Second Chance,Mon Amour? [Com...

By Venny_vie

270K 6.4K 325

"Walid tak benarkan Izz kahwin dengan perempuan tak cukup kain tu"-Tengku iddham "Bos tak kisah ker kena kahw... More

1
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
sorryπŸ€—
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36

2

7.1K 204 3
By Venny_vie

Laju kaki Heidi menaiki lif untuk pergi ke restoran tempat Dia bekerja. Hatinya tidak putus putus berdoa supaya chef syakir tak pulang Lagi. Sampai Sahaja Di hadapan restoran, Dia lihat pintu restoran masih terbuka Dan lampu menyala.

"Alhamdullilah Chef syakir tak Balik Lagi... Tapi mana Dia ek"kepala Heidi mencari Cari kelibat chef seorang itu.

"Hermm tak perlah.... Baik pergi Ambil phone dulu.Lepasni ni Baru cari"Heidi Terus ke lokernya sambil menyanyi kecil.

Heidi membuka lokernya Dan mencari telefon pintarnya. Penuh notifications yang dia terima dari ibunya. Mungkin ibunya risau mengapa Dia tidak pulang pada waktu begini.

"Lupa pulak bagitahu Ibu yang waktu kerja habis lambat. "Heidi menepuk dahinya.

"Kalau rasa dah siap Ambil barang tu boleh keluar tak, aku nak kunci pintu ni"tiba Tiba Suara maskulin menegur Heidi dari belakang menyebabkan Heidi sedikit Terkejut.

"oh Mak kau"latah Heidi

Heidi perlahan lahan memusingkan bapanya untuk melihat empunya Suara maskulin itu. Heidi Terkejut apabila melihat lelaki itu.

"awak!!!! "
"Kau!!!!!! "

Mereka berdua sama sama Terkejut.

"awak buat apa Kat sini??mana chef syakir?? .... Awak stalk saya eh sebab saya cantik sangat, ke awak tak puas Hati saya marah awak tadi Atau awak ni Gila sek....aihhh saya malas cakap,Seram kaww"tanpa apa apa tanda mulut Heidi laju berkata kata

Tengku Izzham hanya tersenyum sinis mendengar apa yang diperkatakan oleh Heidi.

"Kau tu bukan taste akulah Sampai aku nak stalk Kau." Tengku Izzham memandang Heidi dari atas hingga ke bawah.

Heidi memeluk tubuhnya. Seriauu Mak Dia pandang atas bawah. Erkk.

"Lepastu awak buat apa Kat sini"soal Heidi

"It's my restaurant"ucap Tengku izzham.

Heidi berfikir sejenak.

"restoran Dia???? Maksudnya dia boss akulah ekkk... Halamak Mati aku niii pergi tuduh dia bukan bukan"bisik Hati Heidi.

Tengku Izzham memandang Heidi yang sedang menggigit bibirnya sendiri.

"Sorry Bos saya tak tahu awak Bos saya"Heidi Terus meminta maaf.

"heh.. Tahu pun nak Minta maaf Bila tahu aku ni Bos Kau... Tadi bukan main Kata aku stalker lah, Gila seks lah kan"senyuman sinis tak lekang dari bibir Tengku Izzham.

Heidi menelan air liur Dan menundukkan pandangan.

"So Heidi Naura bt Martin Abdullah.I don't know that Chef Martin had a crazy daughter like you" Kata Tengku Izzham sambil kakinya berjalan menuju ke arah Heidi Naura.Dia tahu bahawa cuisiner baharu merupakan anak chef Martin yang bernama Heidi naura tetapi dia tidak mengenali rupa paras gadis itu. Dia tahu bahawa itu adalah Heidi naura apabila Dia melihat loker yang dibuka oleh Heidi itu tertulis nama Heidi Naura.

Heidi menapak kakinya ke belakang apabila Dia perasan Tengku Izzham menghampiri.

"And I didn't know that chef Martin had a short daughter like you"Tengku Izzham Mula merapatkan mukanya ke arah Heidi yang separas dadanya itu.

Heidi memandang tepat ke dalam mata Tengku Izzham. Mata yang boleh menggoda wanita sekelilingnya. Perfect.

"I'm sorry Bos but..." Heidi menghantukkan kepalanya ke arah Kepala Tengku Izzham

"ouchhh" aduh Tengku Izzham

Heidi cepat cepat keluar dari restoran. Sebelum menuju ke arah lif sempat Heidi berkata

"Saya dah cakap yang awak tu gila seks.....bertaubatlah Sebelum izrail datang menjemput"

"damn it" terdengar Suara Tengku Izzham dari dalam Restoran.

Heidi tersengih kecil sedangkan Tengku Izzham di dalam restoran memegang kepalanya yang telah dihantuk oleh Kepala keras Heidi.Namun tanpa disedari senyuman kecil terukir Di bibirnya.

"Naura"ucap Tengku Izzham perlahan.

**********

Sudah seminggu Heidi bekerja di jet'aime restaurant Dan seminggu itu jugalah kerjanya bergaduh dengan Tengku Izzham sahaja.Walaupun begitu hubungan mereka semakin Hari semakin rapat menyebabkan Heidi Selesa bekerja dengan Tengku Izzham. Puan Sarima Sudah tahu kan rutin hariannya anak keduanya itu. Heidi akan pergi ke restoran awal pagi Dan pulang pada lewat malam.Heidi juga akan bercuti pada hari Rabu kerana terdapat cuisiner  sambilan bekerja pada hari Rabu.

"Eh Angah nak pergi mana tu? Bukan harini Angah cuti ker? "soal Puan Sarima apabila Dia melihat Heidi Naura turun tangga dari biliknya.

"Nak pergi jumpa Zu Ibu... Dia dah balik semalam. Dia cakap nak kenalkan seseorang dekat angah"jawab Heidi.

"laaa yeke.... Kirim salam Ibu dekat Zu tu, rindu Betul Ibu dekat dia. Kalau Ada masa ajaklah dia singgah rumah, angah"kata Ibu sambil menonton drama Korea kesukaanya itu, The heirs lakonan Lee Min Ho yang kacak Dan bergaya.

"okay bu"kata Heidi sambil menyalami ibunya.

Heidi hanya memakai blouse biru, jeans tiga suku Dan rambut diikat ponytail. Sling bag disilangnya supaya senang dibawa. Hari ini Dia akan berjumpa dengan Aini Zulaikha, rakan baiknya sejak zaman sekolah Lagi. Aini Zulaikha Atau lebih dikenali sebagai Zu Sudah pulang dari India apabila Dia Tamat belajar disana dalam bidang perubatan.
Sampai Sahaja di destinasi, Heidi cepat cepat pergi ke restoran yang telah Dia Dan Zulaikha berjanji untuk berjumpa.

"Nur Aini Zulaikha bt Muhammad Zulamri!!!!!  I miss you so much baby!!! " Kata Heidi naura apabila Dia melihat rakan baiknya itu.

Mereka berpelukan buat seketika

"aku rindu Kau jugak lahanet..uuuu Asal Kau makin kurus ni Heidi? "soal zulaikha

"biasalah... Aku kan dah start kerja, makan tak teratur sangat. Haaaaa Kau Kata nak kenalkan aku dengan someone en, mana Dia? "soal Heidi

"Dia otw. Aku harap Kau tak terkejutlah eh heheheh"zulaikha gelak kecil.

"pahal aku pulak nak Terkejut gila"kata Heidi sambil mengucap terima kasih pada waiter  yang mengambil order.

"Hahahahahaha yerlah.... Tu Dia dah sampai"kata Zulaikha sambil tanganya melambai seseorang itu.

Mata Heidi membulat Dan matanya terbuntang luas.

"Kenalkan boyfriend  aku, Muhammad iman ekmalsyah. " Zulaikha memperkenalkan kekasihnya itu Kepada Heidi sedangkan Heidi kenal sangat lelaki itu.

"perghhh sejak Bila sia Kau bercintan cintun dengan cousin aku ni Zu??? Kau pulak mal.... Tak bagitau aku pun Kau couple ngn member baik aku, what the fish is this! "mata Heidi berselang seli memandang dua figura manusia Di depannya.

"Kau rileks sudahlah Heidi, biar aku story kisah cinta aku dengan cinta Hati aku si aini ni"kata ekmalsyah sambil memandang Zulaikha.

"ha storylah"kata aku sambil menjamah makanan yang Baru dihantar oleh pelayan.

Ekmalsyah memceritakan dari A Sampai Z. Kisah cinta mereka agak cliche sebenarnya kerana mereka kenal ketika belajar di India Dan masing masing Ambil jurusan yang sama iaitu perubatan. Dua dua doktor.

***********

Kaki Heidi menuju ke arah kereta myvinya apabila Selesai makan tengah Hari bersama Zulaikha Dan ekmalsyah. Baru Sahaja ingin membuka pintu telinga Heidi menangkap Suara jeritan meminta tolong. Dia melihat terdapat seorang wanita pertengahan usia sedang bergelut dengan peragut yang cuba meragut beg tangannya. Sepantas kilat Heidi pergi ke arah tersebut Dan menolak motor peragut tersebut. Pergelutan antara Heidi Dan peragut itu berlarutan beberapa Saat Sebelum terdapat beberapa orang yang lain datang membantu.Siku Dan kedua dua lutut Heidi luka akibat Pergelutan tersebut. Beg tangan wanita pertengahan usia itu Heidi pulangkan.

"Terima kasih Ya nak tolong makcik"ucap wanita tersebut sambil tersenyum.

"sama sama makcik"heidi tersenyum sambil memegang siku.

"Kamu cedera tu sayang... Jom ikut makcik kita pergi klinik"tawar wanita tersebut.

"eh takperlah makcik.... Sikit jer ni, esok lusa eloklah lagipun makcik,baik makcik buat report polis pasal kejadian ni"tolak Heidi secara baik.

"Hal tu jangan risau makcik dah suruh orang untuk uruskan, yang penting Kamu tu, jomlah ikut makcik kita pergi klinik"tawar makcik itu Lagi sekali.

Heidi senyum Dan mengangguk. Dia ikut Sahaja makcik itu kerana lukanya itu semakin pedih.

"Jom nak, tu driver makcik dah datang"

"okay" Heidi senyum ke arah makcik itu.
"kelas Kau makcik.. Ade driver, ni mesti orang  have-have ni"kata Hati Heidi.

*************

Sementara menunggu untuk mengambil ubat,heidi sempat berbual dengan makcik have-have itu.

"Terima kasih makcik sebab bawak saya ke klinik"ucap heidi ikhlas.

"small matter  dear"makcik tersebut mengusap lembut tanganku.

"makcik nak Tanya ni nak... Nama Kamu Siapa? "Tanya makcik itu

"Heidi makcik, Heidi Naura"

"Cantik nama kamu,secantik tuannya"kata makcik itu.

Heidi tersenyum malu.. Malu malu kambing (okay I'm just kidding)

"Nama makcik apa? "soal Heidi pula

"Kamu boleh panggil makcik, makcik Nora."

"Heidi Naura"penjaga kaunter ubat memanggil nama Heidi.

Heidi bangun Dan mengambil ubat yang diterima. Dia telah menerima mc selama sehari iaitu esok memandangkan lukanya tak begitu Teruk.

"Jom Heidi, makcik hantarkan Kamu ke rumah"kata makcik Nora

"Hermm makcik Nora boleh tolong hantarkan saya Kat tempat tadi tak? Sebabnya kereta saya Ada Kat situ"kata heidi

"boleh sayang"ucap Makcik Nora

***********

😘Jet'aime family💓

Me:Korang!!!!Aku MC tau esok. Aku tak sihat.Surat MC aku bagi lusa😘

                    Elly:Asal babe, demam ker?
                    Chef Syakir:No hal Heidi, Get
                                            Well soon.
                    Chef amirah:GWS Heidi
Me:Thanks a lot guys 💓😘
Me:Aah demam.
                 
Heidi menutup telefon pintarnya selepas membalas mesej dari group whatsapp. Tiba Tiba notification whatsapp masuk dari Encik Fairul. Encik Fairul mengucapkan get well soon juga Kepada Heidi. Selepas membalas mesej Encik Fairul,tiba Tiba terdapat nombor yang tak dikenali menghantar mesej whatsapp.

013-9******

013-9******:hey
013-9******:Get well soon
         
                        Me:Maaf,ni Siapa Ya?

013-9******:hey, you didn't know me???Look at the profile picture
013-9******:it's me, Tengku Izzham,your Handsome boss.

"eyyy perasan sungguh Dia ni"heidi mengutuk Tengku Izzham. Dia Terus save nombor Tengku Izzham ke contactnya. "Bos seksi".Sesuai dengan Tengku Izzham kerana bosnya itu suka menunjuk badannya yang mempunyai 6 ketul roti seksi Di instagram.Memang beribu ler like Kalau gambar tak semenggah giteww. Lagi Lagi perempuan gatal banyak sangat dekat instagram.
(Sila tengok gambar Di atas Ya!)

                             Me:Laaaa Bos ker
                             Me:Thank you Bos😊

10 minit masih tak berbalas Dan Heidi hanya menerima dua tick biru.

"HAHA.BESTNYA KENA BLUETICK"monolog Hati Heidi.

Heidi paling pantang orang bagi blue tick dekat dia.

"nasib Kau Bos aku jer Tengku Izzham,kalau tak memang aku block kau"kata Heidi.

Heidi teringat perbualan Dia dengan kakaknya, Heidi Narisa yang tinggal Di Perancis kerana mengikut suaminya yang bekerja di Sana. Bukan main risau dia apabila Puan Sarima menceritakan bahawa Heidi cedera akibat bergelut dengan peragut. Tergelak Heidi apabila melihat reaksi ibunya Dan adiknya, haider Aryan melihat sikunya Dan lututnya berbalut. Itu yang ibunya cepat cepat call Heidi Narisa. Bagi Heidi keluarganya itu sebuah harta yang amat berharga.

"Ya Allah, Kau rahmatilah keluargaku"doa Heidi.

BERSAMBUNG......

P/S:SELAMAT MEMBACA, MAAF JIKA HAMBAR YAK!!!

LOTS OF LOVE💕
WRITER

                 
                    
                   

Continue Reading

You'll Also Like

149K 7.2K 21
Pertemuan selepas 5 tahun membawanya mengimbas kenangan luka. Dilepas secara tidak rela, ditinggalkan ketika masih mengharapkan secebis rasa belas da...
18.4K 1.4K 76
i promise i'll stand with you even if the world is againts you. **** Hubungan Orked dengan Maksu dia bukan hanya sebatas anak saudara. Malah bagi In...
65.5K 5.4K 36
[ 08 | COMPLETE sweet - romance ] *unedited* Mohamad Hazuwan Aresh Γ— Nur Yana Edel BLURB; Cerita 'Sweet Pink' akan membawa kisah sepasang suami ist...
2.5K 548 10
π΅π‘’π‘›π‘”π‘Ž πΎπ‘Žπ‘ π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘– π‘₯ π‘…π‘Žπ‘—π‘Ž π΄π‘›π‘‘π‘–π‘˜π‘Ž π‘€π‘’π’‰π‘Žπ‘šπ‘šπ‘Žπ‘‘ SHORT STORY. BUNGA KASTURI. Seorang gadis yang ceria dan periang. Anak perempua...