3. Prince Charming Untuk Clum...

By TintaHitamTanpaArah

219K 14.3K 237

Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahka... More

Reminder
01. Surat Penarikan Diri
03. Black Prince
04. Surat Salah Alamat
05. Kelab Catur Cross Swords
06. Rakan Eksiden
07. Library Meet Up
08. Bertembung Pulak
09. ID Apple In My Eye
10. Ace Ardell
11. Hacker
12. Terpelecok
13. Kena Leter
14. Rakan Sebilik
15. Dewan Makan
16. Tiga Hari Lagi
17. Eksiden 1
18. Nota Biru
19. Kena Paksa
20. Merajuk
21. Risau
22. Blue's Dilly Dilly
23. D-Day
24. Hari Balik
25. Party Pooper
26. Boleh Tak
27. Angau
28. Hide n Seek
29. Say Sorry
30. Family Outing
31. Berkumpul
32. Pening
33. Rahsia
34. Demam
35. Mencari
36. Lawat
37. Bengang
38. Bertumbuk
39. Discharge
40. Kelas Seni
41. Lorong Belakang
42. Bilik Muzik
43. Bilik Rahsia
44. Gabung Kelab
45. Perang Dingin
46. Angin Mengelegak
47. Pemilik ID Apple In My Eye
48. Kelab Chess
49. Library Kidnaping
50. Tolak Undur
51. Kelas Biologi
52. Gaduh Biasa
53. Candice Sepupu Blaze
54. Parent Kedua Hana
55. Tunang Yuta tapi Pilih Blaze
56. Merajuk
57. Naik Angin
58. Dating
59. Dipersalahkan
60. Bertengkar.
61. Menara Rahsia
62. Awal Pagi
63. Official
64. Reject
65. Matahari Terbenam
66. Cerita Sebenar
67. Siapa Cinderella
68. Chess Duel
69. Hana Juara
70. Selesai
71. Pilih
72. Surat Cinta
73. Cinderella Yang Hilang
74. Ketahuan
75. Prince Charming Untuk Clumsy Cinderella

02. Crush Senior Yuta

3.9K 258 5
By TintaHitamTanpaArah

Tepi pagar court tenis dikelilingi oleh pelajar-pelajar perempuan. Semuanya ibarat lintah yang melekat pada permukaan kulit. Mereka cengkam dengan geram jaring gelangang sambil menjerit dengan histeria semasa lelaki berjersi putih dengan nama 'YUTA KIM' di belakang jersi tersebut sedang bergerak dengan cekap memukul bola tenis yang diberi oleh lawan dengan bergaya di tengah gelangang.

Suara pekikan sorak dari mereka penuh di sekeliling gelanggang tersebut.

"Senior Yuta!Senior pandang sini!!!"

"Oh my god handsomenya dia..."

"Senior pandang saya!!"

Pelajar-pelajar dari Kelab Fotografi dengan kamera mahal mereka sibuk menalakan kamera ke Yuta yang berada di dalam gelangang itu. Mereka berebut hendak mendapatkan shot yang terbaik buat majalah akademi mereka.

Sumber utama kelab fotografi. Apa saja produk yang ada muka lelaki itu, pasti akan laku keras seperti air yang dijual waktu musim panas.

Dan di antara ramai-ramai pelajar perempuan di situ, hanya seorang sahaja yang berdiri tenang di tepi jaring. Tidak menjerit mahupun melompat-lompat seperti perempuan yang lain. Dia hanya berdiri di situ. Memandang satu-satunya lelaki yang menjadi idola dalam akademi tersebut dan juga hatinya sendiri.

Disebabkan rupa paras itu juga, lelaki tersebut menjadi duta iklan akademi. Apa saja iklan untuk promosikan akademi atau program pelajar, pasti wajah lelaki itu yang akan terpampang dalam wall laman media rasmi akademi.

Kim Yuta, kapten kelab tenis dan juara bertahan tenis tiga tahun berturut-turut. Tidak pernah kalah dengan mana-mana akademi diseluruh negeri. Lelaki paling digilai oleh pelajar perempuan sebab rupa paras dan juga prestasinya sebagai ikon pelajar terbaik keseluruhan akademik dan kurikulum.

Mata dibalik cermin mata bingkai bulat itu tidak berkedip sejak tadi. Takut sangat kalau berkedip lelaki yang digelar sebagai White Prince itu akan hilang dari pandangannya.

Sambil mencengkam kuat besi pagar gelangang tu, Hana Delisha berbisik."Pandang la aku...pandang la.." sebut Hana di dalam hati berkali-kali. Dia sedar, siapalah dirinya ini kalau nak dibandingkan dengan pelajar perempuan yang lain. Yang lebih cantik dan bergaya. Tidak seperti dirinya. Sudahlah bercermin mata, rambut kusut tak terurus seperti surai singa yang hanya disanggul malas semata.

Memang tak la Kim Yuta akan menghiraukan dirinya!

"Hei tepi la..."muncul empat orang pelajar perempuan di belakang Hana. Mereka menolak pelajar lain yang menghalang laluan mereka dan berdiri bersebelahan dengan Hana.

"Menyemak tahu tak kau orang ni...cermin diri tu dulu kalau nak dekati senior..."cebik pelajar perempuan kedua.

Hana berpaling ke kanan dengan kening berkerut tidak suka. Memerhatikan tingkah pelajar perempuan yang syok bagus dan terkenal dengan sikap diva berlagak bagus mereka buatkan dia mengerenyit jengkel.

Dan apabila mereka menyedari diri mereka di perhatikan, jelingan tajam terus terarah pada Hana.

"Apahal pandang-pandang...tak pernah nampak orang cantik ke?"sentap gadis yang berdiri di sebelah Hana sekali.

Malas nak cari gaduh, Hana kembali memandang crush a.k.a cinta pandang pertamanya semula. Buat apa buang masa layan diva-diva ni buat sakit hati aje, lebih baik cuci mata tengok White Prince dia! Hmph!

Melihat lelaki itu bermain dengan penuh semangat di dalam gelanggang buatkan Hana yang lihat berasa teruja. Seperti dia pula yang main.

Semakin lama dia perhati, senyuman pun terukir di bibir Hana apabila dia terpandang Yuta dari jauh itu ketawa kerana tersalah gerakan. Senyuman lelaki itu dengan mudah buatkan jantungnya berdegup kencang.

"Pandanglah aku...kau pandang aku pun dah cukup.Aku tak mintak lebih."minta Hana di dalam hati dengan penuh berharap sekali lagi. Senyuman terukir lebar di bibir.

Seakan Tuhan mendengar permintaan Hana masa itulah keajaiban berlaku.

Kening Hana terangkat tinggi, cengkaman dia pada besi pagar itu semakin dieratkan setelah melihat dua pasang mata itu terarah di tempat dia berdiri.

Tiba-tiba saja Yuta yang sedang berdiri menunggu servis bola dari rakan sepermainnya mengerling ke sekeliling gelangang tersebut.

Mulanya wajah lelaki itu seakan tercari-cari sesuatu dengan keningnya berkerut. Namun apabila mata lelaki itu berhenti di satu arah, lelaki tu terus tersenyum.

"Oh my gosh! Oh my gosh!Kau nampak! Dia pandang aku weiiiii....tengok dia senyum dekat aku!"lompat pelajar perempuan dekat sebelah kiri Hana dengan teruja sekali. "Kyaaa!!!"

"Mana ada dia pandang aku.. ke tepi!"

"Ini tempat aku! Aku yang berdiri dulu dekat sini!!"

Empat orang gadis yang berdiri di sebelah Hana tadi mula bertekak sesama mereka apabila Yuta memandang ke tempat mereka sedang berdiri.

Di balik kekecohan itu, Hana yang sedang memandang ke arah Yuta terkedu. Dia tak tahu sama ada apa yang dia lihat ini hanya perasaan dan khayalan semata atau memang betul Yuta sekarang sedang memandang ke arahnya.

Yuta tersenyum lalu melambai ke arah tempat Hana sedang berdiri. Yang mana membuatkan semua pelajar perempuan yang kebetulan berdiri dekat situ bersorak dengan teruja kerana perasan diri mereka yang diberi lambaian oleh lelaki itu sedangkan bukan.

Sementara Hana dekat situ berdiri kaku seperti patung. Terkejut yang amat sebab dia yakin sangat yang Yuta pandang ke arahnya dan melambai tangan kepada dia. Tapi nak buat macam mana bukan dia seorang sahaja yang berdiri dekat situ, ramai lagi. Jadi Hana bingung samaada nak percaya atau tidak!

Jadi Hana hanya berdiri dekat situ memandang Yuta dari jauh. Tak nak dilabel perasan sendiri.

Mungkin lelaki itu lambai tangan ke arah seorang daripada pelajar-pelajar perempuan yang berada di sekitar bukannya dia.

Dengan perasaan gembira bercampur bersemangat Hana berpaling dari situ. Dia nekad hendak lakukan juga perkara yang sepatutnya dia lakukan sejak tahun lepas lagi.
Apa nak jadi, jadilah.

Yang pasti dia cuba.

Dia dah bersedia!

Dear crush!Here I come!

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 106 65
Aku tak pernah menyangka kalau ravellian ialah putera raja dua alam. Selama ini aku fikir dia hanyalah seorang putera mahkota biasa. Tapi dia berbez...
8.7K 558 39
๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’š๐’‚๐’Œ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’š๐’‚๐’Š ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’‰๐’‚๐’~ [ส€แด‡แด แด€แดแด˜][sสŸแดแดก แดœแด˜แด…แด€แด›แด‡] ๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ธ๐“ฑ๐“ญ ๐“•๐“ช๐“ฑ๐“ฒ๐“ถ...
99.1K 898 11
As known as Kerana Dia Milikku Apabila persahabatan yang dibina sejak kecil mula renggang dek halangan jarak, tinggallah Iman dan Faliq. Timbulnya ma...
100K 7.3K 63
Baru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara...