√1 [C] Dangerous Wife | KTH...

By crabyjoon

103K 9.9K 334

Park Himi. Gadis yang tidak percayakan cinta. Jiwanya kasar. Hatinya keras. Menjadi secret agent bagi Brisden... More

Begin
Money?
Truth
Attack
Run Away
Fear
Jeon Seokjin
Enemy and friend
Koperal Lee
Troublemaker
I miss you, hyung.
In Danger.
Unwanted Kiss
Saranghae
TaeMi💔
KookReum☀️
Devil is back.
Sour & Sweet couple.
JJK turns 23💜
I Need U
Kiss And Make Up
LoveShot💓🔫
Change into girl💃
Pololo love you💓
SweetDream
Lovebite.
HATE
Ego
Princess don't cry.
ENEMIES ATTTACK
Truth Untold.
Final Goodbye
Missing you..
Anpanman
Flower Tattoo
Wrong Corpse
Still loving you
Punch
Reasons
Crush in silent
Min Yoongi.
I found you.
Mystery Guy
Confession
Married.
PSYCHO
Save Her
HappyFamily❤
Prologue: End

Jelousy

1.8K 169 1
By crabyjoon


Sinar matahari yang menerobos masuk ke dalam bilik mengganggu lena Taehyung.

"Ughh.." perlahan jejaka ini membuka mata. Dia bangun dari pembaringan.

Taehyung pegang kepala yang terasa pening. Keningnya berkerut apabila terasa kepalanya dibalut.

"Aku kat mana ni?" matanya meliar ke sekeliling bilik yang sangat asing.

Perlahan memori dia kemalangan  semalam menyapa fikiran. Terasa pelik dengan keadaan diri sendiri, Taehyung laju memandang badannya yang hanya berseluar pendek ketika itu.

Matanya membulat.

"Dah kenapa aku half naked ni? Mana baju aku? Ni rumah siapa pula? " kata Taehyung kehairanan.

Tanpa berlengah, dia mendekati almari di penjuru bilik lalu dibuka untuk mencari jika ada baju yang boleh dipakai.

"Haihh, semua baju perempuan. Eh, ada sweater. Ah hentam jelah. Sweater ni pun besar. Muat dengan aku." Taehyung terus menyarungkan sweater pink yang tergantung dalam almari.

Dia hanya memakai seluar pendek semalam memandang seluar itu paras lutut. Jadi, tiada masalah.

Bunyi kuali berlaga dari luar bilik menarik perhatiannya. Perlahan dia buka pintu lalu menjenguk ke luar.

Bau aroma masakan memasuki hidungnya yang mancung terletak. Dengan langkah perlahan dia melangkah mengikut arah bunyi itu sehinggalah kakinya berhenti betul betul di hadapan dapur.

Matanya jatuh pada seorang gadis yang sedang memasak. Gadis yang memakai gaun biru muda paras lutut itu berdiri membelakangi Taehyung dan dia masih tidak menyedari kehadiran Taehyung yang merenungnya dari tadi.

"Adoi!!"

Tiba tiba gadis itu menjerit kuat lalu mengibas tangannya yang terkena kuali panas.

Taehyung terkejut.

Dengan laju dia mendekati gadis itu. Tangan gadis itu ditarik untuk melihat kecederannya.

Namun sebaik sahaja gadis itu menoleh, Taehyung terus tergamam. Masa seolah terhenti bila pandangan mereka bertaut.

"Hi..Himi." mata Taehyung berkaca sebaik melihat gadis itu.

"Himi, ini kau ke sayang?" dia memandang Himi atas bawah lalu pipinya dicubit kuat untuk menyedarkan sekiranya dia bermimpi.

"Lepaslah!" Himi tarik semula tangannya dari pegangan Taehyung.

Dia terkejut dengan kehadiran lelaki itu di dapur.

Tiba tiba terasa tubuhnya dipeluk kuat. Himi tergamam apabila Taehyung  menyembamkan wajah pada lehernya.

"Aku macam tak percaya ini kau sayang. Aku rindukan kau sangat." kata lelaki itu dengan lirih.

Bau manis pada tubuh gadis itu dihidu. Taehyung senyum lebar. Gadisnya tidak pernah berubah, masih sama seperti dulu.

Himi kaku dalam pelukan Taehyung. Dia diam membisu tanpa membalas.

Taehyung melepaskan pelukan dengan senyuman gembira. Dalam hati, dia sangat bersyukur dengan takdir yang menemukan mereka semula.

Pandangan Taehyung jatuh pada perut gadis itu yang sudah besar. Perlahan, tangannya menyentuh lembut permukaan perut Himi.

"Anak appa..." mata Taehyung berkaca saat merasa pergerakan bayi mereka.

Hatinya sangat tersentuh. Dia mengusap perlahan perut gadis itu sambil tersenyum bahagia. Inilah satu satunya zuriat yang dia ada bersama gadis yang dia cintai.

Mata Himi ditatap semula. Gadis itu mengalihkan muka ke tepi enggan menatap wajahnya.

Tangan Taehyung naik menyentuh pipi Himi, diusap perlahan pipi gadis itu dengan perasaan rindu yang menggunung.

"Himi, aku bersyukur yang kau selamat. Aku gembira sangat dapat jumpa kau lagi. Terima kasih sebab sudi kandungkan anak aku dan maafkan aku atas dosa aku pada kau selama ni. Aku menyesal dengan apa aku dah buat." luah Taehyung. Wajah Himi dia tarik supaya memandang matanya.

Himi tidak melawan. Hatinya dihurung  sebak. Perasaannya bercampur.

Rindu, sayang, benci semuanya bergabung membuatkan fikirannya bercelaru.

Separuh hatinya menjerit mahukan Taehyung manakala separuh lagi bencikan lelaki itu. Himi keliru.

"I miss you so much, chagi." kata Taehyung lalu melagakan dahi mereka.

Himi menatap mata redup Taehyung. Jantungnya berdetak laju dan tapak tangannya mula sejuk.

Perlahan Taehyung merapatkan wajah  sehingga hidung mereka bersentuh. Pandangan Taehyung jatuh pada seulas bibir mungil gadis itu.

Himi terkedu. Wajah Taehyung yang semakin hampir  membuatkan Himi gelisah.

Lelaki itu sudah memejamkan mata. Perlahan Himi juga memejamkan mata bila bibir mereka hampir bersentuh.

"Anyeongg Himi ahh!!!!!"

Jeritan di luar rumah menyentak mereka berdua. Himi tersedar lalu tubuh Taehyung ditolak jauh.

Wajah Himi terasa berbahang. Dengan cepat, Himi terus bergerak keluar dari dapur.

Taehyung merengus geram. Dia mengigit bibir kecewa kerana tidak sempat melepaskan rindu pada gadis itu.

"Takguna. Hish macam tak ada time lain nak kacau aku dengan Himi." desis Taehyung dengan geram.



___



"Anyeong Himi ah!!!" Yoongi menjerit dengan kuat memanggil gadis itu.

Dia memegang pagar rumah sambil menjenguk jenguk ke dalam. Tidak sabar hatinya ingin bertemu si jantung hati. Ceh.

Yoongi tersenyum lebar sebaik pintu dibuka. Gadis itu tersenyum nipis sambil menghampirinya.

"Ingatkan siapalah yang menjerit pagi pagi ni. Oppa rupanya. Ha ada apa datang. Rasanya Himi takde pesan seafood pun." kata Himi sambil melihat lelaki itu yang sudah tersenyum senyum.

"Salah ke oppa nak datang. Ingat oppa ni grab food ke apa. Datang sini cuma untuk hantar pesanan je. Haa sebenarnya oppa datang nak bagi ni. Ambil la." Yoongi menghulurkan sebuah plastik beg kepada Himi.

"Apa ni?" soal Himi. Beg plastik tertukar tangan.

"Ouh itu ubat yang oppa beli kat farmasi. Kaki Himi kan terseliuh. Haa dalam tu ada painkiller kalau sakit ke apa. Ada juga ubat sapu kalau Himi nak urut." kata Yoongi dengan prihatin.

Berkerut dahi Himi sebaik mendengar penjelasan lelaki itu. Beg plastik dibuka. Membulat mata Himi sebaik melihat isinya.

"Mak oi. Banyaknya. Ini beli ubat ke nak buka farmasi terus ni?" perli Himi.

Terdapat pelbagai jenis ubat dalam beg plastik itu. Patutlah berat semacam.

Yoongi tersengih lalu belakang tengkuknya digaru segan.

"Alang alang dah beli tu, oppa beli la sekali ubat lain. Lagipun cuaca tak berapa baik kebelakangan ni. Oppa risau kalau Himi demam. Jadi oppa beli la apa yang patut." kata Yoongi.

"Gomawo oppa. Buat susah je." Himi tersenyum kecil.

"Mana ada susah. Oppa sanggup buat apa saja untuk Himi tau. Eh! oppa balik dulu la. Maaflah sebab oppa tak boleh lama lama. Oppa ada urusan dekat bandar. Himi jaga diri baik baik tau. Jaga kesihatan. Jangan aktif sangat. Ha lepas tu, jangan gedik nak merayap. Lagi lagi dengan cuaca tak elok macam ni. Oppa dapat tahu, siap dia!." bebel Yoongi lalu menyerabutkan rambut depan gadis itu.

"Hish janganlah. Iyelaa orang tahulah nak jaga diri." Himi ketawa kecil dengan sikap Yoongi yang kepoh.

Membebel je tahu.

"Hehe. Oppa pergi dulu tau. Anyeong aegi, appa pergi dulu tau. Byebye!" sempat Yoongi mengusap perlahan perut gadis itu sebelum masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

Himi terkedu dengan tindakan berani Yoongi. Tidak pernah lelaki itu menyentuh perutnya. Appa? Sejak bila Yoongi mengelar dirinya appa.

Himi menggeleng dengan sikap pelik lelaki itu. Dia berpaling untuk masuk namun langkahnya terhenti sebaik melihat ada kertas tergantung di ranting pokok Manzanita.

Himi mendekati pokok itu lalu kertas itu diambil.

Morning chagi.
I love you so much.
You're my one and only.
Park Himi❤

Himi melepaskan keluhan berat selepas membaca nota itu. Buntu akalnya memikirkan motif si penghantar nota itu.

Dengan malas dia masukkan kertas itu ke dalam beg plastik ditangan lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Tanpa Himi sedar, seseorang telah melihat agenda tadi dengan perasaan cemburu yang membuak.

Continue Reading

You'll Also Like

669K 27.7K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
13.4K 1.3K 14
Bahasa Malaysia Open the door and now you're an instant father Best For Author ♔ #360 in Short Story #307 in Short Story #208 in Short Story
7.4K 117 11
cikgu nina baru pindah sekolah dalaman ni mula hidup cikgu nina berubah
45.3K 8.6K 70
"Saya dah janji untuk jaga dia, Yerim.." "Macam mana pula janji awak pada saya, Jungkook.." . . . "Awak nampak diri saya yang awak kenal dulu, ada pa...