Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM

122 27 18
By farid5attar

Berita tentang Hari Kokurikulum yang akan dianjurkan oleh sebuah syarikat besar, menggemparkan seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Muazzam Shah, termasuk kelas DSB.

"Hari Koko dah tak lama lagi. Kelas 5A mesti buat benda besar-besaran," kata Zulhilmi mengeluh di tempat duduknya.

"Habis tu, takkan kita duduk diam?" kata Cheng dari belakang lelaki itu.

Mereka berdiam, berfikir. Cikgu Wan memasuki kelas dari tingkap. Dia memandang anak muridnya.

"Selamat pagi, murid-murid! Apa yang kamu fikirkan ni?" kata Cikgu Wan menyapa.

"Tentang Hari Koko ni," jawab Ilman Faiz memandang gurunya.

"Oh, pasal tu ya. Kebetulan, cikgu ada idea. Apa kata kita jadikan kelas ni sebagai warung. Bahan-bahan masakan boleh diambil dari hutan. Cikgu jumpa padi huma, ubi, ayam hutan dan lain-lain lagi. Kita guna apa yang kita ada. Ini pun salah satu teknik pembunuhan juga."

"Hmm... Idea bagus juga," akur Siti Zulaikha.

"Okey, jom mulakan!"

***

Hari Kokurikulum tiba. Suasana sekolah tersebut menjadi meriah kerana menjemput pengunjung dari luar. Sekumpulan pelajar dari sekolah lain turut mengunjung sekolah tersebut.

"Kelas kami sediakan nasi goreng ayam hutan. Segala bahan segar dari hutan tau," kata Hasbi berdiri di depan pagar sempadan kawasan sekolah.

"Hmm... macam sedap je," kata pelajar sekolah tingkatan enam itu.

Maka, mereka pun mendaki bukit hingga ke puncak. Sebuah warung terbuka sudah berada di mata mereka.

"Bapak penat gila daki bukit sampai sini," kata pelajar tersebut.

Para pelajar melihat sekumpulan pelanggan pertama mereka, perasan sesuatu.

"Nanti! Diorang tu kan budak-budak sekolah yang culik Wahida dan Yasmine waktu kita ke Terengganu dulu," kata Zulhilmi perasan.

"Hmm... Nak culik ramai perempuan lagi ke?" kata Alif Najmi tersenyum lebar.

Ketua kumpulan pelajar samseng itu hanya melabuhkan punggung di kerusi. "Kami datang sini nak makan, bukan nak bergaduh. Bagi kami apa yang korang ada."

"Siap!" celah Niratcha muncul menghidangkan makanan.

Mereka di situ berhidung darah melihat wanita dari negara jiran itu. Niratcha duduk di sebelah ketua samseng itu.

"Awak makanlah. Nak tahu sedap ke tak?" kata Niratcha, manja.

"Err... okey," kata ketua samseng itu, malu.

Satu suap masuk ke mulut. Keenakan bak gunung berapi meletus di kepala.

"Sedapnya sambal ni!" puji lelaki samseng itu.

"Kalau nak tambah lagi, cakaplah," pujuk Niratcha.

"Eh, saya tak ada duit banyak sangatlah."

"Kalau macam tu, ambillah duit dekat..."

Niratcha mendekatkan mulutnya ke telinga pelajar itu. "A... T... M."

Dengan kelajuan drastik, pelajar-pelajar samseng itu bergerak keluar dari kawasan itu semata-mata mahu merompak mesin ATM di luar sekolah. Niratcha hanya melambai tangan.

"Saya tunggu dekat sini tau!" ujar Niratcha, ceria.

Dari atas bumbung, Cikgu Wan memerhati bersama Immanuel.

"Hmm... makin ramai nak datang nampaknya," kata Immanuel meneropong.

Cikgu Wan memandang anak muridnya. "Maka, bersiap sedialah."

"Dengan poster lukisan dari Cheng dan tambahan gambar dari Hanif, serta laman sesawang dari Sharanya, pasti ramai nak datang ke warung kita," tambah Cikgu Wan.

"Hmm... Apalah yang kelas 5A buat?" fikir Immanuel.

