Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD

154 28 16
By farid5attar

"Baju baru tu nampak eloklah," puji Hasbi berjalan ke kelas.

"Ya, tahan lasak pula tu," kata Amira pula.

"Sebenarnya, kami dah buat tiga cadangan untuk baju tu. Danny cadangkan baju berlengan panjang. Teacher pula bercadang mahu pakaian dalam saja. Pilihan ketiga pula lebih kepada baju berlengan pendek dan bersarung lengan panjang," terang Niratcha.

"Erk... Sudah tentu kami tak ambil idea Cikgu Neraka," kata Hasbi, janggal.

"Macam mahu ke neraka pula," kecam Amira.

"Apa-apalah. Jumpa di kelas nanti ya," kata Niratcha berjalan ke bilik guru.

"Ya."

Dari jauh, dua gadis itu mendengar keluhan Niratcha.

"Haih... Takkan dia tak bagi apapun dekat aku? Buang masa aku je tunggu dia ni," rungut Niratcha.

Mereka yang mendengar mula berfikir.

"Aku terlepas apa?" kata Amira berfikir.

"Empat hari lalu,..." Hasbi teringat sesuatu.

"Hah! Hari jadi Cikgu Neraka la!" Baru Amira dan Hasbi ingat.

Tidak lama kemudian, kelas DSB mula berbincang lalu menjalankan operasi. Siti Zulaikha dan Zafina Shahira bergerak ke bilik guru. Mereka menemui Niratcha.

"Cikgu Neraka boleh ajar tak Bahasa Perancis?" tanya Zafina Shahira mulakan 'serangan'.

"Eh! Kenapa tiba-tiba ni?" Niratcha kehairanan.

"Saya kan nak sambung belajar ke Universiti Oxford?"

"Oh! Ya tak ya. Duduklah."

"Alaa... Buatlah kat luar. Ada angin."

"Apa?"

Serta-merta, dua gadis itu menarik Niratcha keluar dari bilik guru. Danial Nabil yang memerhati hanya bereaksi dingin. Hanif yang mengintai dari luar, terus menunduk.

"Dah clear!" kata Hanif.

"Neraka dah keluar. Korang kat mana?" kata Immanuel menelefon.

"Tengah cari hadiahlah ni," jawab Iskandar yang berada di luar sekolah.

"Cepat sikit."

"Okey."

Panggilan ditamatkan. Iskandar memandang kawannya yang ikut serta.

"Korang dah dapat idea ke nak bagi hadiah apa untuk Cikgu Neraka?" soal Iskandar.

"Entahlah," keluh Zulhilmi.

"Kamu nak bagi hadiah untuk cikgu ya? Apa kata bagi bunga ni?" cadang seorang lelaki yang menjual bunga.

Mereka memandang lelaki tersebut.

"Eh, dia ni kan..." Siti Sarah sedar sesuatu.

"...laki yang telefon ambulans hari tu," sambung Farah Yasmine menghabiskan ayatnya.

"Ha'ah. Terima kasih pasal tu," ucap Iskandar kepada lelaki itu.

"Eh, tak apa. Perkara kecil je," balas lelaki itu tersenyum.

Sekuntum bunga ros diberikan kepada Wahida, membuatkan Zulhilmi sedikit cemburu. Alif Najmi memandang pelik terhadap lelaki penjual bunga itu.

Pertuturan romantis. Senyum manis. Tangan lembut. Orang yang paling mengelirukan semua benda dan membuatkan dia jadi musuh sebab ada udang sebalik batu, desis hati Alif Najmi menganalisis psikologi lelaki itu.

Setelah membeli sejambak bunga mawar merah, mereka menemui Danial Nabil. Iskandar memberi bunga tersebut.

"Kenapa bagi bunga ni dekat cikgu?" kata Danial Nabil kebingungan.

"Empat hari lalu, hari jadi Cikgu Neraka. Jadi, Cikgu Danial bagilah bunga ni dekat dia," pinta Iskandar.

"Kenapa cikgu pula kena bagi? Kan dia lagi suka kalau kamu yang bagi?"

Hmm... Terserlah kelembapan lelaki ini.

Sementara bunga diberikan kepada Danial Nabil, Niratcha mengajar Zafina Shahira bahasa Perancis. Siti Zulaikha menerima mesej dari rakannya yang lain.

'Semua dah okey,' pesan Iskandar menerusi SMS.

Siti Zulaikha memahami mesej itu lalu menepuk bahu Zafina Shahira.

"Okeylah, cikgu. Kami pergi dulu. Ada kelas dengan Cikgu Wan pula ni," kata Zafina Shahira meminta diri.

"Ya, jaga diri," pesan Niratcha.

Segera dua gadis itu berlari ke kelas. Niratcha kehairanan dengan dua pelajarnya itu.

"Pelik. Mahu ke Oxford tapi belajar Bahasa Perancis. Pelik betul," monolog Niratcha.

Niratcha berjalan ke bilik guru semula.

"Pelik-peliklah diorang ni," kata Niratcha lagi.

Sebaik Niratcha memasuki bilik guru, dia melihat sejambak bunga digenggam erat Danial Nabil. Lelaki dingin itu memandang wanita muda itu.

"Niratcha," kata Danial Nabil memberi sejambak bunga. "Selamat hari jadi."

"Eh?" Niratcha sedikit terkejut.

"Minta maaf sebab terlupa hari lahir kau empat hari lepas. Biasalah kan. Masing-masing sibuk."

Niratcha tersenyum tawar. Bunga di tangan Danial Nabil diambilnya. "Terima kasih."

Naluri Niratcha membaca sesuatu yang tidak kena. Dia berjalan ke jendela lalu melihat sekumpulan pelajar mengintai mereka dari tadi.

"Kantoi~" ujar Immanuel.

"Dah agak," kata Niratcha mendatar.

Bang! Satu tembakan dilepaskan ke udara.

Cikgu Wan yang mengintai dari bumbung terus terjun ke bawah.

"Korang rancang semua ni bukan ada makna bagi aku pun. Apa yang aku nak cuma takdir, bukan rancang," kata Niratcha dingin.

Lantas, Niratcha mengorak langkah keluar dari bilik guru. Bunga yang dipegangnya sempat diletak ke tangan Danial Nabil semula.

"Cikgu Danial, janganlah dingin sangat!" kata Amira muram.

Danial Nabil meletakkan bunga ke atas meja lalu mengeluh.

"Kalau dia nak buat misi ni sebab bercinta, benda tu akan hilangkan fokus dia untuk jalankan misi. Jadi, kami akan upah pembunuh lain," kata Danial Nabil mendingin sahaja.

* * *

Hari berganti hari tanpa Niratcha.

"Okey, cikgu pergi dulu ya," kata Cikgu Wan dengan mukanya dicat bendera Jerman.

Cikgu Wan terus terbang ke luar negara.

"Cikgu Wan memang kaki bola ke?" keluh Zulhilmi.

Kelemahan Cikgu Wan #28

Kaki bola

"Haih... Dah tiga hari Cikgu Neraka tinggalkan kita," kata Erfan Shafiq lalu mengeluh.

"Mungkin dia dah pergi jauh," fikir Hasbi.

"Atau balik ke Thailand," fikir Amira pula.

Seorang lelaki yang dikenali memasuki kelas. "Rasanya, tak jauh pun."

"Betulkah?" Farah Yasmine memandang punca suara itu, diikuti yang lain.

Kelihatan lelaki penjual bunga sebelum ini muncul di depan kelas mereka.

"Eh!" Semua orang terkejut.

Tiada bunyi. Tiada suara. Macam hantu, desis hati Iskandar, gusar.

"Hari ni, saya jadi pengajar kamu semua. Izinkan saya perkenalkan diri saya yang bernama Pragod. Saya pun seorang pembunuh juga, macam adik-adik dekat sini," kata Pragod, lelaki penghantar bunga itu.

Dah agak, desis hati Alif Najmi seperti dijangka.

"Ruby, boleh buka gambar yang saya hantar tu?" pinta Pragod memandang Ruby.

Ruby menerima satu gambar lalu membukanya. Terpapar satu imej di mana Niratcha diikat di dalam kurungan.

"Cikgu Neraka!" Satu kelas terkejut.

"Apa yang kau nak buat ni?" marah Zulfadlie kepada Pragod.

"Hmm..." Pragod mengambil sebatang kapur lalu melukis pada papan hitam tanpa melihatnya. "Mungkin saya akan kerat menjadi 28 bahagian. Setiap bahagian akan diserahkan kepada setiap seorang sebagai kenangan."

Senyumannya tidak hilang dari bibir. Lukisan wanita yang dikerat kepada beberapa bahagian ditunjukkan kepada para pelajar.

"Jadi, kamu tak perlu risau pasal kepulangan dia. Dia pasti akan pulang," kata Pragod tersenyum.

"Kau jangan cari pasal!" kata Zulfadlie, geram.

Raviendra dan Syamil turut membantu Zulfadlie mengepung Pragod. Mereka bersedia untuk berlawan. Pragod tersenyum sinis lantas melempar bunga ke udara. Semua orang memandang bunga tersebut terburai kelopaknya lalu melihat Pragod hilang dalam sekelip mata.

"Dia dah pergi," kata Ilman Faiz.

Zulfadlie melihat sekeping peta yang ditinggalkan Pragod tadi. "Dia dengan Cikgu Neraka mesti dekat sana."

"Masa untuk guna ni," kata Immanuel menunjukkan baju baharu mereka.

* * *

Satu kelas bergerak ke lokasi ditetapkan, sebuah rumah di luar bandar. Mereka merempuh masuk lalu menemui tiada apa. Kosong dan luas sahaja isi rumah itu.

"Apa ni?" kata Siti Zulaikha, hairan.

Tiba-tiba, lantai bergerak ke tingkat bawah, seperti lif. Mereka hanya menanti sesuatu yang akan terjadi. Lif berhenti. Mereka yang berada di situ melihat satu kurungan besar.

"Cikgu Neraka!" seru pelajar perempuan yang terlihat Niratcha diikat.

"Lepaskan cikgu kami tu!" marah Zulfadlie.

"Tidak semudah tu. Datanglah ambil sendiri," cemuh Pragod.

"Tak guna!"

"Sini! Aku dengar bunyi angin," kata Fatin Shahira menunding jari ke arah dinding.

Fauzi segera meletakkan bom ke dinding tersebut. Siti Sarah terus melontar bom asap ke lantai. Habis seluruh sudut dihiasi asap tebal.

Kaboom!

Sebaik asap berkurangan, Pragod melihat sebuah lubang besar pada dinding. Bijak juga mereka melepaskan diri.

Sementara mereka cuba mencari jalan, Cikgu Wan sedang sibuk menjawab soalan matematik di ibu negara Jerman.

"Hmm... I think it is negative two if zero minus two," kata Cikgu Wan sengaja.

Dua warganegara Jerman yang mendengarnya terasa akibat kekalahan Jerman, negara tuan rumah terhadap Itali dengan keputusan 0-2 di pusingan separuh akhir Piala Dunia 2006.

"Same like last as Semi-Final World Cup," tambah Cikgu Wan.

Tanpa disangka, penduduk warganegara yang mendengar sindiran itu terus menyerang Cikgu Wan. Terkejut beruk dibuatnya. Cikgu Wan terus berlari marathon dikejar penduduk.

Kembali ke Malaysia, pelajar DSB cuba mencari Pragod sementara skuad kedua berusaha menyelamatkan Niratcha. Mereka berjalan di laluan pembentung.

"Macam mana nak cari Pragod tu?" kata Farah Yasmine berfikir.

"Ruby,boleh tolong, tak?" pinta Fauzi menghadap skrin telefon.

"Hmm... malaslah," kata Ruby dengan malas sambil melayan drama Sinetron.

"Apa ni?"

"Ruby kena hack!" Satu kelas mula resah.

"Haih... Macam mana ni?" kata Immanel mengeluh.

Pragod muncul tidak lama kemudian.

"Ha! Panjang umur!" kata Raviendra ternampak Pragod tiba.

"Apa lagi? Jom belasah dia!" kata Syamil.

Mereka terus berlari ke arah Pragod.

"Eh, nanti!" tegur Ilman Faiz tetapi terlambat.

Syamil dan Raviendra terus menyerang Pragod. Hakikatnya, mereka berdua pula yang diserang sampai terpelanting. Sakit tak terkira. Mereka yang melihat sudah bergentar lutut.

Dbushh! Satu serangan mengejut mengenai perut Farah Yasmine.

Krakk! Sendi dan tulang di belakang badan Farah Yasmine jelas kedengaran.

"Perempuan memang mudah retak eh?" sindir Pragod.

Lajunya. Aku sendiri tak dapat nampak muka dia, desis hati Iskandar.

Iskandar melihat Pragod berdiri betul-betul di depannya. Sekarang, masanya untuk...

Klap! Satu tepukan pantas dan kuat dibuat.

Iskandar terkaku. Belum sempat berbuat apa-apa, Pragod terlebih dahulu membuat Stun Clap. Lebih parah tahap Stun Clap jauh lebih berkuasa dari Iskandar punya sehinggakan Iskandar tidak dapat berbuat apa.

Pragod menyerang mereka yang lain dengan kelajuan yang tidak disangka. Habis semuanya rebah. Pragod kembali mendapatkan Iskandar lantas menyerang habis-habisan.

Sementara itu, skuad kedua menemui Niratcha.

"Cikgu Neraka!" kata Hasbi mendekati Niratcha.

Amira turut mendekati Niratcha. Tali ikatan dileraikan. Niratcha mencelikkan matanya lalu melihat anak muridnya tiba.

"Zul, bawa Cikgu Neraka keluar dari sini," arah Siti Zulaikha.

"Baik," balas Zulfadlie.

Tanpa disangka, sebutir peluru tidur menusuk ke dada Zulfadlie. Begitu juga yang lain.

"Apa ni?" kata Siti Zulaikha mengantuk lalu rebah.

"Kami punyalah risau, tapi tergamak cikgu buat... macam... ni..." Amira terus rebah dek penangan peluru tidur itu.

Zulfadlie masih lagi bertahan. Dia melihat Khairil Ihsan yang tidak menerima tembakan. "Oi, kau buat apa lagi tu?"

"Aku menyerah. Kalau dibandingkan kemahiran, aku kalah dalam bab ni," kata Khairil Ihsan mengangkat tangan.

Akhirnya, mereka ditangkap jua lalu dimasukkan ke dalam kurungan kecil.

"Hmm... apa semua ni?" kata Zafina Shahira duduk meringkuk di dalam kurungan itu.

"Tak apa. Cikgu Wan dan Cikgu Danial dah sampai. Aku dah telefon diorang sebelum datang sini lagi," kata Cheng mengenyitkan matanya.

Memang benar apa yang dikatakan. Danial Nabil muncul bersama Cikgu Wan demi menyelamatkan para pelajar mereka. Cikgu Wan yang memakai kostum anjing buruan, menghidu jejak anak muridnya. Macam anjing sungguh.

"Diorang dekat sini, tuan," kata Cikgu Wan.

"Nampaknya, kita akan bersenam dekat sini nanti," kata Danial Nabil bersedia.

"Hehehe..." ujar Cikgu Wan, sinis. "Nampaknyalah, kan?"

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

58.3K 6.6K 69
Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki semua manusia di serata dunia sejak per...
2.3K 221 9
๐Ÿ”ดSEDANG BERLANGSUNG!๐Ÿ”ด Menggabungkan konsep NanoWrimo dan Open Novella Contest, kami sekali lagi dengan bangganya membawakan kepada anda, INKFINITY...
433K 27.5K 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmo...
23.8K 2.4K 73
Horror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbia...