sempat berbicara sebentar dengan Chanyeol.

"Aku cuma nak perkenalkan baby dengan kau je, Yeol. Aku nak kongsi rasa gembira ni dengan kau je. Aku tak ada niat buruk pun. Maaf kalau kehadiran aku buat kau terganggu," tutur Miyoung, lembut.

Chanyeol menoleh kearahnya. Terbit rasa kesian dihatinya kerana telah berkata kasar sebegitu.

"Goodnight Miyoung.. and baby..." ucap Chanyeol.

Miyoung tersenyum manis.

"Terima kasih.."

to be continued

Continue Reading

You'll Also Like

727K 62K 68
"Apa ni?" Aku terdiam seketika. Terpinga-pinga memandang lelaki yang berada di hadapan aku tanpa berbaju, dengan Baekhyun di hadapan pintu. "Baekhy...
Wattpad App - Unlock exclusive features