Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 11-SPM

113 26 11
By farid5attar

Setelah bersusah payah berurusan pada Hari Kokurikulum, Kelas DSB mendapat tempat ketiga keseluruhan, membuat Kelas 5A tertekan. Lima pelajar cemerlang menemui Farid Sattar.

"Hari Kokurikulum telah berlalu. Kelas 5A dah buat yang terbaik walaupun kelas 5F dapat tempat ketiga," kata Arif Hakimi berwajah dingin.

Farid Sattar menggumam sinis. "Huh? Itu kamu kata 'terbaik'? Kelas 5F Cuma jalankan restoran je kot. Benda paling mudah nak kecam. Kamu boleh masukkan racun dalam makanan diorang. Bila pelanggan kena racun, bukan kecaman je yang muncul, ancaman pun boleh muncul. Kecaman hanyalah permainan budak-budak. Apa kata bagi ancaman, baru mencabar dan seronok, bukan?"

Apa?

Dia boleh suruh racunkan makanan?

Daripada mengecam, lebih baik mengancam?

Ini kerja gila!

Mereka tidak mampu membalas kata, terkejut dengan kata-kata pengetua sekolah.

"Hakimi, boleh tak kamu tinggalkan kami untuk tiga minit?" pinta Farid Sattar tersenyum ceria.

"Huh?" Arif Hakimi kehairanan, mengesyak sesuatu.

"Alaa... tiga minit saja. Bukan lama mana pun," kata Ismah Fatih, tersengih.

Arif Hakimi hanya akuri perintah datuknya, bergerak keluar dari bilik.

Tiga minit berlalu, Arif Hakimi masih menanti di luar bilik.

"Haih, apa yang dia buat ni?" keluh Arif Hakimi, resah.

"Hakimi, kamu boleh masuk," kata Farid Sattar dari dalam bilik.

Arif Hakimi memasuki bilik pengetua semula. Dia melihat empat kawannya terpukaukan sesuatu. Dia terkejut. Empat rakan sekelasnya bagaikan hilang akal, macam zombi.

"Bunuh kelas 5F. Bunuh kelas 5F. Bunuh kelas 5F." Itulah yang diungkapkan mereka berempat.

"Apa ni?" Arif Hakimi tergamam.

"Hanya kata-kata semangat sahaja. Kamu boleh pergi," kata Farid Sattar tersenyum sinis.

Arif Hakimi berkerut dahi. Hubungannya dengan datuknya seperti terdapat tembok sempadan biarpun tinggal serumah. Setiap pagi hendak ke kelas, pasti mereka melalui jalan yang berlainan arah. Arif Hakimi hanya berjalan kaki ke sekolah manakala Farid Sattar menaiki kereta.

Sebuah taman seringkali dilalui Farid Sattar. Pandangannya tertumpu pada seorang lelaki gelandangan yang berada di situ. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu bergerak turun dari kereta. Dia mendekati lelaki gelandangan itu.

"Hari yang indah kan pagi ni? Apa kata kamu senyum..." Farid Sattar mengeluarkan dompetnya.

Tiga helai wang kertas RM100 dilempar ke tanah.

"...dengan ni," sambung Farid Sattar.

Lelaki gelandangan itu berebut mengambil wang bernilai itu.

"Ya, ambillah sebanyak mungkin. Gunakannya untuk diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain ya," hasut Farid Sattar.

***

"Apa? Sejuta lagi?"

"Ya. Ada masalah apa-apa ke?" kata Farid Sattar di mejanya.

"Ini dah lebih dari..." kata Ilyana Zhamuri, pegawai kanan Pertahanan Awam.

"Cukup, Yana. Dia yang benarkan kita jalankan operasi pembunuhan harimau tu dekat sini. Kita ikut je cakap dia," kata Danial Nabil kepada penolongnya itu.

"Erhh..." Ilyana Zhamuri menundukkan kepalanya, terpaksa akur.

Danial Nabil memandang Farid Sattar. "Kami minta diri dulu."

Dua pegawai Pertahanan Awam itu berjalan keluar dari bilik pengetua. Mereka berjalan ke tempat letak kenderaan, mendekati kereta milik Danial Nabil.

"Apa yang dia fikirkan tu? Kebelakangan ni, dia asyik meminta duit dari kerajaan je," kata Ilyana Zhamuri sambil mengeluarkan sebatang rokok.

"Aku pun tak tahu. Kalau benda yang dia buat ni libatkan pelajar tu, aku takkan kelip mata," kata Danial Nabil, serius.

"Huh? Yela tu." Sebatang rokok diletakkan di mulut sebelum dinyalakan.

"Kalau macam ni gayanya, baik aku ikut kata Niratcha sebelum ni," kata wanita itu lagi.

Danial Nabil menjeling ke arah Ilyana Zhamuri, seperti terhidu bau pengkhianatan.

Sementara itu, Cikgu Wan memberi semangat kepada kelas DSB.

"Baiklah, murid-murid. Kamu semua dah sedia untuk SPM?" kata Cikgu Wan.

"Ya!" sorak satu kelas.

"Macam mana dengan Alif Najmi? Dah sedia untuk curi gelaran juara dari kembar sendiri?"

"Erm... Saya masih bodoh lagi untuk fikir benda tu," kata Alif Najmi rendah diri.

Zulhilmi mengeluh kasar, menarik perhatian rakan sekelas yang lain.

"Sebenarnya, kelas 5A dah ada cikgu baru," kata Zulhilmi merudum.

"Siapa?" soal Iskandar memandang Zulhilmi di belakang kanannya.

"Pengetua kitalah, Encik Farid."

Pada masa yang sama, Farid Sattar mengajar para pelajar 5A. Dia menulis segala nota Matematik pada papan hitam. Para pelajar yang lain tekun belajar dalam keadaan tergesa. Tangan yang menulis pada papan hitam terhenti seketika.

"Syasya. Haikal. Rafiq. Jasmin. Kamu ketinggalan di belakang," kata Farid Sattar dengan mata menghadap papan hitam, enggan menoleh langsung.

Empat pelajar yang disebut tadi terkejut. Bagaimana dia tahu sedangkan dia tidak menoleh langsung ke belakang?

"Cikgu ajar laju sangat. Kami tak setanding Subject King, walaupun kami dalam kelas yang sama," kata Rafiq membangkang.

Farid Sattar memandang empat pelajarnya. Senyuman kecil terukir.

"Boleh keluar kelas sekejap? Cikgu nak cakap sikit dengan kamu berempat. Tiga minit je," pinta Farid Sattar berwajah ceria.

Pelajar yang disebut tadi bangun lalu berjalan keluar dari kelas. Farid Sattar mengiringi mereka.

Tiga minit kemudian, empat pelajar tadi memasuki kelas semula dengan 'semangat baharu' hasil 'nasihat' dari Farid Sattar.

"Bunuh Kelas 5F."

"Bunuh Kelas 5F."

"Bunuh Kelas 5F," ucap mereka, seperti zombi.

"Murid-murid, kita balik ke pembelajaran kita ya," kata Farid Sattar tersenyum.

Pandangannya dibuang ke arah Arif Hakimi. "Arif Hakimi, kamu boleh balik ke rumah rasanya. Kamu boleh belajar sendiri, kan?"

"Eh, ya," kata Arif Hakimi ragu-ragu.

Arif Hakimi bangun lalu berjalan keluar dari kelas.

Pada masa itu, kelas DSB turut habis belajar, balik awal. Mereka berjalan ke pintu pagar sekolah.

"Hmm... Bila difikirkan balik, Cikgu Wan dan Encik Farid macam sama orangnya," kata Fatin Shahira berfikir.

"Hah? Kenapa pula?" Zulhilmi kehairanan.

"Diorang kan cikgu... dan punyai ilmu tinggi. Semua benda boleh buat," kata Fatin Shahira berfikir lagi.

"Betul juga. Banyak persamaan diorang tu," kata Siti Zulaikha menyokong.

Mata Iskandar tertumpu pada seseorang yang menantikan sesuatu di pagar sekolah.

"Arif?" Iskandar mengecam susuk tubuh lelaki itu.

Alif Najmi tersenyum melihat kembarnya muncul. Arif Hakimi berdiri menghadap mereka semua.

"Korang, aku..." kata Arif Hakimi kurang yakin.

"...nak minta tolong."

Mereka yang mendengar kehairanan.

"Tolong... bunuh raksasa tu," pohon Arif Hakimi berharap.

"Apa maksud kau bunuh raksasa tu?" tanya Hasbi terkejut.

"Apa dah jadi ni? Cuba cerita," pinta Ilman Faiz, cuba mendamaikan suasana. Takut kekecohan berlaku.

Arif Hakimi melepaskan keluhan sebelum memulakan cerita.

"Raksasa tu... dah kawal seluruh kelas. Sekarang, kelas 5A dah macam... neraka. Semua orang dihasut hanya dengan kata-kata raksasa tu. Otak diorang berpusing macam pakaian dalam mesin basuh. Aku tak tahu kenapa dia buat sampai tahap macam tu. Jadi, aku nak korang bunuh pelajaran dia. Aku mohon."

Arif Hakimi melutut lalu meletakkan tangan ke tanah. Kepalanya ditundukkan. Perbuatan dan pertuturannya datang dari hati, seperti mendesak.

"Alaa... apa susah? Letak je ubat racun kat kopi atok kau tu," celah Alif Najmi tersengih jahat.

Semua yang tengah menghayati perasaan Arif Hakimi, hilang serta-merta dek idea psikonya.

"Lepas tu, kau heret dia ke sungai. Biar buaya makan. Hehehe..." kata Alif Najmi lagi.

"Apalah dia ni? Tak sedar lagi ke Encik Farid tu pun atok dia juga?" kata Farah Yasmine berwajah dingin.

Arif Hakimi mendongak. Dia melihat kembarnya berdiri di depannya. Tangan dihulurkan Alif Najmi. Arif Hakimi bangun sebaik menyambut tangan kembarnya.

"Di luar sekolah, kita memang kembar rapat. Semasa dalam peperiksaan, kita bagaikan musuh ketat," kata Alif Najmi.

"Padahal, korang tak rapat, kan?" celah Zulfadlie membisik.

Alif Najmi memegang bahu Zulfadlie. Segera, dia menyepak perut Zulfadlie ala Muay Thai bertalu-talu. Arif Hakimi terasa janggal seketika.

"Apapun, kami akan buat yang terbaik," kata Ilman Faiz memberi semangat.

Arif Hakimi memandang mereka yang lain. "Terima kasih."

"Jangan awal sangat berterima kasih. Macam aku cakap sebelum ni, aku tak bagi muka dah kali," kata Alif Najmi tersenyum.

Pandangan kembali tertumpu pada Alif Najmi. Arif Hakimi membalas senyuman.

"Okey, kalau kau nak," balas Arif Hakimi, sinis.

Alif Najmi terus menepuk bahu kembarnya. "Jomlah lepak tempat biasa."

"Macam dulu-dulu."

"Huh? Dulu-dulu dah habis." Alif Najmi terus beredar dari situ.

"Hoi, tunggulah aku." Arif Hakimi terus mengejar kembarnya.

Mereka yang lain hanya melihat pasangan kembar itu. Langkah kembali diorak keluar dari kawasan sekolah.

"Jarang aku tengok diorang bersama," kata Siti Sarah.

"Macam Cikgu Wan pesan dekat aku, 'Walau macam mana pun, dia tetap ibu kamu'. Macam tu dengan diorang. Walau apa terjadi sekali pun, Arif tetap kembar dia," kata Iskandar tersenyum.

***

Pintu bilik dibuka. Farid Sattar memasuki pejabatnya. Dia melihat Cikgu Wan muncul di situ.

"Assalamualaikum," ucap Farid Sattar berjalan mendekati kerusi.

"Waalaikumussalam," balas Cikgu Wan.

"Jarang tengok kamu berada di sini. Ada apa-apa ke?" Farid Sattar melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.

"Tak ada apa. Cuma, nak tahu je. Betul ke tuan mengajar kelas 5A baru-baru ni? Mesti dah lama tak mengajar para pelajar, bukan?"

Ingatan Farid Sattar terimbas sesuatu di mana dia mengajar tiga pelajarnya di dalam kelas berdindingkan kayu.

"Ya, dah lama sangat," balas Farid Sattar mendingin.

***

Peperiksaan terbesar menantikan kemunculan para pelajar tingkatan lima. Pelajar 5F berjalan ke dewan peperiksaan. Mata mereka tertumpu pada para pelajar 5F yang sudah menjadi mayat hidup.

"Wah! Macam ni rupanya bila otak dah dibasuh," kata Zafina Shahira, sinis.

"Seramlah," kata Siti Sarah menyembunyikan mukanya dengan bekas alatan tulis.

"Dengan keadaan macam tu, kita boleh kalahkan diorang," kata Ilman Faiz cuba memberi semangat.

Setelah mereka memasuki dewan peperiksaan, mereka mengambil tempat duduk mengikut angka giliran. Pertarungan besar bermula sebaik tepat pada masanya. Mereka-mereka yang menduduki peperiksaan itu ibarat menghadap sebuah raksasa yang gah perkasa.

"Hmm... Mana nak serang ni?" monolog Iskandar berfikir dengan tangan memegang sebatang keris.

Zafina Shahira berlari ke arah raksasa itu lalu melompat ke atasnya. Satu serangan kuat mengenai kepala raksasa itu. Gadis itu mendarat di hadapan Iskandar.

"Easy," kata Zafina Shahira lalu melibas tudungnya.

Mereka yang lain cuba kalahkan 'raksasa' yang lain. Raksasa Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris cuba dikalahkan. Kelas DSB melihat para pelajar 5A terjun dari langit, membuat aksi kamikaze.

"Apa... tu?" Zulhilmi terkejut.

Kelas 5A menghempas ke atas badan raksasa lalu memakannya, seperti tidak makan bertahun-tahun.

"Kita tak boleh duduk diam je," kata Siti Zulaikha lalu menembak raksasa yang lain dengan M16.

Tiba-tiba, muncul peluru Bazooka menghempas badan raksasa itu. Pelajar DSB memandang si penembak itu, Ruby yang palsu.

"Ruby?" Semua orang terkejut.

Ruby palsu yang pernah mendapat tempat ke-88 keseluruhan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun itu mula bersuara. "Walau apa-apa terjadi, kita kena kalahkan juga. Kita guna apa yang kita ada dan buat apa yang mampu."

"Wah, apabila Fake Ruby bersuara," kata Najwa Mufida tersengih.

"Lagi pelik dari robot tu," kata Zulfadlie terpegun.

Tiba-tiba, muncul seekor raksasa yang menggerunkan, Matematik. Mereka yang lain terus melarikan diri. Ada juga yang menembak dari jauh. Namun, Immanuel beranikan diri berlari ke arah raksasa itu. Dia melompat tinggi ke atas badan raksasa. Dia berpaut kuat pada badan keluli raksasa itu. Matanya tertumpu pada susuk tubuh seseorang sudah berada di atas badan raksasa itu.

"Alif?" Immanuel terpegun.

Alif Najmi terus meletakkan bom ke dalam badan raksasa itu lalu membawa Immanuel turun dari badan raksasa itu.

KABOOM!!!

Alif Najmi mendarat di atas tanah lalu melempar Immanuel ke tanah.

"Aduh!" keluh Immanuel.

Mata Alif Najmi tertumpu pada Iskandar. "Aku pernah ajar korang topik Indices, kan?"

***

"Sebelum SPM, saya dah sarankan pelajar kita untuk mengajar subjek terbaik mereka kepada mereka yang lemah subjek tu. Bahasa mudah, kongsi ilmu. Macam Zafina mahir dalam Bahasa Inggeris. Wahida, Bahasa Melayu. Ilman, Pendidikan Islam. Sarah, Sains. Alif pula, Matematik." kata Cikgu Wan, tenang.

Danial Nabil dan Niratcha hanya mendengar.

"Jadi, mereka pun..." kata Niratcha sedikit kagum.

"Ya, seperti yang kamu jangkakan," kata Cikgu Wan tersenyum.

***

"Oh, ya. Aku hampir terlupa," kata Iskandar tersengih.

"Yang lain, kau jawablah sendiri. Aku nak jawab soalan last aku..." kata Alif Najmi berjalan pergi, mendekati Arif Hakimi.

Mata Alif Najmi memandang susuk tubuh yang amat dikenalinya di tengah arena itu. Arif Hakimi sedia menanti peluru kembarnya.

"...dengan 'musuh' aku."

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

209K 13.6K 46
"Kenapa?! Ayahanda fikir anakanda lemah?! Kalau anakanda selamat pun ayahanda fikir rakyat Elemental World akan terima Vyl sebagai pentadbir dunia ni...
27.2K 3.2K 99
Lahir dalam keluarga bangsawan dengan kedudukan yang tinggi dalam Clover Kingdom. Mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan sempurna dalam semua...
40 5 2
Masa secara harfiahnya adalah sebuah bentuk seakan jisim tidak ketara yang sifatnya sentiasa bergerak seiringan bersama kepesatan detik, ruang dan za...
2.7K 355 30
Menjadi popular didalam sosial media merupakan impian setiap streamer. Anwar, seorang pelajar berusia 16 tahun dengan mudahnya melonjak naik bersama...