√1 [C] Dangerous Wife | KTH...

By crabyjoon

104K 9.9K 334

Park Himi. Gadis yang tidak percayakan cinta. Jiwanya kasar. Hatinya keras. Menjadi secret agent bagi Brisden... More

Begin
Money?
Truth
Attack
Run Away
Fear
Jeon Seokjin
Enemy and friend
Koperal Lee
Troublemaker
I miss you, hyung.
In Danger.
Unwanted Kiss
Saranghae
TaeMi💔
KookReum☀️
Devil is back.
Sour & Sweet couple.
JJK turns 23💜
I Need U
Kiss And Make Up
LoveShot💓🔫
Pololo love you💓
SweetDream
Lovebite.
HATE
Ego
Princess don't cry.
ENEMIES ATTTACK
Truth Untold.
Final Goodbye
Missing you..
Anpanman
Flower Tattoo
Wrong Corpse
Still loving you
Punch
Reasons
Crush in silent
Min Yoongi.
I found you.
Jelousy
Mystery Guy
Confession
Married.
PSYCHO
Save Her
HappyFamily❤
Prologue: End

Change into girl💃

1.9K 190 23
By crabyjoon

Jungkook pov

Bau makanan yang masuk ke rongga hidung membuatkan aku keluar dari bilik.

Perut aku dari tadi melalak je kerja. Lagipun, seharian aku duduk dalam bilik layan komik.

"Wahhhh....sedapnya." aku terliur melihat pelbagai hidangan di atas meja.


"Eo? Jungkook. Baru ingat nak panggil awak tadi. Haa duduklah." kata Areum.

Aku lihat dia sedang membancuh air. Aku bantu dia dengan menyusun empat biji cawan di atas meja.

"Eh, susun dua cawan je Jungkook. Malam ni kita dinner berdua je." Areum pantas mencelah.

"Aik,kenapa berdua? Mana Tae dengan Himi?" Aku letak balik cawan yang lebih.

Kerusi aku tarik dan duduk. Dah bersedia untuk makan.

"Alah..apa lagi kalau bukan keluar date. Faham faham jela pasangan bahagia ni." balas Areum sambil dia sibuk menuang air dalam cawanku.

Aku menganguk sahaja.

"Tak bahaya ke diaorang keluar?" soal aku.

Iyalah, selalunya bukan main payah lagi aku dan Teahyung nak tengok dunia luar. Bahaya katanya.

Tapi ini boleh pulak, siap date lagi tu.

"Awak tak perlu risaulah. Selagi Park Himi ada dengan si Tae tu. Takkan ada benda buruk jadi. Lain lah macam haritu, awak berdua keluar senyap senyap." Areum sempat memerli di hujung ayat.

Aku yang sedang enak mengunyah telur gulung terus tersedak. Dengan rakus aku mencapai air.

"Ish! Jangan lah cakap pasal kejadian tu lagi. Aku fobia tau." aku mencebik.

Yelah sapa tak fobia weh. Aku hampir mati kena kejar dengan tah sapa sapa. Kalau kejar biasa takpe lah jugak, ini kejar siap bawak pistol lagi. Nak bunuh aku pulak tu!

Huh tak guna.

Nasib baik dia dapat tembak betis je. Kalau tidak, memang byebye laa.

"Ha Jungkook, saya lupa nak bagitau. Saya rasa saya tak dapat nak ajar awak lah esok, ada hal."

"Bwo? Alah, tapi kau dah janji nak ajar aku menembak." aku mula rasa nak merajuk.

"Kalau nak belajar cara menembak tak semestinya dengan saya je. Awak boleh belajar dengan Himi. Dia tu master tau bab bab macam ni. Takpun kalau awak segan, belajarlah dengan Taehyung. Dia pun makin mahir saya tengok." balas Areum selamba sambil makan.

"Tak nak! Aku tak nak dengan sesiapa. Aku nak dengan kau jugak!" aku mula membentak.

Tak puas hati. Haritu dah janji dah nak ajar esok. Alih alih ada hal pulak. Ni rasa nak marah ni.

"Jangan childish Jungkook. Awak bukan budak kecik lagi."

"Sukahatilah. Aku tengah geram ni."

"Dah kenapa nak geram bagai?"

"Dah kau mungkir janji." aku merengus kasar lalu suap nasi dengan suapan penuh.

Hancur plan aku nak bermanja dengan Areum. Nak jugak macam Taehyung dengan Himi. Peluk , bergurau semua tu.

Jeles?

Memang aku jeles pun dengan si Tae tu. Dia dah belajar banyak benda. Dah tu dapat bersawit pulak dengan si Himi. Seronoklah jantan tu.

Kalau tak disebabkan aku cedera, and si Areum tu membebel suruh aku rehat. Mesti aku lagi teror dari Taehyung.

"Oii, jauh menung. Dah sampai mana?" Areum petik jari depan aku.

"Sampai ke hati kau."

Aku lihat Areum rolling matanya ke atas. Meluat mungkin dengan pickupline yang aku belajar dari google.

"Tadi kau cakap ada hal kan? Ha, hal apa tu yang penting sangat sampai kau tergamak abaikan aku?" soal aku.

"Tc, dramanya lahai pakcik sorang ni. Sebenarnya hal tu takde lah penting sangat cuma saya nak keluar shopping je. Lagipun banyak barang dapur dah habis."

"Ouh. Ha! Kalau macam tu aku nak ikut."

"Eh. Tak boleh. Awa-"

"Aku tak peduli kau bagi ke tak. Aku tetap nak ikut."

"Fine. Tapi ada syaratnya."

"Okey aku setuju. Apa syaratnya?" aku pandang Areum yang sudah tersenyum lebar.

Dan ketahuilah anda semua yang aku sangat sangat menyesal sebab setuju dengan syarat tu.






___






Keesokannya.

"JUNG AREUM!!!!!"

Bergema satu rumah itu dengan jeritan Jungkook.

"Aku akan ingat semua ni sampai aku mati! Tergamak kau kenakan aku yang tidak bersalah ni!  Huwaaaaaaa jatuh maruah aku!!!"

Jungkook hampir menangis apabila melihat dirinya sendiri di hadapan cermin.

Dia kini sedang memakai blaus biru dan skirt labuh. Tak lupa juga rambut palsu yang mengurai panjang dan kalau nak tahu ini semua sebab syarat Areum semalam.


"Syaratnya senang je. Awak boleh ikut, tapi bukan dengan penampilan macam ni. Awak kena menyamar. Alah sikit je tak banyak pun. Awak tahu kan malang tu tak berbau. Lagi pun saya ni tak sehebat Himi dalam bertarung. Jadi untuk elakkan perkara buruk, awak kena bertukar jadi sesuatu esok."

"Jungkook! Awak dah siap ke? Cepat sikit ya,  saya tunggu dalam kereta!!" laung Areum dari bawah.

Jungkook mencebik geram. Sempat dia membetulkan sedikit rambutnya di cermin.

"Hmm, not bad. Boleh tahan cantik juga aku ni. Tak sabar pula rasa nak test market kat luar sana, mesti ramai jantan jantan beratur nakkan aku."   sempat dia memuji diri sendiri.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Jungkook capai beg yang Areum sediakan lalu bergerak keluar.

Dia berhati hati menuruni tangga agar tidak terpijak skirt labuh yang dipakai.


Tang!

Bunyi sesuatu jatuh membuatkan Jungkook menoleh.

Dia tersentak bila matanya bertembung dengan pasangan Taemi yang kebetulan sedang bersarapan di dapur.

"Pft! Hahahahahhahaha. Comelnya kau Jungkook." Taehyung terus ketawa galak.

Muka Himi pula sudah merah menahan tawa. Sudu yang terjatuh tadi dia ambil.

"Diamlah!" Jungkook merengus kasar.

Dia bergerak ke meja makan ingin mencapai roti sebagai alas perut.

"Awww adik manis berbaju biru, awak buat abang keliru.." Taehyung mengusik dengan senyuman gatal.

Jungkook hanya menjeling lelaki itu dengan tajam. Malas nak layan. Dia terus bergerak ke pintu sambil mulut mengunyah roti.

"Hati hati di jalan ya sayang! Takut kena tackle dengan Oli London! " Taehyung menjerit dari dalam. Tawa lelaki itu masih kedengaran

"Takguna punya Taehyung. Tak habis habis dengan Oli London dia.." Jungkook mengumam geram.

Bam!

Jungkook menutup pintu kereta kasar dengan muka yang masam mencuka.

"Amboi, garangnya." tegur Areum sambil menahan tawa.

"Kalau nak gelak tu, gelak jela. Tak payah tahan."

"Hahahaha" Areum terus ketawa. Makin cemberut muka Jungkook.

"Ehem ehem, okay. Saya tak ketawa dah. Alah, senyum lah sikit Jungkook. Tak cantik tau masyam macam ni." Areum mencuit pipi Jungkook.

Jungkook buat tak endah. Dia pandang luar tingkap. Malas nak layan.

Hari ni memang hari membahan sedunia ke apa?

Klik!

Klik!

Bunyi camera menyebabkan Jungkook menoleh. Nampaknya gadis itu mencuri tangkap gambarnya.

"Awww...garangnya muka tapi cute." kata Areum sambil melihat gambar lelaki itu.

"Jungkook, tengoklah ni.." Areum menarik narik tangan Jungkook.

Dengan malas Jungkook melihat gambarnya sendiri dari telefon Areum.


Dalam hati Jungkook rasa mencarut sahaja. Tapi niatnya terpadam apabila melihat gadis itu gembira.

Jungkook tersenyum kecil.

"Haih..nasib baik aku sayang kau. Kalau tak, tahu lah nasib kau Areum." getus Jungkook dalam hati.

"Okaylah. Jom kita gerak. Lets get it!!! " dengan itu kereta mereka mula bergerak keluar dari halaman rumah menuju ke bandar.

Continue Reading

You'll Also Like

38.9K 8.2K 147
[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸...
180K 18.9K 69
Old title -unexpected husband New title -mr perfect Mula - mula hubungan kita semuanya terasa pahit , tapi bila hati mula rasa sayang , yang pahit p...
308K 42.1K 66
"Saya sayang awak, Sejung." "Untuk apa awak sayang perempuan yang dah jadi tin kosong ni?" Nantikan...
42.3K 3.1K 25
( DESCRIPTION akan diupdate selepas diedit :) ) [Versi Remake/Edit]