Sementara kelas DSB sibuk mengerjakan warung, kelas 5A sibuk menarik perhatian orang ramai dengan mengadakan konsert.

"Kita dah ada lebih tiga ribu orang pengunjung tidak termasuk pengunjung luar," kata Doc Rakim menganalisis.

"Bagus, kita boleh atasi kelas 5F kalau terus macam ni," kata Dven Joo, yakin.

"Kalau macam tu, tunggu apa lagi? Jom hangatkan pentas ni," kata Ismah Fatih memakai fon kepala.

Turntable digesekkan pada piring hitam.

"Semoga berjaya," ucap Tony Spark.

Arif Hakimi menaiki pentas. Dia melihat tiga ribu pengunjung di hadapannya.

"Are you ready?" ujar Arif Hakimi sebaik memegang mikrofon.

Sorakan bergema di dalam dewan itu.

Sementara itu, Iskandar mengelap meja. Pandangannya dibuang ke arah sekumpulan pelanggan yang dikenalinya.

"Tok Salleh! Huda pun datang juga!" kata Iskandar teruja.

Huda Inani mendekati Iskandar dengan langkah ceria. Mereka yang dari rumah anak yatim itu mendekati warung itu.

"Terima kasih sebab datang," ucap Iskandar mengusap tudung Huda Inani.

"Eh, tak perlulah berterima kasih sebab cikgu kamu yang ajak kami ke sini," kata Tok Salleh tersenyum manis.

"Ermm... Yela. Duduklah dulu. Kami akan masak untuk semua."

"Terima kasih."

Iskandar beredar ke dapur manakala mereka yang lain mengambil tempat duduk. Zafina Shahira memasuki ruang dapur lalu mendekati Iskandar.

"Ermm... Iskandar," panggil Zafina Shahira, segan.

Iskandar memandang gadis itu. "Ya. Ada apa, Fina?"

"Err... Bila dapat tahu kenapa kau kena simpan rambut panjang, aku rasa bersalah pula. Aku nak minta maaf sebab kacau kau sebelum ni," kata Zafina Shahira mengurut pangkal lengan kirinya bagi hilang kekok.

"Eh, tak apa. Saya maafkan."

"Mulai saat ni, aku tak nak kacau kau lagi. Okey?"

"Okey." Senyuman manis dihadiahkan Iskandar.

"Iskandariah!" jerit satu suara yang pernah didengari.

Jap! Suara ni. Takkanlah..., desis hati Iskandar, tidak sedap.

"Iskandariah!" laung Alex dengan wajah 'cool'nya.

"Alex! Macam mana kau tahu aku dekat sini?" kata Iskandar berdiri menghadap luar tingkap.

"Dari laman web la. Katanya hidangan dari bahan-bahan semulajadi. Aku pun datanglah sini. Nak rasa semua tu," kata Alex menjelaskan hasratnya di tepi tingkap.

"Apakah?"

"Boleh tak kita makan bersama?"

"Eh!"

Iskandar merasakan sesuatu yang di bawahnya. Dia melihat Zafina Shahira menanggalkan seluarnya dan menggantikannya dengan skirt. Zafina Shahira memakai seluar milik Iskandar.

"Apa ni, Fina?" marah Iskandar dengan suara tak seberapa garau.

"Last! Last! Last je!" kata Zafina Shahira, nakal.

Iskandar mengeluh pasrah. Zafina Shahira terus menolak Iskandar keluar dari ruangan dapur itu.

Akhirnya, Iskandar terpaksa makan bersama Alex biarpun terpaksa berlakon sebagai perempuan. Mereka menikmati hidangan di sebalik semak dek meja makan sudah penuh.

"Wah, tak sangka dapat makan bersama," kata Alex, teruja.

Amira muncul dengan hidangan pertama. Hidangan utama, nasi goreng ayam hutan diletakkan di hadapan mereka.

"Selamat menjamu selera!" ucap Amira, ceria.

Amira berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Alex melihat hidangan yang tersedia.

"Ni makanan dari hutan, kan?" kata Alex terliur.

"Ya," balas Iskandar, janggal. Dah tahu, tanya pula.

Alex segera menangkap gambar makanan tersebut.

"Kau buat apa?" soal Iskandar, hairan.

"Tangkap gambar. Lepas tu, muatnaik ke page dekat FB," jawab Alex.

"Oh."

Tiba-tiba, sebuah papan putih kecil muncul di sebalik semak di belakang Alex. Iskandar membaca apa yang tertulis, 'Semoga berjaya! Dari Zafina'.

Apa ni? Desis hati Iskandar.

Alex memandang Iskandar di depannya. "Kenapa ni?"

"Eh! Err..." Iskandar bercelaru.

Sekali lagi papan putih diangkat. Iskandar membacanya.

"Sudikah awak makan semua~ hidangan yang kami sediakan demi saya?" kata Iskandar, keras batu.

"Sudah tentu!" Alex teruja lalu mengeluarkan duit dalam dompetnya.

Papan putih diangkat lagi dengan tertulis 'Sanggupkah awak belanja lima ribu untuk satu malam?'. Muncul pula Alif Najmi.

Alif, kau pun nak 'tolong' aku juga? Desis hati Iskandar, terkejut.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki bersenjata sniper melintasi mereka dengan hasil buruan. Red Hawk mendekati Danial Nabil yang menunggunya di depan stor.

"Encik Nabil, lama tak jumpa. Apa khabar?" kata Red Hawk, tersengih.

"Baik. Boleh simpan tak sniper tu? Orang ramai dekat sini," pesan Danial Nabil, serius.

"Maaflah. Aku dapat kerja baru sekarang."

Dari semak, Alex terkejut melihat jejaka bersenjata sniper itu. Dia memandang Iskandar.

"Siapa dia tu?" soal Alex terasa cemas.

"Dia tu guru PJK kami," jawab Iskandar berbohong.

"Tapi dia macam orang luar!"

"Err... Dia kacukan Melayu-Amerika," jelas Iskandar atas bantuan Zafina Shahira.

Alex kembali tenang. Dia memandang Iskandar semula. Wajahnya kembali pucat melihat Tony muncul.

"Huwaaarrgghh!!!" jerit Alex terkejut.

Tony berjalan ke arah Danial Nabil.

"Tuan Tony, mujurlah tuan hidup balik. Katanya tuan ditembak oleh Pragod," kata Danial Nabil.

"Ya, dia guna tangan bionik sebenarnya. Tapi dia di bawah tahanan kerajaan, kan?" kata Tony.

"Ya, tuan."

Alex semakin menggeletar lutut. Jarinya ditunding ke arah Tony dengan pandangan panik ke wajah Iskandar.

"Siapa pula tu?" soal Alex ketakutan.

"Pengawal keselematan syif malam," jawab Iskandar atas bantuan Zafina Shahira.

Mata Alex tertumpu pada tiga penjahat di warung, sedang menikmati hidangan. "Siapa pula diorang tu?"

"Diorang tu pelawak jalanan dari Central Market."

Alex hanya melihat telatah Iskandar lalu menundukkan mukanya. Iskandar memandang lelaki itu.

"Kau tipu aku, kan?" kata Alex mendalam.

"Err..." Iskandar hilang kata.

"Kau cakap macam tu supaya kau dapat tenangkan diri dengan keadaan, bukan?"

Iskandar mengeluh kecil. "Ya, saya tipu kamu. Nak tahu apa yang saya tipu awak selama ni?"

Alex mendongak, menantikan kata-kata Iskandar.

"Saya ni laki," kata Iskandar, jujur.

Alex mengedipkan matanya. "Bohong lagi."

"Betullah."

"Bohong! Bohong lagi!"

Papan putih dikeluarkan. 'Tunjukkan kau punya. Confirm dia percaya!'

Agak-agaklah Zafina oi! Desis hati Iskandar, geram.

"Ermm... Mungkin awak boleh kata saya ni membohong dan menipu. Tapi awak tak boleh kata yang awak tu membohong dan menipu diri sendiri. Cuma sedar atau tak, kita sama je manusia biasa. Masing-masing bermula dengan lembab dan bingung sebab kita dilahirkan sebegitu. Bila dah besar, kenalah pandai cari ilmu. Kalau tiru dalam ujian pun, ilmu tu dah tak berkat dah," pesan Iskandar panjang lebar.

Zafina Shahira yang duduk di sebalik semak itu hanya tersenyum mendengar kata-kata hikmah dari ketua kelasnya. Alex bangun berdiri.

"Ya mungkin saya bodoh dan lembab lagi," kata Alex lalu berjalan pergi tanpa sebarang kata.

"Nanti, saya tak bermaksud nak cakap macam tu," kata Iskandar cuba menghalang.

Alex berlalu pergi, meninggalkan Iskandar.

"Dia dah pergi," kata Iskandar mengeluh.

Alif Najmi muncul tidak lama kemudian dengan sekotak pakaian.

"Alaa... baru nak suruh kau cosplay Sailor Moon watak Tsukino Usagi," usik Alif Najmi.

"Kau ni... agak-agaklah!" marah Iskandar.

Tiba-tiba, segerombolan manusia muncul mahukan hidangan mereka.

"Apa dah jadi ni?" kata Zafina Shahira, pelik.

Iskandar mengeluarkan telefonnya lalu melihat Ruby muncul.

"Sebenarnya, semua ni terjadi sebab laman web Alex. Dia muat naik segala hidangan dan berikan komen-komen positif," jelas Ruby.

"Apakah?" Iskandar terkejut sakan.

"Jomlah tolong yang lain dekat dapur." Zafina Shahira segera bergerak ke dapur.

***

Hanya beberapa jam, nasi goreng ayam hutan sudah habis dijual.

"Nasi dah habis! Macam mana ni?" kata Siti Sarah, cemas.

Adil, Erfan Shafiq dan Puteri Atikah yang berperanan sebagai runner, sudah kepenatan.

"Sayangnya, dah tak ada ayam hutan lagi," kata Erfan Shafiq.

"Kami pun dah kepenatan ni," kata Puteri Atikah kurang stamina.

"Kalau macam tu, kita terpaksa tutuplah kisahnya," kata Silvaprea.

"Baiklah," kata Ilman Faiz bersetuju.

Maka, mereka pun mengemas barang. Para pelanggan yang tiba terpaksa berpatah balik. Pelajar DSB menyimpan barang ke dalam stor. Meja dan kerusi disusun perlahan-lahan. Mata Hanif tertumpu pada seorang wanita yang tiba.

"Sekejap. Ada pelanggan lagilah," kata Hanif menyusun kerusi.

"Cakap dekat dia, 'Hidangan dah habis'," pesan Immanuel.

"Tapi, tu ibu Iskandar."

Ibu Iskandar melabuhkan punggung di atas kerusi. Secawan air kosong dihidang.

"Ni je yang kami dapat hidangkan. Yang lain dah habis," kata Iskandar.

"Tak apa. Lagipun, ibu nak cakap sesuatu dekat kamu. Ada berita baik," kata ibu Iskandar tersenyum.

"Berita apa?"

"Ibu dengan abah dah berbincang. Kami akan berbaik nanti."

"Wah, alhamdulillah! Terima kasih ibu!"

Dari dalam kelas, mereka hanya memerhati. Danial Nabil mendekati Cikgu Wan.

"Waktu dia jumpa kau tu, kau buat apa?" soal Danial Nabil.

"Tak buat apapun," balas Cikgu Wan dengan mata ke arah lain.

"Jangan nak tipu! Kau menyamar sebagai aku. Lepas tu, botakkan rambut macam tu je! Tercalar maruah aku tau!" marah Danial Nabil.

Cikgu Wan bersiul, seperti tidak mendengarnya. Dia diserang tetapi berjaya melarikan diri.

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

10K 819 27
♡Fakta Kembar♡ Kembar? Aku nak kongsi sikit fasal kehidupan menjadi sepasang kembar. Tapi aku rasa kembar dekat luar sana ada lebih daripada dua. Ja...
2.3K 221 9
🔴SEDANG BERLANGSUNG!🔴 Menggabungkan konsep NanoWrimo dan Open Novella Contest, kami sekali lagi dengan bangganya membawakan kepada anda, INKFINITY...
58.3K 6.6K 69
Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki semua manusia di serata dunia sejak per...
66.9K 5.3K 61
° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11...