3. Prince Charming Untuk Clum...

By TintaHitamTanpaArah

218K 14.3K 237

Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahka... More

Reminder
01. Surat Penarikan Diri
02. Crush Senior Yuta
03. Black Prince
04. Surat Salah Alamat
05. Kelab Catur Cross Swords
06. Rakan Eksiden
07. Library Meet Up
08. Bertembung Pulak
09. ID Apple In My Eye
10. Ace Ardell
11. Hacker
12. Terpelecok
13. Kena Leter
14. Rakan Sebilik
15. Dewan Makan
16. Tiga Hari Lagi
17. Eksiden 1
18. Nota Biru
19. Kena Paksa
20. Merajuk
21. Risau
22. Blue's Dilly Dilly
23. D-Day
24. Hari Balik
25. Party Pooper
27. Angau
28. Hide n Seek
29. Say Sorry
30. Family Outing
31. Berkumpul
32. Pening
33. Rahsia
34. Demam
35. Mencari
36. Lawat
37. Bengang
38. Bertumbuk
39. Discharge
40. Kelas Seni
41. Lorong Belakang
42. Bilik Muzik
43. Bilik Rahsia
44. Gabung Kelab
45. Perang Dingin
46. Angin Mengelegak
47. Pemilik ID Apple In My Eye
48. Kelab Chess
49. Library Kidnaping
50. Tolak Undur
51. Kelas Biologi
52. Gaduh Biasa
53. Candice Sepupu Blaze
54. Parent Kedua Hana
55. Tunang Yuta tapi Pilih Blaze
56. Merajuk
57. Naik Angin
58. Dating
59. Dipersalahkan
60. Bertengkar.
61. Menara Rahsia
62. Awal Pagi
63. Official
64. Reject
65. Matahari Terbenam
66. Cerita Sebenar
67. Siapa Cinderella
68. Chess Duel
69. Hana Juara
70. Selesai
71. Pilih
72. Surat Cinta
73. Cinderella Yang Hilang
74. Ketahuan
75. Prince Charming Untuk Clumsy Cinderella

26. Boleh Tak

2.6K 220 6
By TintaHitamTanpaArah

Hana meremang seram. Kenapa rasa semacam sangat mood Blaze malam ni?Biasanya snappy dan grumpy. Kenapa rasa macam muram aje pulak kali ni? "Se-senior rasanya dah boleh lepaskan saya..."

Tiba-tiba Blaze merehatkan kepalanya diceruk leher Hana sebelum melepaskan hela nafas panjang seakan lega. Dia peluk pinggang Hana erat-erat. Inginkan keselamatan dari pelukan itu. Bibirnya ditekap ke kulit bahu Hana sebelum memejam mata kerana selesa dengan keadaan itu.

Hana kejung di situ, matanya terbutang luas apabila deru nafas hangat dan bibir Blaze menyapa bahunya yang terdedah. Waktu itu Hana siap boleh dengar lagi degupan jantung Blaze yang tenang dan seragam menghentak dadanya sendiri kerana jarak intim mereka.

Berbeza dengan degupan jantung dia, Hana merasakan jantung dia mahu melompat keluar dari tulang rusuknya. Bukan main kencang lagi!Mesti Blaze boleh dengar sebab berada dekat sebegini.

Blaze memejam mata apabila merasakan seluruh urat sarafnya berehat. Perasaan penat yang dirasai oleh tubuh dan otaknya perlahan-lahan hilang. Rasa sakit yang dirasai tadi susut seperti angin lalu. Hatinya yang sedang sakit dan jengkel tadi perlahan-lahan kembali tenang.

Dia berharap sangat masa berhenti buat selamanya dan keadaan ini kekal.

"Kenapa Blaze?"

"Kenapa ayah tanya?Sebab Blaze tak naklah! Ini hidup Blaze. Keputusan Blaze. Berhenti atur segalanya untuk Blaze!"

"Kami buat semua ni demi kebaikan kamu, jangan berdegil boleh tak!"

"Tak! Keputusan Blaze muktamad."

"Hentikan semua sikap tak guna kamu ni. Ia tak beri faedah. Hanya menjejaskan nama baik keluarga saja. Dan belajar betul-betul supaya dapat kendalikan syarikat ayah."

Ibu tirinya yang duduk di atas sofa tunduk menekup tangan di dahi lalu mengeleng kepala kerana kesal.

"Tak boleh ke kamu jangan melawan kata kami?Dengarkan saja tak boleh ke...susah sangat?"

"Ayah ada Yuta. Dia boleh bantu ayah untuk kembangkan legasi ayah..."

"Kamu anak kandung ayah. Waris sah keluarga ni..."tegas ayahnya dengan keras.

"Tapi kau lebihkan anak tiri kau dari aku!" sebaik sahaja perkataan itu keluar, tamparan padu hinggap di pipi. Sampai berdesing telinga dia dibuatnya.

Blaze membuka mata bersama linangan air mata turun dari tepi matanya jatuh melurut ke hujung hidungnya. Hatinya berasa sangat sedih. Kenapa ayahnya perlakukan dirinya begini. Sedangkan Yuta tak ada pula diberi tekanan seperti dia.

"Senior..."suara lembut itu membuatkan Blaze cepat-cepat seka air mata dengan belakang tangan.

"Sorry..."ucap Blaze semasa menjarakkan diri dari Hana dengan lemah tiada semangat.

Hana pandang pelik. Hairan dengan tingkah lelaki di depannya. Dia tahu apa sekalipun masalah lelaki ni sama sekali bukan urusan dia. tapi nak buat macam mana dah perangai dia yang suka ingin tahu.

"Senior tak apa-apa?Sesuatu telah berlaku ke?"soal Hana semasa dia merasakan Blaze menggosok tulang belakangnya naik dan turun dengan ibu jari sampai buatkan bulu romanya tegak meremang.

Blaze tatap wajah Hana lantas menggeleng kepala.

"Kau ingat kau seorang jer yang happy dekat dunia ni ke?"seloroh lelaki itu sambil tersenyum sewaktu menyelak anak rambut yang jatuh mengenai mata ke belakang telinga Hana. Dengan sengaja dia selisihkan jarinya pada pipi dan cuping telinga Hana sambil tu.

Kening Hana mencerun tak puas hati selepas mendengarnya. Buatkan dia menyesal untuk cakap elok-elok dengan lelaki ni. Cakap kasar salah. Cakap baik pun salah! Memang sah lelaki ni ada masalah!

Hana jarakkan sedikit kepala ke belakang.

"Senior tau...senior adalah lelaki paling menyakitkan hati dan menjengkelkan sekarang ni? Tak hairan la kenapa sampai sekarang tak ada sesiapa sudi jadi teman senior.." komen Hana masa dia letakkan tangan dekat dada Blaze memandangkan dia cuba jauhkan diri tapi tak boleh.

Blaze tarik senyuman boyish.

"Siapa kata?Kalau aku nak, boleh je. Petik je jari berderet perempuan beratur nakkan aku.." balas Blaze sambil memandang tepat ke mata Hana sewaktu ibu jari dia menggosok-gosok belakang badan Hana tanpa sedar.

Hana menjuling mata menyampah. "Berlagak." cebik dia sebelum pandang ke tempat lain.

Berasa tak suka bila Hana tidak memandang dia, dagu Hana di pegangnya lantas ditalakan wajah itu supaya dongak memandangnya. "Beritahu aku...apa yang Yuta ada tapi dekat aku tak ada sampai kau sukakan dia?"soal Blaze. "Kaya?Rupa?Athlete?IQ?"

Hana pandang Blaze lalu lentokkan kepala sedikit ke kanan. Keningnya berkerut. "Hmmm.." jeda dia dengan pandang. "You just pain in the ass...that's it."jawabnya tak lama kemudian sambil tersenyum mengejek.

Blaze buat muka. Terus dia lepaskan dagu Hana dan turunkan tangan dari badan itu.

"Kau tu apa kurangnya. Sama je. Merimaskan!" gerutu Blaze.

Ctt!Hana berdecit. Merimaskan konon..soalnya sekarang siapa yang suka-suka sentuh dan peluk dia? Paku dulang paku serpih betul!

"Fine...saya masuk dulu kalau macam tu..." pamit Hana dengan muka menyampah saat menolak dirinya jauh dari Blaze.

Sewaktu tangan Hana hampir berselisih dengan tangan Blaze, pergelangan gadis itu di cengkam kemas dengan jari jemari runcing bercincin pada ibu jari Blaze.

"Lupakan Yuta."minta Blaze tanpa berpaling. Dia tunduk termenung memandang rumput di bawah kakinya itu.

Langkah Hana terhenti. Gadis itu kaku memandang ke depan dengan mata terbutang luas.

Apa?!

"Sukakan aku bukan dia..."minta Blaze dengan perlahan. Sangat perlahan sampai Hana yang dengar tak boleh percaya sama ada dia silap dengar atau hanya khayalan saja.

"Apa dia?"Hana berpaling memandang Blaze.

Blaze perlahan-lahan palingkan badannya menghadap Hana. Lantas dia angkat kepala memandang Hana.

"Berhenti sukakan Yuta, Aku nak kau sukakan aku..."lelaki itu merenung tepat ke mata Hana dengan renungan berharap dan sedih.

Hana kelu tidak terkata. Dia memandang Blaze seakan lelaki itu ada tiga kepala lapan tangan.
Memang sah lelaki ni ada masalah!

Continue Reading

You'll Also Like

47.2K 2.2K 23
Hidup ni gelap-walaupun aku dapat melihat lebih dari manusia lain. Tapi tanpa kegelapan tu, aku tak mungkin nampak bintang yang bercahaya. Selain ki...
113K 8.7K 100
Nak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya...
119K 9K 66
Arabella Luisa nama di beri.Atau orang panggil dia Bella Atau Miss Stalker Atau Perempuan gila yang suka bawak kamera dan teropong ke hulu dan hilir...
88K 5.4K 56
Apa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada...