TANIA

By divalescious

4.8K 353 8

Alert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal... More

TANIA 1
TANIA 2
TANIA 3
TANIA 4
TANIA 5
TANIA 6
TANIA 7
TANIA 8
TANIA 9
TANIA 10
TANIA 11
TANIA 12
TANIA 13
TANIA 14
TANIA 15
TANIA 16
TANIA 17
TANIA 18
TANIA 19
TANIA 20
TANIA 21
TANIA 22
TANIA 23
TANIA 24
TANIA 25
TANIA 26
TANIA 27
TANIA 28
TANIA 29
TANIA 30
TANIA 31
TANIA 32
TANIA 33
TANIA 34
TANIA 35
TANIA 36
TANIA 37
TANIA 38
TANIA 39
TANIA 40
TANIA 41
TANIA 42
TANIA 43
TANIA 44
TANIA 46
TANIA 47
TANIA 48
TANIA 49
TANIA 50
The New Chapter In Life
TANIA 51
TANIA 52
TANIA 53
TANIA 54
TANIA 55
TANIA 56
TANIA 57
TANIA 58
TANIA 59
TANIA 60
TANIA 61
TANIA 62
TANIA 63

TANIA 45

51 5 0
By divalescious


EPISODE 45


Tok Tok Tok... Pintu bilik Tania diketuk.

Tania, jom sarapan. "  panggil Shizuma  dari luar biliknya.

" I'm not hungry.." balas Tania dengan suara serak.

Shizuma membuka pintu bilik gadis itu.

Tania masih lagi menangis. Kepalanya  disembamkan kedalam bantal empuknya.

Shizuma mengusap lembut rambut Tania.

" Tania.. dari malam tadi dah Tania tak  makan.. janganlah macam ni. Makan ya.. sikit pun tak apa. Nanti perut tu masuk angin pulak." Pujuk Shizuma.

"I want to give up on my life... but I can't. " Tania mula bersuara.

" I don't want to live forever. Tania tak sanggup kehilangan orang-orang yang Tania sayang lagi.  It's less hurt ,if I die from the very beginning. Less people who knows me. Less people who's love me.. " Katanya lagi.

"Tania..is that how you really feel?

I'm sorry, because of me... You have to go through all this pain. " Kata Shizuma dalam nada sedih.

" It's all my fault ,

"I'm sorry." kata Shizuma lagi.

Shizuma melangkah pergi meninggalkan Tania bersendirian.

************************************


Tania duduk di atas katilnya..  dia terlalu letih , letih meratapi kematian  Mark.

Dia bangun menggapai baju sejuknya dan disarungkan kebadannya.

Dia berjalan perlahan menikmati suasana lepas hujan di luar rumah mereka.

Tanpa sedar dia telah berjalan jauh meninggalkan rumah mereka... Dia terlalu sibuk melayan perasaannya hingga tidak sedar sudah berada di kawasan yang begitu asing buatnya.

Di sebalik rimbunan pokok yang berdaun lebat dihadapannya kelihatan matahari malu-malu untuk memunculkan dirinya.

Dihadapannya kelihatan seorang jejaka tampan berpakaian segak berdiri  sambil membelek-belek daun yang dikutipnya.

"Where am I ?" Monolognya sendirian.

Tania berpaling untuk berpatah balik namun dia hanya dikelilingi hutan tebal. Tiada jalan keluar.

Tania mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Shizuma .  Malangnya talian tidak bersambung.

Mahu tidak mahu dia mula mendekati jejaka tadi namun jejaka kacak itu telahpun mula beredar. Tania segera berlari mendapatkannya.

Semakin dia berlari mengejarnya.. Semakin jauh dia masuk ke dalam hutan. Dia terus mengekorinya sehinggalah mereka sampai ke sebuah rumah besar di tengah hutan.

Jejaka kacak itu masuk ke dalam rumah itu. Tania tanpa berfikir panjang terus masuk ke dalamnya.

Tania tergamam sebaik sahaja masuk ke dalamnya. Di dalamnya terdapat banyak buku. Rumah itu adalah sebuah perpustakaan. Perpustakaan di dalam hutan.

" Selamat datang! Ada apa yang boleh saya bantu ?"
Penjaga perpustakaan itu mula menyapanya.

" Ahh.. saya.. tadi.. err... Tadi saya mengekori seorang lelaki yang masuk ke sini untuk bertanya jalan. "

"Nampaknya saya tersalah nampak, saya ingat dia masuk ke sini sebab pintu ini tadi terbuka." Kata Tania serba salah.

Pandangan Tania bertaut dengan  kanak-kanak berambut merah di hadapannya.  Kanak-kanak itu berselindung di belakang penjaga perpustakaan itu.

" Perpustakaan ini jarang dikunjungi orang sebab lokasinya terlalu jauh ke dalam hutan. Mungkin kamu tersilap nampak kut." Kata penjaga perpustakaan itu lagi.

" Begitulah nampaknya," balas Tania sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tania memandang sekelilingnya. Terdapat makhluk-makhluk hitam tanpa kaki bergerak mengusung dan membelek-belek buku di disitu. Namun dia berpura-pura tidak melihatnya.

" Chise , kamu nak pinjam buku apa pula  hari ini ? Kamu dah buat keputusan dah, nak buat karangan  tentang apa?  " soal penjaga perpustakaan itu kepada kanak-kanak berambut merah itu.

" Belum lagi, saya nak baca dulu seberapa banyak buku yang boleh sebelum buat karangan tu." Balas kanak-kanak itu.

Tania terkejut mendengar kata-kata kanak-kanak itu. Dia pasti kanak-kanak itu adalah manusia biasa.

Tania mula serba salah untuk meninggalkan tempat itu sebab di dalam perpustakaan itu terdapat makhluk-makhluk hitam itu.

Tapi melalui perbualan mereka..itu bukanlah kali pertama dia ke situ.
Tapi siapa tahu, jika  mereka sengaja memancing kepercayaan kanak-kanak itu seperti di dalam cerita dongeng  kanak-kanak dan rumah gula-gula.

" Adik, ..boleh tunjuk jalan balik untuk kakak tak?" Kata Tania memegang tangan kanak-kanak itu.

Chise menoleh ke arahnya, terkejut apabila tangannya dipegang secara tiba-tiba. Chise meleraikan pegangan Tania darinya. Dia terpaku melihat kecantikkan warna hijau emerald anak mata Tania.

" Saya..saya tak nak balik dulu..saya  nak baca buku dulu, nak cari maklumat untuk buat karangan. Nanti balik saya tunjukkan jalan," jawab chise.

Chise berjalan meninggalkan Tania terpinga-pinga di situ menuju ke rak buku cerita.  Dia menjengket-jengket berjalan  mengelak daripada makhluk-makhluk hitam yang berkeliaran di situ.

Tania ternganga, tidak percaya akan apa yang dilihatnya.

"She's see it ?!" Monolognya sendirian.

************************************
Tangan Tania menyentuh buku-buku pada rak buku di situ. Buku-buku di situ nampak usang, namun dijaga dengan baik.

Sekali sekala Tania menoleh ke arah penjaga perpustakaan itu  menerangkan isi kandungan buku yang dipegang Chise.

Dalam banyak-banyak buku di situ, ada satu buku yang menarik perhatiannya.

"The Queen Who Had Nothing"

Dia mengambil buku tersebut dan membelek ke muka surat pertama, perenggan pertama dibaca.

"............"
"............"

Tik
       tik
                tik...

Air matanya menitik membasahi helaian buku itu.

"The Queen who had nothing but a warm heart. Her presence can melt away the cold thick ice. Giving all what she have for her love ones. She thinks she have no one's but behind her, she have the most powerful guardian and army . What most importantly loved by everyone. She's act cold but warm inside. Hurt you then save you. The one who have no sympathy or empathy for her enemy. She kills without any hesitation.  The emergency Queen who's been crowns  after the late Queen died to save the kingdoms of the universe. But she's never aware of it and how capable she is. "

Hujung bajunya ditarik seseorang. Tania tersedar daripada lamunannya dan  menoleh ke arah kanak-kanak itu.

Chise nampak takut-takut melihatnya. Saat itu dia baru tersedar makhluk-makhluk hitam itu sedang mengerumuninya.

Dia segera mengesat air matanya.

"Nampaknya kakak ada ramai peminat untuk mendengar  cerita yang  kakak baca, " kata Chise selamba.

"Peminat?!," Tania kehairanan. Dahinya berkerut.

" ..err ..maksud saya .. cara kakak membaca cerita itu penuh perasaan dan menyentuh perasaan. Mesti kakak ramai peminat untuk mendengar cerita yang kakak baca tu." Kata Chise cuba berdalih.

Tania tahu Chise merahsiakan  kehadiran makhluk-makhluk itu. Makhluk-makhluk itu terlalu obses akan dirinya sehingga ada yang hinggap dibahunya.

"Kamu boleh pinjam buku tu kalau kamu nak. Tapi kamu kena jadi ahli perpustakaan dulu," kata penjaga perpustakaan itu tersenyum riang.

***********************************

Chise Memeluk erat buku yang  dipinjamnya. Beg kecilnya disilang pada bahunya. Telatah comel kanak-kanak itu mencuit hatinya.

"Okay... Ini 'member card' awak.. dan ini buku yang awak pinjam . Disebabkan buku ini tebal awak boleh pinjam selama satu bulan." Kata penjaga perpustakaan itu.

" Ah...baik...terima kasih.." ucap Tania.

" Nanti sekejap ," panggil penjaga perpustakaan itu sebelum mereka beredar. Dia menepis-nepis makhluk-makhluk hitam yang bertenggek pada bahunya.
Maka jatuhlah makhluk-makhluk itu ke lantai seperti gula-gula kapas.

"Ada debu kat bahu awak tadi, datang lagi ye." Kata penjaga perpustakaan itu cuba berdalih.

"Kalau macam tu ,kami gerak dulu ye.," kata Tania mohon mengundur diri untuk pulang.

Mereka pun beredar keluar meninggalkan perpustakaan itu  dan berjalan pulang. Tania menoleh kembali ke belakang namun perpustakaan itu telah hilang, tidak kelihatan lagi.

"Chise... Kamu memang selalu ke datang ke perpustakaan tu?," Soalnya.

"Ya. ..Saya tiada tempat lain lagi untuk ditujui. Cuma perpustakaan itu tempat yang membolehkan saya merasa seperti di rumah sendiri." Balasnya.

Tania menarik tangan Chise. Bahu kanak-kanak itu dipegang kuat. Dia mencangkung dan memandang tepat ke arah mata Chise.

"Apa maksud kamu ?! Kamu tiada tempat untuk ditujui ?" Soal Tania tegas.

Chise mula cuak, meronta-ronta minta dilepaskan. Dia kelihatan ketakutan. Tania baru tersedar tangannya mencengkam kuat bahu kanak-kanak itu.

Tania menarik tubuh kanak-kanak itu ke dalam dakapannya.

Chise meronta-ronta lagi minta dilepaskan dan menangis ketakutan.
Setelah beberapa ketika akhirnya Chise berhenti meronta tetapi masih lagi menangis.

Tania mengurut lembut belakang tubuh kecil Chise.  Chise semakin kuat menangis sehingga tersedu sedan. Belakangnya ditepuk perlahan oleh Tania. Pelukannya dieratkan, penuh kasih sayang.

" It's okay.
........
You can cry as much as you want.
..........
I'm here today for you. I know the best how you feel. I know the taste of loneliness and been hated.

I know how scared you are in this big wide world," Tania memeluknya erat, mengusap lembut rambut merah Chise.

Tania tanpa sedar telah menggunakan kuasanya melihat ke dalam memori milik kanak-kanak itu.

Tania meleraikan pelukannya. Air mata Chise diseka. Pipi comel kanak-kanak itu dicium.

Dia menyeluk poket bajunya. Getah rambut dikeluarkan. Tania membetulkan rambut kanak-kanak itu dan diikat kemas.

" Kamu kena kuat, kaki kamu kena kuat untuk terus berdiri dan berlari.,tubuh kamu harus sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik, tangan kamu harus kuat , genggam rapat dan silang agar kamu boleh melindungi diri kamu daripada terus disakiti, lawan jika perlu..hati kamu harus cekal dan kuat , jangan mudah rapuh, i wish you found the ONE who will take you as important and place you somewhere comfortable called HOME and will love you with all his HEART."

Tanpa sedar , Tania telah menjampi mentera  pertamanya kepada Chise. Mentera yang mana akan melindunginya sepanjang perjalanan hayatnya. Tania masih belum sedar akan kemampuan dan kuasa yang ada padanya. Dia mampu membuat apa sahaja yang diingininya.

Tania memegang erat tangan  kanak-kanak itu. Dia teringatkan anaknya Seo Jung. Rindunya kepada anaknya terlalu dalam. Menggenggam  tangan comel Chise, membuatkannya teringat akan anaknya.

" Instead of being your sister, I can be your mom for this whole day if you want too. " Tania sersenyum manis kepadanya. Chise terkejut dengan perlakuan aneh Tania.

" Kamu boleh panggil  kakak 'mama' kalau kamu nak, kakak akan jadi mama kamu untuk hari ni kalau kamu mahu. " ulang Tania semula.

"Ma.ma.."  katanya perlahan. Tania segera memeluk gadis kecil itu sekali lagi, air matanya mengalir membasahi pipi gebunya.

************************************

Tania berjalan sambil sambil berpegangan tangan dengannya keluar dari hutan itu.

"Aiskrim dua ," ujar Tania.

"Thanks," kata Tania sambil mengambil aiskrim itu dan diberikan kepada Chise.

Tania membayar harga aiskrim tersebut  dengan duit yang disembunyikannya dibelakang telefon bimbitnya.

Selesai membuat bayaran mereka menuju ke arah bangku kosong di taman itu.

Chise  takut untuk duduk pada kerusi itu kerana ada makhluk bertangan dan kaki panjang terbaring di situ.

Chise mengenggam erat tangan Tania. Takut.

"Chise, ...pelajaran nombor satu . Jika kamu takut, kamu kena bertindak berani. 

Pelajaran nombor dua. Jika kamu nampak sesuatu yang menakutkan , buat- buat tidak nampak saja.

Dengan perkara 1 dan 2, kamu akan berjaya menjalani hidup seperti orang biasa," Tania menoleh ke arahnya.

Tania duduk pada kerusi itu. Makhluk itu mula bengang dan mahu menyerangnya. Aiskrim pada tangan Chise terjatuh. Ketakutan.

" BERAMBUS ! APA KAU NAK MATI SEKALI LAGI !" Tegas Tania menyebut setiap butir bicaranya. Lembut tapi penuh AMARAN. Tania memandang tepat ke arah mata makhluk itu.

"Eh , sial! Kau yang akan mati hari ni. Berani kau kacau tempat aku! Rasakan!!!" Balas makhluk itu. Makhluk-makhluk lain disekeliling turut sama melihat pertelingakahan  mereka.

Tania pantas menggenggam kepala makhluk itu . MAKHLUK itu meronta-ronta cuba melepaskan kepalanya dari genggaman Tania.

"Pelajaran nombor tiga ,  guna caci maki pandang tepat ke matanya.

Empat, lawan jika perlu. Jangan takut. Ketakutan akan membuatkan makhluk itu jadi semakin besar dan kuat. Jika kita pandang rendah kepada mereka dan tidak takut pada mereka.. mereka akan jadi lemah dan tidak berguna.

Lima, bunuh tanpa rasa ragu-ragu. "

Tania tersenyum sinis ke arah makhluk lainnya...Splasshhh...kepala makhluk itu itu pecah berkecai. Cecair hitam terpercik kesekeliling mereka dan lenyap.

Makhluk-makhluk lain yang menyaksikan pembunuhan kejam itu lari bertempiaran dan bersembunyi dalam ketakutan.

"Enam, korbankan ketua mereka sebagai amaran. Kamu faham Chise?!"
Soalnya lagi.

" Ya.. ka... " Tania menjelingnya tajam.

"Ya , mama." Jawabnya.

"Mari sini Chise. " Arah Tania.

Chise datang kepadanya dan duduk di sebelahnya. Takut-takut.

"Nah, makan aiskrim ni.. nak cair dah, anak mama jangan takut lagi ya. Anak mama kena kuat macam mama dia. "  Tania mengusap lembut rambut Chise.

"Mari main buai." ajak Tania setelah melihat Chise selesai makan aiskrimnya.

Makhluk yang sedang berlingkar pada  buai itu segera melarikan diri.

Sepanjang hari itu, mereka bermain  sepuasnya di taman. Tanpa ada gangguan dan bergelak tawa.

Usai bermain. Tania menghantar  Chise pulang.

************************************

Matahari hampir tenggelam saat Tania sampai ke rumahnya. Buku di tangannya diletakkan di atas meja. Tania berbaring pada sofa dan akhirnya tertidur kerana keletihan .

"Okairi...Tania" Shizuma menyelimuti tubuh Tania dengan selimut dan membetulkan rambutnya.

"Chise, you have to be strong.." katanya mengingau.

Continue Reading

You'll Also Like

113K 1.8K 6
1 NOVILUNIUM [ Complete ✓ - for some reason ONLY 1/3rd WERE DISPLAYED] 2 CORNICULARIS [ Coming Soon... ] ❝She breathes the stars,, and dancing moon p...
5.8K 1.1K 10
─ complete ! ❪?️❫ : fell in love with ⠀⠀⠀ a girl who always ⠀⠀⠀ tested his patience ? park sunghoon's fanfic . © VOGUESTH- ֶָ֢֪ 2O2O
2.1K 106 65
Aku tak pernah menyangka kalau ravellian ialah putera raja dua alam. Selama ini aku fikir dia hanyalah seorang putera mahkota biasa. Tapi dia berbez...
2.2K 133 25
Mengisahkan tentang 6 sekawan yang merancang untuk melancong bersama selepas beberapa tahun tidak bertemu Tapi percutian mereka berubah menjadi trage...