√1 [C] Dangerous Wife | KTH...

By crabyjoon

103K 9.9K 334

Park Himi. Gadis yang tidak percayakan cinta. Jiwanya kasar. Hatinya keras. Menjadi secret agent bagi Brisden... More

Begin
Money?
Truth
Attack
Run Away
Fear
Jeon Seokjin
Enemy and friend
Koperal Lee
Troublemaker
I miss you, hyung.
In Danger.
Unwanted Kiss
Saranghae
TaeMi💔
KookReum☀️
Devil is back.
Sour & Sweet couple.
JJK turns 23💜
I Need U
Kiss And Make Up
LoveShot💓🔫
Change into girl💃
Pololo love you💓
SweetDream
Lovebite.
HATE
Ego
Princess don't cry.
ENEMIES ATTTACK
Truth Untold.
Final Goodbye
Missing you..
Anpanman
Flower Tattoo
Wrong Corpse
Still loving you
Punch
Reasons
Crush in silent
Min Yoongi.
I found you.
Jelousy
Mystery Guy
Confession
Married.
PSYCHO
HappyFamily❤
Prologue: End

Save Her

1.9K 172 6
By crabyjoon

"Hyung!" panggil Jungkook saat melihat Taehyung yang sudah berlari cemas mendekati mereka berdua.

"Kook, isteri aku mana?! A..anak aku? Diaorang okay ke?!" Taehyung menyoal dengan cemas.

Bahu Jungkook dicengkam kuat. Dia tidak boleh mengawal diri saat ini.

"Bersabar hyung. Semuanya akan okay. Himi ada dekat dalam. Tadi doktor kata mungkin Himi terpaksa dibedah sebab risau dengan keadaan baby." kata Jungkook. Bahu Taehyung dia tepuk  perlahan untuk menenangkan lelaki itu.

Taehyung tolak rambutnya ke belakang. Air mata mula menitis. Sebaik mendapat panggilan dari Jungkook dia terus memecut ke sini.
Nyawanya bagai mahu terbang sebaik mendapat berita itu.

"Semua ni salah aku. Ka..kalau lah aku tak tinggalkan dia seorang diri. Semua ni takkan jadi." Taehyung raup wajahnya dengan kasar.

Sudah dua kali dia tinggalkan Himi sendiri dan setiap kali itulah benda buruk akan berlaku. Taehyung kesal.

"Jangan cakap macam tu hyung.." Jungkook sebak melihat keadaan Taehyung.

"Siapa suami kepada Puan Kim Himi?"

Soalan itu menyentakkan mereka. Pantas mereka berpaling pada nurse yang baru sahaja keluar.

"Saya suami dia." Taehyung menanti jawapan nurse itu dengan penuh debaran.

"Encik sila turunkan tandatangan pada borang ini. Kami perlukan kebenaran encik untuk melakukan pembedahan ke atas isteri encik dengan segera."

Taehyung tanpa banyak soal terus menurunkan tandatangan.

"Macam mana dengan keadaan isteri dengan anak saya ?" soal Taehyung.

"Keadaan mereka buat masa ini stabil. Doakan lah yang terbaik supaya pembedahan dapat berjalan lancar. Saya minta diri dulu." nurse itu terus berlalu.

"Sabarlah hyung. Kita doakanlah yang terbaik untuk Himi dan baby." pujuk Jungkook.

Taehyung terduduk lemah. Rambutnya diramas perlahan. Dia sangat takut sekiranya perkara buruk terjadi kepada Himi dan anaknya. Dia tidak sanggup kehilangan dua permatanya itu.

Areum hanya diam. Air matanya masih tidak berhenti mengalir. Dia risaukan Himi. Lantas dia pejamkan mata, berdoa supaya semuanya berjalan  lancar.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Setelah beberapa jam menunggu dengan sabar, akhirnya pintu bilik bedah dikuak dari dalam. Lalu seorang doktor melangkah keluar mendekati mereka bertiga yang masih setia menunggu.

"Encik Taehyung?"

Taehyung yang menunduk terus mengangkat kepala saat namanya dipanggil. Dia bingkas bangun dari duduk. Areum dan Jungkook turut berdiri.

"Macam mana dengan isteri dan anak saya doktor?" soal Taehyung penuh berharap.

"Tahniah. Encik dapat baby boy yang sihat. Sekejap lagi nurse akan bawa encik untuk jumpa dengan baby." kata doktor itu dengan senyuman.

Areum dan Jungkook menghembus nafas lega setelah mendengar khabar itu.

Tapi tidak bagi Taehyung.

"Macam mana dengan isteri saya?" Taehyung memandang lama wajah doktor itu yang sudah berubah.

Dengan senyuman nipis, doktor itu menepuk perlahan bahu Taehyung.

"Kami minta maaf. Kami dah cuba yang terbaik tapi keadaan Puan Himi sangat lemah. Kami hampir kehilangan dia sewaktu pembedahan tadi. Tapi Puan Himi kuat, dia masih dapat bertahan. Cuma buat masa sekarang, dia dalam keadaan koma. Mungkin akan ambil masa untuk pesakit sedar semula."

Taehyung tergamam dengan berita itu.

"Bo..boleh saya tengok isteri saya?"

Doktor itu hanya mengangguk lalu membawa Taehyung ke bilik di mana Himi ditempatkan.

"Sayang.." Taehyung hampir tersungkur saat melihat keadaan isterinya yang berselirat wayar.

Terdapat lebam disekitar bibir Himi. Taehyung mengusap perlahan pipi Himi. Mata gadis itu terpejam rapat, hanya dadanya berombak menandakan gadis itu masih bernafas.

"Maafkan oppa. Semua ni salah oppa. Oppa cuai jaga sayang." Taehyung teresak perlahan.

Lama dia menatap wajah bersih isterinya itu.

"Terima kasih sebab lahirkan anak kita. Terima kasih kerana sanggup korbankan diri untuk oppa selama ni. Himi berehat la sampai Himi puas. Tak kesah la berapa lama pun, oppa akan tunggu Himi bangun. Oppa janji. Oppa takkan tinggalkan Himi lagi."  Taehyung mengucup lama dahi gadis itu dengan air mata yang masih mengalir.

Hatinya sakit melihat keadaan gadis itu. Dia mengharapkan keajaiban akan berlaku agar keluarga mereka bersatu semula dan bahagia tanpa halangan lagi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Seminggu kemudian.

Taehyung membelok keretanya ke sisi jalan yang lengang. Lalu lampu signal dihidupkan. Telefon yang berdering terus dicapai.

"Haa Jungkook, ada apa?" soal Taehyung.

"Hyung kat mana tu? Cepat datang hospital sekarang. Himi dah sedar." kata Jungkook di talian.

"Bwo? Okay! Sekarang juga aku datang." talian dimatikan.

Pedal minyak ditekan kuat dengan hati yang berbunga. Akhirnya, Himi telah sedar.

Sempat Taehyung mengerling sekilas pada sejambak bunga ros di seat sebelah. Dia memang dalam perjalanan untuk ke hospital tapi dia singgah sebentar di kedai bunga untuk gadis itu.

"Tunggu aku datang sayang.." bisik Taehyung perlahan dengan senyuman lebar.

_________________________________________

"Himi ah!!!" Areum terus merempuh masuk ke dalam wad Himi.

Himi yang sedang meneguk air terus tersedak. Belum sempat dia membuka mulut, terasa tubuhnya sudah dipeluk erat.

"Oi lepaslah. Aku tak boleh bernafas ni." Belakang Areum di tepuk tepuk.

"Akhirnya kau sedar juga. Seminggu weh kiteorang tunggu kau bangun." kata Areum dengan senyuman lebar.

"Hmmm..aku dah puas rehat. So , aku bangunlah." balas Himi selamba. Dia kembali meneguk air.

"Kau macam mana? Okay?"

"Okay je. Cuma lenguh lenguh sikit. Ha ni, mana anak aku?"

"Ah, anak kau ada dengan-"

"Hello mommy mommy sekalian." Sapa Jungkook ceria sambil melangkah masuk.

Di tangannya mengendong bayi yang masih tidur. Senyuman Himi melebar sebaik melihat lelaki itu.

"Baby aku?" soal Himi dengan mata membulat.

"Iya baby korang la ni. Takkan baby kami pulak. Tu anak aku still dalam perut lagi." kata Jungkook sambil memuncungkan bibir ke perut Areum.

Selepas sahaja anak Himi dan Taehyung dibenarkan pulang, Areum dan Jungkooklah yang menjaga bayi itu. Nak harapkan Taehyung. Dia masih baru dan tiada pengalaman. Tanpa bantuan Himi pasti sukar lelaki itu hendak uruskan si kecil ini.

"Wahh...sayang omma." bayi dari gendongan Jungkook diambil perlahan.

Lama Himi membelek wajah anaknya yang masih tidur itu. Dia tersenyum bahagia. Mata dan hidung anaknya lebih kepada Taehyung manakala bibir pula ikut dia.

Kain yang membalut tubuh si kecil itu dibuka. Dengan berhati hati Himi memegang lembut jari jemari anaknya. Jari yang panjang dan runcing. Sama seperti Taehyung.

Dengan penuh sayang, Himi mengucup tangan kecil itu. Lalu pipi dan bibir bayi itu pula dicium berkali kali. Geram. Anaknya itu tembam walaupun baru berusia seminggu.

Jungkook mengusap perlahan bahu Areum. Pasangan itu tersenyum bahagia melihat Himi bersama anaknya. Tiba tiba pintu bilik dirempuh kasar dari belakang.

Akibat bunyi rempuhan kuat itu, bayi yang sedang tidur itu terkejut lalu menangis kuat.

"Eh eh..janganla nangis sayang." Kelam kabut Himi jadinya.

Sudahlah ini baru pertama kali dia bersama anaknya setelah sedar dari koma.

"Sayang. Meh sini baby tu, biar oppa tenangkan dia." pinta Taehyung dengan lembut.

Kasihan dia melihat Himi yang sudah menggelabah. Anaknya pula sudah menangis kuat, tiada tanda akan berhenti.

"Ish! Lepaslah. Kau ni siapa? Tiba tiba mintak anak aku? Areum , Jungkook! Korang kenal ke lelaki ni?" tangan Taehyung ditepis kuat.

Taehyung tergamam. Areum dan Jungkook sudah terlopong. Dengan pantas Areum dekati Himi. Bahu gadis dipegang.

"Himi ah. Takkan kau tak ingat? Ini Taehyung la. Suami kau." kata Areum.

Dahi Himi berkerut. Wajah Taehyung yang masih tergamam dia tatap lama.

"Suami? Eh. Masa bila aku kawin? " soal Himi dengan hairan.

Areum dan Taehyung sudah berpandangan. Jungkook juga terdiam. Tidak menyangka perkara ini akan terjadi.

Perlahan air mata Taehyung mengalir. Pedih hatinya saat gadis itu langsung tidak mengenalinya.

_________________________________________

Tisu dari kotak kedua ditarik. Air mata yang masih mengalir laju, dia lap dengan kasar.

Sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Tergamak Himi lakukan semua ini pada dirinya yang tidak berdosa.

"Hahahahaha"

Taehyung merengus kuat saat gadis itu ketawa. Tisu tadi campak kasar ke dalam tong sampah lalu dia berpeluk tubuh.

"Alololo Kim Taehyung..jangan lah merajuk. Hodoh tau tak." Himi kembali ketawa. Seronok hatinya.

"Puas kenakan orang? Ingat kelakar lah tu!" bentak Taehyung dengan geram.

Sakit hatinya dengan perangai nakal si isteri. Selepas berjaya buat dia menangis meraung macam ni, boleh pulak isterinya itu ketawa bagai nak gila.

"Hehehe. Macam mana? Okay tak chagi berlakon? Agak agak sesuai tak kalau nak jadi artis berlakon dalam drama. Macam drama Hotel Del Luna tu?" soal Himi tanpa rasa bersalah.

Taehyung menjeling tajam.

Menyampah dengan sikap Himi. Adakah patut gadis itu berpura pura hilang ingatan. Tahu tak, jantung dia hampir tercabut waktu tu. Himi memang kejam.

"Yah! Gu Chan Seong." panggil Himi pada Taehyung yang masih merajuk.

"Stop calling me with that name. Nama oppa Kim Taehyung. Bukan Ku Chan Seong!" kata Taehyung dengan geram.

Himi terkekeh kecil. Terhibur dengan sikap suaminya itu. Dia memang peminta setia drama Hotel Del Luna. Dia kesah apa. Sukahati dia lah.

"Okay okay. Sayang..jangan la merajuk. Himi gurau je." rambut lelaki itu dia elus perlahan.

Taehyung yang duduk disebelahnya mencebikkan bibir. Tidak tergugat dengan belaian Himi.

"Oppaa..." panggil Himi dengan gedik. Dia merapatkan jaraknya dengan Taehyung.

Nasib baiklah wadnya ini bilik Vip. Taehyung yang uruskan. Jadi katilnya juga besar. Muat untuk mereka berdua.

Himi dengan sengaja mencium pipi Taehyung dengan penuh menggoda. Taehyung terdiam. Nafasnya sudah tidak keruan. Tidak pernah pernah Himi bersikap seperti ini.

"Oppa. Jangan la merajuk..Himi janji Himi takkan buat oppa nangis lagi. Huhu." kedua dua pipi Taehyung dia pegang kemas.

Memaksa lelaki itu menoleh ke arahnya. Mata mereka mula bertaut.

"Oppa terima kasih sebab masih setia bersama Himi sampai ke hari ni. Terima kasih sebab terima masa lalu Himi. Terima kasih sebab sudi jadi seorang suami dan ayah yang baik pada Himi dan anak kita. Saranghae oppa." luah Himi dengan ikhlas.

Taehyung tersenyum bahagia. Dia terharu dengan luahan gadis itu. Segala rajuknya sudah hilang.

"Nado saranghae Kim Himi."

Taehyung lalu menyatukan bibir mereka.

Dia rindukan sentuhan gadis itu. Harinya tidak sempurna tanpa Himi di sisi. Cukuplah seminggu dia memendam rasa saat gadis itu masih koma. Dia tidak sanggup lagi. Biarlah selepas ini hanya bahagia menemani mereka. Tiada lagi duka.

Continue Reading

You'll Also Like

202K 10K 48
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
307K 42.1K 66
"Saya sayang awak, Sejung." "Untuk apa awak sayang perempuan yang dah jadi tin kosong ni?" Nantikan...
1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
668K 27.7K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...