Virus L-2

By SuriMawarneKaidar

919 93 11

Puteri sepatutnya bangkit daripada 'tidur' sebagai simbol kemajuan teknologi yang akan memacu manusia ke taha... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Baby 25
Baby 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29

Bab 20

11 2 0
By SuriMawarneKaidar

“Pihak polis telah mulai bergerak ke Ciku 4, bandar terhampir dengan Yong Belar. Beberapa buah kenderaan polis telah pun tiba ke bandar ini. Dijangkakan pihak polis akan melakukan serbuan dalam tempoh beberapa jam daripada sekarang.” Laporan daripada Rahimi membuatkan Tengku Zahiruddin mendiamkan diri. Kecederaannya masih belum pulih, tetapi Tengku Zahiruddin tetap berdegil untuk terus mengikuti perkembangan peristiwa. Oleh yang demikian, bapanya Tengku Akmal terpaksa menguruskan supaya Tengku Zahiruddin dapat kembali ke rumah untuk memantau keadaan semasa.

Pandangan dialihkan ke arah Luqman Hakim yang duduk di kerusi roda di sisinya. Pemuda itu juga dibawa ke rumah mereka setelah dia berkeras untuk menyertai mereka. Beberapa orang jururawat diupah untuk merawat dan mengawasi keadaan Tengku Zahirddin dan Luqman Hakim. “Bagaimana dengan Virus L-2 versi Luqman?”

Luqman  meletakkan I-Ran ke atas meja. “Tidak banyak yang saya buat. Saya hanya tambahkan beberapa senario dan ia telah bersedia untuk dilepaskan. Namun begitu, peringatan buat kamu juga....” Pandangan mata Luqman kelihatan serius.

“Moonlight?” Tengku Zahiruddin mengangkat kening.

   Ketika di hospital, Luqman Hakim telah bertemu dengan Adam Dennis dan mengetahui berkenaan Moonlight. “Ia akan menerima kesan yang sama jika ia memiliki keupayaan yang serupa seperti Puteri.”

“Maksud kamu, Moonlight akan terhenti sama seperti Puteri? Tidak mengapa. Misi utama kita adalah untuk menghentikan Mel. Bukan untuk memeranginya.”

“Baguslah jika begitu. Tetapi, bagaimana jika hanya Moonlight yang terhenti dan bukannya Puteri?” Soalan Luqman Hakim membuatkan Tengku Zahiruddin terjeda. Wajah Tengku Zahiruddin bertukar cemas secara tiba-tiba. Adam Dennis segera dihubungi untuk menjawab persoalan itu.

Adam Dennis masih berada di makmal apabila Tengku Zahiruddin menghubunginya. Maklumat berkenaan pergerakan pihak polis itu juga telah diketahui melalui Rahimi. Adam Dennis hanya tersenyum apabila Tengku Zahiruddin menyuarakan soalan yang sama seperti yang dikemukakan oleh Luqman Hakim. “Biar Wilhem yang menjawab soalan itu, kerana dia lebih arif daripada saya.”

Wilhem yang berada berhampiran Adam Dennis menarik muka masam, apabila skrin memfokus kepadanya. “Saya telah mempertimbangkan kemungkinan itu jauh lebih awal. Sudah tentu saya melengkapi Moonlight dengan pertahanan yang kukuh dan jitu. Firewall yang dipasang dalam sistem Moonlight tidak mudah dicerobohi. Saya tidak akan membenarkan buah hati kesayangan saya digodam dengan mudah!” Bentak Wilhem.

“Jika kalian mempunyai Virus L-2 sekalipun, bagaimana kalian hendak membolehkan ia menjangkiti Puteri?” Luqman Hakim menggaru kepala yang tidak gatal.

“Bagaimana?” Soal Tengku Zahiruddin. Tengku Zahiruddin sebelum ini merupakan seorang yang sentiasa tenang, tersusun dan teliti. Namun begitu, semenjak mengalami kecederaan akibat serangan Puteri tempohari, pemuda itu bertukar menjadi seorang yang mudah panik dan teragak-agak untuk membuat keputusan. “Bagaimana kita hendak membolehkan Puteri dijangkiti Virus L-2? Tentu tidak mudah untuk kita mencerobohi masuk ke sistem yang mengawasi Villa Biru Kundang itu bukan? Jika tersilap langkah, Moonlight yang akan berhenti. Arghhh... bagaimana? Apakah yang patut kita lakukan? Bagaimana? Bagaimana?” Tengku Zahiruddin mengetuk-ngetuk kepala.

“Hei... hei... Zahiruddin... bersabar... Luqman, tolong kawal Zahiruddin! Dia masih belum sihat sepenuhnya!” Adam Dennis pula kepanikan apabila melihat Tengku Zahiruddin tidak tentu arah. Luqman Hakim cuba menenangkan Tengku Zahiruddin apabila AIDA memaklumkan bahawa terdapat seseorang yang meminta izin untuk masuk ke bilik perhubungan itu.

“Maaf, adakah saya mengganggu?” Syafii muncul di muka pintu. “Saya telah menyediakan sup krim ayam dan cendawan untuk kamu berdua. Ia lebih baik dinikmati ketika masih panas. Walaubagaimanapun, jika kalian masih ada urusan, saya akan meminta pembantu rumah untuk menyimpannya dan dipanaskan kemudian.”

“Maaf Kak Fifi, kami masih berbincang berkenaan sesuatu.”

“Adakah kamu mendapat sebarang berita berkenaan Sarah?” Wajah Syafii bertukar sedih apabila Luqman memberi reaksi dengan menggeleng.

“Usahlah Cik Syafii bimbang. Kami masih berusaha untuk mencari Sarah. Berdoalah supaya Sarah berada dalam keadaan selamat.” Tengku Zahiruddin bertukar ceria, sebaik sahaja Syafii menjejakkan kaki ke dalam bilik itu. Wajah yang sugul telah dihiasi dengan senyuman lebar sehingga ke telinga. Bibit-bibit merah jambu timbul di kedua belah pipi. Mangkuk berisi sup cendawan segera menggamit perhatian. "Cik Syafii masak sendiri?

“Hari ini saya tidak perlu bertemu dengan profesor berkenaan tesis. Jadi, saya terfikir untuk memasak sesuatu yang dapat menyenangkan kalian berdua. Saya minta maaf jika masakan saya tidak seenak masakan chef yang diupah.”

“Eh... saya yakin masakan Cik Syafii lebih sedap daripada masakan chef kami!” Tengku Zahiruddin segera memotong kata-kata Syafii.

“Ah, tidak perlulah panggil saya, 'Cik'. Panggil sahaja Syafii." Syafii kelihatan tersipu-sipu. Sambungnya, "Kemahiran memasak saya tidak boleh dibandingkan dengan chef terlatih, kerana pentasnya tidak sama. Saya belajar sendiri, manakala mereka mendapat latihan profesional.”

Sup itu segera dituang ke dalam mangkuk yang lebih kecil. Tengku Zahiruddin terus menyuap sesudu sup ke mulut. Serta-merta matanya tertutup, seakan begitu menikmati setiap zarah sup yang merangsang seluruh deria rasa. "Wah, sedapnya!"

"Abang Zahiruddin memang kelakar!" Syafii tertawa kecil. "Baiklah, jika kalian mahu tambah, nanti beritahu sahaja. Ada banyak lagi di periuk. Saya minta diri dahulu."

Adam Dennis membisikkan sesuatu kepada Wilhem dan Max. Mereka hanya mengangguk dan tersenyum nakal. Luqman Hakim yang memerhati di tepi juga tidak dapat menahan bibir dari mengukir nada ceria.  Keningnya terangkat-angkat.

Apabila menyedari reaksi semua orang, Tengku Zahiruddin bertanya, “Kenapa?”

“Avang Zahiruddin...” ejek Wilhem. Wajah cerah Tengku Zahiruddin  bertukar kemerahan. “Seronok juga menjadi pesakit ini. Selain dijaga oleh beberapa orang jururawat yang cantik, masih ada lagi orang yang sudi membuatkan sup. Keadaannya lebih baik daripada tinggal di makmal dan tiada siapa yang peduli. Oh dunia....” Wilhem meletakkan tangan di dahi dan mula bermadah.

Adam Dennis menepuk-nepuk bahu Wilhem. “Jangan bersedih sahabatku. Selepas selesai tugasan ini, kamu bebas untuk memilih sesiapa menjadi teman. Namun begitu, apabila melihat keadaan sepupu saya kini, saya berpendapat ketika dan waktu ini kita sangat memerlukan seseorang yang boleh menenangkannya. Usaha kita selama ini akan menjadi sia-sia jika salah seorang daripada kita cuai dan gopoh. Adakah 'avang' Zahiruddin bersetuju dengan kata-kata saya?”

“Apa maksud kamu?” Soal Tengku Zahiruddin bernada geram.

“Ah, 'avang'... sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula. Kak Fifi itu masih belum berpunya.” Luqman Hakim pula menyucuk jarum.

“Oh, masih belum berpunya? Jika begitu, saya masih ada peluang? Orangnya cantik, bijak dan pandai pula memasak.” Adam Dennis semakin ghairah mengusik.

“Tak boleh!” Cepat-cepat Tengku Zahiruddin memotong. Tindakan refleks pemuda itu membuatkan semua orang ketawa besar. Apabila menyedari kesilapan yang dilakukannya, Tengku Zahiruddin menepuk meja. “Fokus! Fokus!”

++++

“Ini adalah pelan Villa Biru Kundang yang Rahimi dapat.” Adam Dennis membuka sebuah lagi skrin dan memaparkan pelan yang dimaksudkan.

Mata Tengku Zahiruddin kelihatan bersinar-sinar. “Saya telah melihat pelan ini sebelumnya. Selain laluan utama, villa ini juga mempunyai laluan lain di sebalik gunung, untuk kemudahan mengangkut barang.”

“Nampaknya fikiran kamu sudah kembali rasional? Apakah isi kandungan sup yang dibuat oleh gadis itu?” Tengku Zahiruddin tertawa kecil mendengar sindiran sepupunya itu.

“C.I.N.T.A,” celah Wilhem.

“Eh?” Berkerut dahi Tengku Zahiruddin, tidak dapat menangkap kata-kata Wilhem.

“Isi kandungan sup adalah cinta. Love!” Wilhem mengulangi kata-kata. Wajah serius tetapi berintonasi mengusik.

“Eh, fokus!” Wajah Tengku Zahiruddin kembali memerah tanpa mengia atau menafi. “Saya menjangkakan, laluan barang itu akan dikawal dengan ketat.” Tengku Zahiruddin cuba menukar topik perbincangan, tetapi usahanya hanya menyebabkan semua orang ketawa besar. “Eh... fokus! Fokus!”

“Baiklah... baiklah, kita perlu fokus kepada perbincangan kita. 'Avang' Zahiruddin sudah naik marah,” ejek Adam Dennis. Perkataan ‘abang’ sengaja dibunyikan mengada-ngada untuk menyakitkan hati Tengku Zahiruddin.

“Berhenti memanggil saya, 'avang'!” Marah Tengku Zahiruddin.

“Baiklah abang....” Adam Dennis masih belum mahu berhenti. Ahli perbincangan yang lain masih ketawa terbahak-bahak.

“Eh... fokus! Fokus!” Tengku Zahiruddin menarik muka masam.

Adam Dennis mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf. “Baiklah, kita kembali ke perbincangan kita. Saya bersetuju bahawa laluan barang itu akan dikawal dengan ketat. Max mencadangkan bahawa kita tidak berhadapan terus dengan mereka dan berlawan secara gerila.”

“Maksudnya?”

Adam Dennis menoleh ke arah Max, meminta lelaki berbangsa Jerman itu memberi penjelasan. “Kita serang dan sembunyi. Jumlah mereka terlalu ramai berbanding dengan kumpulan kita. Jadi, taktik seperti ini lebih berkesan. Saya dan Rahimi telah mencari beberapa orang lagi. Kesemuanya mahir menggunakan senjata dan seni mempertahankan diri. Namun begitu, bagaimana cara untuk kita memasuki villa tersebut?”

“Sebelum itu, benarkan saya menerangkan struktur Villa Biru Kundang.” Tengku Zahiruddin memperbesarkan pelan villa tersebut supaya kelihatan lebih jelas dan mudah dibaca. “Villa Biru Kundang ini dibina hampir setengah abad yang lalu. Ia mempunyai dua tingkat bangunan di atas tanah. Aras bawah menempatkan lobi, ruang makan, ruang hiburan, dapur, bilik-bilik pembantu dan stor. Aras pertama pula menempatkan bilik-bilik tidur serta bilik mesyuarat. Dua aras di bawah tanah adalah ruang parkir kenderaan.”

“Ianya kelihatan normal,” komen Adam Dennis.

Tengku Zahiruddin mengangguk dan memberi isyarat kepada Rahimi. Pembantunya itu menunjukkan sebuah lagi pelan villa yang berlainan daripada pelan pertama. Mereka dapat melihat perbezaan yang nyata pada pelan kedua. "Villa ini dibangunkan oleh sub syarikat perumahan Empayar Tengku sebagai rumah perlindungan bencana."

“Ruang rahsia bawah tanah?” Soal Adam Dennis. Melalui pelan kedua, mereka dapat melihat dengan jelas berkenaan kewujudan sebuah kompleks yang besar, tersembunyi jauh di dalam gunung.

Sambung Adam Dennis, "Adakah kita akan masuk melalui salah satu daripada terowong rahsia yang ada?"

Pantas Tengku Zahiruddin menggeleng. "Kita akan tunggu sahaja."

"Tunggu?"

"Sehingga Tuan Puteri mencemar duli."

Continue Reading

You'll Also Like

3050 By Balqis

Science Fiction

1K 95 8
Seorang gadis bernama Kylie dipercayai telah beku sekurang-kurangnya beratus tahun dahulu. Apabila saintis menjumpainya mereka mengambil dia untuk me...
67.7K 7.8K 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak mister...
4.6M 107K 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Saf...
HERO By Hilal Asyraf

Science Fiction

11.8K 338 7
HERO - Novel ini menceritakan Amir Faheem, seorang pemuda yang hidupnya jauh dari syariat Islam. Satu hari, ibu bapanya mati dalam tragedi. Rupa-rupa...