EH? MAMAT NI LAGI!

By Mademoiselle_Hawa

213K 8.4K 296

[COMPLETEDโœ”] WARNING! [Ini first story so maybe banyak kekurangan.] Putri Sofea- seorang gadis yang perian... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7 (PERTEMUAN)
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (bertemu kembaliโค)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46 [FINALLY!๐Ÿ’โค๏ธ]
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
JUTAAN TERIMA KASIH
PENGUMUMAN!!!
JEMPUT JEMPUT LAH BACA
TUMPANG PROMOTE! JOM SUPPORT!
ATTENTION PLEASE <3

Bab 41

2.1K 93 9
By Mademoiselle_Hawa

HUJUNG minggu ini Putri bermalas-malasan di atas katil sahaja. Yelah cuti kan? Memang jadi 'ular sawa' la atas katil.

Zarra dan Nabilah tiada di rumah. Katanya mahu beli barang dapur. Jadi tinggallah Putri seorang diri di rumah. Nasib dia dah mandi pagi, takde lah nanti orang cop dia sebagai anak dara pemalas.

Dia mencapai telefon bimbitnya dah membuka aplikasi WhatsApp. Tiada apa-apa pesanan. Kemudian dia pula Instagram. Tangannya laju men scroll post di Instagram. Tiba-tiba matanya tertangkap dengan satu post, matanya terbeliak melihat gambar itu. Bila masanya dia ambik gambar aku ni? Ni gambar masa aku keluar makan dengan dia haritu.

Mata Putri pula membaca caption "My Sweetheart 💞. Bibir Putri tidak mampu untuk menahan diri dari senyum. Apesal mamat ni sweet sangat? Kemudian aku ke ruang komen, tersenyum aku membaca komen dari netizen.

"Wahh, sejak bila ni Rul?"

"Huwaa my crush dah berpunya, frust nonggeng aku!"

"Gf ke tu?"

Dan banyak lagi komen. Kebanyakan dari wanita. Biasa lah, lelaki sekacak Ezrul... Siapa je tak suka kan? Kira aku ni beruntung jugak lah ehekk! Kemudian Putri type sesuatu di ruang komen, butang send ditekan.

Me: wah wahh... Bila masa dia 'curik' ambik gambar kita pun tak tau lah

Dalam beberapa minit, Ezrul reply komen Putri. Ehh? Cepatnya dia reply?

Ezrul: well.... Boyfriend awak ni kan hebat orangnya😆

Me: eiii perasan gila!

Ezrul: Hahaha! I love you♥️

Tiba-tiba rasa bahang pulak wajah Putri. Apa benda la mamat ni, nak sweet pun dekat komen. Malu aku! Tapi disebabkan tidak mahu kecewakan lelaki itu, Putri cuma membalas "♥️" sahaja. Nak balas lebih segan pulak!

Sedang dia leka bermain telefon, tiba-tiba Puan Athira menghubungi nya. Dia menekan butang jawab panggilan.

Me
Hello, Assalamualaikum mama!

Mama
Waalaikumussalam... Angah tengah buat apa tu? Ganggu ka?

Me
Ehh dak aihh... Harini cuti, so duduk rumah jelah kot. Mama sihat?

Mama
Sihat alhamdulillah.. semua sihat. Ni angah, minggu depan mai balik Penang nah

Me
Aik? Awat pulak? Ada masalah ka? Semua ok ja kan?

Mama
Semua ok ja. Cuma ada hal sikit mama nak bincang dengan hang. Balik tau. Ok bye assalamualaikum.

Me
Eh eh! Mama! Waalaikumussalam..

Tutt! Talian dimatikan. Ceyh! Cepat je dia end call. Putri cuma mahu bertanya hal apa yang penting sangat sampai nak kena balik minggu depan? Rasa macam tergesa-gesa pulak. Haishh! Tiba-tiba rasa seram pulak nak balik.

Akibat malas mahu memikir tentang hal itu, Putri terus bangun dari katil dan menuju ke almari. Rasa bosan pulak terperuk dalam rumah ni. Nak pergi mall lah. Tak ada la bosan sangat. Dia kemudian tukar baju dan bersiap-siap untuk keluar.





PUTRI memilih untuk berjalan di One Utama mall sahaja. Sejujurnya dia tidak tahu hendak buat apa di situ. Nak shopping baju? Hmm tiada mood pula mahu shopping. Lagipun dia ni bukannya kaki shopping. Bila dia rasa perlu sahaja dia akan shopping sakan. Makan? Yesss!

Kakinya menuju ke McDonald's sahaja. Pengunjung di situ agak ramai. Yelah, hujung minggu kan? Putri menuju ke kaunter dan memesan makanan. Burger Filet-O-Fish pilihannya. Memang itu saja makanan kegemarannya bila di McDonald's. Siap makanannya, dia duduk di meja kosong.

Sambil makan, matanya memerhati gelagat pengunjung di situ. Sedang dia ralit, tiba-tiba ada seseorang duduk di hadapannya. Terkejut Putri dibuatnya. Orang tu pulak tayang sengih kerang busuk dia tu. Fikir comel ke?

"Macam mana tau saya kat sini?" soal Putri. Matanya tajam memerhati lelaki di hadapannya. Dia ni stalk aku ke apa?

"Saya tak tau pun awak ada dekat sini. Saya saja je jalan-jalan dekat sini, nak beli barang sikit. Tiba-tiba nampak awak tengah sedap makan." terang Ezrul. Putri hanya mengangguk faham. Dia sambung makan tanpa mempedulikan Ezrul.

"Sedapnya dia makan. Suap sikit?" keluar dah perangai mengada dia.

Putri menjeling "Tak payah mengada, nak beli sendiri" kata Putri dengan muka selamba.

"Tak nak! Nak awak yang suap saya" katanya. Niatnya saja je nak usik Putri.

"Eiii, kat sini jugak awak nak mengada kan?"

Ezrul tersenyum nakal. "Alah, saya bukan mengada dengan orang lain pun. Mengada dengan awak je sayang. Ke awak nak saya mengada dengan perempuan lain?"

Berasap telinga Putri mendengar. "Kalau berani, buat lah. Awak tau lah nasib awak lepas tu."

Ezrul terus menghamburkan tawanya. "Alolo... Awak jealous ye?"

Putri terdiam seketika. Aku cemburu? Ya, memang lah. Dah aku ni girlfriend dia, takkan tak cemburu kot. "Tak kuasa saya nak cemburu"

Ezrul tersengih. Tahu sangat gadis di hadapannya ini cemburu. Elehh! Tak nak mengaku konon. "Hahaha... Saya bergurau jelah. Saya takkan pandang perempuan lain kecuali awak" pujuknya.

Putri tersenyum sinis. "Ayat tu dah biasa sangat lah saya dengar" katanya sambil senyum manis 'sangat'.

Burger nya tadi sudah selamat di dalam perutnya. Alhamdulillah kenyang aku.

"Ehh betul lah. Saya ni dulu je playboy, sekarang saya dah jadi baik tau.." katanya sambil sengih bangga.

Putri menjulingkan matanya ke atas. Nak muntah dengar. "Dah lah, saya dah habis makan dah ni"

"Awak nak pergi mana lepas ni? Ikut saya shopping jap boleh? Please?" pinta Ezrul penuh berharap.

Tanpa berfikir panjang, dia bersetuju. Dia pun tak tahu hendak ke mana. Ada eloknya dia ikut lelaki itu. Ada teman berbual.

Mereka masuk ke satu kedai baju. H&M menjadi pilihan Ezrul. Katanya mahu membeli baju baru. Putri ikutkan sahaja. "Awak pilihkan saya baju boleh?"

Putri hanya mengangguk. Dia kemudian membelek baju-baju di situ. Baju t-shirt berkolar berwarna biru gelap dicapainya. Kemudian diacukan ke arah badan lelaki itu. Hmm... Nampak sesuai. Kulit Ezrul cerah, bila dipadankan dengan baju itu, memang sesuai. Kemudian dia capai pula t-shirt berkolar warna merah. "Try this one and this one" katanya.

Ezrul hanya menurut. Dia menuju ke bilik persalinan baju. Beberapa minit kemudian, dia keluar dari bilik itu. "Sayang, okay tak?"

Putri yang dari tadi sedang membelek baju yang lain terus mengalihkan pandangannya ke arah Ezrul. Terpaku dia seketika. Apesal mamat ni hensem sangat?

Ezrul melihat Putri yang hanya diam itu memetik jari di hadapan muka Putri. "Orang tanya dia, dia boleh berangan pulak. Kenapa? Hensem sangat ke boyfriend awak ni?"

Putri jadi termalu sendiri. Boleh pulak kau berangan pasal mamat ni Putri! Sah biul kau ni. "Hmm... Not bad. Try lagi satu tu" Ezrul hanya menurut.

Lepas beberapa minit dia keluar semula. Putri memerhati baju yang dipakainya. Hmm, hensem jugak macam tadi. "Okay jugak. Dua-dua elok je awak pakai" komen Putri.

"Hensem tak saya?" soal Ezrul sambil sengih.

Putri menjulingkan matanya ke atas. "Yee... Hensem sangat boyfriend saya ni. Rasa macam nak makan je awak ni" ujarnya tanpa sedar.

Eh? Apa yang aku melalut ni? Ya Allah... Macam mana la boleh terlepas cakap ni. Malunya aku! Ezrul dilihat sudah tersengih nakal. "Kalau awak yang nak makan saya, saya rela Putri" balasnya sambil ketawa.

Putri tak tau nak letak muka dekat mana dah. Rasa macam nak kambus kepala dalam tanah sahaja sekarang ni!

"Dah! Jangan merepek. Cepat lah pergi bayar. Saya nak balik ni" cepat-cepat Putri tukar topik. Tidak mahu panjangkan perbualan. Takut nanti macam-macam pulak ayat pelik keluar dari mulutnya. Ezrul ketawa besar melihat muka merah Putri. Comel sangat lah awak ni Putri. Geram aku! Dia kemudian ke kaunter untuk membayar baju yang dipilih Putri.

"THANKS sebab teman saya shopping harini" ucap Ezrul. Waktu itu, mereka sudah tiba di hadapan apartment Putri. Tadi Putri ke mall menaiki grab. Dia malas mahu membawa motornya.

"Welcome. Terima kasih jugak sebab teman saya keluar harini and hantar saya balik" kata Putri sambil senyum manis.

"Sama-sama sweetheart." balas Ezrul dengan nada romantik. Putri pula jadi segan berdua-duaan dengan lelaki itu.

"Okay lah. Saya naik dulu. Hati-hati bawak kereta. Dah sampai, chat lah saya ea?" katanya. Ezrul hanya mengangguk. Putri keluar dari kereta dan berjalan ke tempat memandu. Ezrul membuka tingkap keretanya. "Bye assalamualaikum" ucap Putri.

"Bye waalaikumussalam"



<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Fuhhh! Done bab 43✅ jenuh dok perah otak. Ok tak? Macam biasa, apa-apa komen lah ok?😘 Maaf jika ada typo♥️

Continue Reading

You'll Also Like

208K 28.1K 66
Dapatkah seorang playboy seperti Jeon Jungkook mencuri hati gadis cantik namun dingin, Sofia Edler Park? Jatuh suka pada pandangan pertama itu norma...
126K 3.1K 39
๐Ÿ’ฅ(My first novel so cliche and bnyk grammar errors)๐Ÿ’ฅ Gadis pujaan remaja.Itulah nama sandangan bagi Safiya Iman.Dirinya juga digelar gadis sombong...
30.3K 877 67
โ™กAmani Haura Binti Johan โ™ก Amani Haura merupakan seorang gadis kampung yang melarikan diri ke bandar untuk menyelamatkan dirinya dari terus di buru...
860K 25.9K 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai...
Wattpad App - Unlock exclusive features