JUSTICE : Projek 046

By BananaAdelyn_

7.2K 1.1K 1.5K

Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay āœØ Disclaimer: Cerita ini... More

āœØ Gallery & Achievement āœØ
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Epilog

Bab 7

262 55 60
By BananaAdelyn_

"UNTUK pengetahuan kau Adira, aku sudah berjaya hapuskan JUSTICE," desis Adriana sinis. Dia berjalan menghampiri Adira yang digari tangan dan kaki pada dinding.

"Kau dengan agensi JUSTICE kau tu lemah! Lemah fizikal! Lemah mental! Lemah intelek! Lemah segala-gala lemah!" herdik Adriana lalu menyentak kasar leher Adira. Adira menggelumpur cuba untuk membebaskan diri daripada Adriana namun, pergerakkannya terbatas.

Rantai besi yang mencengkam pergelangan tangan dan kaki menyebabkan setiap rontaannya sia-sia. Apa yang dia dapat hanyalah sakit yang mencucuk-cucuk pada kulit.

Adriana melepaskan leher Adira apabila wajah gadis itu sudah kebiru-biruan. Senyum sinis meniti panjang di hujung bibir saat melihat Adira terbatuk-batuk darah.

Perasaan puas sukma yang bersalut api dendam itu kian, menjalar hebat dalam tubuh. Di retina mata, setiap sisi sungguh cerah dengan cahaya kemenangan. Di cuping telinga, setiap raungan pasti membuka pintu kejayaan. Di bibir, lontaran makian tanpa segan itu menyebabkan hatinya semakin meraup dengan rasa gembira.

Wajah mereka mungkin sama namun bukan hati. Setiap renungan Adriana membuktikan dia hanyut dalam dunia dengki dan dendam. Adira sendiri sudah tidak pasti adakah kembarnya akan berjaya keluar dari dunia yang penuh hina itu hidup-hidup ataupun tidak.

"Mereka bukan mudah untuk dikalahkan! Aku tak percaya." Entah dari mana keberanian itu datang untuk melawan Adriana. Mata merah Adira menjegil tajam wajah polos Adriana yang tersenyum sumbing memandangnya.

"JUSTICE tak lemah seperti kau orang! Mereka kuat! Mereka takkan mudah untuk mengalah!" teriak Adira. Anak matanya sibuk mencari kebenaran di sebalik kata-kata Adriana sebentar tadi bahawa JUSTICE telah dikalahkan.

Adriana menepuk tangannya seraya ketawa besar. "Aku suka semangat membara kau, kembarku. Kau katalah apa kau nak kata tentang JUSTICE tapi bagi aku, mereka hanyalah sampah!" Pipi Adira ditampar kuat sehingga menyebabkan kepala gadis itu terteleng laju ke kiri.

"Aku sudah bunuh mereka semua! Aku sudah pasang bom dalam rumah mereka. Aku yakin yang sekarang ini, badan mereka sudah hancur berkecai!" Ketawa jahat Adriana memenuhi ruang kecil tersebut. Ketika ini, perangai Adriana memang serupa orang hilang akal.

Perangai ini... sama seperti perangai Malik yang gila kuasa, tamak harta, taksub dengan dunia.

Adira tunduk memandang lantai. Andai apa yang dikata oleh Adriana itu benar... dia sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini. Adira menghela nafas berat. Sukar baginya untuk menerima kenyataan berat itu.

"Abang aku kata, kau susah sangat nak mampus. Betul ke? Banyak sangat ke dosa gadis bernama Adira sampai Tuhan masih bagi kau masa nak bertaubat?" ujar Adriana dengan nada mendatar.

"Baguslah, sekurang-kurangnya dapat juga aku bau syurga daripada kau orang yang belum apa-apa lagi sudah kena humban dalam neraka," lawan Adira dengan berani lagi. Hatinya dipenuhi dengan api kemarahan yang marak menyala. Semangat untuk berlawan mula menjalar dalam dirinya.

Andai kawan-kawannya sudah tiada, dia harus kuat untuk membalas. Andai kawan-kawannya masih hidup, dia juga harus kuat untuk membalas. Matanya berkaca-kaca dengan air mata hangat yang bertakung. Bila-bila saja empangan itu akan roboh.

"Berani kau nak berhujah pada aku!" Tidak semena-mena, Adriana memusingkan tubuh 360 darjah seraya kaki diangkat tinggi menyamai paras dengan perut Adira. Tendangan melingkar itu mendarat tepat di antara perut dan sangkar rusuk Adira.

Darah tersembur keluar daripada mulut Adira. Bahagian ditendang itu terasa senak namun, dia masih boleh tersenyum sinis. Ada sesuatu yang sedang ligat bermain dalam fikirannya.

"Kau ni sudah gila ke senyum seorang diri?" Adriana meramas kasar rambutnya. Dia serabut melihat Adira tersenyum sinis memandangnya seolah-olah serangan itu tidak membinasakan tubuh gadis itu.

Lantaran itu, Adriana mengeluarkan pisau daripada poket. Dia menyeringai tika dia mengelar dahi hingga ke pipi kembarnya.

Namun begitu, tiada reaksi yang ditunjukkan oleh Adira. Sakit dikelar itu tidak setanding dengan sakit apabila kehilangan orang tersayang. Dia sudah tekad untuk tidak menjadi lemah lagi.

Dia akan bangkit. Dia akan lawan balik. Dia sudah tidak mahu menjadi Adira yang merintih sakit kerana rantai besi yang membataskan pergerakan.

"Sorry, setakat kau calarkan muka manis aku ni apa la sangat berbanding seksaan yang abang kau buat pada aku setiap hari," sindir Adira. Kening kanannya terjungkit ke atas tanda dia bangga dengan diri sendiri.

"Dasar tak guna! Geram betul aku dengan orang macam kau. Farhan, Ri nak bunuh betina tak guna ni!" teriak Adriana lalu menghentak kakinya ke lantai. Hatinya bergelora dengan api kemarahan. Kesabarannya sudah sampai ke kemuncak. Tidak mahu dia berdalih lagi dengan kembar yang menyakitkan hati.

Farhan yang hanya memerhatikan mereka berdua sejak tadi mengangkat ibu jari kanan. "Finally!" soraknya.

"Aku tak tahu kenapa kau tersenyum-senyum macam orang gila tapi aku memang tak pernah suka dekat kau. Tiada siapa dalam keluarga kita suka kat kau jadi, any last word before I pancung kepala you, my dear twin?"

"Yes I do. My last word is... idiots," sebut Adira perlahan. Dia kembali melontar sengihan biarpun ditanya soalan maut itu.

"Kau nak panggil aku dengan Farhan bodoh? Kenapa? Kau fikir kau pandai sangat ke?" Wajah Adriana berubah merah padam. Matanya terbelalak ingin menerkam Adira hidup-hidup. Giginya diketap geram.

Adira tidak menjawab. Dia hanya tersenyum mengejek.

"Ah, aku tak faham! Makin lama makin sakit hati aku layan kau," seranah Adriana. Dia mengambil pedang yang tergantung pada dinding bilik kemudian dihalakan pedang itu selaras dengan leher Adira.

Mahu saja Adriana menghayunkan pedang tersebut, segala kudrat yang tersimpan di dalam badan Adira, akhirnya dikeluarkan dengan satu tendangan padu pada perut Adriana.

"Argh!" Sekali hentak, rantai besi yang digari pada kaki kanannya terputus. Walaupun perit, Adira menyentak rantai besi di pergelangan tangan dan kaki kiri itu berkali-kali.

"Kau fikir aku akan mengalah macam itu saja?" teriak Adira sekuat hati. Kini, perasaan marahnya pula yang membuak-buak. Sekali sentakan padu, akhirnya dia bebas daripada digari pada rantai besi itu.

Tanpa buang masa, rantai besi itu dililitkan pada leher Adriana serentak ditarik kuat. Adriana meronta-ronta minta dilepaskan namun, Adira lebih kuat.

"Ri!" Farhan membuka daun pintu dengan wajah garangnya. Dia berlari laju ke arah mereka berdua.

Serangan Farhan berjaya dielak apabila Adira menolak kuat tubuh Adriana sehingga jatuh menghempap Farhan. Mereka berdua menggelumpur di lantai cuba untuk bangun semula. Dengan pantas, Adira melilit kaki mereka dengan rantai besi.

Adira menolak kuat mereka berdua supaya mereka bergolek ke hujung bilik menghentam dinding. Erangan mereka menyebabkan Adira tersenyum puas.

Tanpa berfikir panjang, Adira terus berlari keluar daripada bilik itu. Kakinya pantas melangkah keluar menjauhi kawasan rumah usang yang menjadi tempat tahanan dia untuk beberapa minggu.

Kakinya membuka langkah demi langkah tanpa henti. Hanya cahaya bulan sahaja yang dia harapkan untuk bantu menerangi jalannya merentasi hutan gelap pada malam itu.

Dalam hati, dia berdoa meminta hikmah. Air mata berjujuran lebat di pipi. Rasa keinsafan mula terbit dalam diri ingin taubat sebelum dijemput pergi.

Dia banyak dosa. Dia banyak kekurangan. Dia juga tidak sempurna seperti makluk lain. Tiada apa yang sempurna melainkan Allah.

Disebabkan itu, hari ini dia kuatkan diri. Hari ini dia berlari sekuat hati. Hari ini juga, tekad untuk perbaiki diri yang terumbang-ambing biarpun tanpa sesiapa di sisi.

⚔️⚔️⚔️

"KAPTEN, okay?" Zakwan memandang simpati ke arah kaptennya yang termengah-mengah mencari nafas yang hilang.

Arash hanya mengangguk perlahan. Tangannya pantas memegang sebatang pokok untuk mengimbangi dirinya yang berjalan terhuyung-hayang. Kepalanya berasa sangat pening ketika ini namun dia gagahkan diri untuk teruskan perjalanan.

"Kapten, apa kata kita bermalam di sini dahulu? Lagipun, hari masih gelap. Bahaya 'mengembara' dalam hutan waktu tengah malam begini. Kita pun masih tiada hala tuju." Ayra memberi cadangan kepada Arash.

Arash terpandang sebuah gua yang agak besar dan tidak jauh daripada mereka. Agak lama dia berfikir sebelum dia menganggukkan kepala tanda dia bersetuju dengan cadangan Ayra itu.

"Baiklah, kalau begitu kita rehat saja di gua itu malam ni. Saya tahu kamu semua sudah penat berlatih pada siang hari tadi ditambah pula dengan serangan mengejut Adriana sebentar tadi. Saya pun dah tak rasa sedap badan," ujar Arash.

Mereka berenam mengangguk setuju.

"Ejen Rayyan, Ejen Zakwan, Ejen Ayra dan Armel boleh siapkan tempat tidur kita di gua tu. Sarjan Haura dan Sarjan Ermina, mari ikut saya cari buah-buahan dan air bersih."

⚔️⚔️⚔️

ARASH memandang bayangan wajahnya di permukaan air sungai biru yang mengalir tenang. Rasa hiba mula menguasai diri sekali lagi.

Dia menyamakan dirinya dengan air sungai itu. Tampak tenang, tapi tiada siapa tahu dalamnya ada apa. Ada ikan, ada rumpai, ada buaya? Tiada siapa yang tahu.

"Nampaknya, sudah semakin bertambah parut di muka," keluh Arash perlahan. Dia menadah air di telapak tangannya lalu menyapu ke muka.

Sejuk. Air malam memang sejuk.

Nasib mereka baik kerana mereka terjumpa air sungai yang jernih ini berhampiran dengan kawasan rehat mereka. Tidak perlulah mereka bersusah payah mencari sumber air di tengah malam.

"Kapten, kami sudah dapat petik buah rambutan dan pisang sebanyak yang boleh." Haura dan Ermina menyapa Arash dari belakang dengan buah-buahan yang penuh di tangan mereka.

"Bagus. Saya juga sudah penuhkan semua botol air ini. Kamu berdua pergilah berehat dahulu. Saya mahu ambil udara malam sekejap." Arash memberikan senyuman manis kepada mereka berdua sebelum kepala didongak memandang bintang di langit. Fikirannya terus menerawang jauh, kosong dan tanpa fokus.

Inilah masa yang sesuai untuk mengenang nasib diri. Sakit yang sedang dia rasai itu jangan ceritalah di tahap yang ke berapa. Hati Arash ketika itu rasa begitu terkedu. Untuk ke sekian kalinya, emosinya hanyut dalam kebisuan.

Haura dan Ermina berpandangan antara satu sama lain. Mereka berasa ragu-ragu sama ada mereka patut beredar ataupun tidak.

Kedebuk!

Bunyi sesuatu yang keras terjatuh bergema di ruang itu. Mereka bertiga tersentak terkejut.

Ermina mengurut dada. Haura cepat-cepat membetulkan posisi tangannya agar buah yang dipegang tidak terjatuh.

"Bunyi apa tu?" tanya Ermina gusar. Matanya terbuka luas dan diliarkan ke sekeliling mereka mencari sekiranya ada mata asing yang sedang memerhatikan mereka.

"Durian jatuh mungkin."

Ermina memandang Haura dengan tajam. "Sarjan, sila serius," marah Ermina. Haura mengangkat bahu dan tersenyum kambing.

Mereka berdua berjalan laju ke arah Arash yang sudah bangkit daripada duduknya.

"Sarjan, kamu berdua tunggu sini. Saya nak pergi lihat punca bunyi tu datang daripada mana." Arash sudah bersedia dengan pistol M500 di tangan.

"Tak apa, kami mahu ikut. Mana tahu Kapten perlukan bantuan." Ermina dan Haura meletakkan buah-buahan di tanah dan mengeluarkan pistol P90 yang masih tersangkut kemas dibelakang mereka sejak tadi.

Arash mengangguk. Mereka bertiga mula bergerak masuk ke dalam belukar. Cahaya laser pada pistol-pistol masing-masing bergerak laju mencari sesuatu yang asing.

"To... long..."

"Kenapa saya dengar bunyi seperti ada orang sedang dalam kesakitan?" tanya Haura tetapi Ermina dan Arash hanya mendiamkan diri. Mereka fokus untuk mendengar bunyi yang sayup-sayup kedengaran di cuping telinga.

"Suara tu macam selalu didengari," bisik Haura.

"Berhenti! Saya terpijak sesuatu." Tidak semena-mena, mereka berhenti berjalan.

Arash pantas menyuluh lampu lasernya ke tanah.

"Kau pijak orang, Ermina?" Haura mengangkat kening kanannya memandang Ermina dari atas hingga bawah.

"Hoi, ini situasi serius! Tak ada masa nak bergurau," herdik Ermina. Haura buat muka tak puas hati.

Kini, tumpuan mereka beralih kepada seorang gadis yang terbaring di atas tanah dengan berlumuran darah.

"Siapa dia ni?" Ermina melutut disebelah gadis yang tidak sedarkan diri itu.

"Dia cedera teruk. Banyak darah mengalir. Dia datang dari mana? Setahu saya sekeliling kita hanyalah hutan tebal," gumam Haura perlahan.

"Mukanya penuh dengan parut dan ada juga luka baru. Susah nak kenal pasti identitinya. Pipi dia kurus seperti sudah lama tidak makan. Nadi dia lemah. Patut ke kita selamatkan dia atau mungkin gadis ni sebenarnya musuh kita?" tanya Ermina kepada Arash.

Arash hanya mendiamkan diri. Dia khusyuk meneliti muka gadis itu dengan dahi yang berkerut. Wajah gadis ini seperti pernah dilihat olehnya sebelum ini. Debaran aneh apabila memandang wajah gadis itu, seperti sudah biasa dirasai olehnya.

Kemudian, dia tersedar akan sesuatu. Terketar-ketar Arash melutut di sebelah gadis itu.

"Gadis ini..." Pandangan Arash berkaca-kaca dengan air mata. Emosinya bercampur-baur tapi terbit juga rasa lega dalam dada. Empangan air mata itu pecah juga akhirnya menitik ke pipi gadis itu. Dia tidak mampu lagi menahan sebak di dada.

"Gadis ini... dia... dia ialah Leftenan Adira."

Continue Reading

You'll Also Like

128K 6.8K 51
Princess Verellyn : The Dark Water Jun Sasaki/narase gadis kecil yg semua org mahu jauhkn diri drinye disbbkn rambutnye berbeza dri mereka. Jun beram...
188K 7.8K 52
Lapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka d...
12.1K 1K 15
[Winner of Wattys 2020 Award] Agensi Identity , sebuah agensi yang mengumpul ramai insan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang . Imani , seo...
22.8K 321 16
kisah ustazah anis sopan dan cantik tetapi sebalik jual tubuhnya di media sosial