3. Prince Charming Untuk Clum...

By TintaHitamTanpaArah

219K 14.3K 237

Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahka... More

Reminder
01. Surat Penarikan Diri
02. Crush Senior Yuta
03. Black Prince
04. Surat Salah Alamat
05. Kelab Catur Cross Swords
06. Rakan Eksiden
07. Library Meet Up
08. Bertembung Pulak
09. ID Apple In My Eye
10. Ace Ardell
11. Hacker
12. Terpelecok
13. Kena Leter
14. Rakan Sebilik
15. Dewan Makan
16. Tiga Hari Lagi
17. Eksiden 1
19. Kena Paksa
20. Merajuk
21. Risau
22. Blue's Dilly Dilly
23. D-Day
24. Hari Balik
25. Party Pooper
26. Boleh Tak
27. Angau
28. Hide n Seek
29. Say Sorry
30. Family Outing
31. Berkumpul
32. Pening
33. Rahsia
34. Demam
35. Mencari
36. Lawat
37. Bengang
38. Bertumbuk
39. Discharge
40. Kelas Seni
41. Lorong Belakang
42. Bilik Muzik
43. Bilik Rahsia
44. Gabung Kelab
45. Perang Dingin
46. Angin Mengelegak
47. Pemilik ID Apple In My Eye
48. Kelab Chess
49. Library Kidnaping
50. Tolak Undur
51. Kelas Biologi
52. Gaduh Biasa
53. Candice Sepupu Blaze
54. Parent Kedua Hana
55. Tunang Yuta tapi Pilih Blaze
56. Merajuk
57. Naik Angin
58. Dating
59. Dipersalahkan
60. Bertengkar.
61. Menara Rahsia
62. Awal Pagi
63. Official
64. Reject
65. Matahari Terbenam
66. Cerita Sebenar
67. Siapa Cinderella
68. Chess Duel
69. Hana Juara
70. Selesai
71. Pilih
72. Surat Cinta
73. Cinderella Yang Hilang
74. Ketahuan
75. Prince Charming Untuk Clumsy Cinderella

18. Nota Biru

2.6K 190 0
By TintaHitamTanpaArah

Sekeping notepad biru yang bertampal di pintu lokar di cabut dengan muka kebingungan oleh Hana sebaik dia berdiri di situ. Tulisan pada nota itu dibaca dengan kening berkerut.

Huh?

Nota dari siapa ni?

Hana melentokkan kepala kehairanan.

"Apa tu?"soal Nadine sambil membuka lokar dan menyumbat beg pakaian kotor ke dalamnya.

Hana dan Nadine baru sahaja pulang dari bilik persalinan. Gara-gara kejadian di makmal tadi. Mereka berdua terpaksa mandi dan menukar pakaian. Jadi masing-masing masih berambut basah sewaktu berada di lokar pelajar.

"Ada orang suruh aku jumpa dia dekat lorong belakang bangunan la."kata Hana setelah selesai membaca coretan di kertas tersebut.

Nadine tutup pintu lokarnya semula setelah mengeringkan rambut dengan tuala. Dia pandang Hana dengan kening berkerut. "Dari siapa?"tanya Nadine semasa menyanggul rambutnya.

Hana menjungkit bahu.

"Entah...senior Yuta agaknya..."sengih Hana sewaktu mengerling ke Nadine.

Nadine berdengus kecil selepas mendengarnya. Yuta jugak jawapannya.

"Suka betul kau dengan senior kau tu kan?"

Hana ketawa kecil. Dia buka pintu lokar dan mencampak beg gimnya ke dalam. Lalu ditutup semula.

"Kita ada kelas apa lagi?"soal Hana sambil melarikan rambut di celah jarinya. Cuba meluruskan rambut yang basah agar tidak kusut.

"Aku ada kelas piano...kau dah tak ada kelas." jawab Nadine.

"Oh..okay."Hana ketawa sendiri apabila teringat akan kejadian di makmal tadi.

"Kenapa kau ketawa?"

"Sorry ya...tak pasal-pasal kau terkena sekali...serius aku tak expect benda tu akan meletup."

Sambil tersenyum Nadine menggeleng kepala. Berasa tidak percaya dengan sikap cuai Hana.

"Dah lah...aku dah lambat. Jumpa dekat dorm nanti."pamit Nadine sebelum mencubit pipi Hana kerana geram.

"Bye..."lambai Hana sambil menggosok pipinya.

Teringat akan nota yang diberi, Hana ambil keputusan untuk lihat siapa yang meminta dia untuk ke lorong belakang bangunan.

Bukannya tak takut. Dia takut, tapi perasaan ingin tahu mengatasi takutnya. Tanpa berlengah Hana atur langkahnya keluar dari bangunan utama lalu melalui gajah menyusur dan terus ke lorong belakang bangunan.

Sambil bernyanyi kecil Hana jalan melalui lorong yang lengang dan hanya di penuhi dengan tumbuhan renek sepanjang laluan tersebut.

Setelah dia tiba, Hana berdiri seorang diri di lorong tersebut. Gadis berbaju sukan itu pandang kiri dan kanan dengan kening terangkat. Tidak pasti apa yang dia perlu lakukan setelah itu.

Sambil bersandar di dinding bangunan, Hana tunduk menguis batu dengan hujung kasut sukannya. Dia kuis-kuis batu di situ sampaikan batu itu terpelanting ke udara sebelum mendarat mengenai sepasang kasut.

Hana angkat kepala dan memandang ke depan. Bertemu dengan tuan punya kasut. Harapannya punah. Ingatkan Senior Yuta, rupa-rupanya rakan sebilik lelaki itu. Blaze Hunter. Si pencuri!

Kecewa sikit.

Tapi hairan pada masa yang sama.

"Senior yang hantar nota ni?"Hana tunjuk kertas biru yang dipegangnya. Tulisan terlalu cantik untuk pemiliknya yang berperangai buruk.

Blaze mendekati Hana dengan tangan di dalam poket seluar.

"Took you long enough??Kelas kau habis pukul 2 tadikan. Asal pukul 3 baru datang??"lelaki itu berhenti di depan Hana yang bersandar di dinding.

Hana membuat muka. Macam mana lelaki ni boleh tahu jadual dia habis bila? Lagipun mana la dia tahu yang Blaze ingin menemui dia dari awal?Memangnya logik lelaki ni letak dekat lutut ke?'

"Senior tunggu saya sejak tadi ke?"

Blaze berdengus kecil. "Kau tengok muka aku ni muka orang nak menunggu ke?"

"Dah tu yang merungut sebab saya lambat kenapa?"

Mengetap menahan sabar Blaze dengan respon Hana itu. Dia nak hilang sabar tapi bila teringat ada tujuan yang perlu dilaksanakan terpaksa dia pendam.

"Nak apa?"tanya Hana dengan nada jengkel semasa tolak dirinya dari dinding dan berdiri menghadap Blaze. Disebabkan tingginya hanya paras dada lelaki itu, nak tak nak terpaksa Hana mendongak sedikit untuk merenung wajah Blaze.

"Kau rasa kenapa?"tunduk Blaze memandang Hana di hadapannya.

Untuk seketika Hana diam seketika. Dia mengerling sekitar cuba hendak mencari jawapan. Apa agaknya eh?Rasanya dia ada teringatkan sesuatu tapi terlupa pulak!

"Eh...tanya kita pulak. Dah dia yang mengajak kita yang kena jawab. Dah la. Kalau senior tak ada apa-apa yang diperlukan, saya nak balik."Hana bergerak hendak pergi dari situ tetapi terhalang apabila bahu kirinya di tolak ke belakang sampaikan belakang badannya bersandar pada dinding semula.

Mata Hana terkebil-kebil terkejut sebelum memandang ke depan dengan wajah hendak marah.

Dah kenapa!?

Continue Reading

You'll Also Like

5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
204K 4.8K 17
"semua ni kolot, kau percaya lagi ke zaman sekarang ni mencintai tak semestinya memiliki, tu semua kolot tahu tak?" Tengku Aniq kysh "kalau dia nak k...
170K 12.5K 86
Sambil bernyanyi kecil sewaktu keringkan rambut dengan tuala, Aster berjalan keluar dari bilik air lalu ke meja solek untuk keringkan rambut. Duduk j...
100K 7.3K 63
Baru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara...