The First Snow | eBook

By iamlucyanaf

2.5K 16 4

EBOOK KETIGA 2023 AMSYAR ADREENA atau sering dipanggil Am, sorang gadis remaja yang masih menuntut di sekolah... More

TEMPAHAN DI BUKA

⛄️ 01

272 15 4
By iamlucyanaf

MALAYSIA.

Sejak tadi kepalanya terangguk-angguk sambil tangan ligat menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Suasana dingin yang menyapa tidak mengganggu fokus, termasuklah sepasang suami isteri yang berada di ruang tamu sambil khusyuk membincangkan sesuatu. Sesekali mata mereka melirik ke arahnya yang sedang duduk di meja belajar tanpa mengendahkan pandangan mereka.


Perbualan pasangan suami isteri itu langsung tidak menarik minatnya untuk mencuri dengar. Apatah lagi turut serta bersama memandangkan telinga sudah pun disumbatkan dengan fon telinga.

"Am..." panggil mama. Agak perlahan menyebabkan dia langsung tidak menyahut panggilan itu.

"Am!" Sekali lagi mama memanggil dan kali ini suaranya ditinggikan sedikit, namun masih tetap sama seperti tadi langsung tiada sahutan atau pun reaksi.

"Abang tengoklah tu, puas saya panggil langsung tak dihiraukannya. Ikut perangai abanglah ni." Tergeleng kepala mama dengan sikap anaknya yang seorang itu lalu jelingan maut dilemparkan kepada si suami. Terusik hati dengan sikap anak yang langsung tidak endahkan panggilannya sebentar tadi.

"Apa salah abang pula? Dia tengah dengar lagulah tu, macamlah sayang tak kenal perangai anak sayang tu. Pergi dekat, baru dia sedar yang sayang panggil. Kalau tak, kapal terbang terhempas atas bumbung pun belum tentu lagi dia nak dengar," kata baba pula, tidak mahu mengalah dengan mama.

Bibir mula memuncung, bagi mama suami dengan anaknya sama saja. Perangai masing-masing tidak mahu mengalah.

"Hm. Yalah." Akhirnya, mama bingkas bangun lantas mendekati meja belajar. Setelah tiba di sisi meja, tangan segera menepuk perlahan bahu Amsyar Adreena.

"Haa... mama, terkejut Am! Nasib baik tak gugur rambut Am. Hari-hari mama buat Am macam ni, kojol masuk batu dua terus." Seloroh Am dengan niat mahu bergurau, namun lain pula dengan mama. Jelingan tajam menghiasi mata. Bagi mama gurauan itu terlalu kasar daripada seorang gadis seperti anaknya.

"Bawa sekali lagu-lagu kamu tu masuk ke batu dua, ya? Orang panggil tak dengar-dengar, mari sini. Mama dengan baba mahu beritahu kamu sesuatu ni," kata mama pula sambil langkah dibuka semula menuju ke ruang tamu.

Am dengan lagaknya menanggalkan fon telinga dan diletakkan di atas meja sebelum dia mendekati sofa. Sempat juga dia mematikan lagu yang sedang berkumandang di telefon pintar. Sesudah dia berdiri di celah penjuru sofa, pandangannya memandang mama dengan baba silih berganti.

"Ada apa mama? Baba? Macam ada hal penting je ni. Mama dengan baba nak honeymoon lagi ek? Nak bagi Am adik baru?"

Baba mula ketawa geli hati. "Am pujuklah mama, baba pun nak tambah satu lagi." Seloroh Am disambut baik oleh baba sehingga kedua-dua mereka ketawa tidak ingat dunia selepas mendapat jelingan padu daripada mama.

"Ha, ha... tak payah nak gelak sangatlah, anak dengan bapaknya sama saja. Abang ini pun, tadi kata mahu beritahu Am perkara tu. Cepatlah," gesa mama. Menyampah dengan sikap kuat mengusik anak dan suaminya yang langsung tidak bertempat.

"Apa bendanya baba?" Kening Am mula bertaut menantikan bicara lanjut daripada baba. Dalam waktu yang sama, perasaan gementar mula menghantui diri. Manalah tahu, perkara yang bakal diutarakan sebentar lagi ada bersangkut-paut dengan dirinya juga. Jika tidak, tak adalah mama dengan baba mengajak dia berbincang sekali.

"Baba nak Am pindah sekolah lagi nanti."

Sudah dia agak akan perkara itu! Ah. Pindah sekolah lagi? Berapa banyak sekolah yang perlu dia rasmi saban tahun? Am terus memuncungkan bibir seperti anak itik.

"Apa lagilah yang budak-budak sekolah tu buat laporan? Penatlah macam ni asyik pindah je. Baik Am tak payah sekolah mama," rungut Am. Perasaan meluat menjalar ke ruang hati.

Kepala digaru menandakan dia serabut dengan perkara-perkara yang menimpa diri. Am mula menyandarkan badan ke dinding sofa sambil memeluk tubuh. Bosan mendengarkan perkara tersebut. Acap kali disuruh berpindah sekolah gara-gara salah faham dan pertelingkahan yang berlaku.

Orang lain yang melakukan masalah, dia pula yang kena! Asbab perkara itulah, dia seringkali ditukarkan sekolah. Sudah lebih sepuluh buah sekolah dia jejakkan kaki. Dari sekolah kerajaan sehinggalah ke sekolah swasta, tetapi sebanyak mana dia bertukar sekolah pun perkara yang sama tetap berulang kembali.

Entah siapa yang salah. Sama ada dia atau pun ke semua sekolah itu yang bermasalah.

"Eish! Am ni, sabarlah kan baba belum habis cakap lagi," sampuk mama. Bibirnya turut memuncung sama seperti Am. Bahkan tangan kiri laju saja menepuk bahu anak gadisnya itu yang sememangnya sudah sedia maklum bukan seorang yang penyabar.

"Yalah, apa dia yang baba nak cakap?" Am mula bertanya lagi setelah baba mengambil waktu yang agak lama untuk menerangkan hal tersebut. Itulah masalah terbesar Amsyar Adreena binti Murshid, tidak pernah kenal dengan perkataan 'sabar'.

Mama segera meletakkan jari telunjuk ke mulut. Sebagai tanda 'diam' kepada Am untuk memberi ruang kepada baba berbicara lanjut.

"Perkara apa ni, baba? Lama dah Am tunggu ni," tanya Am lagi dengan wajah cemberut mula terpeta di segenap wajah. Perasaan rimas mula menghantui diri.

Bila babanya mahu beritahu tentang perkara itu dengan lebih jelas? Dia tidak betah menunggu lagi.

"Tapi kali ni bukan Am seorang je yang kena pindah. Kita semua akan berpindah."

Am membulatkan mata yang sudah sedia maklum tidak berapa nak bulat. Mulut pula sudah ternganga tidak percaya. Mengapa pula keluarganya sekali harus berpindah? Mungkin mereka satu keluarga sudah diharamkan untuk berada di Malaysia agaknya. Semua itu berlaku kerana sikapnya? Ya Tuhan! Apa besar sangat ke kesalahan yang telah dia lakukan sehingga habis satu keluarganya turut diusir sama. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu saja!

"Jinjja? Mama dengan baba pun kena pindah sebab Am ke? Mama! Baba! Kenapa sampai mama dengan baba pun kena halau dari Malaysia?" Am tidak percaya.

"Kalau mama dengan baba pun kena halau. Kita nak duduk dan tinggal dekat mana? Kita nak pindah mana!" Am cuak. Dalam erti kata lain, gelabah tidak tentu fasal seolah-olah dihalau terus dari muka bumi!

"Ish! Apa yang Am mengarut ni?" Mama sudah berkerut dahi melihat tingkah kelam-kabut Am yang sememang tidak tahu di mana terletak sofa agaknya. Langsung tidak mahu duduk diam.

"Apa pula Am yang mengarut? Mama dengan babalah yang mengarut!" Am tidak mahu mengalah. Dia masih terkejut dengan berita yang baru dia peroleh sebentar tadi. Ada ke patut, guru-guru di sekolah dan pelajar-pelajar yang suka mencari masalah dengannya melibatkan mama serta baba dalam soal ini! Perkara itu, memang tidak boleh dibiarkan!

"Ya Tuhanku, Am fikir apa ini sampai cakap yang bukan-bukan?" tanya mama lagi. Pening pula kepala mahu melayan kerenah Am yang tiba-tiba itu.

"Kata mama dengan baba pun pindah sekali. Maksudnya kita kena halau dari rumah ke apa?" Kali ini, suara Am mengendur. Cuba mengawal perasaan yang sedang melanda ruang hati. Mahu meletup juga kepalanya selepas mendengar perkataan 'satu keluarga' tadi.

"Baba dah tamat kontrak dengan syarikat baba kerja tu. Jadi baba cadang kita balik kampung mama, kita duduk dengan nenek semula. Lagipun kesian nenek tinggal sendiri dekat kampung. Itu maksud baba, yang Am fikir sampai kena halau tu dah kenapa?" terang baba pula sambil terangkat kening.

Kali ini Am bingkas bangun lalu dia berpusing-pusing di hadapan mama dan baba seperti seorang penari balet. Suara teruja juga turut kedengaran nyaring melontarkan intonasi yang jauh berbeza dari tadi. Separuh menjerit pun ada!

"Dah kenapa pula anak aku seorang ni?" Terkejut mama melihat Am begitu ceria sehingga menari sendirian. Tadi bukan main kelam-kabut sekarang bergembira pula. Sah anaknya sudah boleh didaftarkan ke tanjung rambutan sebelum perkara lebih serius berlaku!

"Bila kita nak pindah?" Soalan mama dibiarkan seperti angin berlalu. Am mula mencangkung di sisi sofa. Senyuman juga tidak lekang dari bibir. Agaknya kalau lebar sikit lagi senyuman itu, boleh terkoyak pipi dibuatnya.

"Dalam minggu ni juga atau minggu depan. Nak kena uruskan surat pindah sekolah Am dulu lepas tu baru kita fly. I believe I can fly..." jawab baba diakhiri dengan nyanyian gembira.

"Omo! Tak sabarnya!" jerit Am lalu badannya kembali berdiri. Rasa gembira yang menjalar telah menyebabkan dia melompat keriangan seorang diri.

"Ish! Apa terlompat-lompat macam monyet ni, Am? Awak itu anak dara, umur pun sudah lapan belas tahun. Jangan melompat macam tu. Buruk dan tak cantik!" Wajah mama sudah berkerut-kerut menahan rasa dengan sikap Am.

Sejak dulu lagi mama tidak gemar dengan sikap yang ditonjolkan oleh Am. Suka berpakaian seperti lelaki, rambut juga digunting pendek. Gaya berjalan, cara bercakap semuanya persis seorang lelaki. Baginya, sikap itu menunjukkan yang Am tidak mahu menjadi seorang perempuan tetapi, tidak pula bagi gadis itu. Dia tidak pernah sesekali pun menafikan yang dirinya adalah perempuan. Cumanya, dia lebih suka berperwatakan seperti lelaki. Kalau ada yang memanggilnya dengan nama penuh pun dia sahut saja.

"Sayang mama, sayang baba. Meh Am cium sikit," kata Am lalu ditariknya pipi baba untuk diberikan ciuman mahalnya.

"Muah!" Mama turut tidak terkecuali. Malah pelukan erat juga diberikan sehingga mama tidak dapat bernafas selama dua saat.

"Korea! I'm coming!" jeritnya sambil melangkah ke meja belajar semula.

Tergeleng mama dan baba melihat kerenah Am yang begitu teruja selepas mendapat berita gembira itu. Namun begitu, Mereka sudah sedia maklum akan sikap anak tunggal mereka.

"Saya berharap rancangan kita mahu pulang semula ke Korea ini membuahkan hasillah abang. Saya risau juga," tutur mama. Jelas terpancar riak kerisauan di wajahnya saat ini.

"Tak apalah sayang, kita cuba dulu. Moga-moga anak kita tu nanti berubahlah lepas duduk dengan eomma."

Mama hanya mengangguk perlahan. Pandangan redupteralih ke arah Am. Segaris senyuman terukir. Berharap agar anaknya akanberubah menjadi seorang anak dara sejati suatu hari nanti.


Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 3.4K 1
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai...
1.6M 122K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...