JUSTICE : Projek 046

By BananaAdelyn_

7.2K 1.1K 1.5K

Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay āœØ Disclaimer: Cerita ini... More

āœØ Gallery & Achievement āœØ
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Epilog

Bab 5

275 59 44
By BananaAdelyn_

"ARGH..." 'Dia' membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Saat itu juga, bau hanyir darah mula menusuk ke dalam hidung. Kepalanya terasa berat dan berdenyut-denyut sakit yang tak terungkap dengan kata-kata.

"Wah, sleeping beauty sudah bangun. Seronok betul kau tidur." Farhan menolak dagunya ke atas supaya 'dia' memandangnya. Senyum senang terukir lebar pada hujung bibir Farhan apabila pandangan mereka berpaut.

"Kau sedar tak kau tu tahanan aku. Ini bukan hotel untuk kau tidur lena." Tak semena-mena, satu tumbukan padu singgah di pipi 'dia'. Darah merah pekat mengalir keluar daripada bibirnya yang pecah. Matanya mula kuyu.

"Le... paskan... a... ku..." Tergagap-gagap si 'dia' menuturkan ayat itu. Suaranya serak. Tekak terasa begitu kering seperti sudah berhari-hari tidak minum air.

Apa yang 'dia' nampak dengan kornea matanya ketika ini ialah dua orang Farhan. 'Dia' sendiri tidak pasti mana satu Farhan yang sebenarnya. Semua objek di situ berganda dan kabur.

Telinganya menangkap bunyi samar-samar. Setiap kata-kata Farhan kedengaran begitu jauh sekali walhal, wajah lelaki itu hanya beberapa inci di hadapan wajahnya.

"Dalam mimpi kau la!" Perut si 'dia' ditendang kuat tanpa belas kasihan. Darah semakin banyak keluar daripada mulut, menitis ke lantai.

Badannya tergantung longlai. Sudahlah tangan dan kaki diikat dengan rantai besi pada dinding seperti binatang. Dadanya terasa sesak kerana tak cukup oksigen. Jika dia bernafas panjang, dadanya akan semakin sakit.

"Kau dengar sini baik-baik. Ini semua hukuman kau kerana sudah belot aku, papa dan Ri. Kau kira beruntung aku tak bunuh kau lagi," herdik Farhan lalu meludah di hadapannya.

"Kenapa... kau... tak bunuh... saja... aku..." Rentak ombak dadanya bergerak naik dan turun dengan laju. Deruan nafasnya tercungap-cungap tatkala dia menutur ayat itu. Entah kenapa susah benar untuk oksigen masuk ke dalam peparunya.

"Aku nak seksa kau perlahan-lahan. Mana seronok terus bunuh kau tanpa tengok kau terseksa," jawab Farhan kemudian tersenyum sinis. Satu lagi tumbukan padu dihadiahkan pada pipi lebamnya.

'Dia' tersentak. Pandangannya sekejap cerah sekejap gelap. Dunianya mula berputar tanpa henti.

'Dia' cuba sedaya upaya untuk kekal terjaga namun dengan keadaan 'dia' yang kriktikal, 'dia' mungkin tidak akan terjaga lebih lama. Badannya mula terkulai lemah dan bersedia untuk 'shut down' untuk suatu jangka masa.

"Sudahlah... banyak pula kau bercakap hari ni. Pergilah sambung tidur balik." Kali ini, perut 'dia' ditendang berkali-kali.

Raungan 'dia' tidak diendahkan. Hati Farhan berasa begitu puas tatkala dia berbuat demikian. Segala dendam kepada si 'dia' akhirnya dilepaskan dengan kekerasan.

Tiba-tiba telefon pintar dalam poket Farhan berdering kuat meminta untuk diangkat segera. Dia menekan butang pada bluetooth earphone yang dipasang pada telinganya.

"Hello... abang tengah sibuk belasah tahanan kita ni. Apa yang Ri nak?" soal Farhan kepada orang di sebelah sana.

"..."

"Oh, pasal itu Ri jangan risau. JUSTICE takkan bertahan lama sebab ada orang kita yang setia memberi maklumat kepada kita tentang rancangan JUSTICE. Kita akan sentiasa dapat tahu rancangan mereka."

Itu kata-kata terakhir yang 'dia' dengar daripada Farhan sebelum pandangannya bertukar gelap-gelita.

⚔️⚔️⚔️

"KAPTEN, saya..." Ermina terhenti daripada meneruskan kata-katanya. Arash yang sedang menghirup kopi, memandang Ermina dengan penuh tanda tanya.

"Kenapa Sarjan? Ada sesuatu yang tak kena ke?" soal Arash prihatin. Dahinya berkerut seribu tatkala melihat wajah risau Ermina.

Ermina meneguk air liur yang terasa pahit itu. Perut tiba-tiba memulas. Hatinya berdebar-debar. Anak matanya cuba mengelak daripada bertentang mata dengan ketuanya itu.

"Saya..." Ermina berjeda. Dia menarik nafas panjang untuk menenangkan hati yang seperti mahu terkeluar daripada jasad.

"Sarjan sudah jumpa Leftenan Adira? Dia ada di mana?" soal Arash, cuba mengubah topik.

Jantung Ermina seakan-akan berhenti berdegup seketika mendengar nama Adira disebut. Tangannya menggeletar hebat. Otaknya sedang sedaya upaya mentafsir maklumat yang diterima.

"Kapten... boleh saya bercakap dengan Kapten sahaja sebentar?" soal Ermina yang akhirnya memberanikan diri untuk berkata-kata. Soalan itu menyebabkan semua mata tertumpu ke arah Ermina.

Arash mengangguk. Perlahan-lahan dia bangun lalu mengorak langkah menuju ke kawasan belakang rumah banglo itu.

"Ada apa-apa yang berlaku ke Sarjan? Kenapa muka Sarjan pucat macam nak pengsan saja?" soal Arash risau melihat Ermina yang mukanya pucat seperti tiada darah.

"Leftenan Adira," sebut Ermina perlahan.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia... dia... saya.... saya terdengar dia cakap dengan Farhan di telefon sekejap tadi." Ermina menutur ayat itu dengan sekali nafas. Dia terlalu gementar sehingga terlupa cara bernafas yang betul.

Arash terdiam seketika. Dahinya berkerut. "Awak pasti ke apa yang awak dengar itu betul, Sarjan?"

Ermina mengangguk laju. "Saya yakin saya tak tersalah dengar. Dia gelarkan dirinya sebagai 'Ri' dan..." Ermina berjeda lagi.

"Dan?" Jantung Arash mula berdegup kencang. Daripada air muka Ermina, dia dapat rasakan ada berita buruk yang akan diberitahu oleh gadis dihadapannya itu.

"Dan Malik ialah ayah dia."

Badan Arash kaku. Lidahnya terkelu. Mulutnya bergerak-gerak cuba menuturkan sesuatu namun suaranya tersekat di kerongkong.

"Dia nak hapuskan kita Kapten," sambung Ermina lalu mengetap bibir. Anak matanya dilirikkan memandang rumput di tanah.

Dunia Arash kini berputar hebat. Otaknya tidak dapat menerima tekanan yang terlalu besar baginya. Kenyataan itu terlalu sukar untuk diterima.

Kerana Adira itu... gadis yang berjaya mencuri hati seorang Arash.

"Cuai betul aku. Aku sepatutnya tahu yang kau orang tak sebodoh seperti yang disangka," tegur satu suara daripada belakang mereka.

"Leftenan Adira." Ermina tersentak apabila melihat Adira yang tersenyum sinis memandang ke arah mereka. Sudahlah hari sudah malam. Kegelapan yang mengelilingi gadis itu menambahkan lagi keseraman wajah Adira yang merenung tajam mereka berdua.

"Apa yang kau sudah buat Adira? Kenapa?" Tiada lagi panggilan pangkat Leftenan untuk Adira. Wajah Arash kecewa memandang si pembelot.

"Aku bukan Adira," nyata Adira. Ketawanya bergema kuat di ruang itu.

"Habis? Kau siapa? Syaitan?" Arash mencapai pistol yang tersangkut kemas pada tali pinggangnya. Dia sudah tidak boleh bersabar.

"Aduh!" erang Arash kuat, memegang tangan yang masih berbalut dengan kain kasa. Tiba-tiba sahaja dia diserang dengan sakit yang berdenyut-denyut pada lukanya.

"Kau masih lemah untuk lawan aku Arash. Kecederaan kau belum pulih sepenuhnya lagi." Adira menggeleng kepalanya laju. Tangannya disilang rapat ke dada.

"Kau lupa ke aku ada kat sini juga." Entah daripada mana keberanian dia dapat, Ermina menghalakan hujung pistol tepat ke arah kepala Adira. Mujur pistol itu selalu ada di dalam sarung yang terikat di paha kanannya.

Wajah Adira kelihatan tenang. "Ermina... apa masalah kau halakan pistol yang tak ada peluru kat kepala aku? Kau nak tembak aku dengan apa?" soal Adira kepada Ermina dengan begitu yakin.

Ermina tidak percaya kata-kata Adira itu dan memberanikan diri untuk menarik picu namun, tiada peluru yang keluar.

"Aku sudah kosongkan kotak peluru semua senjata yang ada dalam rumah ni," ujar Adira menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran mereka.

"Oh lupa pula mahu jawab soalan kau Arash. Nama aku Adriana. Kembar kepada Leftenan kesayangan kau iaitu Adira." Adira... salah... Adriana menyeluk tangannya ke dalam poket. Hujung bibirnya tersenyum sumbing memandang mereka berdua.

"Kembar? Adira ada kembar? Setahu aku, dia kata semua ahli keluarganya dah tak ada," nafi Arash tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Wajahnya berang memandang Adriana.

"Wah, Adira mesti tak pernah bagitahu tentang kewujudan keluarga dia kan? Adira oh Adira. Dia sudah tak mengaku aku ni keluarga dia ke?" Adriana mengeluh perlahan. Kecewa dengan perangai Adira.

"Maksudnya, selama ni kau menyamar jadi Adira? Selama ni kau hanyalah palsu? Ataupun Adira sebenarnya tak wujud?Hanya cerita kau semata-mata?" soal Ermina bertubi-tubi. Pistolnya yang tiada peluru itu dicampak ke tepi.

"Jangan risau. Adira tu wujud dan hidup bersama kau orang bertahun lamanya. Aku mula menyamar sebagai Adira selepas abang kami, Farhan culik dia dua bulan lepas," balas Adriana.

"Arash takkan kau tak ingat apa yang terjadi? Kau ada masa kejadian culik tu berlaku." Adriana ketawa perlahan.

Secara tiba-tiba, satu memori lama muncul di layar minda Arash seperti tsunami.

"Leftenan Adira! Leftenan Adira nak pergi mana?" teriak Haura sebaik saja terpandang Adira yang berlari menuju ke arah medan perang.

"Kau orang pergi dulu. Biar saya yang kejar dia," arah Arash kepada Haura, Ermina, Armel dan Hans.

Mereka berempat mengangguk kemudian berlari meninggalkan Arash bersama Teranium di tangan mereka.

"Leftenan Adira!" Arash berjaya mencapai tangan Adira lalu memegang bahu Adira untuk memusingkan tubuh gadis itu menghadapnya.

Jelas api kemarahan sedang marak menyala di mata Arash tatkala pandangan mereka berpaut. Adira meneguk air liur yang terasa kelat.

"Leftenan nak buat kerja gila apa? Tak dengar ke Marsyal Haris suruh kita pergi jauh daripada sini. Kita kena selamatkan Teranium!" tengking Arash.

"Saya tak boleh... saya... kena pergi."

"Pergi mana? Leftenan sudah hilang akal ke? Mahu mati awal?" marah Arash. Fikirannya kusut. Dia risaukan keselamatan gadis itu tapi Adira pula bersikap pentingkan diri sendiri pada waktu-waktu begini.

"Saya tak boleh ikut Kapten. Saya kena pergi jauh daripada Kapten demi keselamatan Kapten dan yang lain." Adira merentap kasar tangan Arash yang menggenggam erat lengannya.

"Maksud awak?"

"Saya bukan orang yang baik Kapten," lirih Adira sayu.

Melihat wajah Arash yang keliru, Adira menyambung, "Kapten, walaupun saya bukan orang yang baik, saya kisah tentang Kapten. Saya tak nak Kapten mati disebabkan saya. Saya..."

Belum sempat Adira menghabiskan kata-katanya, Arash meletakkan jari telunjuk di bibir Adira.

Arash bersarung tangan ya, jangan fikir bukan bukan.

"Leftenan... beritahu saya apa sebenarnya yang berlaku. Jangan putar belit cerita. Saya janji, saya takkan marah Leftenan,' ujar Arash dengan tegas.

"Saya... saya perlu kembali pada Malik. Saya..."

Bang!

"Argh!" Arash jatuh melutut di atas tanah. Sebutir peluru berjaya terkena perutnya. Darah merah laju mengalir keluar.

"Adriana! Farhan!" Dua kelibat yang berdiri di belakang mereka dipandang dengan begitu bengis. Adira berdiri di hadapan Arash untuk melindungi Arash daripada serangan mengejut mereka berdua lagi.

"Jangan apa-apakan Arash. Kau orang sudah janji takkan sakitkan dia kalau aku ikut cakap kau orang!" teriak Adira.

"Aku rasa tadi aku ada terdengar kau nak ikut jantan tu. Itu sudah langgar perjanjian," balas Adriana sinis.

"Mana ada aku nak ikut dia. Aku akan ikut kau ora..."

Bang!

Sebutir lagi peluru berjaya tembus pada bahu kanan Adira. Adira mengerang sakit. Dia juga melutut ke tanah.

"Kau fikir kau boleh khianati kami?" Farhan menyentak leher Adira sehingga dia tidak sedarkan diri.

"Abang... apa kata Ri menyamar jadi Adira. Nanti, lagi senang untuk kita dapatkan Teranium," cadang Adriana sambil mengeluarkan pistol daripada jaket Adira.

"Betul juga." Farhan bersetuju dengan cadangan daripada Adriana itu. "Kalau begitu, Ri bawa Arash bersama pergi dari sini. Hubungi abang atau papa setiap malam untuk laporkan perkembangan," nasihat Farhan lalu kepala Adriana diusap lembut.

Adriana mengangguk akur. Anak matanya beralih ke arah Arash yang merangkak di tanah menghampiri Adira.

"Kau..." Senyuman sinis Adriana adalah imej terakhir yang Arash dapat lihat kepalanya dihentak kuat.

"Aku akan pastikan kau tak ingat apa-apa tentang kejadian ini." Itulah kata-kata Adriana yang Arash dengar sebelum pandangannya bertukar gelap.

"Aku beruntung sebab kau hilang ingatan. Kalau tidak, pasti penyamaran aku sudah terbongkar." Adriana merapatkan dua tapak tangannya. Anak matanya memandang wajah Arash dan Ermina bersilih ganti.

"So... Kapten Arash dan Sarjan Ermina yang bijak dan berwibawa, apa yang kau nak buat sebelum aku aktifkan bom yang aku sudah pasang dalam rumah ni?" soal Adriana sinis.

Continue Reading

You'll Also Like

709 194 8
*ā .ā āœ§ hati - hati dijalan kerana aku tidak akan berada dijalan yang sama dengan kau lagi almondcaxe_ || 2023
32.7K 2.6K 7
FudinguFamiliaChallenge Tema:Buku Dia dipulau oleh orang kampung hanya disebabkan ibu bapanya... Dari kecil hingga dewasa tomahan, hinaan, dan makian...
494K 37.1K 68
Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pad...
235 63 8
Lena dengan gelaran kekasih, celik dengan gelaran isteri. Terkejut? Mindanya sedar namun, fizikalnya kaku. Tidak mampu membantah. Mampukah dia bertah...