KATARSIS

Per wanieizan

3.8K 168 33

FIRAS AMSYAR, seorang remaja 17 tahun. Hidupnya biasa sahaja seperti remaja 17 tahun di luar sana, sedang men... Més

Author's Talk
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11

BAB 7

257 11 10
Per wanieizan

- FIRAS -

Tangan kanan aku memegang pen hitam, pantas menulis karangan yang memerlukan 350 patah perkataan. Otak pula tidak henti mengeluarkan ayat yang sesuai untuk mengisi karangan tersebut. Tidak lama kemudian, aku berhenti. Alamak! otak jammed. Aku menguak rambut ke belakang lalu bersandar di kepala kerusi belajarku. Takde idea lah pulak. Siapa punya idea lah suruh pelajar tingkatan 5 menulis 350 patah perkataan. Kalau soalan best, takpe lah jugak. Ni suruh aku tulis karangan tentang 'Kebaikan Bersukan'. Aku sendiri tak bersukan, nak tulis apanya? Aku bukanlah lelaki yang aktif bersukan macam Ja'. Main bola pun aku tak reti. Apa? Kau ingat semua lelaki pandai main bola? Well, aku tak. Aku tak nak buang peluh yang dah lama bersemadi dalam badan ni. Lagipun, malas lah nak membazir tenaga dengan berlari, kejar bola yang takde apa-apa tu. Walaupun tak reti main bola, tapi aku selalu jugak tengok perlawanan bola sepak kat mamak. Aku tengok diorang teruja setiap kali bola masuk gol, aku pun teruja sama. Lima orang lahanat tu selalu 'bahan' aku dengan panggilan 'kaki bangku' dan 'noob'. But I don't give a damn.

Telefon Samsung Galaxy A12 berbunyi menandakan satu notifikasi masuk. Aku capai telefon yang terletak di atas meja dan terus menekan notifikasi tersebut. Ha panjang umur diorang.

__________________________________

🦁Akid and the Crew🦔

Ja'

Firas syg

Syg okey?

Aku dngr kau kne blasah

__________________________________

Berkerut dahi aku membaca mesej Ja' yang dihantar di dalam group. Apa kejadah panggil aku sayang. Lama sangat single, macam ni lah jadinya. Aku menaip.

__________________________________

🦁Akid and the Crew🦔

Ja'

Firas syg

Syg okey?

Aku dngr kau kne blasah ngn Wan

You

Okey je cibai

Aku tak thu lah dia tumbuk ke jentik

Red

Damn

A Kid

halahh tumbukan Wan tu boleh pergi mana je?

Dia pijak semut pun tak mati

Sam

Why u tak bls balik fi?

Ja'

Sam, kau mcm tak kenal je Fi

Dia kan pemalas

You

Aku bkn pemalas

Aku ni seorang yang tenang

A kid

Butoooo

Red

Tenang, my ass!

Sam

(Sticker)

Ja

(Sticker)

__________________________________

Mereka mula menghantar 'sticker' yang mengarut dan aku malas nak layan. Aku letak telefon ditepi. Pen hitam tadi aku capai, ingin sambung menulis karangan yang tak siap lagi. Dah lah esok nak kena hantar. Baru sahaja aku ingin menulis, telefon di sebelah berbunyi minta diangkat. Aku melihat skrin, tertera nama Lee di situ. Aku melihat sekilas jam telefon, mempamerkan angka 9.37. Tak pernah mamat ni call aku malam-malam. Tanpa membuang masa aku slide butang hijau.

"Fi, aku ada kat luar" ujar Lee di corong telefon.

"Hah?" Aku terus keluar dari bilik dan menuju ke pintu rumah. Pintu rumah dibuka, terlihat Lee sedang duduk santai di atas motosikal berjenama Yamaha YZF-R15 berwarna hijau terang dan hitam. Selain Akid, Lee juga merupakan seorang yang loaded. Aku tak tahu mak ayah dia kerja apa sebab dia berahsia sikit tentang keluarganya. Loaded lagi? Aku tak tahu macam mana aku boleh berkawan dengan budak-budak kaya.

Aku batalkan panggilan sambil membuka pintu pagar, mendapatkan Lee. Penampilannya yang hanya memakai T-shirt hitam, seluar pendek dan berselipar jepun cukup tidak serasi dengan motosikal besar yang ditunggang.

"Nak masuk tak?" Soal aku selepas menyambut bro-fist dia.

"Tak payah lah, borak kat luar je." Aku mengangguk setuju. Dia tenung aku lain macam untuk beberapa saat sebelum tersenyum senget.

"Pahal?" Aku soal pelik. Seram pulak. Dia menyeluk poket seluar dan mengeluarkan telefon Iphone X miliknya. Lee membaca sesuatu.

" 'Okey je,cibai. Aku tak tahu lah dia tumbuk ke jentik.' " Dia pandang aku kembali. Lebih tepat, memandang lebam di pipi kiri aku. Tak guna! Dia perli aku.

"Jentik,ya? Sampai lebam macam tu?" Lee ketawa mengejek. Aku mengetap bibir. Memang hawau perangai mamat ni.

"Kau datang sini nak gelakkan aku?"

"Ha'ah"

Aku mengetap rahang. Mamat cina ni memang menyakitkan hati. Lee berhenti ketawa.

"Kid cerita kat aku..." Dia keluarkan pod berwarna biru dari poket seluar dan menyedutnya. Berkepul-kepul asap keluar dari hidung, seperti naga. Bau perisa anggur menyengat hidung. "...yang sebenarnya, kau provoke Wan dulu." Lee pandang aku sebelum menyambung.

"Tapi kau tak bagitahu cikgu pun pasal tu. Otherwise, kau salahkan dia dan...kau minta saksi yang nampak fight korang untuk menyebelahi kau. Sebab tu cikgu tak percaya pun segala tuduhan Wan terhadap kau. Lastly, Wan kena gantung sekolah tapi kau tak kena sebab cikgu ingat kau mangsa. Mana taknya, muka mamat tu bersih manakala muka kau macam longkang pecah." Aku beriak biasa sambil menyeluk kedua belah tangan ke dalam poket seluar tracksuit. Apa motif mamat ni nak ulas balik apa yang jadi?

"So? Salah ke apa yang aku buat? Diorang setuju sebab diorang memang tak suka Wan. Aku bukan rasuah diorang." Kataku selamba. Lee tersenyum sambil menolak bingkai cermin matanya yang melorot pada batang hidung. Geram pulak aku melihat muka kerek dia.

"Lee, benda ni terjadi memang salah dia. Tapi apa yang kau cakap ni macam nak salahkan aku je."

"Aku tak salah kan kau"

"Then? Apahal kau-"

"Aku nak tanya..." Lee potong aku. "...kau puas hati ke bila dengar dia kena gantung?" Persoalan Lee buat aku berfikir. Puas hati? Puas hati lah...sikit. Yang aku tak puas hati sebab aku tak dapat belasah dia balik. Tapi bagi aku cukuplah tu, malas nak memanjangkan cerita. Perlahan aku mengangguk kepala bagi menjawab soalan Lee.

"Tipu, kau tak puas hati kan? sama lah dengan aku." Ayat Lee membuatkan aku sedikit bimbang. Bukannya aku tak tahu yang di ni suka simpan dendam. Melihat aku yang diam tidak berkutik, dia menghampiri aku. "Setakat gantung sekolah, apa benda sial? Dia pecah muka kau, dia hina kitorang macam kitorang ni 'lowlife'.'Gantung sekolah' is not worth lah. Aku yakin diorang semua tak puas hati lagi. Kau bijak, Firas. Kau selalu bertindak guna otak dan tak kisah pun apa yang terjadi kat diri kau. Berbeza dengan aku, yang suka bertindak ikut emosi. So biar aku yang puaskan hati kita ni." Aku tenung dia tanpa sebarang reaksi. Dalam otak aku sedang berfikir apa yang mamat ni nak sampaikan. Ayat terakhir dia macam nak mintak kebenaran aku untuk kerjakan Najwan. Minta kebenaran? Ni bukan cara Lee. Kalau dia nak buat benda jahat, dia buat je. Esoknya, tiba-tiba dia kena tahan kat balai dan keluar pada hari itu juga.

"Weh?" Dia tampar bahu aku, menginginkan jawapan.

"Lee, aku nak betulkan sikit apa yang kau cakap tadi. First, aku bukan tak kisah apa yang terjadi kat diri aku. For your information, orang yang paling ambil berat pasal aku adalah diri aku sendiri. Aku tahu, kalau aku balas balik apa yang Wan buat, confirm aku kena gantung jugak. Yang paling penting, mak aku, orang yang paling aku sayang kat dunia ni akan kecewa dengan aku. Jadi aku tak nak kecewakan dia untuk kepuasan hati aku." Lee diam. Melihat tiada tanda untuk dia bersuara, aku sambung berkata

"Second, kau silap. Kau bukan nak puaskan hati 'kita' tapi sebenarnya kau nak puaskan hati kau sendiri." Lee kekal berlagak biasa. "Jujurlah...kenapa kau datang jumpa aku? Kenapa? Red tak setuju dengan plan kau?

"Plan apa?" soalnya tenang.

"Kau nak kita semua gang up?"

Lee tidak menjawab. Tidak lama kemudian dia tersenyum sinis. Dia memusing badan dan kembali bersandar pada motosikalnya. Pod ditangan dia sedut lalu menghembus keluar asap yang berkepul-kepul.

"As expected, kau boleh 'baca' aku." Aku mencebik. Kerek sungguh. "Memang aku dan Ja' plan benda ni..." Aku tersenyum kecil mendengar. Kalau kau ajak Ja' buat benda jahat memang dia ikut. Diorang ni perangai macam setan. Jadi, aku tak terkejut bila Lee sebut nama mamat tu.

"...tapi Red tak nak apatah lagi Sam yang perangai bak malaikat tu. Siap dia bagi tazkirah, suruh aku calm down supaya tak buat benda bodoh. Kau kenal aku kan? Jenis tak makan nasihat. Bagi aku 'hutang darah dibayar darah, hutang nyawa dibayar nyawa. Dia kacau kita, buruk padahnya. So aku jumpa kau, nak hasut, tapi kau sama je." Jelas Lee, agak bengang. Aku ketawa.

"Kau silap orang ni, mat. Kau nak buat benda jahat jangan ajak aku. Benda paling jahat yang pernah aku buat ponteng kelas je, tak lebih dari tu." Jelasku. Dia pandang aku dari atas ke bawah.

"Pendek kata, hidup kau boring"

"Celaka" Aku carut. Dia tersengih sambil dan menghidupkan enjin motosikalnya. Nak balik lah tu selepas sesi menghasut tak berjaya.

"Aku ciou dulu, lah" Dia meminta diri. Aku hanya mengangguk kepala dan ingin masuk ke dalam rumah.Tiba-tiba langkahku terhenti, ingin memastikan sesuatu. Nama Lee aku panggil.

"Plan tu...kau teruskan ke?" Dia diam seketika, berfikir.

"Kau rasa...aku patut teruskan atau tak?" Aik? Tanya aku pulak? Aku menggaru kepala yang tak gatal.

"Kalau kau teruskan, kau dengan dia sama je. Aku rasa biarlah orang lain nampak yang Najwan seorang je yang problem. Kita just play it cool."

"Okey, aku tak buat." Bulat mata aku mendengar kata putus Lee. Tadi dia kata, dia jenis tak makan nasihat. Sekarang, senang je setuju pendapat aku. "Jumpa esok, bro" Lee hulur penumbuk kanan dan aku turut balas. Aku masuk ke dalam rumah selepas Lee hilang dari pandangan. Tiba-tiba lagu Renegades oleh One Ok Rock berkumandang dari telefon ditangan. Nama 'Dhani' tertera disitu. Tanpa membuang masa aku jawab panggilan tersebut. Panggilan bersambung.

"Firas?"

"Yes" Aku jawab. Sofa diruang tamu aku duduki. Aku mengerling mencari kelibat ibu tapi tiada. Dah tidur kot. Lagipun dah pukul 10 malam.

"Kau kenal tak orang yang bermusuh dengan Fareeq?" Soalnya di corong telefon. Aku berkerut. Musuh? Orang yang bermusuh dengan Along, aku lah. Aku tak suka dia. Tapi takdelah aku nak upah orang pergi langgar abang sendiri.

"Mana aku tahu. Kau tak tahu ke? Aku rasa kau lagi kenal dia dari aku."Satu keluhan kasar kedengaran di corong telefon. Aku tahu dia sedang buntu.

"Kau tak siasat ke penjenayah yang pernah korang berkas? Mungkin diorang berdendam." Aku cuba memberi cadangan.

"Aku dah buat tapi semua masih dalam tahanan atau kat penjara. Lagipun, kenapa pulak diorang nak target Fareeq sedangkan dia tak pernah lead mana-mana kes." Jelasnya. Betul juga apa yang mamat ni kata. Along berpangkat Sarjan dan hanya mengikut arahan orang atasan. Kalau diorang berdendam, kenapa tak attack orang atasan sahaja sebab mereka yang mengetuai segala operasi. Jeda seketika. Aku dan Dhani sedang berfikir. Tidak lama kemudian dia memecah kesunyian.

"Nanti boleh tak kasi aku telefon Fareeq. Itupun kalau family kau izinkan." Ujarnya di corong telefon. Telefon Along? Aku bangun dan ingin melangkah ke bilik Along.

"For what?" Aku membuka pintu bilik, tersergam bilik Along yang dicat berwarna putih. Aku menapak masuk ke dalam dan terus ke meja belajar yang terletak di sudut bilik.

"Nak check lah kalau-kalau dia kena blackmail. Fareeq tu kalau ada masalah dia mana pernah bagitahu kita." Aku mengangguk faham sambil mencari telefon Along di laci meja belajar. Sebuah telefon berjenama Samsung Galaxy J7 Pro yang agak retak permukaannya, aku capai.

"Boleh tak?" Dhani soal.

"Boleh je, untuk tangkap bangsat-bangsat tu. Aku yakin ibu pun tak kisah." Aku beri kata putus. Jari aku tekan butang on telefon Along. Tidak lama kemudian logo Samsung muncul di skrin. Elok lagi rupanya.

"Okey, thanks. Tapi aku ambil lusa lah, esok aku ada hal."

"No problem" Kami menamatkan perbualan. Mata aku masih fokus membelek telefon Along. Damn it! Ada password pulak. Aku berfikir sejenak. Aku menekan nombor yang bertarikh hari lahirnya, tapi salah. Betul ke tarikh aku taip ni? Aku main agak je, tak ingat tarikh hari lahir mamat tu. Seterusnya, aku cuba tarikh hari lahir ibu pula. Hasilnya sama. Begitu juga tarikh lahir arwah abah. Aku buntu. Takkan tarikh lahir aku pula? Dengan teragak-agak aku menaip tarikh lahir aku. Aku menghembus nafas lega apabila ia salah. Kalau 'betul' memang seram. Kepala yang tidak gatal aku garu. Give up lah, malas nak fikir. Aku letak semula telefon tersebut atas meja tapi mata aku tak lepas merenungnya.

"Nak check lah kalau-kalau dia kena blackmail. Fareeq tu kalau ada masalah dia mana pernah bagitahu kita."

Kata-kata Dhani terngiang-ngiang dalam kepala. Rasa ingin tahu mula menebal. Aku boleh je tunggu Dhani check, tapi kalau boleh aku nak tahu dulu. Lagipun, mesti dia ambil masa untuk bagitahu aku. Dia kan busy. Telefon milik aku dicapai dan terus menekan ikon Whatsapp. Jari aku menaip.

__________________________________

🦁Akid and the Crew🦔

You

Korang tahu tak mcm mna nak hack phone org

Mak aku tk ingat password

A kid

Don't know~

Lee

Aku buta IT dan buta ekonomi~

Ja'

Tapi jaguh sukan dan bukan jutawan~

__________________________________

Aku tutup telefon. Malas nak layan. Mangkuk-mangkuk hayun tu tak pernah serius. Menyesal pulak tanya diorang. Baru sahaja aku ingin berputus asa terhadap telefon Along ini, tiba-tiba ada notifikasi masuk, private message dari Akid.

__________________________________

A kid

Bro

Aku ada kenal sorg ni

Dia pandai gak psl IT ni

Kau jumpa dia ah

You

Alright

Esok boleh?

Nk jmpa kt mne?


Umah aku lah

Aku bwk kau jmpa dia

__________________________________

Aku tersenyum puas membaca mesej Akid. Masih ada harapan untuk membongkar telefon Along, baru nak putus asa tadi.

••••••••••••••••••••

Tepat pukul 2 petang aku dah tercegat di depan rumah Akid. Terpegun seketika aku melihat rumah mamat ni. Bapak besar rumah dia. Walaupun ini bukan kali pertama menjejak kaki disini, tapi aku tetap terpegun melihat rumah banglo 2 tingkat ni. Termasuk hari ni, baru dua kali aku datang walaupun aku dah berkawan dengan dia selama 4 tahun. Bukan apa, rumah dia jauh nak mati. Aku tak nak membazir duit minyak semata-mata nak melepak kat rumah dia kecuali ada hal penting. Tambahan pula, Akid macam tak galakkan kitorang melepak dirumah dia. Mungkin mak dan ayah dia tak kasi kot.

"Assalamualaikum!" Aku beri salam sambil menekan loceng rumah yang terletak di tepi pintu pagar yang agak besar.

"Waalaikumsalam!" Suara wanita menjawab salam dari dalam rumah. Pintu pagar kecil terbuka. Seorang wanita berumur lingkungan 40-an keluar dengan hanya memakai baju kurung dan tudung sarung. Aku kenal wanita ini, orang gaji keluarga Akid yang dia panggil Mak Som. Mak Som melihat muka aku.

"Eh, ni Firas kan? Kawan Kid?" Aku terkejut, tak menyangka wanita ini masih mengingati aku walaupun dah lama aku tak datang sini. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk kepala. Kuat juga ingatan mak cik ni. "Dah lama Firas tak datang sini, kan?" Mak Som cuba memulakan perbualan dan aku tak suka perbualan kosong.

"Hmm...Akid ada?" Aku jawab soalan dengan soalan. Terus memberitahu tujuan aku kesini.

"Akid takde lah. Tak silap makcik dia pergi rumah Puan Lily." Jawapan Mak Som membuatkan dahi aku berkerut. Siapa pulak Puan Lily ni? Baru sahaja aku ingin menghubungi Akid tiba-tiba Mak Som memanggil seseorang. Di depan rumah jiran Akid, terdapat seorang gadis bertudung sarung sedang membuka pintu pagar. Di tangan gadis itu terdapat bungkusan plastik berwarna oren. Baru balik dari beli barang kot.

Mak Som melambai sambil memanggil. "Zarin!" Gadis itu menoleh. "Iya, Mak Som?!" Gadis itu separuh menjerit kerana jarak kami yang agak jauh. Mana tidaknya, rumah-rumah kat taman perumahan ni besar.

"Akid ada kat dalam?!" Soal Mak Som sambil menunjuk ke arah rumah gadis itu. "Ada!" Jawabnya. Aku melihat sekeliling. Diorang ni main jerit-jerit pulak.Tak mengganggu ketenteraman jiran-jiran lain ke? Aku pulak yang risau.

"Ini kawan Akid..." Mak Som memegang lengan aku. "...bawak dia jumpa Kid, boleh?!" Dari jauh Zarin tenung aku seketika sebelum menunjukan isyarat 'OK'.

"Ha...Firas masuk rumah dia. Akid ada kat dalam. Zarin tu anak Puan Lily." Jelas Mak Som. Aku menoleh ke arah gadis tadi, dia masih berdiri disitu memerhati aku. Jadi Puan Lily ni jiran Akid lah. Mak cik ni pun cakaplah 'rumah jiran' ni 'rumah Puan Lily'. Aku ingat jauh sangat lah rumah Puan Lily ni.

"Alright, terima kasih Mak Som." Ucap aku sopan sebelum menolak motosikal ke depan rumah Zarin. "Park dalam lah" Arah Zarin apabila melihat aku sedang menolak motosikal. Aku hanya mengikut arahan. Tapi kalau tak disuruh, aku tetap letak motosikal kesayangan aku ni kat halaman rumahnya. Tak tenang kalau letak kat luar. Tak pasal-pasal aku balik naik teksi.

Selesai meletak motosikal di tempat yang sesuai, aku membuntuti gadis tadi sambil mata meneroka sekitar rumahnya yang penuh dengan pelbagai pokok bunga. Aku pasti Puan Lily ni suka tanam pokok bunga. Zarin membuka pintu masuk utama yang agak besar dan dicat warna putih. Mewah gila rumah ni, macam dalam drama pukul 7 malam, saluran TV3. Kisah gadis miskin dipaksa berkahwin dengan CEO yang handle bisnes 300 billion. 300 billion? Jual dadah ke?

Aku memerhati gadis didepan aku ni. Betul ke dia ni anak Puan Lily? Penampilannya yang hanya bertudung sarung hitam, mengenakan T-shirt maroon berlengan panjang dan berseluar tracksuit sungguh santai dimata aku. Bukan ke orang kaya ni memakai baju yang nampak...'kaya'. Hmm...faham tak?

"Assalamualaikum" Ucap Zarin sebelum langkah masuk. Aku berhenti. Boleh masuk ke ni? Dia tak ajak masuk pula. Zarin menoleh kebelakang apabila menyedari aku tidak mengekorinya.

"Kenapa tak masuk?" Dia soal pelik.

"Hmm...kau panggil Akid je lah. Aku tunggu kat sini." Ujar aku. Tak selesa lah pula masuk rumah orang yang tak dikenali walaupun aku tahu Akid ada kat dalam. Zarin tenung aku untuk beberapa saat dengan pandangan yang kosong.

"Selain Kid, kau nak jumpa orang lain kan?" Dia soal. Aku berfikir sejenak. Orang lain? Kalau dia cakap pasal orang yang Akid nak kenalkan kat aku nanti, iyalah, aku nak jumpa dia. Nak minta tolong godam telefon Along ni. Tapi, macam mana pula dia tahu aku nak jumpa orang lain?

"Ha'ah" Teragak-agak aku membalas. Timbul rasa sangsi terhadap gadis ini.

"Orang tu ada kat dalam, masuk lah" Ujarnya sebelum berpaling semula, masuk ke rumahnya. Lah...orang tu jiran Akid rupanya. Kalau macam tu, masuk je lah. Aku menapak ke dalam. Mata aku melilau ke segenap sudut rumah banglo 2 tingkat ini. Terpesona melihat dekorasi yang begitu cantik dan kemas. Dinding pula dicat dengan warna yang lembut, menyedapkan mata memandang.

"Bodoh lah!" Satu suara jerkahan bergema di dalam rumah. Aku kenal suara itu. Tiba di ruang tamu, aku nampak Akid dan seorang lelaki di sebelahnya sedang duduk di atas sofa sambil memegang controller. Tumpuan mereka melekat pada skrin televisyen yang memaparkan perlawanan bola. Zarin meletakkan bungkusan beg plastik oren yang dari tadi dibawa ke atas meja yang terletak didepan Akid dan lelaki disebelah.

"Yeay! Goreng pisang dah sampai!" Sorak Akid sambil menyerbu bungkusan tersebut. Menyedari kehadiran aku yang masih berdiri disebelahnya, dia pandang aku pelik. "Eh? Kau buat apa kat sini?" Aku mengetap rahang, bengang. Kimak! Aku terkebil-kebil kat luar, dia seronok main game. Tak guna punya member! Melihat pandangan tajam aku, dia tersengih. Dia bangun dari sofa dan meletakkan tangan kanannya pada bahu aku. "Sorry lah, aku lupa kau nak datang." Dia hulur penumbuk kiri, macam selalu, setiap kali kami berjumpa. Aku sambut dengan jelingan maut. Lupa apanya? Sebelum pergi ke rumahnya, aku dah mesej dia yang aku dalam perjalanan dan dia balas 'Okey!'.

Akid menyuruh aku duduk disebelahnya,diatas sofa. "Okey, memperkenalkan ni Zarin, muda setahun dari kita..." Dia menunjuk ke arah gadis tadi yang sedang duduk bersila sambil mengunyah pisang goreng. Mendengar dirinya diperkenalkan, dia mengangkat tangan tanda sapaan. Aku hanya mengangguk kepala. Tak sangka dia muda satu tahun dari aku, mati-mati ingat sebaya. Akid beralih pula pada lelaki berkaca mata dan berkulit sawo matang. Mengingati apa yang gadis itu katakan tadi, aku rasa inilah orang yang boleh bantu aku untuk godam telefon Along nanti memandangkan hanya mereka sahaja disini. Melihat Zarin dan lelaki ini seakan serupa dari segi wajah dan warna kulit, aku pasti mereka ni adik beradik. Mungkin dia ni abang Zarin.

"Ini Zhafran, adik Zarin." Membulat mata aku mendengarnya. Adik rupanya, wajahnya nampak begitu 'matang'. "Asal? nampak tua kan muka dia?" Akid ketawa memandang lelaki bernama Zhafran apabila melihat reaksi yang tak dapat aku sorokkan tadi. Zhafran mencebik. Alamak! tiba-tiba rasa serba salah.

"Sorry, bro. Muka kau bukan nampak tua, tapi nampak matang." Aku cuba menyedapkan hatinya.

"Tahu, bang. Mungkin saya sunat lebih awal dari lelaki lain. Itu sebab muka saya cepat matang." Jawabnya selamba sekaligus mematikan ketawa Akid. Aku tersenyum kecil kerana mengingati bahawa Akid antara lelaki yang lambat sunat dikalangan kawan-kawan yang aku kenal. Segala sumpah seranah keluar dari mulut Akid.

"Apa nama kau?" Zarin bersuara. Matanya yang bulat dan berbulu mata lentik merenung aku sambil mengunyah pisang goreng.

"Firas. Firas Amsyar" Jawab aku. Jawapan aku membuatkan Zarin dan Zhafran memandang bersilih ganti. Kemudian mereka merenung Akid. "Ini ke kawan kau yang..." Zhafran tidak menyambung kata. Melihat reaksi pelik dari mereka membuatkan aku sedikit bingung. "Kenapa dengan aku?" Soal aku sebelum menoleh ke wajah Akid. Dia pula seperti teragak-agak ingin menjawab.

"Ayah kau dah takde kan?" Soalan Zarin itu menyentak hati aku. Aku tidak menjawab, hanya merenungnya dengan pandangan tajam. Serta-merta suasana menjadi tegang. Macam mana dia tahu?

"Kena bunuh?" Sambung Zarin lagi. Aku mengetap rahang mendengar kata-kata tepat dari gadis itu. Aku menoleh ke arah Akid yang jelas menunjukkan reaksi cuak. "Kau ke bagitahu diorang?" Dingin aku menyoal. Mata aku tajam menikam ke anak matanya. Akid tidak menjawab. Melihat reaksi yang terpamer membuatkan aku mendengus marah. Memang sah lah dia yang bagitahu. Apa masalah dia? Disebabkan aku dah berkawan lama dengan dia, tak bermaksud dia boleh cerita hal peribadi aku pada orang yang aku sendiri tak kenal. Aku bangun dari sofa, ingin berambus dari situ. Terus hilang mood aku.

"Rilek,bang. Duduk dulu." Zhafran cuba menenangkan aku. Zarin mengeluarkan sesuatu dari laci kabinet televisyen. Senaskah surat khabar di hulur pada aku. Aku tenung seketika wajah kosong Zarin sebelum menyambutnya. Aku duduk kembali sambil melihat surat khabar itu. Surat khabar tersebut seakan sudah lama kerana warna sedikit kekuningan.

2 MAYAT DITEMUI RENTUNG DI PULAU KEMBOJA

Jantung aku mula tidak sekata selepas membaca headline di muka depan surat khabar lama itu. Pulau Kemboja, tidak pernah padam dalam memori aku. Aku melihat tarikh ia dikeluarkan. 17 Mac 2015, 5 tahun yang lepas. Tarikh itu juga selang beberapa hari selepas mayat abah ditemui rentung didalam tong air. Hati mula rasa tidak sedap. Takkan lah..

Aku terus membuka dan mencari muka surat yang memaparkan berita itu. Aku membaca isi berita itu sehingga tamat.

...identiti 2 mayat tersebut masih belum dikenal pasti.

Aku mengetap bibir. Berdasarkan tarikh, masa dan tempat, aku pasti berita ini melaporkan tentang penemuan mayat rentung abah. Aku kembali menoleh dua beradik di depan aku ni. "Ni berita pasal arwah bapak aku. Apa kaitan dengan korang?" Keras nada aku berkata. Zhafran berpaling pada Zarin, ingin kakaknya menjawab. Zarin berhenti mengunyah. Reaksi selambanya membuatkan hati aku panas.

"Headline tu tulis 2 mayat ditemui. Satu, ditemui di Jalan Angkasa...dimana mayat arwah ayah kau ditemui. Dua, di Jalan Intan...dimana mayat abang kami ditemui." Terpana aku seketika apa yang keluar dari mulut Zarin. Abang?

••••••••••••••••••••


Continua llegint

You'll Also Like

41.6K 1.2K 16
As Y/N, you work with the equipment in Task Force 141. You handle the Walkie Talkies, you try out the new guns to see if they are manageable, you cre...
108K 4.9K 26
!Adult/Possessive and Asshole!
30.4K 2.1K 39
people read the book trust me on this one