3. Prince Charming Untuk Clum...

By TintaHitamTanpaArah

219K 14.3K 237

Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahka... More

Reminder
01. Surat Penarikan Diri
02. Crush Senior Yuta
03. Black Prince
04. Surat Salah Alamat
05. Kelab Catur Cross Swords
06. Rakan Eksiden
07. Library Meet Up
08. Bertembung Pulak
09. ID Apple In My Eye
10. Ace Ardell
11. Hacker
12. Terpelecok
13. Kena Leter
14. Rakan Sebilik
15. Dewan Makan
16. Tiga Hari Lagi
17. Eksiden 1
18. Nota Biru
19. Kena Paksa
20. Merajuk
22. Blue's Dilly Dilly
23. D-Day
24. Hari Balik
25. Party Pooper
26. Boleh Tak
27. Angau
28. Hide n Seek
29. Say Sorry
30. Family Outing
31. Berkumpul
32. Pening
33. Rahsia
34. Demam
35. Mencari
36. Lawat
37. Bengang
38. Bertumbuk
39. Discharge
40. Kelas Seni
41. Lorong Belakang
42. Bilik Muzik
43. Bilik Rahsia
44. Gabung Kelab
45. Perang Dingin
46. Angin Mengelegak
47. Pemilik ID Apple In My Eye
48. Kelab Chess
49. Library Kidnaping
50. Tolak Undur
51. Kelas Biologi
52. Gaduh Biasa
53. Candice Sepupu Blaze
54. Parent Kedua Hana
55. Tunang Yuta tapi Pilih Blaze
56. Merajuk
57. Naik Angin
58. Dating
59. Dipersalahkan
60. Bertengkar.
61. Menara Rahsia
62. Awal Pagi
63. Official
64. Reject
65. Matahari Terbenam
66. Cerita Sebenar
67. Siapa Cinderella
68. Chess Duel
69. Hana Juara
70. Selesai
71. Pilih
72. Surat Cinta
73. Cinderella Yang Hilang
74. Ketahuan
75. Prince Charming Untuk Clumsy Cinderella

21. Risau

2.6K 183 0
By TintaHitamTanpaArah

Malam berlabuh. Di asrama pelajar lelaki. Kebanyakannya ramai sudah bertapak di bilik masing-masing. Namun masih ada yang berada di luar kerana urusan kelab dan aktiviti sukan mereka.

Seperti biasa, bilik asrama empat pelajar yang menempatkan Adam, Ace, Blaze dan Yuta senyap tidak sibuk kerana masih ada yang belum pulang ke bilik.

Pintu bilik air terbuka sewaktu Adam keluar dalam keadaan siap berpakaian dan wajah segar selepas mandi dan bercukur. Sebelah tangan pegang telefon di telinga. Wajah itu berkerut kerisauan.

"Masih menangis lagi ke?"tanya Adam sewaktu jalan ke meja belajar. Mencapai sikat dari bekas pensel dan menyisir rambutnya yang telah siap dikering dalam bilik air tadi.

Ace yang terbaring di atas katil bermain Mobile Legend menurunkan telefon dari muka apabila mendengar perbualan Adam. Bunyi macam serius aje. Bukan sengaja nak curi dengar, masalahnya dah terdengar, nak buat macam mana.

Adam duduk di kerusi meja belajar lalu mula menyelongkar laci meja.

"Awak berdua dah makan belum?"soal lelaki itu sebelum mengeluarkan dompet dari laci tersebut. Lelaki itu mendiamkan diri buat seketika untuk mendengar apa yang disampaikan dalam panggilan tersebut.

Ace kembali fokus pada gamenya sewaktu Blaze berjalan masuk ke bilik dengan pakaian bola keranjang terpasang di badan. Muka berkilat, rambut bersepah. Nampak sangat la gaya orang baru penat berlatih dan berpeluh sepanjang hari.

Yuta dah tak ada sebab lelaki itu sudahpun bertolak awal untuk ke pertandingan tenis di akademi kejiranan. Tak jauh mana tapi mereka berkhemah dekat sana untuk mudahkan urusan esok harinya.

"Awak ada tanya dia tak kenapa?"soal Adam dengan nada separa berbisik tapi kedengaran resah dan gelisah.

Blaze berjalan masuk ke bilik air setelah menanggalkan pakaian kotornya. Langsung tidak peduli untuk menghiraukan apa yang berlaku disekitarnya.

"Saya dengar....awak ni buat saya risau la... Awak nak saya lakukan apa-apa ke?"tanya Adam lagi sewaktu bangun dari kerusi dan bergerak ke arah tempat penyangkut jaket pula.

Ace yang dengar memandang pelik. Tentang apa yang dibualkan Adam tu. Semacam jer bunyinya. Nadine dalam masalah ke Hana?

"Aku keluar dulu..kalau warden tanya mana aku pergi. Beritahu dia aku pergi klinik rawatan..." maklum Adam tidak lama selepas itu.

Ace bangun dari baringnya. Dia duduk bersila di atas katil.

"Ada apa?Nadine dalam masalah ke?"tanya Ace yang sedia maklum akan hubungan Adam dan Nadine sejak dia kenal Hana.

Sambil menyarung jaket ke badan Adam memandang Ace dengan kening berkerut keresahan.

"Hana...aku tak tahu apa kena dengan dia. Tapi Nadine beritahu sejak tengah hari tadi Hana tak berhenti menangis."jelas Adam.

Ace yang dengar terasa seperti di tampar. Jantung di dalam tulang rusuknya serta merta senak.

"Apa dah berlaku dekat dia?"tanya Ace.

"Itu yang aku nak pergi tengok ni."balas Adam.

Ace terus bangun dari katil."Biar aku pergi." aju Ace serta merta.

Kening Adam terangkat. "Huh?"

"Aku tahu macam mana nak pujuk dia..biar aku pergi."kata Ace yang jalan mendekati almari pakaiannya. Tergesa-gesa dia mencari seluar panjang dari dalam almari tersebut.

"Kau sure?"soal Adam sewaktu memerhati Ace menyarung seluar panjang ke kaki memandangkan lelaki itu hanya mengenakan seluar pendek sahaja.

"Aku sure...beritahu Nadine kejap lagi aku sampai."Ace capai beg gitar yang ada di sebelah katil lalu disandang ke bahu dengan kalut.

Adam mengangguk kepala faham, dia kemudiannya menghantar pesanan pada Nadine. Memaklumkan Ace akan tiba di asrama mereka.

"Hati-hati..jangan sampai tertangkap. Ada tali yang aku ikat dekat atas pokok. Betul-betul menghadap tingkap bilik dia orang..."maklum Adam sambil tunduk menaip sesuatu di skrin telefonnya.

Ace menjungkit kening tinggi.

"Kau ikat tali dekat pokok?"soal Ace dengan muka terkejut dia.

Adam menarik sengih tersipu malunya.

"Aku guna untuk lepak dengan Nadine..."luah Adam segan silu menggaru belakang kepala.

Ace yang dengar berasa kagum. Tak sangka sampai ke tahap begitu sekali budak dekan ni buat semata nak jumpa girlfriend tercinta.

"Aku gerak dulu. Cover kan untuk aku nanti." pamit Ace.

"Okay. Kalau ada apa-apa beritahu aku cepat-cepat."

"Alright."

Continue Reading

You'll Also Like

135K 10.7K 59
Kelangsungan hidup. Good vs evil, courage dan heroism, pemberontakkan dan banyak lagi konsep dalam hidup ni mengambarkan sikap seseorang. Lagi-lagi p...
313K 11.5K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
119K 9K 66
Arabella Luisa nama di beri.Atau orang panggil dia Bella Atau Miss Stalker Atau Perempuan gila yang suka bawak kamera dan teropong ke hulu dan hilir...
99K 898 11
As known as Kerana Dia Milikku Apabila persahabatan yang dibina sejak kecil mula renggang dek halangan jarak, tinggallah Iman dan Faliq. Timbulnya ma...